RotiKaya

RotiKaya


Cristina Suzanne Lebih Berhati Hati Soal Cinta

Posted: 29 May 2014 05:26 PM PDT

Sebelum ini pelakon berdarah campuran, Cristina Suzanne pernah dilanda kontroversi apabila hajatnya untuk berkahwin tidak kesampaian apabila retak di pertengahan jalan.

Membawakan watak sebagai setiausaha dalam filem terbaru CEO nyata tidak mengecewakan. Menceritakan soal hati, dengan jawapan yang bersahaja dia ingin meneruskan kehidupannya kini dan menganggap pengalaman lepas sebagai satu diari kehidupannya.

“Sekarang ini saya banyak membuat kerja sendiri dan tidak lagi bergantung kepada sesiapa dan saya rasakan ini adalah yang terbaik kerana saya lebih berdikari dan sangat suka dengan apa yang saya lalui sekarang ini. Saya ambil semuanya sebagai jalan yang positif untuk meneruskan hidup”

Dia juga menjelaskan bahawa hubungannya dan bekas tunangannya tiada masalah dan mereka kini sebagai kawan biasa dan keluarganya memahami dengan apa yang telah berlaku sebelum ini.

“Saya dan dia sebagai kawan biasa. Kami tidak mempunyai masalah cuma kalau nak rapat seperti dahulu tidak mungkin. Kalau saya balik ke kampung pun tidak ada masalah keluarga memahami lebih-lebih lagi ibu saya. Saya tak nafikan umur saya sudah 29 tahun dan sepatutnya sudah layak untuk berkahwin tetapi perlu lebih berhati-hati. Selepas ini saya lebih bebas untuk memilih selepas apa yang telah berlaku,” katanya sambil tersenyum.

Cristina Suzanne bersama-sama Remy Ishak dan Beto Kushairy akan menjadi teraju utama dalam filem terbaru mereka berjudul CEO yang akan menemui peminat pada 12 Jun ini. (rtky/hfz)

#65 Cristina Suzanne Lebih Berhati Hati Soal Cinta Selepas Pengalaman Pahit - ROTIKAYA #70 Cristina Suzanne Lebih Berhati Hati Soal Cinta Selepas Pengalaman Pahit - ROTIKAYA #69 Cristina Suzanne Lebih Berhati Hati Soal Cinta Selepas Pengalaman Pahit - ROTIKAYA #66 Cristina Suzanne Lebih Berhati Hati Soal Cinta Selepas Pengalaman Pahit - ROTIKAYA #61 Cristina Suzanne Lebih Berhati Hati Soal Cinta Selepas Pengalaman Pahit - ROTIKAYA #67 Cristina Suzanne Lebih Berhati Hati Soal Cinta Selepas Pengalaman Pahit - ROTIKAYA #63 Cristina Suzanne Lebih Berhati Hati Soal Cinta Selepas Pengalaman Pahit - ROTIKAYA #68 Cristina Suzanne Lebih Berhati Hati Soal Cinta Selepas Pengalaman Pahit - ROTIKAYA #64 Cristina Suzanne Lebih Berhati Hati Soal Cinta Selepas Pengalaman Pahit - ROTIKAYA

Emma Maembong Bidas Dakwaan Dirinya Punca Zizan Razak Kalah

Posted: 29 May 2014 05:05 PM PDT

Walaupun sudah enam hari Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2013 berlalu, namun acara berprestij itu masih menjadi bualan hangat ramai. Termasuklah nasib pelawak dan pelakon Zizan Razak yang pulang tangan tangan kosong.

Ya, kekalahan Zizan sangatlah mengejutkan ramai peminat kerana dari awal lagi dia antara salah seorang artis yang diramal akan menang besar pada malam tersebut. Bukan rezeki Zizan tahun ini – itu yang kami dapat ungkapkan. Tak mengapa, tahun depan ABPBH ‘kan ada lagi.

Namun timbul cakap-cakap belakang mendakwa antara punca kekalahan Zizan itu ialah kerana kekasihnya, Emma Maembong. Ini disebabkan tidak semua peminat menyambut baik keterbukaan pasangan ini mengaku yang mereka bercinta. Malahan ada yang mengatakan Emma lah penyebab populariti Zizan semakin merundum. Kasihan Emma…

“Saya tak boleh nak komen banyak tetang hal itu. Setiap orang ada rezeki masing-masing. Ada masa kita di atas, ada masa kita di bawah. Jangan lah tunding jari kepada orang lain. Mungkin anugerah itu bukan rezeki dia kali ini,” kata Emma Maembong tenang.

Pemilik nama sebenar Fatimah Rohani Ismail Maembong ini ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta Per’l bertempat di Hotel Majestic, Kuala Lumpur, semalam.

Menganggap dakwaan tersebut sebagai lumrah, kata Emma dia lebih senang bersikap positif. Meskipun begitu, gadis kacukan Melayu-Scotland ini sedar ada sebilangan peinat Zizan yang kurang senang akan hubungan cintanya dengan jejaka kelahiran Terengganu itu.

Susah Berlakon Dengan Zizan Razak

“Saya tak buat apa-apa pun orang tetap mengata saya. Jadi biarlah orang nak kata apa pun, saya positif. Saya tahu ada juga yang tidak suka hubungan kami. Soal jodoh ni semua ditangan Tuhan. Saya harap peminat-peminat boleh doakan yang terbaik buat kami,” katanya.

Menyentuh mengenai kerjaya pelakon ini pula, Emma Membong baru selesai menjalani penggambaran telemovie berjudul Hantu Selfie arahan Michael Ng. Dalam drama tersebut Emma bergandingan sekali lagi dengan kekasihnya, Zizan Razak.

“Susah juga berlakon dengan dia (Zizan). Bukan sebab dia kekasih saya tapi sebab dia kan raja lawak, jadi bila camera on, ada saja lawak spontan yang akan dibuat menyebabkan kadang-kadang saya susah nak balas semula. Saya cuba juga melawak tapi tak jadi. Di situ saya kalah. Tapi kalau bab sedih, perlu menangis, saya tiada masalah. Dia pula yang kalah kat situ,” katanya yang merupakan kali kedua berlakon bersama Zizan.

Sebelum itu mereka berdua digandingkan dalam filem arahan Mamat Khalid berjudul Ucop Wilcha melawan Warewolf yang dijangka ditayangkan penghujung tahun ini. Sementara Hantu Selfie akan ditayangkan pada Hari Raya Aidilfitri nanti. (rtky/fr)

#52 Emma Maembong Bidas Dakwaan Dirinya Punca Zizan Razak Kalah - ROTIKAYA #53 Emma Maembong Bidas Dakwaan Dirinya Punca Zizan Razak Kalah - ROTIKAYA #54 Emma Maembong Bidas Dakwaan Dirinya Punca Zizan Razak Kalah - ROTIKAYA #55 Emma Maembong Bidas Dakwaan Dirinya Punca Zizan Razak Kalah - ROTIKAYA #56 Emma Maembong Bidas Dakwaan Dirinya Punca Zizan Razak Kalah - ROTIKAYA #57 Emma Maembong Bidas Dakwaan Dirinya Punca Zizan Razak Kalah - ROTIKAYA #58 Emma Maembong Bidas Dakwaan Dirinya Punca Zizan Razak Kalah - ROTIKAYA #59 Emma Maembong Bidas Dakwaan Dirinya Punca Zizan Razak Kalah - ROTIKAYA #60 Emma Maembong Bidas Dakwaan Dirinya Punca Zizan Razak Kalah - ROTIKAYA

Lelaki Semakin Berani Dekati Waheeda Selepas Berpurdah

Posted: 29 May 2014 09:11 AM PDT

Lama juga tidak mendengar khabar Waheeda Abdul Wahab, penyanyi yang sikit masa dulu cukup popular dengan lagu Wassini ini. Sejak mendirikan rumah tangga bersama penyanyi dan pendakwah bebas, Ustaz Akhil Hayy, dia memilih untuk bersara daripada dunia hiburan.

Baru-baru ini kami berkesempatan bertemu pelakon Anak Mami The Movie ini sewaktu di majlis pelancaran single terbaru suaminya yang berjudul Andai Esok.

Berkongsi mengenai perkembangan diri dan kehidupannya kini sebagai suri rumah tangga, Waheeda berkata sejak tidak lagi aktif menyanyi, masanya banyak diluangkan bersama keluarga dan kelas agama. Selain itu dia juga sibuk menguruskan perniagaan online-nya.

“Alhamdulillah, hidup seperti biasa. Sejak berkahwin dan berhenti menyanyi, saya lagi ada banyak dapat masa dengan suai dan keluarga. Boleh dikatakan hampir setiap minggu kami sekeluarga akan berkumpul bersama adik beradik dan ibu saya akan buat makan-makan”

“Kalau rutin biasa, saya ada kuliahh dan mengaji Al-Quran bersama beberapa rakan. Saya juga buat bisnes kecil-kecilan menerusi online antara seperti abaya dan produk kecantikan”, kata Waheeda memulakan perbualan.

Tambahnya, meskipun bukan lagi bergelar artis, namun dia tetap dikenali oleh orang ramai. Namun satu hal yang membuatkan dia berasa khuatir dan kurang seang ialah sejak tampil dengan imej berpurdah, dia semakin didekati oleh lelaki-lelaki.

Semakin Didekati Lelaki Semenjak Berpurdah

“Seperkara yang saya belajar sejak tak aktif lagi ni, sekarang ni saya baru kenal dunia dan masyarakat yang diluar industri. Walaupun saya sudah berpurda, orang masih kenal saya. Tak kiralah sama ada saya keluar bersama suami atau seorang, ramai juga yang menegur saya. Saya tak kisah kalau mereka tegur biasa-biasa. Cuma, sebelum ini saya pernah dua kali lalui insiden diganggu oleh lelaki-lelaki yang saya tidak kenali”

“Salah satu insiden itu, ketika saya keluar bersama ibu, arwah ayah dan adik saya. Ada sekumpulan lelaki yang tiba-tiba muncul entah dari mana, mereka memanggil-manggil nama saya dan mengekori saya. Saya anggap mereka tidak hormat saya sebagai isteri orang. Apatahlagi dengan penampilan saya yang sekarang ini. Orang kata kalau berhijab lagi lah nak kena jaga serba serbi. Saya tak selesa bila ada gangguan-gangguan macam itu”, luahnya.

Begitupun dia tidak menyalahkan 100% individu-individu yang bersikap sebegitu. Sebaliknya gangguan sebegitu membuatkan dia lebih berhati-hati terutama semasa berada di luar rumah.

“Saya tak salahkan mereka dan saya masih boleh berdepan dengan golongan sebegini. Saya juga ada menceritakan hal ini pada suami. Sudah tentu, bila dia mendengar, dia berasa marah. Tapi selagi perbuatan mereka itu tidak sampai terlalu melampaui batas dan selagi saya boleh elak, saya elak demi menjaga maruah dan nama baik suami saya”, katanya.

Dalam perkembangan lain, Waheeda ada menghasilkan dua buah lagu berjudul ‘Ighfir Zunubih’ dan ‘Subhanaq’ dan akan dimuatkan di dalam album suaminya, Ustaz Akhil Hayy. (rtky/fr)

Hari Ini Dalam Hiburan (N.559)

Posted: 29 May 2014 09:05 AM PDT

VIDEO HARI INI: Jika semalam kita merasa tua dengan melihat teknologi zaman 70′an, mari lihat masa hadapan kita di mana kereta akan mampu memandu sendiri dan kita tidak perlu risau akan kesesakan lalu lintas mahu pun kemalangan.

Bintang Hollywood, Brad Pitt dilaporkan telah ditumbuk secara tiba tiba oleh seorang lelaki warganegara Ukraine bernama Vitalii Sediuk ketika tayangan perdana filem Maleficent dan pelakon itu sempat membalas balik sebelum polis campur tangan. – Just Jared

Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling menetapkan 8 September depan bagi membuat keputusan terhadap bantahan awal berhubung nusyuz yang difailkan oleh Mohd Edy Casmadi Che Hussin terhadap isterinya pelakon Sari Yanti sebelum ini. – mStar Online

Pelakon popular menerusi siri TV True Blood, Evan Rachel Wood telah mengambil kata putus untuk berpisah dengan suaminya Jamie Bell hanya selepas dua tahun berkahwin dan pasangan ini mempunyai seorang anak berumur 10 bulan. – Daily Mail UK

Status popular bukan lesen untuk tidak turun mempromosikan filem (perhatian kepada selebriti Malaysia), Tom Cruise baru baru ini telah terbang ke tiga buah negara dalam tempoh 24 jam untuk menghadiri tayangan perdana filem terbarunya Edge of Tomorrow. – People

Bakal kembali dengan album solo sejak kali terakhir empat tahun lalu, Taeyang (Big Bang) baru baru ini mendedahkan senarai lagu yang akan terkandung dalam album berjudul RISE itu dan akan ke pasaran secara digital 2 Jun ini. – Soompi

Suami Abby Abadi Lafaz Cerai Dua Kali, Kes Tangguh 11 Jun

Posted: 28 May 2014 08:01 PM PDT

Suami kepada Abby Abadi, Muhammad Noor Farhan Che Bakar dilaporkan telah melafazkan cerai sebanyak dua kali terhadap pelakon itu termasuk salah satunya tidak dimaklumkan kepada pihak mahkamah, menurut laporan awal mStar Online.

Abby Abadi juga mendedahkan kepada mahkamah hari ini yang suaminya pernah memberitahu seorang kenalan bahawa mereka sudah bercerai.

Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur iaitu Shaiful Azli Jamaludin terpaksa menangguhkan permohonan pengesahan lafaz cerai yang dibuat pelakon itu kepada 11 Jun depan bagi membolehkan lafaz cerai kali pertama difailkan.

Dalam kenyataan kepada mahkamah hari ini juga, Abby Abadi mendedahkan yang beliau telah menerima SMS berbunyi “Aku ceraikan kau” dan diikuti pula “Mulai hari ini kau dah tiada apa-apa hubungan dengan aku” pada 9 Mei lalu.

SMS yang diterima sekitar jam 10.30 pagi itu diterima selepas mereka bertengkar pada malam sebelumnya yang turut menyebabkan Farhan tidak pulang ke rumah pada malam tersebut.

#36 Suami Abby Abadi Lafaz Cerai Dua Kali, Kes Tangguh 11 Jun - ROTIKAYA #37 Suami Abby Abadi Lafaz Cerai Dua Kali, Kes Tangguh 11 Jun - ROTIKAYA #38 Suami Abby Abadi Lafaz Cerai Dua Kali, Kes Tangguh 11 Jun - ROTIKAYA #39 Suami Abby Abadi Lafaz Cerai Dua Kali, Kes Tangguh 11 Jun - ROTIKAYA #40 Suami Abby Abadi Lafaz Cerai Dua Kali, Kes Tangguh 11 Jun - ROTIKAYA #41 Suami Abby Abadi Lafaz Cerai Dua Kali, Kes Tangguh 11 Jun - ROTIKAYA #42 Suami Abby Abadi Lafaz Cerai Dua Kali, Kes Tangguh 11 Jun - ROTIKAYA #43 Suami Abby Abadi Lafaz Cerai Dua Kali, Kes Tangguh 11 Jun - ROTIKAYA #44 Suami Abby Abadi Lafaz Cerai Dua Kali, Kes Tangguh 11 Jun - ROTIKAYA #45 Suami Abby Abadi Lafaz Cerai Dua Kali, Kes Tangguh 11 Jun - ROTIKAYA #46 Suami Abby Abadi Lafaz Cerai Dua Kali, Kes Tangguh 11 Jun - ROTIKAYA #47 Suami Abby Abadi Lafaz Cerai Dua Kali, Kes Tangguh 11 Jun - ROTIKAYA #48 Suami Abby Abadi Lafaz Cerai Dua Kali, Kes Tangguh 11 Jun - ROTIKAYA #49 Suami Abby Abadi Lafaz Cerai Dua Kali, Kes Tangguh 11 Jun - ROTIKAYA #50 Suami Abby Abadi Lafaz Cerai Dua Kali, Kes Tangguh 11 Jun - ROTIKAYA #51 Suami Abby Abadi Lafaz Cerai Dua Kali, Kes Tangguh 11 Jun - ROTIKAYA

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...