RotiKaya

RotiKaya


Maya Karin: Ada Lelaki Yang Sanggup Menunggu Saya Tiga Hingga Lima Tahun

Posted: 28 May 2014 05:20 PM PDT

Bertuah menjadi Maya Karin, sudahlah berbakat cantik pula. Namun sayangnya kini hati beliau sudah dimiliki seseorang walaupun selebriti ini mengambil keputusan untuk tidak mendedahkan identiti kekasihnya itu kepada pengetahuan umum.

"Saya memang macam ini, tidak mahu berkongsi hal peribadi saya melainkan benda itu adalah penting. Malah kawan-kawan saya pun kadang-kadang tidak tahu siapa saya tengah berpacaran kerana saya senyap sahaja. Apatah lagi berkongsi secara umum di media sosial”

Boleh rentan juga hati lelaki yang menjadi kekasih Maya Karin jika terlalu berahsia hidupnya. Sudah bersusah payah memikat hati Maya Karin, terpaksa pula merahsiakan perkara ini. Namun, Maya Karin sendiri mendakwa ada lelaki yang sanggup menunggu bertahun demi cintanya.

"Ya, ada lelaki yang sanggup tunggu saya sehingga mungkin 3 hingga 5 tahun," ujar Maya Karin.

Untunglah. (rtky/m)

#27 Ada lelaki sanggup tunggu saya 3 hingga 5 tahun - Maya Karin - ROTIKAYA #28 Ada lelaki sanggup tunggu saya 3 hingga 5 tahun - Maya Karin - ROTIKAYA #29 Ada lelaki sanggup tunggu saya 3 hingga 5 tahun - Maya Karin - ROTIKAYA #30 Ada lelaki sanggup tunggu saya 3 hingga 5 tahun - Maya Karin - ROTIKAYA #31 Ada lelaki sanggup tunggu saya 3 hingga 5 tahun - Maya Karin - ROTIKAYA #32 Ada lelaki sanggup tunggu saya 3 hingga 5 tahun - Maya Karin - ROTIKAYA #33 Ada lelaki sanggup tunggu saya 3 hingga 5 tahun - Maya Karin - ROTIKAYA #34 Ada lelaki sanggup tunggu saya 3 hingga 5 tahun - Maya Karin - ROTIKAYA #35 Ada lelaki sanggup tunggu saya 3 hingga 5 tahun - Maya Karin - ROTIKAYA

Azwan Kombos: Saya Masih Sayangkan Nad Zainal

Posted: 28 May 2014 04:47 PM PDT

Baru-baru ini kontroversi membabitkan pelakon Azwan Kombos dan kekasihnya Nad Zainal terus menjadi tanda tanya mengenai status hubungan mereka sekarang ini dan terbaru pengacara dan pelakon Hefny turut dikatakan sebagai punca ketiga keretakan hubungan mereka ini.

Jelas Azwan kini dia hanya bersms sahaja kerana apabila cuba untuk menghubungi kekasihnya, Nad Zainal nampaknya tidak kesampaian kerana tidak mendapat sebarang respon yang baik juga selepas tercetusnya konflik tersebut mereka juga tidak pernah lagi berjumpa sehingga kini.

BACA: Azwan Kombos Terkejut Dakwaan Nad Zainal Sudah Putus Cinta

“Setakat ini macam itu juga kami belum berjumpa dan masih belum mendapat jawapan yang sahih mengenai isu dan status kami sekarang. Saya ada menghubunginya tetapi tidak mendapat respon yang baik. Kebanyakannya SMS, tapi tidak bercakap secara langsung,” ujarnya kelihatan tenang.

Dalam masa yang sama, hubungan mereka juga dikatakan retak disebabkan orang ketiga, Hefny Sahad yang juga merupakan pengacara dan pelakon. Sebelum itu juga Hefny turut menafikan bahawa dia merupakan orang ketiga punca keretakan hubungan ini dan secara lantang dan tegas Azwan menemplak apa yang didakwa oleh Hefny sebelum ini.

“Kalau tidak ada kena mengena kenapa dia nak bersuara — dia sahaja yang memberikan komen bermacam-macam tapi saya diam sahaja. Masalah ini kena tanya mereka,” jelasnya tegas.

Tambahnya lagi, Hefny tidak perlu untuk masuk campur dalam urusan mereka berdua dan turut mempertikaikan setiap kenyataan yang diberikan oleh pelakon itu. Tegasnya lagi Hefny juga mengganggu bagi proses untuk penyelesaian masalah antaranya dan Nad Zainal.

“Kau siapa nak masuk campur dalam hubungan ini. Sibuk memberikan kenyataan yang bukan-bukan dan bercanggah dengan apa yang berlaku. Sudah-sudahlah menipu dan bercakap lain. Bagi saya ya dia mengganggu urusan penyelesaian antara saya dan Nad Zainal,” katanya.

Akui Masih Sayangkan Nad Zainal

Dia turut memberitahu bahawa tidak berapa mengenali pelakon dan pengacara itu tetapi pernah bertemu. Azwan turut memberitahu sekiranya Hefny merupakan punca keretakan hubungan mereka ini dia secara lantang dan tegas tidak akan memaafkan pelakon itu.

“Saya tidaklah begitu mengenali pelakon itu tetapi pernah berjumpa. Kalau lah dia punca kepada semua yang terjadi, saya tak boleh maafkan dia,” katanya.

Walaubagaimana pun, Azwan mengakui masih sayangkan kekasihnya itu Nad Zainal kerana mereka sudah bercinta selama 3 tahun 5 Bulan dan sepanjang itu pelbagai suka dan duka dikongsi bersama. Azwan juga menerima takdir sekiranya jodohnya tidak panjang dan memaafkan kekasihnya itu dan turut mengatakan bahawa Nad Zainal bebas untuk memilih.

“Saya sayang Nad, tetapi kalau jodoh tidak panjang saya menerima dengan takdir. Saya maafkan dia dan dia bebas untuk memilih,” ujarnya mengakhiri perbualan. (rtky/hfz)

Hari Ini Dalam Hiburan (N.558)

Posted: 28 May 2014 09:25 AM PDT

VIDEO HARI INI: Bersedia untuk rasa tua, sangat tua. Teknologi adalah awesome!

Nampaknya peminat filem masih pergi menonton Frozen di panggung wayang selepas rekod terbaru menunjukkan yang kutipan tiket untuk animasi popular itu berjaya menjadikan ianya filem kelima paling untung pernah diterbitkan di dunia dengan US$1.2 billion. – E! Online

Dek kerana pengalaman menaiki kapal terbang selama 17 jam ke Afrika Selatan beberapa tahun dulu, Akim Ahmad kini seakan fobia untuk menaiki pesawat dan terpaksa menolak beberapa tawaran kerja yang memerlukan dirinya untuk melakukan sedemikian. Haih. – mStar Online

Bukan senang menjadi selebriti popular untuk tampil di khalayak ramai dan Emma Watson tidak terkecuali apabila gambar yang tersebar di internet menunjukkan beliau sebenarnya ditemani pengawal peribadi yang menyamar sebagai pelajar di majlis graduasinya. – Huff. Post

Nampaknya tidak lama lagi beliau bakal bergelar ibu selepas laporan terbaru menyebut yang Hayden Panettiere kini sedang hamil buat pertama kalinya bersama tunang, Wladimir Klitschko yang juga merupakan seorang peninju. Tottaly unrelated. HAHA! – Us Weekly

Selepas dilihat bersama di Paris, Perancis pada 20 Mei lalu pelakon popular Korea Song Hye Kyo dan Kang Dong Won dikhabarkan kini sedang menjalin hubungan cinta namun gossip itu pantas dinafikan oleh agensi pengurusan kedua dua mereka. – Soompi

Abby Abadi Bakal Memfailkan Penceraian Esok

Posted: 28 May 2014 03:39 AM PDT

Nampaknya khabar angin yang mengatakan rumahtangga pasangan Abby Abadi dan Muhammad Noor Farhan Che Bakar mempunyai masalah telah terjawab apabila ada laporan mengatakan bekas selebriti itu bakal memfailkan penceraian esok.

BACA: Rumahtangga Abby Abadi, Farhan Ada Masalah?

Abby Abadi dijangka memfailkan permohonan untuk bercerai dengan suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor, pagi esok selepas usaha untuk menyelamatkan rumahtangga mereka tidak menemui jalan penyelesaian.

UPDATE-1: Menerusi laporan Harian Metro pagi ini, Abby Abadi khabarnya menerima lafaz cerai dari suaminya, Farhan menerusi satu kiriman SMS dan perbicaraan pagi ini adalah bagi mengesahkan lafaz yang sudah disebut itu.

Menerusi laman sosial Instagram sebelum ini, Abby Abadi ada mengirimkan beberapa keping gambar memberi bayangan yang hubungan beliau dan suami dilanda masalah namun enggan mendedahkan apa sebenarnya yang berlaku di antara mereka.

Pasangan ini bernikah secara rahsia pada 9 Julai 2013 di selatan Thailand. (rtky/m)

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...