RotiKaya |
- Menang Di ABPBH 2013, Shah Iskandar Mahu Bawa Ibu Tinggal Di Kuala Lumpur
- Hanez Suraya Nafikan Saman MAS Tindakan Melulu
- Iqram Dinzly Bengang Dituduh Jalin Hubungan Songsang
- Edge of Tomorrow — Tom Cruise Buktikan Dirinya Masih Bintang Filem Aksi
- Hari Ini Dalam Hiburan (N.556)
- Zizan Razak Tolak Dakwaan Kalah Kerana Bercinta Dengan Emma Maembong
- Shahir Akui Berkawan Rapat Dengan Erra Fazira
Menang Di ABPBH 2013, Shah Iskandar Mahu Bawa Ibu Tinggal Di Kuala Lumpur Posted: 26 May 2014 06:36 PM PDT “Saya antara calon calon yang tidak menjangkakan kemenangan sementelah kena bertanding dengan nama nama besar seperti Adi Putra, Johan As’ari,” itu kata kata pemenang Pelakon TV Lelaki Popular ABPBH 2013, Shah Iskandar di Putrajaya, Sabtu lalu. Menganggap diri terlalu kerdil namun berkat kerja keras, doa ibu yang jauh di Singapura dan juga sokongan peminat menjadikan kemenangan ini amat bermakna buatnya. Jika di Singapura, dia lebih dikenali sebagai seorang pengacara dan meletakkan sasaran yang tinggi untuk dikenali sebagai seorang pelakon di Malaysia. Dia mahu dirinya dikenali dengan dua bidang yang berbeza di dua negara. Dan untuk itu, dia menjadikan Datuk Rahim Razali sebagai cermin untuknya pada masa 50 tahun akan datang. BACA: Gaya Selebriti Di Karpet Merah Anugerah Bintang Popular BH 2013 Sejurus nama diumum sebagai pemenang, dia terus menghubungi ibunya yang menonton dari Singapura. Sebetulnya pada ABPBH 2012, Shah datang bersama ibunya namun kali ini ibunya tidak dapat datang kerana bekerja. Namun dia berjanji untuk bercuti lebih lama bersama ibunya selepas menerima kemenangan malam tadi dan berharap dapat membawa ibunya, Haliza Yusof untuk tinggal bersama di Kuala Lumpur. “Saya bersyukur mak saya walaupun ibu tunggal, dia tetap bekerja keras dan sentiasa doakan saya dari jauh. Sepatutnya mak saya datang tetapi selepas ditunda, dia tak boleh datang sebab tiada cuti. Saya mahu dia ada melihat saya naik pentas” Tinggalkan Negara, Keluarga Demi Kerjaya Untuk berjaya di Malaysia, Shah Iskandar terpaksa berkorban segalanya sehingga terpaksa meninggalkan keluarga di Singapura. Terlalu besar baginya untuk meletakkan namanya sebaris Aaron Aziz, Dan untuk itu dia meletakkan sasaran 4 ke 5 tahun dari sekarang namun semestinya perlu menggandakan usaha. “Kerjaya di Singapura saya tinggalkan semua. Saya tumpukan lakonan di sini (Malaysia). Tak boleh berulang alik. Pertama, penat untuk saya sekaligus menjejaskan kualiti lakonan saya. Biarlah saya tumpukan pada satu negara sahaja dahulu” “Saya nak asah bakat sampai kadi macam Datuk Rahim Razali. InsyaAllah 50 tahun akan datang saya akan jadi seperti dia. Saya mahu perjuangkan seni. Dan untuk berjaya, kita perlu ada identiti sendiri,” ujar Shah Iskandar penuh harapan. (rtky/bsr) ![]() ![]() ![]() |
Hanez Suraya Nafikan Saman MAS Tindakan Melulu Posted: 26 May 2014 05:57 PM PDT Teraju utama pementasan teater Projek Kahwin, Hanez Suraya telah membuat kenyataan yang dia mahu menyaman pihak MAS berhubung penyebaran tiket percutiannya bersama kekasihnya, Romie ke luar negara baru baru ini. Bertemunya di Istana Budaya pada petang semalam, Hanez telah memohon maaf kepada semua pihak media yang hadir bahawa dia tidak boleh memberikan sebarang kenyataan berhubung dengan kes saman itu kerana telah dinasihatkan oleh peguamnya. BACA: Tiket Penerbangan Tersebar Di Laman Sosial, Hanez Suraya & Kekasih Saman MAS “Saya minta maaf kerana saya tidak boleh memberikan sebarang komen mengenai kes mahkamah yang sedang berjalan ini kerana dikhuatiri boleh bercanggah dengan kenyataan-kenyataan tersebut. Setakat ini saya serahkan semuanya pada peguam terlebih dahulu,” ujarnya. Menurut Hanez Suraya, perkara ini berkaitan dengan hak privasi dirinya lebih lebih selepas dihimpit kontroversi negatif sebelum ini dan tindakan menyaman MAS ini diambil selepas mendapat nasihat dari peguam, bukannya suka suka & melulu. “Bukan apa perkara ini telah melibatkan hak privasi saya yang telah diceroboh — apabila isu ini timbul sudah tentulah orang sekali lagi akan berfikiran negatif dan tanpa sebarang bukti dan selidik orang akan terus mencaci dan berkata bukan-bukan terhadap saya” “Sepatutnya orang ramai perlu membaca keseluruhan cerita yang telah ditulis oleh wartawan tentang isu tersebut, bukan setakat membaca tajuk dan terus membuat kesimpulan sendiri tanpa mengetahui hujung pangkalnya,” katanya ramah. Tambahnya lagi, buat masa sekarang bukti sudah dikumpul tetapi dia masih lagi terikat dengan peguamnya untuk tidak memberikan sebarang kenyataan berhubung isu tersebut. Sementara itu, Hanez Suraya akan bersama-sama dengan Izzue Islam dan juga para pelakon lain seperti Kila Fairy, Shah Iskandar, Kaka Azraff, Imam Muda Ashraf, serta penampilan khas, Forteen dalam Teater Projek Kahwin yang akan berlangsung pada 6-14 Jun 2014. (rtky/hfz) ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Iqram Dinzly Bengang Dituduh Jalin Hubungan Songsang Posted: 26 May 2014 05:31 PM PDT Semalam, portal hiburan OHBULAN! ada menyiarkan satu gossip mengatakan seorang pelakon lelaki telah pergi ke sebuah kelab untuk golongan gay di London untuk berfoya foya selain ada berbalas mesej lucah dengan seorang pelajar lelaki Malaysia di sana. BACA: Pelakon Malaysia Keluar Masuk Kelab Gay, Jalan Hubungan Songsang Di London (ext.) Dan, para peminat mula berspekuali yang pelakon itu adalah Iqram Dinzly. BOOM! “Ya, saya mengakui saya hanya pergi ke kelab malam tersebut hanya sekadar ingin melihat suasana dan meluangkan masa bersama rakan-rakan. Namun, saya menyangkal dakwaan yang mengatakan saya melakukan hubungan songsang kerana ia tidak mempunyai bukti” Dalam kenyataan kepada Kosmo! juga, Iqram Dinzly berkata pertukaran mesej yang berlaku antara beliau dan pelajar tersebut hanyalah gurauan biasa antara rakan rakan yang rapat dengan beliau dan bukan bermakna mereka menjalin hubungan songsang. “Pada saya, ia merupakan perkara biasa kerana saya selalu bergurau dengan rakan-rakan lain dan saya sendiri menganggap ia hanya perkara biasa sahaja. Bukan setakat dia, malah saya turut bergurau dengan rakan-rakan lain perkara yang sama juga,” jelasnya lagi. Jadi di sini Iqram Dinzly tidak menolak yang ianya memang berlaku namun semua ini bukan bukti yang beliau merupakan seorang gay atau menjalinkan hubungan songsang seperti didakwa. Menerusi Harian Metro, Iqram Dinzly meluahkan rasa kesal beliau dilibatkan sekali dengan kontroversi yang bukan bukan seperti ini dan menurutnya kali ini beliau tidak akan berdiam diri seperti sebelumnya. "Ini betul-betul dah melampau. Jangan cabar tahap kesabaran saya. Apa yang orang itu cuba buktikan atau nak tunjuk pada semua dengan tuduhan begitu? Saya dah penat berdiam diri selama ini, kali ini saya akan bertindak," katanya. (rtky/m) ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Edge of Tomorrow — Tom Cruise Buktikan Dirinya Masih Bintang Filem Aksi Posted: 26 May 2014 11:31 AM PDT Kami sudah menonton filem ini tayangan media minggu lalu dan apa boleh kami katakan, Tom Cruise masih berbisa dalam Edge of Tomorrow dan setakat artikel ini ditulis untuk anda, filem aksi ini meraih 90% rating di Rotten Tomatoes. Wow! Edge Of Tomorrow mengisahkan dunia di masa hadapan yang diserang oleh makhluk asing tanpa belas kasihan dan tidak mampu ditewaskan oleh mana mana unit ketenteraan ketika itu. Major William Cage (lakonan Tom Cruise) yang tidak pernah berperang sebelum ini telah dihantar ke medan tempur namun telah terbunuh dalam hanya beberapa minit. Tunggu dulu. Namun selepas itu, Cage terjaga dan emndapati dirinya berada dalam gelung masa (time-loop) yang memaksa beliau untuk menghadapi pertempuran brutal itu berkali kali — ya, bertempur dengan makhluk asing mati dan kembali hidup. Tetapi dengan setiap kali beliau mati dan bangun, Cage masih mempunyai daya ingatan dari ‘kehidupan’ sebelumnya dan ini membuatkan beliau mampu menajamkan kemahiran bertempur disamping seorang pegawai Special Forces, Rita Vrataski (lakonan Emily Blunt). Bersama gadis cantik manis, haruslah motivasi untuk mengalahkah musuh semakin kuat & bukan atas sebab itu sahaja, anda akan nampak semangat juang pasangan ini untuk mempertahankan bumi dari terus dimusnahkan. Bagi kami, Edge of Tomorrow satu filem dengan idea asli dan tidak mencedok mana mana filem yang pernah anda tonton sebelum ini walaupun situasinya kelihatan agak cliché iaitu penaklukan makhluk asing terhadap bumi kita. Tom Cruise dan pengarah filem ini, Doug Liman mengambil langkah berani mengetengahkan konsep baru melalui Edge of Tomorrow di kala filem filem musim panas lain sama ada merupakan sekuel atau pun remake daripada filem tahun tahun terdahulu. Ini hanya tulisan pendek kami tentang filem ini dan review lebih mendalam bakal menyusul kelak dan apa yang boleh kami beritahu anda ketika ini adalah pergilah menonton filem lakonan Tom Cruise & Emily Blunt ini di pawagam. Ianya hebat, sangat hebat. Edge of Tomorrow di pawagam seluruh Malaysia bermula 29 Mei 2014. |
Hari Ini Dalam Hiburan (N.556) Posted: 26 May 2014 09:03 AM PDT VIDEO HARI INI: Ianya cukup simple, high five namun video ini membuktikan sekecil kecil perkara mampu mengukir senyum di wajah orang tidak kita kenali. Jom high-five! Kalau anda terlepas semalam merupakan hari graduasi untuk bintang siri filem Harry Porter, Emma Watson yang berjaya menamatkan pengajian beliau dalam ijazah bidang Kesusasteraan Inggeris dari Brown University. Sudahlah bijak, cantik pula. Eh. – Just Jared Mengakui masih menyayangi Uqasha Senrose dan belum putus tunang, Pekin Ibrahim berkata mereka kini sedang mencari jalan penyelesaian terbaik untuk pulihkan hubungan mereka selain menyerahkan soal jodoh kepada ketentuan Tuhan. – mStar Online Seorang lelaki di Arizona yang percaya penyanyi remaja, Miley Cyrus berkomunikasi dengan dirinya melalui lagu telah diarahkan mahkamah untuk tidak mendekati penyanyi itu selepas ditahan baru baru ini dan ditempatkan di hospital psikiatri. – Huff. Post Kumpulan pop Korea dengan enam orang anggota, BEAST mengirimkan sekeping imej melalui akaun laman sosial mereka baru baru ini sebagai tanda yang mereka akan membuat kemunculan semula bersama album baru pada Jun 2014 ini. – Soompi Mungkin kebetulan yang tidak disengajakan, sebuah lagu baru nyanyian Kanye West berjudul God Level telah dapat didengar ramai menerusi sebuah iklan terbaru Adidas pada hari sama penyanyi itu berkahwin dengan Kim Kardashian. – THR |
Zizan Razak Tolak Dakwaan Kalah Kerana Bercinta Dengan Emma Maembong Posted: 25 May 2014 10:29 PM PDT Ramai sebenarnya menjangkakan yang Zizan Razak mampu menyapu bersih trofi di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2013 namun ianya tinggal harapan apabila pelawak terkenal ini pulang tangan kosong pada majlis tersebut hujung minggu lalu. Bercakap kepada media selepas majlis selesai, Zizan Razak berkata beliau redha dengan keputusan dan tidak mempunyai masalah malah berbangga dengan kemenangan rakan rakan artis yang lain — walaupun pulang tanpa gelaran. BACA: Gaya Selebriti Di Karpet Merah Anugerah Bintang Popular BH 2013 “Ini bukan main bola atau lumba kereta yang boleh ditentukan kemenangan dari diri sendiri. Ini permainan yang bergantung kepada pengundi. Mereka yang mengundi. Saya tiada masalah malah berbangga apabila rakan-rakan saya dicalonkan dan menang” “Saya redha dan senyum saja kerana saya percaya apa yang berlaku ada sebabnya,” ujarnya. Ada juga kata kata nakal yang timbul mengatakan kekalahan epik Zizan Razak pada ABPBH 2013 yang lalu adalah kerana peminat sudah jelik dengan kontroversi percintaan beliau bersama pelakon cantik, Emma Maembong. Apa kata beliau? “Orang yang mengundi & saya serahkan pada orang ramai. Saya percaya pada rezeki. Tambahan pula kontroversi yang melibatkan saya tidaklah seteruk mana sehingga ia mampu membuatkan peminat membenci saya,” tambah Zizan Razak lagi. Tidak mengapa Zizan Razak, tahun hadapan boleh cuba lagi ‘kan? (rtky/bsr) ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Shahir Akui Berkawan Rapat Dengan Erra Fazira Posted: 25 May 2014 09:39 PM PDT Okay. Shahir AF tidaklah berkata yang mereka rapat namun khabar angin sebelum ini timbul mengatakan hubungan juara Akademi Fantasia 8 ini dengan Erra Fazira memang rapat sehingga ada yang nampak mereka keluar bersama. Sebuah akhbar tempatan hujung minggu lalu juga ada melaporkan desas desus yang mengatakan Shahir AF & Erra Fazira kerap berhubung melalui telefon selain ada peminat pernah terserempak pasangan ini diluar bersama sama. Haaa. Bercakap kepada portal Murai, Shahir AF mengakui yang dirinya berkawan dengan Erra Fazira namun beliau tidak pernah menganggap pelakon itu lebih dari seorang senior dalam dunia hiburan yang boleh dijadikan rujukan artis muda sepertinya. BACA: Gaya Selebriti Di Karpet Merah Anugerah Bintang Popular BH 2013 “Antara saya dan Erra kami masih dalam proses mengenali diri masing-masing. Apa pun saya tidak dapat untuk komen dengan lebih lanjut. Saya anggap Erra Fazira sebagai Erra Fazira. Dia seorang artis berpengalaman yang boleh dijadikan sumber rujukan artis-artis baru seperti saya” Erra Fazira yang turut ditemui di karpet merah Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2013 hujung minggu lalu bagamana pun tidak mahu mengulas lanjut tentang desas desus ini dan menganggap ianya bersifat peribadi. "Kalau boleh saya tidak mahu memberi komen apa-apa selain dari ABP. Kehidupan peribadi saya, saya tidak mahu komen. Hari ini adalah hari ABP,” ujar Erra Fazira. (rtky/m) |
You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.