RotiKaya |
- Hafiz Suip Enggan Babitkan Kekasih Dalam Kerjaya
- Zara Zya: Artis Tidak Perlukan Kontroversi
- Hari Ini Dalam Hiburan (N.555)
- Isu Bercerai: Izreen Azminda Minta Tunggu Keputusan Mahkamah
- Neelofa Terkejut Menang Pengacara TV Paling Popular Di ABPBH 2013
- Aaron Aziz Sekali Lagi Rangkul Anugerah Bintang Paling Popular 2013
Hafiz Suip Enggan Babitkan Kekasih Dalam Kerjaya Posted: 25 May 2014 06:11 PM PDT Baru-baru ini, penyanyi yang popular dengan lagu Awan Nano Hafiz Suip telah memuat naik gambarnya dan kekasih di laman sosial Instagram dan membuatkan peminat peminatnya ingin mengetahui siapakah wanita bertuah itu. Bertemunya di Sidang Akhbar Showcase Hafiz & Friends di Hard Rock Cafe, pada minggu lalu telah merungkaikan segala-galanya mengenai gambar tersebut. “Itu ialah pendirian saya. Sebenarnya saya tidak mahu melibatkan dirinya dalam bidang saya ini. Ianya sangat berbeza antara dunia saya dan dia. Lagipun dia seorang pelajar dan saya tidak mahu mengganggu emosinya. Saya memuat naik gambar bukanlah untuk menunjuk-nunjuk tetapi itu adalah pendirian saya. Bukan apa ramai peminat bertanyakan siapa kekasih Hafiz yang sebenarnya,” jelasnya kepada media. Hafiz juga turut mengakui bahawa kemungkinan akan ada peminat-peminatnya yang lari dan tidak akan meminatinya lagi. Tetapi itu semua terpulang pada mereka kerana dia juga berhak untuk memilih pasangan hidupnya. “Mungkin ada yang akan lari tetapi peminat semua boleh berfikir dan itu adalah pendirian masing-masing. Kita tidak boleh menjaga hati semua orang dan siapakah pula yang akan menjaga hati saya,” ujarnya sambil berseloroh. Kekasih Ada Pertalian Darah Dengan Keluarga Kekasihnya yang mahu dikenali dengan panggilan Fy juga dikatakan mempunyai pertalian keluarga dengannya tetapi pertalian itu diibaratkan sebagai bau-bau bacang sahaja. Menceritakan detik-detik perkenalan dengan kekasihnya itu, jelasnya ibunya telah mengenali kekasihnya, Fy terlebih dahulu sebelum Hafiz mengenalinya. “Sebelum itu saya telah memperkenalkannya kepada emak saya & tidak sangka emak lebih dulu kenalnya kerana dia mengatakan bahawa Fy itu mempunyai pertalian keluarga tetapi pertalian keluarga yang jauh,” katanya tersenyum. Hafiz juga memberitahu bahawa dia memilih Fy kerana dia seorang yang memahami dan senang untuk dibawa berbincang dalam apa hal sekali pun. “Alhamdulillah dia jenis seorang yang memahami, tetapi kalau boleh saya tidak mahu dia terlibat dalam ‘line’ saya ini. Apa-apa pun kita hanya merancang Tuhan yang akan tentukan” Peminat-peminat Hafiz, Hazama dan Akim jangan lupa untuk bersama-sama datang ke Showcase mereka yang akan diadakan di Hard Rock Melaka pada 22 Jun ini dan di Hard Rock Kuala Lumpur selepas hari raya Aidilfitri nanti. (rtky/hfz) ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Zara Zya: Artis Tidak Perlukan Kontroversi Posted: 25 May 2014 05:29 PM PDT Heroin drama bersiri popular, I Love You Mr Arrogant Zara Zya telah memberitahu sekiranya mahu berjaya dan popular dalam bidang seni, seseorang artis itu tidak perlulah untuk dikaitkan atau terlibat dengan mana-mana kontroversi yang boleh menjejaskan kerjaya mereka dan ini terbukti sepanjang penglibatan seninya Zara Zya telah mendapat tempat di kalangan peminat tanah air dengan kehadirannya dalam beberapa siri drama yang dilakonkannya sebelum ini. Kejayaan yang dirangkul sebelum ini seperti di Anugerah MeleTOP dan yang terbaru menerusi gelaran Artis Baru Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH 2013) yang telah berlangsung di Pusat Konvensyen Putrajaya membuktikan kata kata pelakon ini. BACA: Gaya Selebriti Di Karpet Merah Anugerah Bintang Popular BH 2013 “Artis tak perlu ada kontroversi sekiranya mahu dikenali kerana bagi saya dia perlu berusaha untuk membuktikan bahawa hasil kerjanya itu layak untuk diterima peminat dan ikhlas dalam segala kerja yang diberikan padanya,” katanya ditemui selepas selesai acara ABPBH 2013. “Sekarang ini peminat peminat sudah pandai menilai dan memberikan komen mereka terhadap lakonan kita dan sekiranya berkualiti mereka akan memuji dan sebaliknya. Lagipun kontroversi yang tidak baik tidak sihat untuk kerjaya kita malah boleh menjejaskan imej dan keluarga. Lebih baik fokus kerja dan memberikan nilai yang elok buat peminat, “ujarnya ramah. Zara Zya turut memberitahu bahawa menjadi diri sendiri lebih baik daripada berpura-pura dan lebih selesa apabila berada di tempat umum. “Saya lebih selesa menjadi diri sendiri oleh kerana saya jenis yang simple suka pakai selipar dan juga kurang bersosial. Disebabkan itulah saya tidak mempunyai cerita,” katanya. Sementara itu, Zara Zya turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada peminat-peminat yang menyokongnya dan berasa bersyukur sekali kerana telah berjaya Anugerah Artis Baru Wanita Popular dan merancang untuk mengadakan jamuan bersama-sama kelak peminatnya. “Alhamdulillah saya bersyukur sekali kerana berjaya merangkul gelaran Artis Baru Wanita Popular dan bersyukur sekali kerana peminat banyak menyokong dan mengundi saya untuk anugerah kali ini dan selepas saya akan mengadakan sedikit jamuan meraikan kejayaan ini bersama-sama dengan kelab peminat saya,” tambahnya lagi. Dia juga selepas ini berazam untuk terus memperbaiki lakonannya dan akan mempelbagaikan watak yang berlainan dan tidak akan terikat dengan watak-watak yang dibawakannya sebelum ini agar membolehkan dia dikenali sebagai pelakon yang versatil (rtky/hfz) ![]() ![]() ![]() |
Hari Ini Dalam Hiburan (N.555) Posted: 25 May 2014 01:22 AM PDT VIDEO HARI INI: Semua tahu yang Red Bull merupakan minuman tenaga (energy drink) paling popular dan penternak ini sedikit tidak berpuas hati dengan rintihan orang ramai yang mengatakan susu mahal di Eropah walhal ramai yang minum Red Bull tanpa segan silu. Acara paling mendapat perhatian di Hollywood ketika ini pastilah perkahwinan Kim Kardashian & Kanye West di Florence, Italy dan menurut sumber pengantin lelaki nampak jelas gementar sebelum majlis perkahwinan berlangsung. – Just Jared Ketua Pegawai Eksekutif KRU Music, Norman Abdul Halim dalam video penjelasan di Youtube berkata tidak adil untuk semua pihak menyalahkan pihaknya semata mata dalam isu lagu terbaru kumpulan Wings yang dicetak rompak dan disebar meluas. – Murai Pelakon sitkom Modern Family, SofĂa Vergara dan tunangnya Nick Loeb dilaporkan telah berpisah selepas bergelar tunangan sejak Julai 2012 dan aktress itu dalam kemaskini di laman sosial menyalahkan jadual kerja dan tiada masa bersama sebagai punca. – E! Online Walaupun ramai mengandaikan yang filem ini mampu mengatasi Godzilla (US$38.5 juta) dalam kutipan pembukaan terbesar, X-Men: Days of Future Past hanya berjaya membawa pulang US$36 juta pada tayangan Jumaat lalu. Masih awal. – Inside Movies Pelakon popular Korea, Kim Soo Hyun membuktikan dirinya sebagai raja bintang Korea di luar negara (Hallyu King) apabila menjadi penghias muka hadapan empat buah majalah di 4 negara berbeza dalam bulan yang sama. Hebat penangan! – Soompi |
Isu Bercerai: Izreen Azminda Minta Tunggu Keputusan Mahkamah Posted: 24 May 2014 11:45 PM PDT Minggu lalu, dunia hiburan dikejutkan dengan berita yang mengatakan pelakon Izreen Azminda telah diceraikan di lokasi penggambaran selepas satu pertengkaran besar terjadi antara dirinya dan suami di Pulau Pinang. Namun, ianya dinafikan sendiri oleh suaminya. BACA: Suami Izreen Azminda Nafi Lafaz Cerai, Kesal Dengan Laporan Akhbar Walaupun dalam laporan awal Izreen Azminda ada mengesahkan kejadian tersebut, penafian oleh suaminya sendiri telah menimbulkan tanda tanya dikalangan para peminat sama ada pasangan ini sudah sah bercerai atau masih bergelar suami isteri. Bercakap kepada media di majlis Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2013, Izreen Azminda memaklumkan yang beliau tidak mahu memberikan apa apa komen lanjut tentang isu ini dan meminta semua pihak menunggu keputusan mahkamah berkaitan kes cerai beliau. “Maaf, buat masa sekarang, kami tak mahu komen apa-apa lagi. Bagi saya dan Riza ruang untuk menyelesaikan perkara ini mengikut lunas undang-undang. Proses tersebut sedang berjalan. Saya tak mahu ulas pasal satus, nanti kita tunggu sahaja keputusan mahkamah” “Saya tidak mahu lagi berbalas-balas kenyataan dengan Riza kerana bila lebih banyak kenyataan dikeluarkan, lebih banyak komen negatif timbul. Jadi biar kita sama-sama tunggu keputusan mahkamah sahaja,” jelas Izreen Azminda. Dalam kenyataan sama, Izreen Azminda mengakui sudah sebulan tidka tinggal sebumbung dengan suaminya Muhamad Riza Baharuddin dan anak mereka, Adrian Umar tinggal bersama pelakon itu buat masa sekarang. (rtky/m) ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Neelofa Terkejut Menang Pengacara TV Paling Popular Di ABPBH 2013 Posted: 24 May 2014 11:03 PM PDT Sebenarnya kita sendiri boleh melihat yang selebriti ini lebih menyerlah bakatnya dalam bidang pengacaraan berbanding lakonan. Dan kini makin jelas terbukti apabila malam tadi, Neelofa amat terkejut saat namanya diumum sebagai pemenang bagi kategori Pengacara TV Wanita Paling Popular di acara Anugerah Bintang Popular BH 2013 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC) Tambah Neeofa, sejak hari pertama melibatkan diri dalam bidang seni dia sebetulnya hendak serius ke arah pengacaraan. Namun rezeki datang tanpa diduga. Kerana semangat untuk sentiasa mencuba sesuatu yang baru, dia menerima sahaja tawaran lain yang datang. BACA: Gaya Selebriti Di Karpet Merah Anugerah Bintang Popular BH 2013 “Sejak awal Lofa masuk dalam industri, jiwa ni lebih kepada pengacaraan,” terang Neelofa. Menurut Lofa lagi, kedatangannya ke malam ABPBH 2013 Sabtu lalu pada mulanya hanya mahu bertemu rakan-rakan nyata sekali mendatangkan rezeki buatnya. “Sebelum ni dah dua tahun tiada rezeki. Teragak-agak pada mulanya nak datang tetapi Lofa datang jugak sebab nak jumpa rakan-rakan lain. Tapi Alhamdulillah ada rezeki malam ni. Dan Lofa tidak jangka langsung untuk menang malam ini: Tentu sekali kemenangan ini memberi semangat yang lebih kepada Lofa untuk memastikan dia sentiasa memberi persembahan terbaik setiap kali muncul di kaca tv. Dengan kemengan ini, Lofa sekaligus berjaya menewaskan otai bidang pengacaraan iaitu Fara Fauzana yang telah bertahun memegang gelaran sebagai pengacara TV paling popular. Bagi Lofa, kemenangan ini boleh dianggap kejayaan bersama kerana mereka berdua saling menyokong antara satu sama lain dan menganaggap Fara sebagai sifunya. (rtky/bsr) ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Aaron Aziz Sekali Lagi Rangkul Anugerah Bintang Paling Popular 2013 Posted: 24 May 2014 10:39 PM PDT Jejaka idaman satu Malaya tak lain tak bukan, Aaron Aziz sekali lagi telah berjaya bergelar Bintang Paling Popular bagi tahun 2013, dan sebelum itu juga dia telah merangkul gelaran Pelakon Filem Lelaki Popular 2013 yang telah menewaskan pesaing-pesaing terdekatnya seperti Zizan Razak, Shaheizy Sam, Pekin Ibrahim dan Adi Putra. Kemenangan itu membolehkan Aaron Aziz membawa pulang hadiah berupa sebuah kereta Nissan Teana sumbangan Tan Chong Motor dan barangan kemas sumbangan Nakita Gold & Diamond dan jam tangan Tendence. Dan, Aaron Aziz pernah memenangi gelaran yang pada edisi 2011. Majlis gilang-gemilang lebih dua jam setengah itu telah disiarkan secara langsung menerusi TV3 dan stesen radio Hot FM. Acara gilang gemilang itu diacarakan oleh Fara Fauzana, Amy Mastura, Shahrol dan Ajak (Shiro) selain beberapa penyampai jemputan seperti Fizz Fairuz, Almy Nadia, Emma Maembong, Zizan Razak, Nasir Wahab dan Lana Nordin. Majlis turut diserikan dengan pelbagai persembahan daripada artis seperti Mawi, Ac Mizal, Zainal Abidin, Hazama Dayang Nurfaizah dan Tegar. ABPBH 2013 edisi ke-27 anjuran Berita Harian adalah acara pengiktirafan berdasarkan undian peminat menerusi borang disiarkan akhbar dan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) untuk artis dan selebriti tanah air dalam bidang perfileman, muzik dan penyiaran. Majlis gilang-gemilang lebih dua jam setengah itu disiarkan secara langsung menerusi TV3 dan stesen radio Hot FM. Berikut merupakan senarai penuh pemenang ABPBH 2013 untuk rujukan anda di masa hadapan (kalau diperlukan). (rtky/hfz) 1) BINTANG PALING POPULAR: AARON AZIZ ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.