RotiKaya

RotiKaya


Kenal Kekasih Di Instagram & Erin Malek Rancang Tunang Jun Depan

Posted: 21 May 2014 10:22 AM PDT

Perkenalan melalui laman sosial Instagram selama 4 bulan lepas telah melahirkan rasa bibit-bibit cinta antara pelakon muda Erin Malek dan kekasih barunya, Farriz Fauzi.

Bertemu pelakon manis, ini semasa tayangan filem terbarunya berjudul Awak Nak Kahwin Dengan Saya? terbitan MIG telah merungkaikan segala persoalan yang ditimbulkan mengenai status hubungannya kini yang menjadi perhatian ramai.

“Sebenarnya saya sudah mengenalinya terlebih dahulu sebelum kami mula rapat di Instagram. Cuma ketika itu hanyalah sebuah perkenalan biasa dan tak sangka apabila selepas beberapa kali berjumpa saya dan dia semakin serius dalam hubungan ini,” katanya memulakan bicara.

“Saya berkongsi cerita ini kepada peminat-peminat dan orang ramai kerana saya tidak mahu timbulnya fitnah di kemudian hari nanti. Lebih-lebih lagi apabila saya dan dia kerap keluar bersama dan sekiranya peminat terserempak, mereka sudah tahu itu adalah kekasih saya”

Selain bersikap terbuka dengan hubungan cinta yang terjalin kini, Erin Malek juga mengakui yang kekasihnya itu sudah melamar dirinya dan mereka berdua merancang untuk mengikat tali pertunangan tidak lama lagi.

"Kita semua tahu bertunang itu adalah untuk mengikat antara satu sama lain. Jadi, gementar itu memang ada sebab dah tahu kita bakal nak jadi isteri orang. Walaupun tempoh perkenalan kami singkat, namun ia bukan menjadi masalah kerana kami berdua dah ada niat nak berkahwin”

“Lagipun, Erin tak nak orang kutuk dan cakap negatif pasal hubungan kami kerana takut itu akan jadi macam satu doa,” jelas Erin Malek lagi yang turut menafikan kekasihnya yang bergelar ahli perniagaan itu merupakan seorang jutawan dan jatuh cinta kerana wang ringgit.

“Saya kenal dia bukan sebab duit. Pada awal perkenalan kami, saya tak tahu pun yang dia anak jutawan, Tan Sri atau sebagainya kerana keluarga mereka sangat merendah diri. Farriz mempunyai perniagaan sendiri dan dia sangat rajin bekerja,” ujarnya. (rtky/hfz)

#87 Kenal Kekasih Di Instagram & Erin Malek Rancang Tunang Jun Depan - ROTIKAYA #88 Kenal Kekasih Di Instagram & Erin Malek Rancang Tunang Jun Depan - ROTIKAYA #89 Kenal Kekasih Di Instagram & Erin Malek Rancang Tunang Jun Depan - ROTIKAYA #90 Kenal Kekasih Di Instagram & Erin Malek Rancang Tunang Jun Depan - ROTIKAYA #91 Kenal Kekasih Di Instagram & Erin Malek Rancang Tunang Jun Depan - ROTIKAYA #92 Kenal Kekasih Di Instagram & Erin Malek Rancang Tunang Jun Depan - ROTIKAYA #93 Kenal Kekasih Di Instagram & Erin Malek Rancang Tunang Jun Depan - ROTIKAYA #94 Kenal Kekasih Di Instagram & Erin Malek Rancang Tunang Jun Depan - ROTIKAYA #95 Kenal Kekasih Di Instagram & Erin Malek Rancang Tunang Jun Depan - ROTIKAYA #96 Kenal Kekasih Di Instagram & Erin Malek Rancang Tunang Jun Depan - ROTIKAYA #97 Kenal Kekasih Di Instagram & Erin Malek Rancang Tunang Jun Depan - ROTIKAYA #98 Kenal Kekasih Di Instagram & Erin Malek Rancang Tunang Jun Depan - ROTIKAYA

Hari Ini Dalam Hiburan (N.554)

Posted: 21 May 2014 09:29 AM PDT

VIDEO HARI INI: Kami tabik atlet amatur seni mempertahankan diri pelbagai (MMA) ini apabila tidak ego untuk meneruskan perlawanan selepas menyedari yang lawannya itu tidak setaraf dan lagi pun, mereka tidak dibayar apa apa untuk bertarung.

Abu Dhabi telah disahkan sebagai lokasi pertama penggambaran untuk filem terbaru Star Wars: Episode VII yang diarahkan oleh J.J. Abrams dimana di sana mereka merancang untuk mereka semula keadaan planet padang pasir, Tatooine. – THR

Ketika keluar dari sebuah hotel, Kanye West telah didatangi oleh seorang peminat meminta beliau menandatangani sepasang kasut Nike Air Yeezy namun penyanyi itu memberitahu yang ianya adalah produk tiruan. Hanya jauhari mengenal manikam namanya. – Us Weekly

Walaupun sedang dilanda krisis apabila salah seorang anggotanya, Kris ingin menarik diri daripada kumpulan, EXO masih kekal menguasai carta jualan album di Korea menerusi album terbaru mereka Overdose. Anda sudah dapatkan atau belum? Heh. – Soompi

Sebuah jenama pakaian Lucky 13 telah kemukakan saman terhadap penyanyi Taylor Swift apabila salah satu baju yang dijual melalui laman web rasmi penyanyi itu mempunyai tulisan Lucky 13 yang merupakan trademark syarikat itu sejak 1991. – Star Pulse

Penerbit filem Datuk Yusof Haslam meluahkan rasa kesal apabila karya anaknya, Syafiq Yusof iaitu Abang Long Fadil diberi had tontonan untuk golongan 18 tahun ke atas (PG18) oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF). Ouch! – mStar Online

Suami Izreen Azminda Nafikan Lafaz Cerai, Kesal Laporan

Posted: 21 May 2014 02:30 AM PDT

Berita paling mendapat perhatian hariini, Muhammad Riza nyata sekali terkejut apabila menerima perkhabaran lafaz cerai yang dibuat semasa tiba di Pulau Pinang menemui isterinya, pelakon Izreen Azminda di set penggambaran.

Riza yang merupakan jurukamera bebas berkata, dia baru sahaja memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur 14 Mei lalu dan sehingga kini masih menunggu tarikh untuk dipanggil pihak mahkamah.

BACA: Izreen Azminda Pasrah Kena Cerai Di Lokasi Penggambaran

"Kami belum lagi bercerai. Dan saya belum melafazkan talak pada Izreen. Kami baru menfailkan perceraian pada Rabu dan masih menunggu tarikh perbicaraan lagi”

"Saya akui rumah tangga kami bermasalah dan sudah tidak tinggal sebumbung sebulan lalu — namun kami belum bercerai secara sah”

Menjelaskan kedatangannya ke Pulau Pinang, terang Riza dia mahu menghantar anak mereka Adrian Umar bagi melepaskan rindu terhadap ibunya selain mahu berbincang tentang kes perceraian mereka beserta hak penjagaan anak.

"Saya jumpa dia kerana nak temukan Adrian kerana dah lama tak jumpa. Dan kesempatan itu saya ambil untuk berbincang mengenai perceraian kami. Namun saya kesal apabila pertemuan itu disalah tafsir oleh pihak tertentu yang tidak bertanya lanjut dahulu kepada kami perkara sebenar”

Dia terkilan dengan berita perceraian tersebut dan yang dianggap menjatuhkan maruahnya sebagai seorang lelaki. Ramai pihak mula menghubungi untuk mendapatkan penjelasan sebenar selain dituduh tidak waras.

"Berita itu sangat teruk sehingga menggambarkan saya sebagai seorang lelaki yang tidak waras kerana melafazkan cerai di tempat yang tidak sepatutnya. Saya ambil dia sebagai isteri dengan cara baik dan saya akan lepaskan dengan cara baik dan bukan seperti yang ditulis”

“Laporan itu tidak benar sama sekali,” jelas Riza kepada mStar Online hari ini. (rtky/bsr)

#69 Izreen Azminda Kena Cerai Di Lokasi Penggambaran - ROTIKAYA #70 Izreen Azminda Kena Cerai Di Lokasi Penggambaran - ROTIKAYA #71 Izreen Azminda Kena Cerai Di Lokasi Penggambaran - ROTIKAYA #72 Izreen Azminda Kena Cerai Di Lokasi Penggambaran - ROTIKAYA #73 Izreen Azminda Kena Cerai Di Lokasi Penggambaran - ROTIKAYA #74 Izreen Azminda Kena Cerai Di Lokasi Penggambaran - ROTIKAYA #75 Izreen Azminda Kena Cerai Di Lokasi Penggambaran - ROTIKAYA #76 Izreen Azminda Kena Cerai Di Lokasi Penggambaran - ROTIKAYA #77 Izreen Azminda Kena Cerai Di Lokasi Penggambaran - ROTIKAYA

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...