RotiKaya |
- Lagu Dicetak Rompak: Wings Buat Laporan Polis, Tuntut Penjelasan KRU Music
- Izreen Azminda Kena Cerai Di Lokasi Penggambaran
- AirAsia BIG Dan WCT Group Luaskan Program Kesetiaan Bersama
- Jue Aziz Akhirnya Mengaku Sudah Berkahwin
- Puteri Sarah Beri Semangat Syamsul Yusof Untuk Kembali Aktif Berkarya
- Hari Ini Dalam Hiburan (N.553)
- Rozita Che Wan: Hak Saya Nak Letak Gambar Apa Pun
Lagu Dicetak Rompak: Wings Buat Laporan Polis, Tuntut Penjelasan KRU Music Posted: 20 May 2014 06:16 PM PDT Belum pun sempat album terbaru kumpulan lagenda Rock tanah air, Wings yang berjudul Menakluk Kosmos dilancarkan dan berada di pasaran, kita dikejutkan dengan berita album tersebut telah dicetak rompak. Sebanyak empat buah lagu terbaharu Wings daripada album tersebut yang dipasarkan menerusi iTunes sejak dua bulan lalu boleh dimuat naik secara percuma. Lagu-lagu tersebut ialah ‘Peti Pandora Mu’, ‘Ingatkan Dia’, ‘Bisa Yang Tertunda’ dan ‘Hey Lihat Sini’. Kecewa dan kesal dengan apa yang berlaku, Wings bagaimanapun tidak berdiam diri. Sebalik empat pemuzik berkaliber ini nekad menuntut hak mereka. Sebagai langkah pertama, Wings telah membuat laporan polis di Balai Polis Taman Melawati sekitar jam 8.00 malam tadi. Menurut vokalisnya Awie, laporan tersebut bertujuan mendapatkan penjelasan daripada pihak yang terbabit dengan penerbitan juga promosi album ini, tentang bagaimana kejadian cetak rompak itu boleh berlaku. “Kita dapat tahu pada 17 Mei yang mana sebanyak 4 buah lagu telah dicetak rompak. Sedangkan album akan berada di pasaran pada 22 Mei. Malah salah satu lagu yang dicetak rompak itu sepatutnya akan menjadi runut bunyi kepada sebuah filem terbitan KRU. “Apabila mendapat tahu hal itu, Joe (gitaris) terus memaklumkan kepada pihak penerbitan album ini iaitu KRU Music menerusi pesanan ringkas (SMS). Bagaimanapun tiada sebarang tindakan yang dibuat oleh KRU Music sehinggalah ke hari pelancaran album ini iaitu pada 19 Mei lalu” “Jadi bila tiada apa-apa tindakan daripada KRU Music, kami terpaksalah buat tindakan sendiri dengan membuat laporan polis. Kami mahukan penjelasan daripada KRU dan pihak KPDNKK bagaimana hal ini boleh berlaku sekaligus menuntut hak kami” “Sekarang ini kami serahkan segalanya pada pihak polis untuk menjalankan siasatan. Selepas itu baru kami akan fikirkan tindakan seterusnya”, kata Awie ketika dihubungi, malam tadi. “Sudah 13 tahun kami tidak ada album. Kalau nak diikutkan kami antara band lama yang masih aktif dan bertapak kukuh dalam industri. Album inilah sebagai kelangsungan untuk kami cari makan. Kalau sudah dicetak rompak, macam mana nak dapat royalti nanti” “Tambahan kami ambil masa yang lama untuk hasilkan album ini. Saya sendiri ambil masa selama setahun untuk pulihkan kembali semangat saya untuk menyanyi. Dan kami sedaya upaya menghasilkan lagu-lagu paling terbaik untuk peminat-peminat kami” “Tapi bila jadi macam ni, saya sangat kecewa. Segala penat lelah dan usaha kami selama ini ibarat macam sampah. Itu baru empat lagu yang dicetak rompak, kalau tiada tindakan apa-apa diambil, entah selepas ni mungkin keseluruhan lagu dalam album itu akan sewenang-wenangnya dicetak rompak,” tambah Awie yang tampak kesal dengan kejadian ini. (rtky/fr) ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Izreen Azminda Kena Cerai Di Lokasi Penggambaran Posted: 20 May 2014 05:32 PM PDT Ini berita yang agak mengejutkan kami terima pagi ini dari laporan sebuah akhbar tempatan. Pelakon, Izreen Azminda diceraikan suaminya, Muhammad Riza ketika lokasi penggambaran di Pulau Pinang beberapa hari yang lalu. Perceraian itu berlaku pada 16 Mei lalu di set penggambaran terbaharu membabitkan lakonan Izreen yang turut disaksikan beberapa kru dan pelakon lain. Berita Harian hari ini melaporkan yang pada awalnya, Muhammad Riza memandu dari ibu kota untuk bertemu dengan isterinya di situ dan sesampai di sana berlaku pengtengkaran kecil di antara mereka yang disaksikan oleh kru dan pelakon lain. Izreen Azminda yang dihubungi juga mengesahkan yang perkahwinan mereka sudah berakhir dan pasrah dengan apa yang telah tertulis untuk dirinya. “Ya, kami sudah tiada apa apa ikatan lagi. Tiada jodoh antara kami. Saya pasrah dengan ketentuan ini,” ujar Izreen Azminda apabila diminta mengulas tentang berita ini. ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
AirAsia BIG Dan WCT Group Luaskan Program Kesetiaan Bersama Posted: 20 May 2014 05:13 PM PDT Pada November 2013 yang lalu, AirAsia BIG bersama sama Paradigm Mall melancarkan kerjasama pertama untuk kempen Shop & Fly. Menerusi kempen ini, ahli program kesetiaan AirAsia BIG (Loyalty Programme) atau digelar BIG Shot layak menikmati lebih banyak BIG Point dengan berbelanja di Paradigm Mall — terima 2 BIG Point dengan setiap RM1 yang dibelanjakan setiap Isnin sehingga Jumaat & terima 1 BIG Point untuk setiap RM1 dibelanjakan pada hujung minggu. Semudah itu! Dengan kejayaan kempen Shop & Fly bersama Paradigm Mall itu, AirAsia BIG pada bulan Mei 2014 ini telah bersedia untuk melancarkan kerjasama yang lebih besar bukan sahaja dengan Paradigm Mall tetapi dengan seluruh WCT Group of Companies (WCT). WCT termasuk Paradigm Mall, gateway@klia2, Premiere Hotel dan WCT Land. Dengan kerjasama yang kuat & menarik ini, ahli AirAsia BIG Loyalty Programme kini layak menerima lebih banyak BIG Point dan terbang secara PERCUMA dengan hanya berbelanja, makan malah membeli hartanah di bawah entiti WCT Group. Kerjasama program kesetiaan bersama ini telah dilancarkan pada 20 Mei 2014. Ingin tahu bagaimana senangnya untuk mengumpul BIG Point dengan berbelanja bersama WCT Group sebagai ahli AirAsia BIG Loyalty Programme? Untuk Paradigm Mall: Untuk gateway@klia2 dan Premiere Hotel: Ada lagi! Untuk meraikan kerjasama ini, AirAsia BIG dan WCT Group juga akan melancarkan peraduan 5 Million BIG Points Giveaway Celebratory di Paradigm Mall, gateway@klia2 dan Premiere Hotel bermula 26 Mei 2014 sehingga 13 Jun 2014. from 26th May to 13th June 2014. Ikuti laman Facebook rasmi https://www.facebook.com/myBIGShots untuk perkembangan & maklumat terkini berhubung peraduan hebat ini. Ingin mendaftarkan diri sebagai ahli program kesetiaan bersama ini? Lawat mana mana syarikat yang kami nyatakan di atas dan daftar. Untuk maklumat lanjut tentang AirAsia BIG Loyalty Programme dan WCT Group, sila layari: www.airasiabig.com and www.wct.com.my. Jom! |
Jue Aziz Akhirnya Mengaku Sudah Berkahwin Posted: 20 May 2014 05:08 PM PDT Awal April yang lalu, kami ada melaporkan tentang khabar angin yang kononnya pelakon Jue Aziz kini sudah berkahwin secara senyap dengan seorang jejaka berasal dari Indonesia yang dikenali sebagai Bayu Daniels. BACA: Jue Aziz Kahwin Senyap Di Indonesia? Hari ini menerusi laporan Kosmo!, Jue Aziz atau nama sebenarnya Zuliana Abdul Aziz mengakui status beliau yang sudah bergelar isteri kepada Bayu Daniels selain berkata beliau bukan sengaja untuk menyembunyikan perkara baik ini. "Ya, saya sudah berumah tangga dan kini saya merupakan isteri kepada Bayu. Kami mendirikan rumah tangga di kampung halaman suami di Makassar, Indonesia pada 9 Mac lalu,” kata Jue Aziz ketika diminta mengulas tentang berita tersebut. Sedang dikemaskini … ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Puteri Sarah Beri Semangat Syamsul Yusof Untuk Kembali Aktif Berkarya Posted: 20 May 2014 10:00 AM PDT Semua rasa sudah sedia tahu yang kisah Syamsul Yusof merajuk dengan dunia hiburan selepas filem terakhirnya KL Gangster 2 menjadi mangsa cetak rompak beberapa minggu sebelum tarikh tayangan rasmi. Boleh tahan lama juga rajuknya itu. BACA: Yusof Haslam Harap Syamsul Yusof Berhenti Merajuk Selepas Berkahwin Syamsul Yusof & isterinya, Puteri Sarah membuat kemunculan di khalayak ramai buat pertama kali sejak berkahwin ketika menghadiri tayangan perdana filem Abang Long Fadil arahan Syafiq Yusof di Bandar Utama kelmarin. Dalam kenyataan kepada media Syamsul Yusof berkata yang sejak mereka kahwin, Puteri Sarah banyak memberi kata-kata semangat untuk beliau bangun semula dan bergiat aktif dalam dunia seni seperti sebelum ini. “Saya sudah boleh terima hakikat (isu filem dicetak rompak). Selepas kahwin, isteri saya banyak memberi dorongan dan semangat untuk saya kembali ke dunia seni,” kata Syamsul Yusof. Syamsul Yusof juga berkata yang beliau banyak berubah selepas mendirikan rumahtangga namun beliau tidaklah mahu menceritakan semuanya kepada umum. Kami suka melihat pasangan ini, sederhana sahaja perjalanan mereka. Harap berkekalan. (rtky/m) ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Hari Ini Dalam Hiburan (N.553) Posted: 20 May 2014 09:00 AM PDT VIDEO HARI INI: Jejaka ini merupakan seorang wartawan yang sering menemubual bintang Hollywood dan ini video yang beliau rakamkan untuk bakal isterinya. Awww! Punya lama pelakon ini menyimpan jambang sehingga imej tersebut melekat pada namanya, Jake Gyllenhaal akhirnya mencukur licin jambang ikonik beliau selepas enam bulan dan ianya menjadi antara berita hangat di Hollywood hari ini. – Us Weekly Kita semua masih belum tahu apa sebenarnya terjadi dalam insiden lif antara Jay-Z & adik iparnya, Solange Knowles namun menerusi sekeping gambar yang dikirimkan Beyonce mereka bertiga nampaknya tidak mempunyai masalah dan tersenyum. – ABC News Bekas ahli kumpulan KARA, Nicole khabarnya dalam perbincangan untuk menyertai agensi pengurusan B2M Entertainment yang dimiliki oleh penyanyi popular Lee Hyori untuk menguruskan kerjaya solo beliau selepas ini. Semoga berjaya! – Soompi Para media yang menyaksikan lakonan Steve Carell dalam filem Foxcatcher di 2014 Cannes Film Festival baru baru ini meramalkan yang pelakon itu mampu meraih anugerah Oscar berdasarkam persembahan luar biasa beliau menerusi filem tersebut. Wow! – Huff. Post Pelakon Arja Lee menjelaskan beliau masih belum bersedia untuk menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana wanita biarpun pernah menyukai artis baru, Shima Anuar dan tetap menegaskan yang kenyataan sebelum ini adalah ikhlas. – mStar Online |
Rozita Che Wan: Hak Saya Nak Letak Gambar Apa Pun Posted: 19 May 2014 11:26 PM PDT Betul cakap Zain Saidin sebelum ini dalam satu temubual bersama media dengan mengatakan apa pun yang mereka berdua buat atau muat naik ke laman Instagram, pasti menjadi kontroversi. Might as well do whatever they want ‘kan? #YOLO BACA: Zain Saidin Pertahan Gambar Di Instagram, Dakwa Jadi Mangsa Kontroversi Sekeping gambar Rozita Che Wan bersama Zain Saidin ketika percutian mereka ke Paris baru baru ini telah mengundang kontroversi apabila pasangan itu didakwa berciuman di hadapan menara Eiffel tanpa segan silu. “Saya tahu apabila terdapat banyak kritikan mengatakan saya dan Zain bercium. Orang buta kalau lihat gambar itu pun tahu saya tidak bercium. Sebaliknya, kami hanya ambil gambar pandang suami saya dengan jarak yang cukup dekat. Kalau tidak nampak, sila pakai kanta” Rozita Che Wan berkata demikian kepada Kosmo! selepas diminta mengulas isu ini dan beliau tidak serik untuk memuat naik gambar peribadi ke laman Instagram kerana ada hak sendiri — jika peminat tidak suka, boleh berhenti mengikuti akaun beliau. “Jika tidak suka mereka ada pilihan untuk tidak mengikut saya di Instagram. Saya sendiri tidak faham kerana kami tidak bercium pun orang boleh bikin kontroversi seperti ini,” tambah Rozita Che Wan yang akan terus ligat bercuti ke luar negara selepas ini. (rtky/m) ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.