RotiKaya |
- Stacy Tampil Imej Segar Dalam Album Baru, Nafi Tiru Miley Cyrus
- Neelofa: Saya Menulis Bukan Untuk Hentam Sesiapa
- Hari Ini Dalam Hiburan (N.551)
- Godzilla: Lebih Dari Sekadar Kisah Raksasa Ikonik & Versi Terbaik Setakat Ini
Stacy Tampil Imej Segar Dalam Album Baru, Nafi Tiru Miley Cyrus Posted: 18 May 2014 05:41 AM PDT Mungkin cerita ini agak basi di kalangan pembaca kerana sebelum ini ada beberapa kali artikel mengenai penyanyi lincah, Stacy yang berpakaian dan meniru ala-ala penyanyi antarabangsa, Miley Cyrus selalu diperkatakan. Kesempatan bertemu penyanyi Stacy di mini showcase yang berlangsung di Kelab Zouk Kuala Lumpur semalam telah merungkaikan segala-galanya kenyataan yang dibuat sebelum ini. "Saya tidak meniru mana-mana imej artis yang dikaitkan dengan saya. Apabila saya memotong rambut sebegini ramai yang beranggapan saya mahu meniru Miley, walhal rambut sebegini sudah lama di fesyenkan. Lagipun mungkin sekarang ini tengah in” “Tapi sebenarnya tiada apa pun yang sama yang penting untuk album kali ini saya ingin menampilkan konsep yang lebih baru dan segar daripada sebelum-sebekum ini," katanya. Stacy juga memilih ungkapan #1 untuk album terbarunya ini kerana mahu sentiasa meningkatkan lagi persembahannya dan ingin menjadi terbaik di antara yang terbaik. "Saya suka #1 sebab saya suka nombor 1 dan ingin menjadi nombor 1," ujarnya sambil berseloroh apabila ditemubual oleh Dina Nadzir yang juga menjadi pengacara pada petang itu. Showcase yang diadakan pada petang semalam telah mengumpulkan peminat Stacy di beberapa lokasi di Malaysia dan petang itu juga Stacy telah menyanyikan beberapa buah lagu baru di dalam album terbarunya itu. (rtky/hfz) ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Neelofa: Saya Menulis Bukan Untuk Hentam Sesiapa Posted: 18 May 2014 05:27 AM PDT Kerana Nota Neelofa setiap Ahad di akhbar Metro, nama Neelofa kembali hangat diperkatakan. Penulisan Neelofa dalam akhbar tersebut dikatakan agak sinis seolah olah ditujukan kepada seorang selebriti yang sedang perang dingin dengan wartawan hiburan. "Lofa tak bergaduh dengan sesiapa,” ringkas jawapan yang diberikan Neelofa ketika ditemui di majlis pelancaran hLive! Astro baru baru ini. Neelofa meminta orang ramai untuk mengikuti penulisan Nota Neelofa pada setiap Ahad untuk mendapatkan sebarang jawapan kerana dia tidak akan memberikan sebarang kenyataan lisan dan bertegas tidak akan menjawab sebarang pertanyaan berhubung isu tersebut. Bagi Neelofa, peluang yang diberi oleh pihak Metro Ahad adalah satu penghormatan buat dirinya. Nota Neelofa bukan sekadar diari tapi medium untuk berkongsi segala ilmu yang dimiliki selain berkongsi pengalaman melawat negara luar dan isu semasa. "Nota Neelofa adalah untuk satu Malaysia baca. Untuk dibaca oleh semua. Bukan surat yang ditujukan kepada seseorang” Terang Neelofa, bukan sekadar isu Nota Neelofa saja dia dihentam malah sebelum ini pun sentiasa ada dua pihak yang menyokong dan menentang dan baginya itu adalah perkara normal yang perlu dilalui setiap hari. Semakin Kerap Ikuti Ceramah Agama Dalam perkembangan lain, Neelofa sekarang dilihat sering menghadirkan diri di majlis-majlis agama. Baginya ilmu yang diterima dari kelas-kelas agama mampu membuka fikiran tentang sesetengah perkara yang kadangkala manusia alpa tentang bertapa pentingnya sesuatu perkara tersebut. Jelas Neelofa dia sudah terlalu lama meminati Profesor Muhaya namun baru sekarang berpeluang menghadirkan diri ke ceramah ceramah beliau. "Dari dulu lagi Lofa memang suka dengar ceramah. Lofa memang peminat setia Professor Muhaya. Semua ceramah beliau kat ikim.fm tu Lofa dah dengar semua. Cuma Lofa takde kawan yang selalu ajak ke ceramah-ceramah macam ni. Sejak akhir-akhir ni Lofa bersyukur kerana dipertemukan dengan kawan-kawan perempuan yang suka dengar ceramah dan forum” Neelofa juga berkata yang dia tidak peduli jika ada mulut-mulut jahat yang menuduh dia seolah olah hendak menunjuk-nunjuk. "Lofa pergi untuk tambah pengetahuan. Yang penting niat, antara Lofa dengan Allah saja yang tahu,” tambah Neelofa sebelum mengakhiri perbualan. (rtky/bsr) ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Hari Ini Dalam Hiburan (N.551) Posted: 18 May 2014 05:12 AM PDT VIDEO HARI INI: Lagu terbaru mendiang Michael Jackson, Love Never Felt So Good telah menampilkan Justin Timberlake sebagai penyanyi undangan dan dalam video muzik rasmi ini, mereka berdua berdansa menerusi zaman kegemilangan Raja Pop Dunia itu. Filem yang menjadi bualan ramai ketika ini, Godzilla dikhabarkan dalam kedudukan yang baik untuk menjadi filem dengan kutipan pembukaan hujung minggu terbesar untuk tahun ini dengan nilai yang mampu mencecah US$100 juta. Whoaaa! – Comic Book Tanpa sebarang promosi secara besar besaran, IU menerusi album terbaru berjudul Flower Bookmark dengan mempertaruhkan lagu My Old Story berjaya menguasai tangga teratas beberapa carta muzik utama di Korea Selatan. – Soompi Belum pun filem animasi sekuel How to Train Your Dragon 2 muncul menemui para peminat, pengarahnya Dean DeBlois telah membayangkan yang filem ketiga animasi kegemaran ramai itu bakal menjadi kenyataan. Yeay! – THR Walaupun berada di penjara kerana kesalahan berkaitan dadah, Chris Brown tidak berhenti berkarya dan khabarnya selepas berjumpa dengan James DeBarge yang juga penyanyi serta penulis lagu, mereka berdua mula mencipta lagu baru bersama sama. – TMZ Angelina Jolie dalam satu sidang media berkata yang beliau gembira kini mampu memilih karya filem yang beliau mahu lakonkan selain tetap dengan pendirian mahu lebih banyak melibatkan diri di belakang tabir selepas ini. – Huff. Post |
Godzilla: Lebih Dari Sekadar Kisah Raksasa Ikonik & Versi Terbaik Setakat Ini Posted: 18 May 2014 04:18 AM PDT 60 tahun yang lalu, 1954 sebuah filem berjudul Gojira arahan Ishiro Honda dalam bahasa Jepun terbitan Toho Co., Ltd. telah dibikin. Semenjak itulah filem dan siri televisyen yang menggunakan asas penceritaan menampilkan raksasa Godzilla atau 'kaiju' diulang berkali-kali menjadi francais dari negara Jepun yang dipasarkan ke seluruh dunia. Godzilla (2014) ialah versi ke-2 hasil tangan pembikin Hollywood iaitu Gareth Edwards selepas Godzilla (1998) yang dahulunya diarahkan oleh Roland Emmerich. Filem kali ini bukan sekuel tetapi dianggap reboot atau dibikin semula dari asas yang sama mengenai serangan Godzilla ke negara Amerika dan beberapa pelosok bumi. Filem ini bermula dengan paparan sejarah kononnya pada tahun 1954 selepas ujian bom Hidrogen oleh askar Amerika berhampiran sebuah kepulauan, sirip seekor 'raksasa' telah kelihatan muncul di permukaan laut. Di tahun 1999 pula, 2 orang saintis iaitu Dr. Ishiro Serizawa (Ken Watanabe) dan Dr. Vivienne Graham (Sally Hawkins) diarahkan untuk memeriksa penemuan aneh di bawah tanah sebuah lombong di Filipina. Sementara itu di Tokyo, seorang penyelia sebuah pusat kuasa nuklear yang juga merupakan fakar fizik dan jurutera iaitu Joe Brody (Bryan Cranston) diarahkan untuk memeriksa gegaran yang dikhuatiri sebagai ancaman gempa bumi. Isterinya iaitu Sandra Brody (Juliette Binoche) yang juga rakan sekerja di situ telah diarahkan memeriksa kebocoran bahan nuklear dari gegaran itu. 15 tahun kemudian, 2014 anak tunggal kepada Joe dan Sandra iaitu Ford Brody (Aaron Taylor-Johnson) seorang tentera pakar pemati bom mendapat panggilan telefon untuk menjamin ayahnya, Brody yang ditangkap oleh pihak polis. Brody telah menceroboh kawasan larangan kuarantin iaitu perumahan mereka di Jepun dahulu. Ok. Banyak kisah kekeluargaan Brody dan kajian oleh Dr. Serizawa di awal flem ini. Di manakah kisah raksasa Godzilla? Anda kena bersabar kerana filem ini akan semakin menarik dan mengembangkan kaitan-kaitan plot gempa bumi bumi, kegilaan konspirasi yang diteliti oleh Brody dan penemuan oleh Dr. Serizawa yang akan membongkar rahsia dari bawah tanah ke muka bumi sehingga menyebabkan kemunculan Godzilla dan aksi-aksi meletup sehingga ke penghujung filem. Amaran: Ulasan seterusnya mungkin mengandungi spoiler. Oleh kerana francais filem Godzilla ialah milik Toho Co., Ltd maka ia memaparkan penceritaan di awalnya berlaku di bandar-bandar Jepun dengan pelakon-pelakon Jepun, dengan syarikat-syarikat Jepun. Berbanding filem versi 1998 yang melibatkan pakar saintis Amerika iaitu Dr. Niko “Nick” Tatopoulos, kali ini saintisnya berbangsa Jepun iaitu Dr. Ishiro Serizawa. Sudah tentu kerana watak raksasa Godzilla itu ialah rekaan asalnya milik Jepun serta untuk memudahkan pasaran besarnya di Jepun dan Asia. Godzilla (2014) jujur kepada latar asas kisah-kisah raksasa itu sebelumnya. Filem ini menceritakan kenapa kemunculan Godzilla keluar dari dasar laut dengan lebih bersebab. Maksud saya, mungkin filem-filem terdahulu menyalahkan kajian atau serangan bom Hidrogen yang menembaknya sehingga ia mutasi menjadi lebih ganas atau mengganggu habitatnya bersembunyi selama ini. Maka ia keluar menjahanamkan desa dan kota manusia. Godzilla kali ini seakan tidak peduli dengan serangan dari pihak tentera manusia kerana ia ada misi yang lebih penting untuk survival dirinya sendiri. Kenapa ia keluar? Kerana musuh ketatnya iaitu 2 ekor raksasa MUTO (Massive Unidentified Terrestrial Organism) kembali muncul ke permukaan bumi. Malahan saya tidak kisah kalau filem ini bertajuk 'Godzilla vs MUTO'. Muka bumi tempat kehidupan manusia jadi rosak binasa bukan kerana Godzilla sengaja, tetapi kerana ia sedang memburu dan bertempur dengan MUTO. Maka kita dan dunia jadi 'collateral damage' dek pertarungan mereka. Kronologi penceritaan Godzilla juga masih jujur dengan keperluan-keperluan plot seperti filem terdahulu. Ia mesti ada pasukan tentera dimana kali ini ia diketuai oleh Rear Admiral William Stenz (David Strathairn) yang menyusun berbagai strategi ketenteraan untuk memusnahkan kesemua raksasa itu dari darat, laut dan udara. Begitu juga sekuen-sekuen babak chaos kemusnahan berbagai bangunan dan kekalutan orang awam di sana-sini. Yang paling wajib ialah laporan-laporan berita tergempar di televisyen. Watak utama filem ini sudah tentulah susuk bentuk Godzilla itu yang berjaya direalisasikan dari imej janaan komputer (CGI). Sudah tentu ia dibikin dengan gah dan dalam skala mega lengkap dengan suara pekikan yang menggerunkan! Oh! Begitu juga MUTO. Penampilan Bryan Cranston sebagai Joe Brody sebenarnya sangat bagus tetapi sekadar menjadi umpan dalam trailer sahaja kerana kesekejapan wataknya. Dr. Ishiro Serizawa lakonan Ken Watanabe pula sekadar tribute kepada nama gabungan pengarah filem Godzilla terdahulu iaitu Ishiro Honda dan nama watak Daisuke Serizawa dari filem 1954. Watak Serizawa lebih kepada pencerita dan pengkaji asal-usul MUTO sahaja. Sudah lumrah perfileman mega raksasa sebegini, akan ditampilkan seorang 'hero' yang akan menjadi teraju utama, tetapi dalam Godzilla watak Ford Brody lakonan Aaron Taylor-Johnson cuma berkejar ke sana-sini untuk melunaskan misi ketenteraan yang sebenarnya gagal. Oklah, Ford berjaya bawa bom naik bot keluar jauh dari San Francisco supaya tak meletup dalam bandar. Filem ini cuba sedaya-upaya seperti filem 1954 untuk menjalin drama kemanusiaan dari hubungan keluarga bapa-anak Joe dan Ford di awal-awal cerita. Sekali lagi plot bapa-anak-isteri diselitkan sekali-sekala di sepanjang filem iaitu hubungan keluarga Ford, isterinya Elle Brody (Elizabeth Olsen) dan anaknya yang juga 'kebetulan' tinggal di San Francisco. KESIMPULANGodzilla (2014) ialah filem yang besar, sebesar raksasa-raksasa di dalamnya. Kalau anda rasakan Ultraman itu besar, yang ini lagi besar! 3 BIJI ROTIKAYA kami berikan. |
You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.