RotiKaya |
- Misha Omar Dan Firos Ezzwan Rossly Sah Suami Isteri
- Natasha Hudson, Amyra Rosli Ganti Hanez Suraya Sebagai Duta Aura White
- 5 Fesyen Pilihan Untuk Anda Bergaya Ala Lisa Surihani
- Julia Ziegler Nafikan Dakwaan Mabuk Di Sydney
- Hari Ini Dalam Hiburan (N.546)
Misha Omar Dan Firos Ezzwan Rossly Sah Suami Isteri Posted: 01 May 2014 05:13 PM PDT Dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Hotel Renaissance, Kota Bahru pagi ini, Misha Omar atau nama sebenarnya Samihah Omar selamat bergelar isteri kepada juruterbang Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) Firos Ezzwan Rossly sekitar 9.30 pagi tadi. Akad nikah itu disempurnakan oleh abang kepada Misha, Mohd Rose Omar dan disaksikan oleh Imam Mukim Chempaka iaitu Ahmad Kamil Mat. Misha Omar menerima mas kahwin berupa seutas gelang emas manakala tiada wang hantaran disediakan dari pihak pengantin lelaki. Pasangan pengantin baru Misha Omar dan Firos ketika ditemui mStar Online selepas selesai majlis berkata mereka bersyukur serta gembira apabila telah selamat disatukan sebagai suami isteri dan berharap semua peminat mendoakan kebahagian mereka sehingga ke akhir hayat. ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Gambar Terima Kasih: Era FM, Adibah Noor & Suhaizul Izhar |
Natasha Hudson, Amyra Rosli Ganti Hanez Suraya Sebagai Duta Aura White Posted: 01 May 2014 05:00 PM PDT Sebelum ini teka-teki yang bermain di minda peminat dan pengguna Aura White siapakah yang bakal menggalas tanggungjawab sebagai duta yang sebelum ini telah digalas secara baik oleh pelakon Hanez Suraya akhirnya telah terjawab apabila pihak Aura White telah sebulan suara telah memilih Pelakon dan model Natasha Hudson dan pelakon baru yang semakin meningkat naik, Amyra Rosli. Pemilihan Natasha Hudson & Amyra Rosli selaras dengan konsep Aura White yang lebih elegan, segar dan mengikut peredaran masa kini. Sementara itu, mereka juga merupakan pengguna setia Aurawhite sebelum bersetuju menjadi duta kepada produk tersebut. Pendatang baru dalam industri hiburan tanah air, pelakon Amyra Rosli tidak menyangka apabila ditawarkan untuk menggalas tanggungjawab sebagai duta baru kepada produk Aura White yang kini telah berada di pasaran hampir 2 tahun. “Alhamdulillah saya tidak menyangka apabila telah ditawarkan sebagai duta Aura White yang baru. Mula-mula saya terfikir juga iaitu menjadi sebagai duta ini adalah satu tanggungjawab yang besar bukan mudah untuk kita menggalas tanggungjawab ini” “Tetapi setelah ditawarkan oleh Aura White untuk menjadi duta barunya saya rasa ini peluang saya untuk melangkah ke peringkat seterusnya dalam kerjaya saya,” ujarnya ramah. Dia yang sebelum ini juga turut menggunakan produk Aura White dalam penjagaan kecantikan cukup teruja untuk bersama-sama pihak Aurawhite dalam memasarkan produk ini. “Sebelum dilantik menjadi duta Aura White saya sememangnya pengguna Aurawhite dan saya dapati produk ini amat sesuai dengan saya” “Dengan perlantikan ini merupakan salah satu kepuasan bagi saya dan saya bersyukur sekali atas apa yang dikurniakan kepada saya ini,” katanya. (rtky/hfz) ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
5 Fesyen Pilihan Untuk Anda Bergaya Ala Lisa Surihani Posted: 01 May 2014 02:36 AM PDT Ingin bergaya seperti Lisa Surihani? Tak susah sebab Lisa lebih pentingkan keselesaan dan kesederhanaan. Skinny jeans, skinny pants, blouse, loose shirt atau sweater merupakan antara fesyen pilihan pelakon cantik ini. Malah, isteri kepada Yusri KRU juga mementingkan kecantikan asli dan lebih gemarkan solekan tipis, solekan tebal hanya dikenakan ketika pengambaraan ataupun majlis rasmi. Ini Wanista kongsikan 5 fesyen pilihan Lisa Surihani: 1. Simple seperti Lisa Surihani. Lisa memilih sweater dipadankan bersama skinny jeans dan cat flats dari Charlotte Olympia. 2. Ringkas sahaja penampilan Lisa. Hanya mengenakan blouse rona putih dipadankan dengan seluar krim poket di sisi, nampak elegan dengan tas tangan dari Celine. ![]() ![]() 3. Untuk majlis formal, Lisa memilih long dress rona putih dan disesuaikan dengan tumit tinggi dari rona yang sama, tas tangan dari Lady Dior. Untuk serlahkan penampilan cuba lakukan kontra dengan memilih tumit tinggi seperti dalam gambar. ![]() ![]() 4. Bila dilihat Lisa kerap memilih warna yang light seperti putih, krim, peach. Ketika bersiaran dalam rancangan hiburan Meletop, Lisa memilih jegging dipadankan dengan blouse dan tumit tinggi. Nampak menarik dan cute sekali. ![]() ![]() 5. Wanista sukakan penampilan Lisa, nampak segar dan muda sangat. Overall dipadankan dengan kemeja rona hijau lembut, tas tangan dari Chanel dan Vans. ![]() ![]() |
Julia Ziegler Nafikan Dakwaan Mabuk Di Sydney Posted: 01 May 2014 12:48 AM PDT Rabu lalu, kecoh juga dunia hiburan tempatan dengan khabar dari Australia yang mendakwa seorang pelakon wanita berdarah kacukan telah mabuk di tengah tengah kota Sydney selain menunjukkan perangai kurang sopan dikhalayak ramai. BACA: Pelakon Wanita Mabuk Teruk Di Kota Sydney! Dalam pada peminat berteka teki tentang siapakah gerangan aktress itu, nama Julia Ziegler pun terpalit sekali dek kerana beliau baru baru terbang ke Sydney, Australia untuk menjalani satu penggambaran dan kebetulan juga, beliau berdarah kacukan. "Eh, mana ada! Mengarut saja. Jangan percaya mereka (penyampai). Memanglah saya ni jenis yang gila-gila, tapi tak adalah sampai terjerit dan mabuk macam itu. Orang buat cerita ini” "Siapa yang mengadu, siapa yang bercakap? Terkejutlah saya. Siapalah yang buat lawak bodoh macam ini!" katanya kepada Harian Metro. Okay tuan punya badan sudah menafikan perkara ini berlaku maka berhentilah kita semua dari bercakap tentangnya. Heh. Berikut beberapa keping gambar Julia Ziegler di Sydney, Australia untuk tatapan anda. Enjoice! (rtky/m) ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Hari Ini Dalam Hiburan (N.546) Posted: 01 May 2014 12:06 AM PDT VIDEO HARI INI: Kami boleh jamin yang filem The Fault In Our Stars ini akan menjadi filem adaptasi novel paling di’minati untuk tahun 2014 ini, lihat sahaja trailer terbaru yang dilancarkan — boleh menangis. Kami di sini smeua hati tisu. Bercakap tentang trailer, Megan Fox kelihatan muncul buat pertama kali dalam trailer terbaru Teenage Mutant Ninja Turtles dan membuatkan kami lebih teruja untuk menantikan filem arahan Michael Bay — memori zaman kanak kanak, heh. – Just Jared Bercakap tentang memori zaman kanak kanak, oh my God pengarah J.J Abrams baru sahaja mengumumkan barisan pelakon untuk filem terbaru Star Wars yang turut disertai oleh pelakon asal seperti Harrison Ford, Mark Hamill dan Carrie Fisher. – People Uh oh, sebuah produksi di Indonesia telah didakwa meniru drama popular di Korea Selatan berjudul Man From The Stars, malah tajuk drama dari seberang itu juga seakan terjemahan iaitu Kau Yang Berasal Dari Bintang. Maling-sia? Eh. – Soompi Ini mungkin perkembangan yang positif buat Justin Bieber yang tidak habis habis dikaitkan dengan Selena Gomez, penyanyi itu baru baru khabarnya telah keluar makan malam bersama dengan model remaja popular, Kendall Jenner. – Us Magazine Pelakon Yasmin Hani mengambil langkah keselamatan memasang kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengawasi anaknya Noah Ismail Wong yang kini berusia 6 bulan sepanjang beliau keluar bekerja — anaknya kini dijaga pembantu rumah. – mStar Online |
You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.