koleksi gambar artis malaysia dan indonesia

koleksi gambar artis malaysia dan indonesia

Link to Koleksi Gambar Artis Malaysia

Zizan dapat Kontrak RM2 Juta?

Posted: 14 May 2014 01:06 AM PDT


SEBELUM ini, pernah disiarkan mengenai desas-desus yang mengatakan pelakon dan pengacara Zizan Razak bakal mengikat kontrak bernilai RM2 juta bersama pihak pengurusan Astro.

Bagaimanapun, ketika itu dia belum membuat sebarang pengesahan kepada media kerana masih belum dihubungi pihak berkenaan.

Zizan kini sah berada di bawah pengurusan Astro dan ia diakui oleh pelakon itu sendiri menerusi Berita Harian.

Katanya, dia mengharapkan kerjayanya akan lebih bagus kerana sudah diuruskan oleh pihak yang lebih profesional.

"Saya juga akan sama-sama berbincang untuk memantapkan lagi kerjaya saya dalam semua bidang yang diceburi," ujar kekasih kepada Emma Maembong itu.

Admin: Rezeki allah nak beri..jangan lupa berzakat..ingatan untuk admin juga

sumber:mynewshub

Chacha Maembong pakai gaun paras paha

Posted: 13 May 2014 08:22 PM PDT





Fesyen gaun paras paha yang dikenakan oleh Chacha Maembong ketika hadir ke Majlis Pelancaran H! Live semalam tidak begitu disukai peminat kerana memperlihatkan bentuk badannya yang agak gemuk dan berisi.
Gambar kredit : ohbulan
Komen Admin..kalau pakai lagi sopan lagi bagus

Tasha Shilla Tertekan

Posted: 13 May 2014 07:57 PM PDT

Tasha Shilla Tertekan Dihina Peminat
Sumber:Mstar

PETALING JAYA: Pelakon Tasha Shilla tertekan dengan komen negatif berunsur hinaan yang dilemparkan pengikut-pengikut laman sosialnya terhadap hubungan dia dengan kekasihnya,Han Chen Wong.
Tasha atau nama sebenarnya Natashasheila Abd Razak, 27, berkata, peminat tidak wajar menjatuhkan hukuman atau mengawal segala tindak-tanduknya melalui gambar-gambar yang dikongsi di laman sosial Instagram miliknya.
"Saya memang tertekan dengan komen-komen negatif mereka, ramai diantara mereka terpaksa saya block kerana bersikap kurang ajar.
"Saya tidak perlu untuk jaga hati peminat, mereka sepatutnya memahami dan bukan mengawal hubungan saya. Cukuplah keluarga saya merestui hubungan kami," ujarnya kepada mStar Online.
Tasha berkata demikian ketika ditanya tentang kritikan dan komen negatif yang sering dilemparkan oleh pengikut-pengikut laman sosial Instagram setiap kali dia memuat naik gambar bersama kekasihnya.
Tasha turut memberi amaran kepada peminat yang berniat untuk menghina atau memberi komen negatif terhadapnya tidak perlu menjadi pengikutnya di laman sosial berkenaan.
Sementara itu, Tasha yang merancang untuk berkahwin pada tahun hadapan mengakui, sedang di peringkat memahami dunia masing-masing.
Dia akui, kekasihnya yang juga peninju Muay Thai itu sedang membiasakan diri dengan kehidupan dalam dunia selebriti.
'Pada awalnya dia agak rimas juga dengan perhatian orang terhadapnya. Saya pula cuba masuk dengan dunia Muay Thai dia, sementara dia belajar memahami dunia saya," katanya.

Admin komen: asam garam dunia bercinta..ada yang suka dan ada yang tak suka

Gambar kekasi baru Azlee Khairi?

Posted: 13 May 2014 05:18 PM PDT


Dikhabarkan kekasih baru Azlee Khairi adalah seorang usahawan berjaya dari Brunei, 30 an yang merupakan bekas deejay dan juga mempunyai company event management sendiri di sana. Jika benar, moga beroleh bahagia..:-)

Anda suka berita di blog ini. Moh le LIKE Page ni.. Terima Kasih

Norish Karman Sambut Harijadi ke 40

Posted: 13 May 2014 05:14 PM PDT




Norish ketika ditemui di rumahnya yang terletak di kawasan Mont Kiara, Kuala Lumpur, bersempena sambutan hari jadinya yang ke-40 Ahad lalu. Memilih tema sukan (sporty) untuk hari jadinya kali ini, ujar Norish atau nama sebenarnya Nor'asikin Karman, dia tidak mahu mengambil kisah tentang angka umur yang kian bertambah. Semoga Norish terus sukses dalam apa jua yang dilakukan..

Lisdawati Dah maafkan Sharnaaz

Posted: 13 May 2014 04:48 PM PDT



Pelakon yang sedang sarat mengandung, Lisdawati berkata di akhbar BH, segala-galanya sudah berakhir dan beliau enggan ambil pusing kata-kata atau komen balas daripada pihak satu lagi.

Lisdawati, yang kini memasuki fasa terakhir kandungan iaitu hampir sembilan bulan, memilih untuk menenangkan diri bagi menyambut kelahiran bayi baharu tidak lama lagi. "Semua yang berlaku biarkan berlalu, saya tidak mahu ingat apa-apa lagi," katanya ketika ditemui HIP pada majlis pelancaran program hiburan hlive! di ibu kota, kelmarin.

 Sumber berita harian

 Anda suka berita di blog ini. Moh le LIKE Page ni.. Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...