koleksi gambar artis malaysia dan indonesia

koleksi gambar artis malaysia dan indonesia

Link to Koleksi Gambar Artis Malaysia

Gambar terbaru Nasha Aziz

Posted: 13 May 2014 04:25 AM PDT

Gambar terbaru model terkenal dan pelakon yang admin sangat minati, Nasha Aziz.Cuma admin musykil sedikit dengan bentuk hidungnya..apapun nasha tetap dihati admin ..Hihi


gambar sumber: Forum Cari

Anda suka berita di blog ini. Moh le LIKE Page ni.. Terima Kasih

Gambar Tasha Shilla dan Teman Lelaki

Posted: 13 May 2014 04:16 AM PDT

Tasha Shilla diketahui umum sedang bercinta dengan Han Chen Wong, peninju Muay Thai berbangsa Cina ini.. Kalau selama ini Tasha merahsiakan hubungan mereka, kali ini menerusi BiPop, Tasha mengakui dirinya tidak pernah rasa sebahagia ini sebelum bertemu Han. Senang cerita, memang Tasha memang sayang gila ngan mamat ni.

 









 

 Sering menemani Tasha Shilla ke mana-mana, Hans baru berusia 24 tahun dan hubungan mereka berdua sudah pun mencecah 8 bulan. Menurut perancangan, Tasha dan Han bakal mendirikan rumahtangga tahun hadapan. Doakan yang terbaik untuk mereka berdua.

Gambar Bulan Madu Romantis Zain Saidin dan Rozita Che Wan

Posted: 13 May 2014 04:06 AM PDT

Romantis sungguh gambar gambar pasangan pengantin baru yang sensasi, Zain Saidin dan isterinya Rozita Che Wan di Paris. Sempat berbelanja sakan dan nampak enjoy..apapun admin doakan semoga kebahagiaan anda berdua berkekalan selamanya..amin













Anda suka berita di blog ini. Moh le LIKE Page ni.. Terima Kasih

Fara Fauzana dah mula bertudung?

Posted: 12 May 2014 07:43 PM PDT

Melalui perkongsian gambar  Instagram peyampai radio HotFM dan Pengacara, Fara Fauzana sudah mula berniat untuk berhijab walaupun tak sempurna lagi. Kita doakan dapat hidayah untuk bertudung penuh sebagai seorang muslimah yang berkarier dan boleh menjadi contoh kepada orang lain..Insya Allah





Gambar dari instagram beliau
The Real Fafau

Anda suka berita di blog ini. Moh le LIKE Page ni.. Terima Kasih

Liyana Jasmay lahir baby girl

Posted: 12 May 2014 07:34 PM PDT

Tahniah untuk artis Liyana Jasmay sebab dah lahirkan anak sulung ...

gambar dari instagram beliau sebelum bersalin


Kuala Lumpur: Pelakon dan penyanyi Liyana Jasmay dilaporkan selamat melahirkan seorang bayi perempuan, malam tadi.
Liyana, 26, melahirkan bayi seberat 2.9 kilogram pada jam 7.40 malam di Pusat Perubatan Prince Court, di sini.

Berita kelahiran itu disahkan ibunya Habsah Simpon.

"Alhamdulillah semua berjalan lancar Liyana dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court pada Ahad kerana sudah ada tanda-tanda untuk bersalin.

"Kira-kira jam 7.40 malam Isnin dia selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.9 kilogram secara normal," katanya.

Bagaimanapun, Liyana masih belum mengumumkan nama pilihan untuk bayi sulung itu.

Liyana berkahwin dengan Fathuddin Mazlan, 30, pada 2 Februari tahun lalu dalam satu majlis di Hotel Seri Pacific, di sini.

Sumber: Harian metro

Anda suka berita di blog ini. Moh le LIKE Page ni.. Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...