RotiKaya |
- Marsha: Saya Tidak Bercinta Dengan Suami Orang
- Kuat Makan Nasi Selepas Hamil, Scha al-Yahya Sudah Ada Nama Anak
- Rossa Nafi Dakwaan Bercinta Dengan Kerabat Malaysia
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.532)
- Nasha Aziz Serius Jaga Penampilan Muslimah Demi Jayakan Teater
| Marsha: Saya Tidak Bercinta Dengan Suami Orang Posted: 09 Apr 2014 06:05 PM PDT Semua ini gara gara kisah kontroversi Hanez Suraya yang bercinta dengan suami orang, ramai juga artis yang sedang menjalinkan hubungan cinta ini ditanya soalan tentang status kekasih mereka — manalah tahu bergelar suami orang tetapi berlagak bujang. Eh. Marsha Milan Londoh juga tidak terkecual terkena tempias apatah lagi apabila penyanyi, pelakon dan pengacara ini lebih suka menyorokkan identiti kekasihnya dan ianya sekali gus menimbulkan keraguan di hati orang ramai. “Dia (teman lelaki) bukan duda atau suami orang. Dia solo (ketawa). Memang saya takut. Apa yang Hanez Suraya sedang lalui sekarang membuatkan saya agak takut sehingga saya membuat kaji selidik mengenai latar belakang kekasih. Memang sah dia bukan suami orang (ketawa)” “Kalau boleh, saya tidak mahu terlibat dengan suami orang. Sebab kalau saya dalam situasi wanita itu, saya juga tidak suka bermadu. Saya tidak mahu kacau mana-mana pasangan,” ujar Marsha kepada Kosmo! hari ini. Mengakui yang kekasihnya hanya orang biasa bukannya berstatus VIP, Marsha mengakui yang beliau memerlukan seorang teman lelaki untuk meluahkan rasa manja dalam dirinya walaupun pernah gagal dalam percintaan beberapa kali sebelum ini. “Setiap orang memerlukan seseorang untuk menyayangi diri kita. Lebih-lebih lagi, saya ini seorang yang manja. Saya perlukan seorang lelaki yang boleh saya curahkan rasa manja saya. Dia buat kita rasa sentiasa positif dan membuatkan diri kita ada arah tuju serta ingin menjadi lagi bagus,” tambahnya lagi yang bakal keluar dengan jenama pakaian sendiri. (rtky/m) |
| Kuat Makan Nasi Selepas Hamil, Scha al-Yahya Sudah Ada Nama Anak Posted: 09 Apr 2014 05:37 PM PDT Pelakon, pengacara dan juga model Scha al-Yahya yang ditemui semasa pelancaran haruman terbaru Avon Instinct di Sunway Pyramid baru-baru ini kelihatan sungguh berseri dan semakin berisi berikutan kandungannya yang kini telah mencecah usia 6 bulan dan 24 minggu. Berikutan itu dia serba sedikit telah memberitahu berkaitan persiapannya untuk menyambut kelahiran cahaya matanya yang pertama. "Saya masih belum lagi membeli keperluan bayi tapi hanya berkesempatan membeli sebuah stroller itu pun berwarna hitam," katanya memulakan perbicaraan. “Tetapi Awal kalau boleh semua dia nak beli, biasalah keterujaannya untuk menyambut kelahiran cahaya mata sulungnya. Apa yang boleh saya katakan di sini, alhamdulillah apabila usia saya sudah mencapai 6 bulan ini saya telah hilang daripada alahan-alahan yang saya alami ketika di awal proses kehamilan ini” “Alahannya adalah seperti saya tidak boleh diganggu atau dengar benda-benda yang bising dan disebabkan itulah di awal kehamilan, banyak saya menolak untuk menghadiri majlis hiburan dan seumpamanya. Saya ada juga memberitahu kawan saya mengenai apa yang saya alami ini dan mereka memberitahu bahawa ini semua berpunca dari kehamilan ini,” katanya ramah. Scha turut memberitahu bahawa berat badannya kini meningkat kerana faktor pemakanannya dan dia juga turut menjelaskan akan berpantang seperti cara tradisional yang lama kerana mahu badannya kembali seperti sedia kala. "Berat badan saya telah naik sebanyak 5kg sepanjang proses kehamilan ini dan saya sememangnya kuat makan nasi dan sebelum ini pun saya memang suka makan nasi. Kadang-kadang itu selepas makan nasi saya makan pula 3 keping roti” "Sebelum ini saya pernah fikir berpantang secara koboi sahaja. Tetapi apabila dinasihatkan oleh ibu dan rakan-rakan yang lain saya akan kembali kepada asas iaitu berpantang seperti orang-orang dahulu berpantang untuk mengekalkan kesihatan dan juga untuk menambahkan susu badan” “Lagipun, Awal ini suka tengok benda-benda yang cantik, elok dan disebabkan itu saya perlu menjaga penampilan diri sebelum dan selepas bersalin,” ujarnya. Rajin Imbas Kandungan, Sudah Sediakan Nama Anak Scha juga telah beberapa kali mengimbas kandungannya untuk mengetahui jantina sama ada bayinya itu nanti lelaki atau perempuan tetapi sehingga kini masih tidak dapat dipastikan lagi. Dia dan Awal juga telah merencanakan beberapa nama untuk bayi lelaki dan juga perempuan. "Saya sudah scan tapi masih belum boleh lagi dapat dipastikan sama ada jantina bayi saya itu lelaki atau perempuan. Sudah tentu saya ada memilih beberapa nama untuk bayi saya dan kalau boleh saya suka nama-nama yang bersifat klasik, seperti Ibrahim kalau lelaki manakala kalau perempuan nama seperti Aminah tetapi Awal pula lebih kepada nama-nama yang ada pada zaman sekarang ini, dan akan kami gabungkan nama-nama tersebut," ujarnya. Selain itu dia tidak akan sesekali mengajar anak-anak yang bakal dilahirkan itu hidup secara bermewah kerana Scha mahukan mereka untuk lebih berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati sebagaimana dirinya dan Awal sendiri. "Saya tak akan ajar anak-anak bermewah biarlah bersederhana sahaja seperti apa yang saya lalui biarlah mereka berusaha untuk mendapat sesuatu yang dihajati. Tetapi lain pula Awal apabila dia membeli bantal kanak-kanak yang berjenama 'Dior' dan saya tidak setuju dengan cara itu, bagi saya biarlah berpada-pada," katanya. Turut menceritakan pengalaman romantik sepanjang proses kehamilannya ini apabila Awal memasak untukknya. "Perkara yang paling 'sweet' ialah apabila dia masak untuk saya. Kadang-kadang kita tahu dia sibuk tapi masih lagi ada masa untuk melayan saya," tambah Scha al-Yahya lagi. (rtky/hfz) |
| Rossa Nafi Dakwaan Bercinta Dengan Kerabat Malaysia Posted: 09 Apr 2014 05:14 PM PDT Diva Pop Indonesia, Datuk Rossa menepis dakwaan beliau kononnya sedang hangat bercinta dengan kerabat dari Malaysia seperti yang digosipkan. Memetik laporan Harian Metro hari ini, pelantun lagu Ayat-Ayat Cinta ini sebaliknya mengakui beliau kini sedang menjalin cinta dengan seorang ahli perniagaan Indonesia yang berusia lingkungan 40-an. "Memang kami dalam proses mengenali hati budi tetapi belum ada perancangan untuk berkahwin dalam tempoh terdekat ini. Maklumlah, saya pernah berkahwin sebelum ini dan pasti saya perlu benar-benar bersedia sebelum berumah tangga semula” "Buat masa ini, fokus saya pada karier seni dan membesarkan anak tunggal, Rizky dengan sebaik mungkin. Apapun, jika ada jodoh, saya juga mengharapkan hubungan kami akan berakhir dengan perkahwinan," katanya. Mengulas lanjut mengenai gosipnya dengan kerabat dari Malaysia itu, Rossa berkata beliau memang berkawan rapat dengan kerabat yang dimaksudkan itu. “Saya terkejut bila dapat tahu saya digosipkan dengan kerabat berkenaan. Hakikatnya hubungan kami sudah lama rapat sebelum saya berkahwin lagi dan hanya sebagai kenalan baik saja, tidak lebih daripada itu” “Pada masa sama saya sering menerima undangan persembahan dari pihak istana. Saya juga pernah membuat persembahan undangan daripada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebelum ini,” katanya. Rossa sebelum ini pernah berkahwin dengan pemain drum kumpulan Padi, Yoyo, namun bercerai pada 14 Julai 2009. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Rizki Langit Ramadhan, 7. (rtky/fr) Gambar oleh Faisol Mustafa |
| Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.532) Posted: 09 Apr 2014 09:19 AM PDT VIDEO HARI INI: Coldplay baru baru ini melancarkan sebuah video muzik terbaru untuk single pertama mereka, Magic dari album Ghost Stories yang akan muncul di pasaran pada 18 Mei 2014 nanti. Katanya ada clue tentang penceraian Chris Martin? Bintang gusti terkenal, James Hellwig atau lebih dikenali dengan nama pentas Ultimate Warrior telah meninggal dunia pada usia 54 tahun semalam selepas rebah tanpa sebarang punca ketika berjalan bersama isterinya di Arizona. – TMZ Sports Amir Raja Lawak mengakui yang hati beliau kini sudah terpaut dengan gadis yang hanya mahu dikenalkan sebagai I selepas lakukan solat sunat istikharah dan sudah pun berjumpa dengan keluarga gadis itu untuk mendapatkan restu. – mStar Online Berdasarkan kajian yang dibuat oleh pakar pemasaran Samsung, gambar selfie paling popular yang dilakukan oleh Ellen DeGeneres ketika berlangsungnya Oscar baru baru ini bernilai US$1 billion. Siapa yang untung, Samsung. Heh. – THR Duo wanita paling kelakar di Hollywood, Tina Fey dan Amy Poehler dilaporkan akan kembali bersatu dalam satu filem baru berjudul The Nest & mereka berdua akan memegang watak sebagai adik beradik. Okay, kami tunggu. – Huff. Post Dalam satu sesi berbicara bersama peminat di laman sosial Twitter, Nickhun (2PM) tidak kekok berbicara tentang hubungannya dengan Tiffany (SNSD) selain turut memberikan bayangan yang kumpulannya akan kembali dengan lagu baru tidak lama lagi. – Soompi |
| Nasha Aziz Serius Jaga Penampilan Muslimah Demi Jayakan Teater Posted: 08 Apr 2014 07:01 PM PDT Sesuai dengan watak yang bakal beliau jayakan dalam teater Di Bawah Lindungan Kaabah (DBLK), Nasha Aziz nampaknya sudah mula komited dengan imej muslimah yang perlu dibawakan ketika sidang media yang diadakan baru baru ini. Bercakap kepada portal Murai, Nasha Aziz mengakui ianya satu tanggungjawab buat dirinya untuk menjaga etika kerja dan karier yang perlu dipenuhi selepas ditawarkan watak Zainab dalam teater bertemakan Islamik dan ketuhanan itu. "Rasanya bila kita bercakap tentang etika bekerja, apa sahaja yang saya lakukan saya akan pastikan ianya harus kalau boleh tak dapat 200 peratus pun tapi dapat 100 peratus pun jadilah” "Malah penampilan saya hari ini sebenarnya saya dengar tidak lagi memenuhi 100 peratus sempurna daripada pereka kostum bagi watak saya dan pelakon lain. Tidak silap saya, ini hanya 10 peratus sahaja daripada yang sepatutnya daripada watak kami,” ujar beliau. Nasha Aziz akan tampil dalam teater Di Bawah Lindungan Kaabah bersama barisan pelakon lain seperti Adi Putra, Elfira Loy, Fizo Omar, Zahid (AF2), Liza Abdullah & Yasmin Hani di Panggung Sari Istana Budaya bermula 9 hingga 18 Mei depan. (rtky/m) |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |










































No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.