RotiKaya

RotiKaya


7 Inspirasi Fesyen Bertudung Shila Amzah

Posted: 08 Apr 2014 05:56 PM PDT

Secara ringkasnya, kami simpulkan gaya penyanyi yang baru sahaja mengharumkan nama Malaysia atas kejayaannya memenangi tempat ketiga dalam pertandingan I Am Singer di China ini sebagai ringkas, selesa dan young.

Banyak mengenakan outer wear seperti blazer dan cardigan, Shila juga sering dilihat menggayakan kasut but. Kami andaikan juga Shila jenis yang fuss free memandangkan tiada aksesori yang dipadankan dalam gayanya.

1. Shila nampak tidak gentar dalam bereksperimen dengan warna. Lihat sahaja skirt labuhnya yang nampak macam corak aiskrim paddle pop. Padanan dengan selendang warna kuning dan cardigan warna biru turqoise. Colour blocking yang manis dan ceria.

#01 Ringkas & Selesa, 7 Inspirasi Fesyen Bertudung Shila Amzah - ROTIKAYA

#02 Ringkas & Selesa, 7 Inspirasi Fesyen Bertudung Shila Amzah - ROTIKAYA

2. Tidak ramai yang berani menggayakan corak fauna seperti yang digayakan Shila. Bagi tidak nampak janggal, pilih kombinasi yang punya warna senada.

#04 Ringkas & Selesa, 7 Inspirasi Fesyen Bertudung Shila Amzah - ROTIKAYA

#03 Ringkas & Selesa, 7 Inspirasi Fesyen Bertudung Shila Amzah - ROTIKAYA

3. Maxi dress adalah item yang paling mudah dan instant untuk nampak anggun dan sopan. Terdapat banyak maxi dress lengan panjang dipasarkan dengan pelbagai pilihan corak. Tidak perlu lagi pemakaian outer wear.

#05 Ringkas & Selesa, 7 Inspirasi Fesyen Bertudung Shila Amzah - ROTIKAYA

#06 Ringkas & Selesa, 7 Inspirasi Fesyen Bertudung Shila Amzah - ROTIKAYA

4. Tunic adalah satu lagi item yang sesuai digayakan gadis berhijab yang gemar bergaya. Kami suka tunic potongan fishtail seperti digayakan Shila. Selain labuh, tunic seperti ini juga longgar dan tidak terlalu mengikut bentuk badan. Cantik juga jika anda gayakan dengan seluar palazo yang besar.

#07 Ringkas & Selesa, 7 Inspirasi Fesyen Bertudung Shila Amzah - ROTIKAYA

#08 Ringkas & Selesa, 7 Inspirasi Fesyen Bertudung Shila Amzah - ROTIKAYA

5. Jika anda tercari-cari inspirasi gaya formal yang elegan namun masih nampak funky. Nah.. gaya Shila yang kelima ini sesuai dijadikan inspirasi. Blazer bercorak dan warna tudung yang ceria menyelamatkan gaya formal dari tampak bosan.

#09 Ringkas & Selesa, 7 Inspirasi Fesyen Bertudung Shila Amzah - ROTIKAYA

#10 Ringkas & Selesa, 7 Inspirasi Fesyen Bertudung Shila Amzah - ROTIKAYA

6. Daripada gaya pertama lagi kami perasan yang Shila sukakan kasut but yang bertumit. Tapi untuk gaya ini , Shila memakai kasut sneakers pula. Kardigan labuh ala arbaya ini memang nampak bergaya dan elegan. Ini juga merupakan fesyen dan gaya ke lapangan terbang daripada Shila Amzah.

#11 Ringkas & Selesa, 7 Inspirasi Fesyen Bertudung Shila Amzah - ROTIKAYA

#12 Ringkas & Selesa, 7 Inspirasi Fesyen Bertudung Shila Amzah - ROTIKAYA

7. Segar dan ceria dengan warna-warna terang seperti biru, hijau dan merah jambu. Terima kasih kepada fesyen colour blocking, tiada limitasi lagi dalam padanan warna pakaian dalam gaya anda.

#13 Ringkas & Selesa, 7 Inspirasi Fesyen Bertudung Shila Amzah - ROTIKAYA

#14 Ringkas & Selesa, 7 Inspirasi Fesyen Bertudung Shila Amzah - ROTIKAYA

Anak Rozita Che Wan: Berita Hadiah BMW X6 Mengarut

Posted: 08 Apr 2014 05:18 PM PDT

Saat tersebarnya berita mengenai aktres seksi Rozita Che Wan (Che Ta) merancang mahu menghadiahkan anak sulungnya, Ammar Effendy sebuah kereta spot jenis BMW X6, ramai peminat memberi respon, bertapa beruntungnya menjadi anak Che Ta.

BACA: Anak Cemerlang Keputusan SPM, Rozita Che Wan Mahu Hadiahkan BMW X6

Malah ada juga peminat (termasuklah kami) ‘mencuba nasib’, dengan meluahkan hasrat teringin benar nak menjadi anak angkat kepada hot mummy itu. Manalah tahu, kalau-kalau anak tuah dapat kereta sport jugak. Heh.

Bagaimanapun, Ammar memberikan respon yang berbeza apabila pelajar cemerlang 8A SPM ini menerusi laman sosial Twitter miliknya menyatakan laporan media mengenai hasrat ibunya itu sebagai mengarut dan tidak benar.

Ammar berkata demikian sebagai membalas beberapa sapaan pengikut Twitter yang mengatakan dia bertuah kerana bakal memiliki kereta idaman ramai anak muda sebayanya. Bahkan ada anatara rakannya yang dalam nada bergurau berpesan jangan lupa menumpankan mereka nanti.

Selain menulis perkataan nonsense (mengarut), Ammar juga menulis kenapa selalu salah dengar. Luahannya itu seolah-olah menyifatkan laporan media mengenai berita dia bakal mendapat kereta mewah itu, tidak benar.

Apapun… kami tetap nak kata bahwa, beruntung Ammar dapat ibu seperti Che Ta. (rtky/fr)

#65 Ammar Effendy Dakwan Kisah Hadiah BMW X6 Sebagai Mengarut - ROTIKAYA #64 Ammar Effendy Dakwan Kisah Hadiah BMW X6 Sebagai Mengarut - ROTIKAYA #63 Ammar Effendy Dakwan Kisah Hadiah BMW X6 Sebagai Mengarut - ROTIKAYA #62 Ammar Effendy Dakwan Kisah Hadiah BMW X6 Sebagai Mengarut - ROTIKAYA #61 Ammar Effendy Dakwan Kisah Hadiah BMW X6 Sebagai Mengarut - ROTIKAYA #60 Ammar Effendy Dakwan Kisah Hadiah BMW X6 Sebagai Mengarut - ROTIKAYA

Saksi: Shahz Jaszle Mengaku Belum Nikah, Hanya Pakai Boxer

Posted: 08 Apr 2014 05:14 PM PDT

Nampaknya, kes khalwat Shahz Jaszle yang kini dalam perbicaraan di mahkamah bakal menjalani kisah yang sangat panjang dan sampai ada yang mengatakan yang ianya akan memakan masa bertahun sebelum selesai. Kita layankan sahaja.

Dalam prosiding terbaru semalam, saksi yang merupakan Pegawai Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berkata yang Shahz Jaszle & pasangan khalwatnya, Farah Nurizzati masing masing mengaku yang mereka merupakan sepasang kekasih ketika diserbu Mei tahun lalu.

“Dua-dua (lelaki dan perempuan) dalam bilik itu cakap benda yang sama kepada saya," kata saksi kepada mahkamah semalam.

Pada serbuan yang dilakukan sekitar jam 3.50 pagi itu, saksi turut menambah yang Shahz Jaszle dan pasangannya berada dalam bilik kedua selepas pintu utama rumah tersebut dibuka oleh seorang lelaki yang kemudiannya menunjukkan lokai pasangan itu.

"Selepas saya ketuk pintu bilik dan memperkenalkan diri, pintu bilik kedua itu dibuka seorang wanita yang memakai seluar pendek berwarna ungu dan berbaju-T warna putih”

"Saya dapati terdapat susuk tubuh yang sedang baring berselimut atas katil lalu saya arahkan orang itu bangun dari tidur dan turun dari katil. Saya dapati orang itu adalah seorang lelaki yang hanya memakai seluar pendek (boxer) berwarna kelabu”

Shah Jaszle atau nama sebenarnya Mohd Shahrizal Jaszle Jasmin, 26, yang ketika itu masih tunangan orang didakwa berkhalwat dengan bekas pekerja bank, Farah Nurizzati, 22, di dalam bilik sebuah rumah beralamat KC-01-16 Blok C, Kayangan Apartmen, Jalan PJS 1-/24, Taman Sri Subang, dekat sini, jam 3.50 pagi pada 16 Mei 2013. Bagi pertuduhan itu mereka masing-masing didakwa mengikut Seksyen 29 (1)(a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) Tahun 1995 dan jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya. Farah Nurizzati mengaku salah dan didenda RM3,000.

Perbicaraan di hadapan Hakim Syarie, Abd Halim Abu Samah bersambung pada 10 Jun ini untuk sesi soal balas oleh peguam tertuduh. (rtky/m)

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.531)

Posted: 08 Apr 2014 09:42 AM PDT

VIDEO HARI INI: EA Sports akhirnya dapat hak untuk memasukkan legenda seni pertahankan diri, Bruce Lee dalam permainan terbaru terbaru EA SPORTS UFC. (Terima kasih KLHIVE)

Isteri kepada selebriti kelahiran Malaysia Ashraf Sinclair, Bunga Citra Lestari mengakui yang beliau bersikap dominan atau queen control dalam perkahwinan mereka namun ianya tidaklah senegatif yang disangka. – GUA

Ya, satu lagi skandal gambar lucah akan menjadi bualan Hollywood apabila beberapa keping gambar yang dikatakan menunjukkan Demi Lovato di atas katil bersama kekasihnya yang juga seorang pelakon, Wilmer Valderrama beredar di internet. – Huff. Post

Kumpulan yang pernah popular denga lagu What Hurts The Most, Rascal Flatts mengakui yang mereka tidak menyanyi secara live dan hanya miming pada persembahan di Academy of Country Music Awards hujung minggu lalu kerana tidka mahu kecewakan peminat. – TMZ

Selepas David Letterman mengumumkan yang beliau akan bersara tahun hadapan, banyak nama timbul dikatakan sebagai ganti kepada pengacara popular itu dan salah seorangnya adalah Neil Patrick Harris dan beliau berkata ianya bukan kerja mudah untuk menjadi pengganti. – Observer

Dua tahun selepas kemunculan pertama mereka di dunia hiburan K-pop, akhirnya EXO bakal mengadakan konsert jelajah mereka sendiri bermula Mei ini di Seoul dan khabarnya akan turut menjelajah Asia selepas itu. Malaysia datang? – Soompi

Calonkan Selebriti Pilihan Anda Untuk Astro On The Go Fan Choice Awards Sekarang!

Posted: 07 Apr 2014 08:11 PM PDT

Tahukah anda, kini kita mempunyai satu lagi acara anugerah untuk memberikan penghargaan kepada penggiat dunia hiburan dan juga selebriti yang gigih menghiburkan kita semua sepanjang tahun dan ianya adalah Astro On The Go Fan Choice Awards!

Dan bermula hari ini sehingga 13 April 2014, anda mempunyai kuasa untuk menentukan calon yang bakal tersenarai dalam Top 4 setiap kategori yang dipertandingkan dalam Astro On The Go Fan Choice Awards kelak.

Anda sebagai peminat mempunyai hak untuk mencalonkan pilihan anda yang terdiri dari pelakon lelaki, pelakon wanita, drama televisyen, sukan, rancangan TV dan juga filem tempatan yang telah menjadi perhatian sepanjang setahun yang lalu.

Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu melayari Facebook sebagai platform untuk anda menamakan calon pilihan anda TETAPI perlu diingat juga anda perlu mempunyai akaun Twitter untuk membuat pilihan.

Screen Shot 2014-04-01 at 11.09.53 AM

Jangan lupa untuk mengikuti perkembangan Astro On The Go Fan Choice Awards yang bakal kami bawakan dari masa ke semasa lebih lebih lagi tentang siapakah yang berjaya tercalon ke Top 4. Stay tuned!

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...