RotiKaya

RotiKaya


Salah Guna Nama, Rozita Che Wan Rugi RM500,000

Posted: 04 Apr 2014 01:20 AM PDT

Aktres jelita Rozita Che Wan atau nama timangannya Che Ta terpaksa menanggung kerugian hampir RM500,000 gara-gara nama dan gambarnya telah dipergunakan secara tidak sah dan tanpa kebenaran oleh dua jenama produk kecantikan bertujuan untuk melariskan lagi jualan produk tersebut terutama di dalam media sosial.

Lebih membuatkan pelakon ini kesal apabila timbul dakwaan dari satu jenama produk kesuburan mendakwa dirinya mengandung disebabkan memakan salah satu daripada produk tersebut. Selain satu lagi jenama produk iaitu produk kecantikan payudara menggunakan gambarnya juga tanpa kebenaran.

Demi membersihkan namanya, Che Tah yang kini sedang hamil 3 bulan, membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang dengan memberi notis tuntutan terhadap pihak syarikat produk berkenaan.

Menurut Che Ta, sebelum itu beliau sudah memberi amaran kepada pihak syarikat juga agen produk berkenaan agar menurunkan gambarnya — namun tiada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak syarikat itu.

“Ini bukan kali pertama nama dan gambar saya dipergunakan. Saya sudah mengetahui perkara ini sejak tiga bulan lalu. Sehinggalah pada Isnin lalu seorang individu menghantar WhatsApp kepada saya bertanyakan tentang keberkesanan produk ini. Saya terkejut”

Rozita Che Wan Kerugian RM500,000 - ROTIKAYA

“Padahal saya tidak tahu menahu pun tentang produk itu. Saya tak mahu jadi bodoh. Jadi saya rasa saya harus bersihkan nama saya dan tidak mahu pihak yang tidak bertanggungjawab ini terus menggunakan nama saya tanpa kebenaran”

“Sebelum ini pihak ada ada menghubungi agen produk berkenaan dan meminta supaya mereka menurunkan gambar saya tetapi pihak berkenaan tidak berbuat demikian. Saya juga ada memberi komen di laman Instagram mengatakan saya tidak mengunakan produk itu”

“Saya minta secara baik tetapi mereka tidak peduli. Jadi saya terpaksa menghantar notis tuntutan. Lagipun disebabkan hal ini, sebuah syarikat produk kecantikan terpaksa menangguhkan hasrat saya untuk mengambil saya sebagai duta mereka”

“Disebabkan itu juga saya kerugian lebih kurang RM500,000,” kata Che Ta pada sidang media khas yang diadakan di Flora Cafe, Ampang Walk, pada Jumaat.

Sementara itu penguam yang mewakili Che Ta, iaitu Ahmad Fuad Hasim berkata satu notis tuntutan akan dihantar kepada syarikat berkenaan dalam masa terdekat ini.

“Kami akan menghantar notis kepada syarikat tersebut dan memberi tempoh selama 14 hari dari sekarang untuk mereka menurunkan gambar Rozita Che Wan. Disamping ada beberapa tuntutan lain termasuk tuntutan wang ringgit. Jika mereka enggan berbuat demikian, tindakan susulan akan dikenakan,” tegas Ahmad Fuad.

Dalam pada itu Che Ta menegaskan beliau hanya merupakan duta kepada hanya dua produk kecantikan iaitu Safi Rania Gold dan Longevite.

Justeru beliau berharap pihak syarikat yang bertanggungjawab itu dapat menghormati keputusannya sekaligus tuntutan notis tersebut sebagai peringatan kepada pengusaha produk-produk yang lain supaya kes seperti ini tidak di pandang ringan oleh masyarakat. (rtky/fr)

#09 Salah Guna Nama, Rozita Che Wan Rugi RM500,000 - ROTIKAYA #10 Salah Guna Nama, Rozita Che Wan Rugi RM500,000 - ROTIKAYA #11 Salah Guna Nama, Rozita Che Wan Rugi RM500,000 - ROTIKAYA #12 Salah Guna Nama, Rozita Che Wan Rugi RM500,000 - ROTIKAYA #13 Salah Guna Nama, Rozita Che Wan Rugi RM500,000 - ROTIKAYA #14 Salah Guna Nama, Rozita Che Wan Rugi RM500,000 - ROTIKAYA #15 Salah Guna Nama, Rozita Che Wan Rugi RM500,000 - ROTIKAYA #16 Salah Guna Nama, Rozita Che Wan Rugi RM500,000 - ROTIKAYA #17 Salah Guna Nama, Rozita Che Wan Rugi RM500,000 - ROTIKAYA #18 Salah Guna Nama, Rozita Che Wan Rugi RM500,000 - ROTIKAYA #19 Salah Guna Nama, Rozita Che Wan Rugi RM500,000 - ROTIKAYA #20 Salah Guna Nama, Rozita Che Wan Rugi RM500,000 - ROTIKAYA #21 Salah Guna Nama, Rozita Che Wan Rugi RM500,000 - ROTIKAYA #22 Salah Guna Nama, Rozita Che Wan Rugi RM500,000 - ROTIKAYA #23 Salah Guna Nama, Rozita Che Wan Rugi RM500,000 - ROTIKAYA

James Franco Cuba Pikat Gadis Bawah Umur Di Laman Instagram?

Posted: 03 Apr 2014 11:59 PM PDT

Seorang gadis bertuah, Lucy dari Scotland berusia 17 tahun berada di New York telah bertemu dengan pelakon James Franco di pertunjukan Broadway, Of Mice and Men. Di situ mereka berkenalan, Lucy sempat mengambil video Instagram dengan Franco lalu selebriti itu meminta Lucy tag namanya pada video tersebut.

Malam itu juga, Lucy dan Franco, 35 tahun berborak di Instagram. Lucy berkongsi perbualan mereka di Instagram di Imgur. Dalam perbualan mereka, Lucy meminta Franco menunjukkan bukti dengan menghantar gambar dan Franco laksanakannya. Di bawah, kami kongsikan perbualan James Franco pikat gadis bawah umur di Instagram.

#01 James Franco Cuba Pikat Gadis Bawah Umur Di Laman Instagram?

#02 James Franco Cuba Pikat Gadis Bawah Umur Di Laman Instagram?

#03 James Franco Cuba Pikat Gadis Bawah Umur Di Laman Instagram?

#04 James Franco Cuba Pikat Gadis Bawah Umur Di Laman Instagram?

Kemudiannya, Franco memuat naik status di twitter peribadinya dengan menulis "I HOPE PARENTS KEEP THEIR TEENS AWAY FROM ME. Thank you."

#05 James Franco Cuba Pikat Gadis Bawah Umur Di Laman Instagram?

Jika, ini terjadi pada anda, apa agaknya reaksi anda?

Radhi (OAG) Selamat Bergelar Suami, Resepsi Selepas Raya

Posted: 03 Apr 2014 06:05 PM PDT

Setelah hampir empat tahun menduda, vokalis kumpulan OAG, Radhi sah bergelar suami kepada Nur Shahira Ayu Zahiri atau Ayu, dengan sekali lafaz, sekitar jam 10.30 pagi ini. Majlis akad nikah mereka telah diadakan di masjid Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Pemilik nama sebenar, Muhammad Radhi Razali, 37, telah dinikahkan oleh Imam Besar Masjid Neger, Mohd Firdaus Subhi. Ayu, 20, yang merupakan seorang model sambilan menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan wang hantaran sebanyak RM30,000.

Sejurus selepas akad nikah, diadakan upacara pembatalan air sembahyang. Radhi menyerahkan mas kahwin serta menyarungkan cincin kepada isterinya. Kemudian Ayu pula menyarungkan cincin kepada suaminya.

Radhi memberi 12 dulang hantaran kepada pengantin perempuan berupa tepak sireh, kek, sejadah, beg tangan berserta dompet, produk wangian, produk kecantikan dan sebentuk cincin.

Radhi OAG Selamat Bergelar Suami Kepada Ayu - ROTIKAYA

Sebagai balasan, gadis manis berasal dari Kuala Lumpur ini memberikan 14 dulang hantaran kepada pengantin lelaki berupa Al-Quran, sireh junjung, sejadah, buah-buahan, dompet berserta tali pinggan dan cermin mata.

Pasangan mempelai mengenakan busana sedondon berona putih. Radhi segak berbaju Melayu dan Ayu anggun mengenakan baju kurung moden-tradisional. Majlis yang diadakan serba ringkas tapi dan penuh meriah ini dihadiri seramai kira-kira 100 tetamu terdiri daripada ibu bapa serta ahli keluarga terdekat kedua-dua mempelai, teman-teman rapat dan para wakil media.

Mengimbas detik perkenalan mereka, pasangan ini bertemu ketika Radhi membuat persembahan di pusat beli belah The Curve, Damansara, kira-kira lima tahun lalu. Ketika itu Ayu baru berusia 15 tahun. Selepas pertemuan itu mereka menjadi akrab sehinggalah kedua-duanya memutuskan untuk menjadi pasangan kekasih.

Sementara itu majlis resepsi mereka pula bakal diadakan selapas Hari Raya Aidilfitri.

Radhi sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Shazlin Sharif, 35, pada 1 Januari 2005 dan bercerai pada 8 Jun 2010. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Muhammad Rifdhi Muslim yang kini berusia 10 tahun. (rtky/fr)

Gambar ihsan Malaysian Digest

#00 Radhi (OAG) Selamat Bergelar Suami, Resepsi Selepas Raya - ROTIKAYA #01 Radhi (OAG) Selamat Bergelar Suami, Resepsi Selepas Raya - ROTIKAYA #02 Radhi (OAG) Selamat Bergelar Suami, Resepsi Selepas Raya - ROTIKAYA #03 Radhi (OAG) Selamat Bergelar Suami, Resepsi Selepas Raya - ROTIKAYA #04 Radhi (OAG) Selamat Bergelar Suami, Resepsi Selepas Raya - ROTIKAYA #05 Radhi (OAG) Selamat Bergelar Suami, Resepsi Selepas Raya - ROTIKAYA #06 Radhi (OAG) Selamat Bergelar Suami, Resepsi Selepas Raya - ROTIKAYA #07 Radhi (OAG) Selamat Bergelar Suami, Resepsi Selepas Raya - ROTIKAYA #08 Radhi (OAG) Selamat Bergelar Suami, Resepsi Selepas Raya - ROTIKAYA #77 Radhi (OAG) Selamat Bergelar Suami, Resepsi Selepas Raya - ROTIKAYA #78 Radhi (OAG) Selamat Bergelar Suami, Resepsi Selepas Raya - ROTIKAYA #79 Radhi (OAG) Selamat Bergelar Suami, Resepsi Selepas Raya - ROTIKAYA #80 Radhi (OAG) Selamat Bergelar Suami, Resepsi Selepas Raya - ROTIKAYA #81 Radhi (OAG) Selamat Bergelar Suami, Resepsi Selepas Raya - ROTIKAYA #82 Radhi (OAG) Selamat Bergelar Suami, Resepsi Selepas Raya - ROTIKAYA #83 Radhi (OAG) Selamat Bergelar Suami, Resepsi Selepas Raya - ROTIKAYA #84 Radhi (OAG) Selamat Bergelar Suami, Resepsi Selepas Raya - ROTIKAYA #85 Radhi (OAG) Selamat Bergelar Suami, Resepsi Selepas Raya - ROTIKAYA #86 Radhi (OAG) Selamat Bergelar Suami, Resepsi Selepas Raya - ROTIKAYA #87 Radhi (OAG) Selamat Bergelar Suami, Resepsi Selepas Raya - ROTIKAYA #88 Radhi (OAG) Selamat Bergelar Suami, Resepsi Selepas Raya - ROTIKAYA #89 Radhi (OAG) Selamat Bergelar Suami, Resepsi Selepas Raya - ROTIKAYA #90 Radhi (OAG) Selamat Bergelar Suami, Resepsi Selepas Raya - ROTIKAYA #91 Radhi (OAG) Selamat Bergelar Suami, Resepsi Selepas Raya - ROTIKAYA #92 Radhi (OAG) Selamat Bergelar Suami, Resepsi Selepas Raya - ROTIKAYA #93 Radhi (OAG) Selamat Bergelar Suami, Resepsi Selepas Raya - ROTIKAYA #94 Radhi (OAG) Selamat Bergelar Suami, Resepsi Selepas Raya - ROTIKAYA #95 Radhi (OAG) Selamat Bergelar Suami, Resepsi Selepas Raya - ROTIKAYA #96 Radhi (OAG) Selamat Bergelar Suami, Resepsi Selepas Raya - ROTIKAYA #97 Radhi (OAG) Selamat Bergelar Suami, Resepsi Selepas Raya - ROTIKAYA #98 Radhi (OAG) Selamat Bergelar Suami, Resepsi Selepas Raya - ROTIKAYA #99 Radhi (OAG) Selamat Bergelar Suami, Resepsi Selepas Raya - ROTIKAYA

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...