RotiKaya

RotiKaya


6 Tips Cinta Yang Menarik Dari Gwyneth Paltrow

Posted: 03 Apr 2014 05:38 PM PDT

Baru-baru ini, pelakon Gwyneth Paltrow telah mengumumkan bahawa dia dan suaminya Chris Martin telah berpisah selepas bersama hampir 9 tahun sejak Disember 2003.

Walaupun berita itu tidaklah begitu mengejut (sebelum ini banyak gosip mengenai keretakan hubungan mereka) ianya sedikit ironi, memandangkan Gwyneth sebelum ini ada banyak memberi nasihat mengenai hubungan dan cinta. Berikut adalah tips cinta yang agak menarik darinya :

1. Jangan berhujah atau berdebat

Paltrow menasihati supaya anda menghindari dari suka menjerit kepada pasangan anda. Apa sahaja yang anda rasa, lakukan sebaliknya. Pergi kepada pasangan anda dengan kasih sayang dan tawan hatinya. Bagi kami, mungkin perbincangan rasional adalah idea yang lebih baik dari ini.

2. Jadilah seperti seorang suri rumah 1950-an

Pada tahun 2012, Paltrow memberitahu Harper's Bazaar bahawa pendekatan lama di dalam hubungan adalah kunci utama. "Saya mahu mengekalkan perkahwinan saya dan keluarga saya, jadi saya perlu berada di sana apabila dia [suami, Chris Martin] balik ke rumah," katanya. "Anda perlu menjadi seorang isteri"

3. Tetapi beri mereka kebebasan

Menurut Gwyneth, “Chris adalah seorang pencipta lagu yang genius. Jadi saya tidak pernah berkata, di mana kamu? Anda perlu berada di rumah sekarang. Saya lebih suka memberi dia kebebasan”

4. Mempunyai sikap yang tenang sekiranya pasangan anda curang

Dia juga berkata yang dia merupakan wanita yang pemaaf tetapi tidak boleh memberikan jawapan jujur kerana tidak pernah mengalami situasi itu. Khabar angin tersebar bahawa perkahwinan Gwyneth dan Chris Martin berakhir selepas Gwyneth dikesan mencium bekas teman lelakinya Donovan Leitch. Hmm.. Memang pelik!

5. Kongsi obsesi diet anda dengan suami anda

Dia memang terkenal dengan pelbagai tips diet termasuklah diet jus detoks dan juga diet makrobiotik. Menurutnya kandungan bukunya yang diterbitkan pada tahun 2013 iaitu All Good, seluruh keluarga sama-sama berkongsi keseronokan penjagaan makanan yang dilakukan olehnya. Dia juga telah menetapkan makanan apa yang boleh dan tidak boleh dimakan oleh anak-anaknya. Baru-baru ini dia juga mendedahkan yang keluarganya tidak makan karbohidrat seperti pasta, roti, bijirin diproses seperti beras putih.

6. Membincangkan secara terbuka kesukaran perkahwinan anda

Walau kebenaran itu pahit, bagi Gwyneth, jujur adalah perkara paling penting. Di dalam banyak temubual bersamanya, dia banyak membicarakan tentang perkahwinan dan nasihat. Dia juga berkata yang dia melalui saat-saat getir sama seperti pasangan lain.

Rita Rudaini: Aidil Zafuan Tidak Sepatutnya Berkira Dengan Anak Anak

Posted: 03 Apr 2014 05:23 PM PDT

Baru baru ini dalam satu kenyataan kepada mahkamah, Aidil Zafuan telah mengakui yang beliau hanya mampu memberikan RM2,000 kepada Rita Rudaini sebagai nafkah buat anak anak mereka dan kenyataan ini menerima pelbagai reaksi daripada para peminat.

BACA: Aidil Zafuan Hanya Mampu Bayar Rita Rudaini RM2,000 Setiap Bulan

Dalam temubual bersama Berita Harian hari ini, Rita Rudaini mengakui sebak apabila mendengar kenyataan bekas suaminya itu dan berkata Aidil Zafuan tidak sepatutnya berkira dengan jumlah perbelanjaan anak anak lebih lebih lagi di zaman sekarang.

“Saya sangat sebak sewaktu mendengar pengakuan Aidil. Bayangkan kos sara hidup sekarang bukannnya murah, yuran sekolah saja sudah mahal. Belum lagi termasuk makan pakai dan sakit pening. Saya tidak tahu hendak kata apa”

“Dia tidak sepatutnya berkira dnegan anak. Janganlah disebabkan terlalu ingin menjaga hati banyak pihak, dia sanggup korbankan kebajikan anak, sedangkan dia sepatutnya mengutamakan anak terlebih dahulu,” kata Rita Rudaini.

Rita Rudaini menambah yang beliau sendiri mampu memberikan kehidupan yang selesa buat anak anak mereka namun tidak mahu Aidil Zafuan melupakan tanggungjawab beliau sebagai seorang bapa. (rtky/m)

#56 Rita Rudaini Minta Aidil Zafuan Tidak Sepatutnya Berkira Dengan Anak Anak - ROTIKAYA #62 Rita Rudaini Minta Aidil Zafuan Tidak Sepatutnya Berkira Dengan Anak Anak - ROTIKAYA #57 Rita Rudaini Minta Aidil Zafuan Tidak Sepatutnya Berkira Dengan Anak Anak - ROTIKAYA #58 Rita Rudaini Minta Aidil Zafuan Tidak Sepatutnya Berkira Dengan Anak Anak - ROTIKAYA #61 Rita Rudaini Minta Aidil Zafuan Tidak Sepatutnya Berkira Dengan Anak Anak - ROTIKAYA #60 Rita Rudaini Minta Aidil Zafuan Tidak Sepatutnya Berkira Dengan Anak Anak - ROTIKAYA #59 Rita Rudaini Minta Aidil Zafuan Tidak Sepatutnya Berkira Dengan Anak Anak - ROTIKAYA #63 Rita Rudaini Minta Aidil Zafuan Tidak Sepatutnya Berkira Dengan Anak Anak - ROTIKAYA #64 Rita Rudaini Minta Aidil Zafuan Tidak Sepatutnya Berkira Dengan Anak Anak - ROTIKAYA #65 Rita Rudaini Minta Aidil Zafuan Tidak Sepatutnya Berkira Dengan Anak Anak - ROTIKAYA #66 Rita Rudaini Minta Aidil Zafuan Tidak Sepatutnya Berkira Dengan Anak Anak - ROTIKAYA #67 Rita Rudaini Minta Aidil Zafuan Tidak Sepatutnya Berkira Dengan Anak Anak - ROTIKAYA

Adira AF: Instagram Saya Jadi Sarang Peminat Bergaduh

Posted: 03 Apr 2014 04:59 PM PDT

Isu mengenai artis dan laman sosial Instagram bagaikan tidak surut dan ini termasuklah penyanyi Adira AF yang terpaksa menjelaskan mengapa dia membuang segala gambarnya bersama kekasihnya, Shahrol diakaunnya dan kerana itu ramai yang beranggapan bahawa hubungan mereka telah berakhir.

“Saya delete gambar, tak semestinya hubungan saya berakhir atau erti kata lain saya dah putus tetapi ini saya buat adalah untuk mengelakkan timbulnya pelbagai spekulasi yang lain kerana gambar-gambar yang ada dalam Instagram saya peminat jadikan tempat tersebut sebagai satu tempat untuk mereka bergaduh mengenai gambar saya. Daripada saya blocked mereka lebih baik untuk saya delete semua gambar yang boleh mereka jadikan ini semua sebagai tempat untuk bercakaran sesama mereka”

“Ada peminat yang feeling sebagai ustazah dalam Instagram saya dan kerana komennya di situ mempengaruhi peminat saya yang lain untuk mengutuk mengenai gambar yang telah saya kongsi. Sebelum itu saya sudah berbincang bersama Shahrol untuk delete gambar kami bersama dan dia tahu dan faham dengan keputusan saya,” ujarnya ketika ditemui semasa Konsert Stanza Cinta di Istana Budaya semalam.

Pada malam konsert itu juga, Shahrol kekasihnya datang membuat kejutan untuk menyaksikan persembahannya dan Adira sendiri tidak menyedari kehadirannya dan beranggapan itu adalah perkara biasa dan sedikit sebanyak memberikannya semangat untuk terus beraksi dengan baik sehingga Sabtu ini.

“Saya tak tahu pula dia nak datang tetapi sedikit sebanyak memberikan saya semangat untuk beraksi dengan lebih baik,” katanya sambil tersenyum.

Adira juga turut memberitahu bahawa dia mempunyai perancangan untuk berkahwin tetapi bukanlah dalam masa yang terdekat ini dan mempunyai sasaran sebelum 30 tahun untuk mengakhiri zaman bujang. Selain itu, dia turut menjelaskan perkaitan antara kekasihnya Shahrol, yang dikatakan pernah mempunyai hubungan istimewa bersama dengan aktres, Lana Nordin.

“Saya mempunyai perancangan untuk ke arah itu, tetapi tidak tahu bila masa yang sesuai dan secara automatiknya akan saya berkahwin sebelum memasuki umur yang ke-30 tahun”

“Mula-mula pelik juga apabila orang bercakap mengenai hubungan Shahrol dan Lana, ada juga saya bertanya mengapa benda ini boleh terjadi & sebenarnya tidak ada apa yang perlu diperkatakan lagi dan kami sama-sama saling mempercayai,” katanya. (rtky/hfz)

#47 Adira AF - Instagram Saya Jadi Sarang Peminat Bergaduh - ROTIKAYA #48 Adira AF - Instagram Saya Jadi Sarang Peminat Bergaduh - ROTIKAYA #49 Adira AF - Instagram Saya Jadi Sarang Peminat Bergaduh - ROTIKAYA #50 Adira AF - Instagram Saya Jadi Sarang Peminat Bergaduh - ROTIKAYA #51 Adira AF - Instagram Saya Jadi Sarang Peminat Bergaduh - ROTIKAYA #52 Adira AF - Instagram Saya Jadi Sarang Peminat Bergaduh - ROTIKAYA #53 Adira AF - Instagram Saya Jadi Sarang Peminat Bergaduh - ROTIKAYA #54 Adira AF - Instagram Saya Jadi Sarang Peminat Bergaduh - ROTIKAYA #55 Adira AF - Instagram Saya Jadi Sarang Peminat Bergaduh - ROTIKAYA

Adi Putra Tidak Pedulikan Isu Gambar Separuh Bogel

Posted: 03 Apr 2014 04:40 PM PDT

Baru-baru ini, peminat dunia hiburan tanah air heboh memperkatakan mengenai sekeping foto di dakwa Adi Putra dalam keadaan bertuala tanpa memakai baju yang tersebar di internet. Foto itu didakwa telah dimuat naik di laman Instagram oleh bekas suami kepada wanita yang didakwa mempunyai skandal dengan Adi Putra sebelum ini.

Adi Putra yang ditemui pada sidang media teater Di Bawah Lindungan Kaabah berkata foto itu sikit pun tidak menghalangnya dari terus memberi impak dalam karya yang diadaptasi dari novel ulama terkenal Indonesia, Allahyarham Prof. Hamka itu.

“Saya tidak ambil peduli sangat tentang perkara ini kerana pada saya ianya sudah lama selesai dan isu itu tidak menghalang saya untuk terus memberi impak dalam teater ini”

“Saya tidak mahu komen banyak tentang hal itu. Saya pun tidak marah pada pihak yang memuat naik foto itu kerana siapalah saya yang kerdil ini. Apa yang penting saya bersabar,” katanya yang enggan mengulas panjang.

Penerbit teater Di Bawah Lindungan Kaabah, Siti Rohaya Atan pula yakin isu foto panas teraju utama teater tersebut, Adi Putra yang tersebar di internet baru-baru ini tidak menjejaskan penerbitan teater berkenaan.

Jelas Rohaya, sejak dari awal pemilihan Adi Putra bukan kerana mahu mengambil kesempatan dek isu peribadi yang mengaitkan aktor itu. Sebaliknya beliau melihat pada kredibiliti, bakat dan disiplin pelakon itu sekaligus yakin Adi mampu menjayakan watak Hamid.

“Isu peribadi dalam dunia artis ataupun dunia politik ni, itu perkara biasa dan lambat laun ia pasti akan berlalu seperti air hujan. Dalam satu teori kewartawanan oleh Rupert Mardock pun ada menyebut, isu panas satu-satu berita itu akan mati dalam masa 100 hari.

“Saya ada satu prinsip dan pendekatan sama ada kita hendak percaya atau tidak dengan cerita kontroversi itu, terpulang pada masing-masing. Saya sudah lama mengenali Adi. Dan saya cukup yakin dengan kredibiliti, bakat dan disiplinnya,” tambahnya. (rtky/fr)

#46 Adi Putra Tidak Ambil Peduli Isu Gambar Separuh Bogel - ROTIKAYA #45 Adi Putra Tidak Ambil Peduli Isu Gambar Separuh Bogel - ROTIKAYA #42 Adi Putra Tidak Ambil Peduli Isu Gambar Separuh Bogel - ROTIKAYA #43 Adi Putra Tidak Ambil Peduli Isu Gambar Separuh Bogel - ROTIKAYA #44 Adi Putra Tidak Ambil Peduli Isu Gambar Separuh Bogel - ROTIKAYA #41 Adi Putra Tidak Ambil Peduli Isu Gambar Separuh Bogel - ROTIKAYA

Awi Rafael Bersyukur Ikut Kata Hati Tinggalkan Hanez Suraya

Posted: 02 Apr 2014 06:07 PM PDT

Pernah bercinta dengan Hanez Suraya, pastinya Awi Rafael tidak terlepas dari diajukan soalan berkaitan kontroversi kononnnya bekas teman wanitanya itu merampas suami orang dan isu itu masih diperkatakan sehingga ke hari ini.

Bertemu pihak media di sidang akhbar Minggu Setiausaha di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Awi Rafael berkata yang beliau tidak lagi ambil peduli dengan kisah kekasihnya itu dan tidak lagi berhubung walaupun sebagai kawan.

"Saya sudah tak ada kena mengena lagi dengan Hanez. Apa yang berlaku pada dia tiada kaitan lagi dengan saya. Tetapi sebagai manusia, kita doakan saja yang terbaik untuk dia. Kalau saya sendiri yang berdepan dengan kontroversi sebegitu, saya juga akan sedih”

"Banyak yang saya belajar selepas berpisah dengan Hanez — saya belajar untuk percaya dan mendengar kata hati. Saya rasa saya tak boleh teruskan hubungan dengan dia dan saya gembira saya mengikut gerak hati saya," ujar Awi Rafael bersyukur dengan keputusan yang dibuat.

Dalam temubual bersama GUA itu juga, Awi Rafael menafikan lagu Kalau Aku Kaya yang didendangkan bersama Altimet merupakan lagu yang ditujukan buat bekas kekasihnya itu dan berkata ianya lagu masyarakat. (rtky/m)

#32 Awi Rafael Bersyukur Tinggalkan Hanez Suraya - ROTIKAYA #33 Awi Rafael Bersyukur Tinggalkan Hanez Suraya - ROTIKAYA #34 Awi Rafael Bersyukur Tinggalkan Hanez Suraya - ROTIKAYA #35 Awi Rafael Bersyukur Tinggalkan Hanez Suraya - ROTIKAYA #36 Awi Rafael Bersyukur Tinggalkan Hanez Suraya - ROTIKAYA #37 Awi Rafael Bersyukur Tinggalkan Hanez Suraya - ROTIKAYA #38 Awi Rafael Bersyukur Tinggalkan Hanez Suraya - ROTIKAYA #39 Awi Rafael Bersyukur Tinggalkan Hanez Suraya - ROTIKAYA #40 Awi Rafael Bersyukur Tinggalkan Hanez Suraya - ROTIKAYA

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...