RotiKaya

RotiKaya


Astro On The Go Fan Choice Awards — Undian Kini Semakin Rancak, Jangan Ketinggalan!

Posted: 29 Apr 2014 07:59 AM PDT

Persaingan selebriti, program TV, sukan & filem kegemaran anda untuk meraih anugerah di Astro On The Go Fan Choice Awards semakin rancak kini dan anda sudah memberikan undian berharga anda atau belum? Haa.

Memasuki minggu kedua pusingan akhir undian ketika ini, Astro On The Go Fan Choice Awards melihatkan senarai selebriti, program TV, sukan & filem yang mendahului setiap kategori hasil undian anda semua.

Screen Shot 2014-04-28 at 12.21.04 AM

Ketika ini nampaknya untuk kategori Gempak, Favourite Drama TV Show telah didahului oleh siri televisyen popular yang baru sahaja berakhir, Bukan Kerana Aku Tak Cinta lakonan hebat Sharnaaz Ahmad & Nelydia Senrose. Menerusi sub-kategori Favourite Fuyooo Actor pula ianya didominasi oleh Zizan Razak dan Favourite Laugh Out Loud TV Show masih didahului oleh Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM 2013).

Screen Shot 2014-04-28 at 12.26.21 AM

Filem pula menerusi sub-kategori Favourite Movie didahului oleh filem Juvana dan kami pasti ianya diekori rapat oleh filem hebat yang lain. Nelydia Senrose pula kini masih menjadi pilihan ramai (termasuk kami di sini) untuk mendahului Favourite Phewittt Actress. Sub-kategori Favourite Reality TV Show nampaknya kini diunggului oleh program Pencetus Ummah.

Kalau anda tidak nampak selebriti, program TV & filem kegemaran anda mendahului mana mana sub-kategori di atas, undi anda boleh mengubah semua ini — atau jika kegemaran anda masih mendahului, minta tolong keluarga dan kawan kawan lain untuk mengekalkan kedudukan.

Ingin kami ingatkan yang undian anda semua bukan hanya penting untuk semua yang tercalon dalam Astro On The Go Fan Choice Awards malah ANDA sendiri boleh memenangi barisan hadiah hebat jika mengumpul mata terbanyak.

Screen Shot 2014-04-28 at 12.33.56 AM

Lihat sahaja hadiah tempat pertama secara mingguan — anda boleh memenangi iPhone 5S dan juga 2 jemputan VIP untuk berjumpa selebriti kegemaran anda pada acara AOTG LIVE Explorer yang akan berlangsung 25 Mei 2014 ini di Paradigm Mall. Bukan itu sahaja, lihat hadiah lain yang ditawarkan Astro On The Go Fan Choice Awards untuk anda yang rajin mengundi & menjemput rakan rakan untuk turut serta. Pergi ke laman undian sekarang!

Alang alang bercakap tentang Astro On The Go, tahukah anda yang sekarang ini anda semua boleh menonton program TV, filem dan sukan terpilih secara PERCUMA dan TANPA pendaftaran. Ya, maknanya tanpa akaun Astro pun anda boleh menikmati program Astro di peranti mudah alih anda semua. Hanya buka aplikasi Astro On The Go dan pilih program — jika anda mahu lebih, anda boleh nikmati lebih rancangan hiburan apabila anda mendaftar!

Pre login AOTG

Jadi, mudah untuk anda semua sebagai peminat untuk mengikuti selebriti, program TV, filem dan sukan kegemaran anda di mana mana sahaja. Selepas puas menonton, jangan lupa untuk terus mengundi Astro On The Go Fan Choice Awards selagi ada kesempatann. Jom!

Pelakon Wanita Mabuk Teruk Di Kota Sydney!

Posted: 29 Apr 2014 01:41 AM PDT

ERA fm (29 April) — Satu gosip paling juicy kami terima dari jauh. Seorang pelakon wanita kacukan Inggeris dilaporkan mabuk di Sydney! Menurut sumber yang terdiri dari pelajar-pelajar Malaysia di sana, pelakon wanita tersebut kelihatan seperti tidak betul dan menjerit-jerit di tengah jalanraya dan di dalam sebuah restoran di Chinatown, Sydney.

Apa yang lebih memalukan aksi buruk pelakon wanita berketurunan Melayu itu turut disaksikan oleh Konsulat Malaysia, yang kebetulan berada di dalam restoran tersebut! Haih, apa nak jadi dengan kamu ni? Ingatkan dah insaf selepas kemalangan jalanraya pada tahun lalu akibat pengambilan alkohol berlebihan. Rupa-rupanya masih berperangai lama!

Menurut sumber lagi, pelakon tersebut berada di Sydney lebih kurang 12 hari bersama seorang lagi pelakon wanita iaitu Christina Suzanne dan krew-krew pengambaran sebuah siri drama bukan terbitan Astro. Christina turut dilaporkan bengang dan kecewa dengan perangai rakannya itu yang dianggap tidak profesional. Pengambaran drama tersebut telah pun tamat pada minggu lalu dan mereka kini sudah pulang ke Malaysia.

Kepada pelakon wanita yang dimaksudkan ini, cukup-cukuplah berperangai sedemikian. Bila lagi nak berubah perangai baik dan kembali sopan? Bukan niat kami ingin mengaibkan pelakon wanita ini tetapi kelakuan kurang sopannya ini boleh mencalar nama baik negara kita serta produksi pengambaran yang terlibat! Hmmm.

Nota: Gambar hiasan semata mata, tiada kena mengena. Tiada.

Hari Ini Dalam Hiburan (N.545)

Posted: 29 Apr 2014 12:54 AM PDT

VIDEO HARI INI: Kreatif sungguh mereka ini memasukkan efek elemen pertarungan yang seakan Harry Porter vs. Star Wars. Memang kena dan sila tunggu sampai habis.

Mahu lagi video? Kemunculan Emma Stone di program bual bicara Jimmy Fallon dan tidak segan silu untuk mengambil bahagian dalam Lip Sync Battle bersama pengacara popular itu memang tidak harus dilepaskan untuk ditonton. – Just Jared

Filem terbaru arahan beliau, Apokalips X hanya berjaya mengutip RM253,446 sepanjang tayangan dan Mamat Khalid menyalahkan dirinya sendiri kerana tidak cuba memahami kehendak peminat filem tempatan — namun beliau tidak akan mengalah. – mStar Online

Hanya selepas dua bulan berpisah dengan penyanyi John Mayer, nampaknya Katy Perry kini sudah mempunyai pengganti & khabarnya jejaka dengan nama DJ Diplo berjaya memikat penyanyi popular itu ketika masing masing bertemu di festival Coachella. – Mirror

Dua minggu lalu, Miley Cyrus telah ditahan di hospital semalam seminggu kerana alergik terhadap ubat yang dimakan dan dalam temubual terbaru bersama Ryan Seacrest penyanyi itu dedahkan yang pengalaman tinggal di hospital sebagai menakutkan. – People

Boss besar agensi hiburan terbesar di Korea Selatan SM Entertainment, Lee Soo Man telah menyumbangkan KRW1,000,000,000 (~US$1 juta) bersama syarikatnya itu kepada mangsa tragedi feri karam Sewol untuk diagihkan kepada yang terlibat. Murah rezeki. – Soompi

Nasha Aziz Tidak Berminat Jadi Penyanyi, Hanya Untuk Teater

Posted: 29 Apr 2014 12:02 AM PDT

Sebelum itu, manis kami nampak Nasha Aziz bertudung. Pelakon popular ini kini sedang giat menjalani latihan untuk menjayakan teater Di Bawah Lindungan Kaabah bermula 9 hinggga 18 Mei ini di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Salah satu bakat beliau yang diperlukan dalam menjayakan teater ini adalah bakat menyanyi dan Nasha Aziz mengakui yang beliau kini sudah masuk ke studio rakaman untuk merakamkan lagu lagu untuk pementasan itu kelak.

"Sebenarnya, saya lihat nyanyian saya lebih pada untuk bercerita dan bukan untuk menyanyi semata-mata. Tetapi setakat ini saya tidak ada masalah untuk merakamkan lagu di dalam studio kerana ianya jadi senang sebab kita sampaikannya satu-satu”

Walaupun mempunyai suara untuk menyanyi & bukan pertama kali diperlukan untuk melontarkan suaranya (sebelum ini melalui teater Lantai T.Pinkie), Nasha Aziz berkata beliau tidak berminat untuk menjadikan nyanyian satu kerjaya.

"Cukuplah sekadar menyanyi untuk teater, saya tidak berminat untuk menjadikan bidang nyanyian sebagai kerjaya. Semangat daripada semua yang terlibat menjadikan aspek nyanyian untuk teater ini menjadi menarik dan seronok," ujarnya.

Teater Di Bawah Lindungan Kaabah turut menampilkan Adi Putra, Dafi AF, Elfira Loy dan Liza Abdullah dan ianya bakal dipentaskan bermula 9 hingga 18 Mei depan. Tiket dijual serendah RM30 boleh didapati di www.AirAsiaRedTix.com. Jom! (rtky/m)

#71 Nasha Aziz Tidak Berminat Jadi Penyanyi, Hanya Untuk Teater - ROTIKAYA #70 Nasha Aziz Tidak Berminat Jadi Penyanyi, Hanya Untuk Teater - ROTIKAYA #74 Nasha Aziz Tidak Berminat Jadi Penyanyi, Hanya Untuk Teater - ROTIKAYA #67 Nasha Aziz Tidak Berminat Jadi Penyanyi, Hanya Untuk Teater - ROTIKAYA #68 Nasha Aziz Tidak Berminat Jadi Penyanyi, Hanya Untuk Teater - ROTIKAYA #69 Nasha Aziz Tidak Berminat Jadi Penyanyi, Hanya Untuk Teater - ROTIKAYA #73 Nasha Aziz Tidak Berminat Jadi Penyanyi, Hanya Untuk Teater - ROTIKAYA #77 Nasha Aziz Tidak Berminat Jadi Penyanyi, Hanya Untuk Teater - ROTIKAYA #75 Nasha Aziz Tidak Berminat Jadi Penyanyi, Hanya Untuk Teater - ROTIKAYA #72 Nasha Aziz Tidak Berminat Jadi Penyanyi, Hanya Untuk Teater - ROTIKAYA #76 Nasha Aziz Tidak Berminat Jadi Penyanyi, Hanya Untuk Teater - ROTIKAYA #66 Nasha Aziz Tidak Berminat Jadi Penyanyi, Hanya Untuk Teater - ROTIKAYA

Konsert Batal, Bunga Citra Lestari Nafi Kenakan Bayaran Terlalu Mahal

Posted: 28 Apr 2014 11:35 PM PDT

Baru-baru ini terdapat satu berita yang kurang enak didengar apabila Konsert yang dijadualkan berlangsung di Istana Budaya dan yang akan dijayakan oleh penyanyi dari seberang, Bunga Citra Lestari telah dibatalkan oleh pihak penganjur.

Ada sumber yang mengatakan bahawa konsert itu dibatalkan kerana penyanyi itu sendiri yang membatalkannya secara sengaja. Tetapi dia telah menafikan segala yang diperkatakan oleh pihak tersebut dan dia sebenarnya tidak tahu-menahu mengenai pembatalan konsert tersebut.

Malah kerana konsert itu juga dia terpaksa menolak segala tawaran yang ada diberikan padanya kerana ingin memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap konsert itu.

“Saya tidak tahu-menahu mengenai pembatalan konsert itu secara tiba-tiba. Apa yang boleh saya jelaskan di sini saya diberitahu pun secara mengejut. Saya begitu teruja untuk membuat konsert di Malaysia lebih-lebih lagi di Istana Budaya tetapi tidak ada rezeki. Malah keluarga mertua saya sudah bersedia untuk datang dan melihat persembahan saya,” katanya.

Dia turut memberitahu bahawa sudah membuat persiapan untuk datang lebih awal ke Malaysia bagi menjalankan latihan menyanyi di sini.

“Saya sudah bersedia untuk datang ke Malaysia dan memberikan sepenuhnya komitmen terhadap konsert solo ini akan tetapi dibatalkan pula secara tiba- tiba. Saya berasa kasihan terhadap peminat-peminat yang ingin menyaksikan persembahan pertama saya ini tetapi tidak mengapa mungkin lain kali,” ujarnya.

Dia juga tidak merancang untuk menyaman atau membuat tindakan apa-apa dan menganggap bukan rezekinya.

“Tidak merancang apa-apa pun, mungkin belum rezeki saya,” jelasnya ringkas.

Sementara itu, Bunga turut menafikan bahawa dia adalah salah seorang artis Indonesia yang dikenakan bayaran mahal dalam semua penglibatan seninya di sana. Katanya itu hanyalah gosip semata-mata.

“Tidak, saya seperti artis-artis lain bayaran yang dikenakan sama sahaja dan jika betullah apa yang boleh saya katakan alhamdulillah dan saya bersyukur sekali,” katanya sambil tersenyum. (rtky/hfz)

#58 Konsert Batal, Bunga Citra Lestari Nafi Kenakan Bayaran Terlalu Mahal - ROTIKAYA #65 Konsert Batal, Bunga Citra Lestari Nafi Kenakan Bayaran Terlalu Mahal - ROTIKAYA #64 Konsert Batal, Bunga Citra Lestari Nafi Kenakan Bayaran Terlalu Mahal - ROTIKAYA #57 Konsert Batal, Bunga Citra Lestari Nafi Kenakan Bayaran Terlalu Mahal - ROTIKAYA #59 Konsert Batal, Bunga Citra Lestari Nafi Kenakan Bayaran Terlalu Mahal - ROTIKAYA #61 Konsert Batal, Bunga Citra Lestari Nafi Kenakan Bayaran Terlalu Mahal - ROTIKAYA #56 Konsert Batal, Bunga Citra Lestari Nafi Kenakan Bayaran Terlalu Mahal - ROTIKAYA #62 Konsert Batal, Bunga Citra Lestari Nafi Kenakan Bayaran Terlalu Mahal - ROTIKAYA #63 Konsert Batal, Bunga Citra Lestari Nafi Kenakan Bayaran Terlalu Mahal - ROTIKAYA #54 Konsert Batal, Bunga Citra Lestari Nafi Kenakan Bayaran Terlalu Mahal - ROTIKAYA #60 Konsert Batal, Bunga Citra Lestari Nafi Kenakan Bayaran Terlalu Mahal - ROTIKAYA #55 Konsert Batal, Bunga Citra Lestari Nafi Kenakan Bayaran Terlalu Mahal - ROTIKAYA

Adam AF: Ada Izin Allah, Kami Mungkin Bersatu Semula

Posted: 28 Apr 2014 07:01 PM PDT

Walaupun pasangan ini jelas tidak mahu kisah rumahtangga mereka menjadi tatapan umum, tapi Adam AF & Fiza Elite yang sah bercerai semalam tidak dapat lari dari persoalan yang muncul dari para peminat dunia hiburan yang ingin tahu.

BACA: Fiza Elite Tidak Mahu Kisah Rumahtangga Jadi Pengetahuan Umum

Adam AF yang ditemui media selepas prosiding kes penceraian mereka selesai berkata beliau sebenarnya berat hati untuk melafazkan cerai namun reda dengan ketentuan Tuhan dan ianya jalan terakhir selepas mereka duduk berbincang.

"Saya akui berat hati ketika mahu menjatuhkan talak, namun reda kerana menganggap ia ketentuan dari Tuhan. Kami sudah berusaha menyelamatkan perkahwinan ini, namun tiada jodoh lagi antara kami," katanya seperti dilaporkan Harian Metro hari ini.

Penyanyi ini juga berkata yang tiada persefahaman menjadi punca perpisahan mereka namun tidak menolak jika Tuhan menentukan yang mereka akan kembali bersama di masa hadapan.

"Kami masih ada masa lagi untuk perbaiki dan kalau ada izin Allah di masa depan kami mungkin bersatu semula," tambahnya lagi. (rtky/m)

#35 Fiza Elite Tidak Mahu Kisah Rumahtangga Menjadi Pengetahuan Awam - ROTIKAYA #19 Fiza Elite Tidak Mahu Kisah Rumahtangga Menjadi Pengetahuan Awam - ROTIKAYA #23 Fiza Elite Tidak Mahu Kisah Rumahtangga Menjadi Pengetahuan Awam - ROTIKAYA #15 Fiza Elite Tidak Mahu Kisah Rumahtangga Menjadi Pengetahuan Awam - ROTIKAYA #28 Fiza Elite Tidak Mahu Kisah Rumahtangga Menjadi Pengetahuan Awam - ROTIKAYA #34 Fiza Elite Tidak Mahu Kisah Rumahtangga Menjadi Pengetahuan Awam - ROTIKAYA #16 Fiza Elite Tidak Mahu Kisah Rumahtangga Menjadi Pengetahuan Awam - ROTIKAYA #30 Fiza Elite Tidak Mahu Kisah Rumahtangga Menjadi Pengetahuan Awam - ROTIKAYA #25 Fiza Elite Tidak Mahu Kisah Rumahtangga Menjadi Pengetahuan Awam - ROTIKAYA #33 Fiza Elite Tidak Mahu Kisah Rumahtangga Menjadi Pengetahuan Awam - ROTIKAYA #21 Fiza Elite Tidak Mahu Kisah Rumahtangga Menjadi Pengetahuan Awam - ROTIKAYA #37 Fiza Elite Tidak Mahu Kisah Rumahtangga Menjadi Pengetahuan Awam - ROTIKAYA #36 Fiza Elite Tidak Mahu Kisah Rumahtangga Menjadi Pengetahuan Awam - ROTIKAYA #38 Fiza Elite Tidak Mahu Kisah Rumahtangga Menjadi Pengetahuan Awam - ROTIKAYA #31 Fiza Elite Tidak Mahu Kisah Rumahtangga Menjadi Pengetahuan Awam - ROTIKAYA #29 Fiza Elite Tidak Mahu Kisah Rumahtangga Menjadi Pengetahuan Awam - ROTIKAYA #27 Fiza Elite Tidak Mahu Kisah Rumahtangga Menjadi Pengetahuan Awam - ROTIKAYA #41 Fiza Elite Tidak Mahu Kisah Rumahtangga Menjadi Pengetahuan Awam - ROTIKAYA #26 Fiza Elite Tidak Mahu Kisah Rumahtangga Menjadi Pengetahuan Awam - ROTIKAYA #20 Fiza Elite Tidak Mahu Kisah Rumahtangga Menjadi Pengetahuan Awam - ROTIKAYA #32 Fiza Elite Tidak Mahu Kisah Rumahtangga Menjadi Pengetahuan Awam - ROTIKAYA #22 Fiza Elite Tidak Mahu Kisah Rumahtangga Menjadi Pengetahuan Awam - ROTIKAYA #39 Fiza Elite Tidak Mahu Kisah Rumahtangga Menjadi Pengetahuan Awam - ROTIKAYA #40 Fiza Elite Tidak Mahu Kisah Rumahtangga Menjadi Pengetahuan Awam - ROTIKAYA #17 Fiza Elite Tidak Mahu Kisah Rumahtangga Menjadi Pengetahuan Awam - ROTIKAYA #18 Fiza Elite Tidak Mahu Kisah Rumahtangga Menjadi Pengetahuan Awam - ROTIKAYA #24 Fiza Elite Tidak Mahu Kisah Rumahtangga Menjadi Pengetahuan Awam - ROTIKAYA

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...