RotiKaya

RotiKaya


Almy Nadia Harapkan Bahagia Bersama Fizz Fairuz Selamanya

Posted: 27 Apr 2014 05:04 PM PDT

Kami pasti ketika ini Almy Nadia pastinya insan yang paling gembira selepas sah bergelar isteri kepada Fizz Fairuz & selepas mengharungi lapan tahun tempoh percintaan yang anda semua tahu telah diduga dengan pelbagai cabaran.

BACA: Almy Nadia & Fizz Fairuz Selamat Bergelar Suami Isteri

Pada majlis pernikahan yang berlangsung Sabtu lalu di Pulau Pinang, Almy Nadia menerima wang hantaran sebanyak RM20,000 berserta mas kahwin RM1,001 & sembilan dulang barangan hantaran dan membalas 11 dulang barangan hantaran.

Bercakap kepada media selepas majlis selesai, Almy Nadia meluahkan rasa gembira dan syukur beliau selepas segalanya berjalan lancar.

“Saya berasa lega sebab segala susah payah dan dugaan yang ditempuh selama ini berakhir dengan penyatuan perkahwinan hari ini”

“Syukur Alhamdulillah, sabar adalah paling kuat dalam diri saya sepanjang mengharungi pelbagai kontroversi, naik dan turun sebelum & selepas akhirnya kami berdua sampai ke jinjang pelamin”

“Sudah lapan tahun kami menjalinkan hubungan percintaan dan tahun ini masuk tahun yang ke sembilan. Doa kami ke alam baharu akhirnya membawa kenyataan,” katanya.

Fizz Fairuz & Almy Nadia juga berkata yang mereka tidak ada merancang sebarang bulan madu ketika ini kerana masih sibuk dengan penggambaran drama dan kerja masing masing tetapi bercadang untuk bercuti selepas hari raya nanti.

“Saya juga meminta semua orang terus berdoa agar perhubungan kami berjalan dengan lancar. Selepas ini, saya dan Fizz berada di alam baharu, doa yang terbaik untuk kami berdua,” tambah Almy Nadia. Kami gembira tengok anda berdua. (rtky/m)

#46 Almy Nadia Harapkan Bahagia Bersama Fizz Fairuz Selamanya - ROTIKAYA #47 Almy Nadia Harapkan Bahagia Bersama Fizz Fairuz Selamanya - ROTIKAYA #48 Almy Nadia Harapkan Bahagia Bersama Fizz Fairuz Selamanya - ROTIKAYA #49 Almy Nadia Harapkan Bahagia Bersama Fizz Fairuz Selamanya - ROTIKAYA #50 Almy Nadia Harapkan Bahagia Bersama Fizz Fairuz Selamanya - ROTIKAYA #51 Almy Nadia Harapkan Bahagia Bersama Fizz Fairuz Selamanya - ROTIKAYA #52 Almy Nadia Harapkan Bahagia Bersama Fizz Fairuz Selamanya - ROTIKAYA #53 Almy Nadia Harapkan Bahagia Bersama Fizz Fairuz Selamanya - ROTIKAYA #54 Almy Nadia Harapkan Bahagia Bersama Fizz Fairuz Selamanya - ROTIKAYA #55 Almy Nadia Harapkan Bahagia Bersama Fizz Fairuz Selamanya - ROTIKAYA #56 Almy Nadia Harapkan Bahagia Bersama Fizz Fairuz Selamanya - ROTIKAYA #57 Almy Nadia Harapkan Bahagia Bersama Fizz Fairuz Selamanya - ROTIKAYA #58 Almy Nadia Harapkan Bahagia Bersama Fizz Fairuz Selamanya - ROTIKAYA Masjid Daerah Barat Daya #60 Almy Nadia Harapkan Bahagia Bersama Fizz Fairuz Selamanya - ROTIKAYA #62 Almy Nadia Harapkan Bahagia Bersama Fizz Fairuz Selamanya - ROTIKAYA #63 Almy Nadia Harapkan Bahagia Bersama Fizz Fairuz Selamanya - ROTIKAYA #64 Almy Nadia Harapkan Bahagia Bersama Fizz Fairuz Selamanya - ROTIKAYA #65 Almy Nadia Harapkan Bahagia Bersama Fizz Fairuz Selamanya - ROTIKAYA #66 Almy Nadia Harapkan Bahagia Bersama Fizz Fairuz Selamanya - ROTIKAYA #67 Almy Nadia Harapkan Bahagia Bersama Fizz Fairuz Selamanya - ROTIKAYA #68 Almy Nadia Harapkan Bahagia Bersama Fizz Fairuz Selamanya - ROTIKAYA #69 Almy Nadia Harapkan Bahagia Bersama Fizz Fairuz Selamanya - ROTIKAYA #70 Almy Nadia Harapkan Bahagia Bersama Fizz Fairuz Selamanya - ROTIKAYA #71 Almy Nadia Harapkan Bahagia Bersama Fizz Fairuz Selamanya - ROTIKAYA #72 Almy Nadia Harapkan Bahagia Bersama Fizz Fairuz Selamanya - ROTIKAYA #73 Almy Nadia Harapkan Bahagia Bersama Fizz Fairuz Selamanya - ROTIKAYA #74 Almy Nadia Harapkan Bahagia Bersama Fizz Fairuz Selamanya - ROTIKAYA

Fara Fauzana Dalam Proses Untuk Berhijab & Nafi Kerana Mahu Kahwin

Posted: 27 Apr 2014 02:40 PM PDT

Menerusi gambar beliau di laman sosial sejak kebelakangan ini, peminat boleh melihat yang Fara Fauzana sudah mula menggayakan selendang untuk menutup sebahagian kepalanya dan ada juga cakap cakap mengatakan beliau bakal berhijap tidak lama lagi.

Ketika hadir ke majlis kemuncak Kunci AM Krew yang berlangsung di Berjaya Times Square baru baru ini, Fara Fauzana turut mendapat perhatian media kerana sekali lagi tampil berselendang & berkata beliau dalam proses untuk berhijab penuh.

“Saya tidak tahu bagaimana untuk memberi komen kerana tidak mahu ada pihak memberikan persepsi yang lain kepada saya. Secara peribadi, memang saya dalam proses untuk ke arah itu. Saya mengharapkan agar peminat-peminat mendoakan yang terbaik untuk saya”

Bercakap kepada GUA, Fara Fauzana turut berkata yang beliau tidak mahu orang luar keliru dengan penampilannya sebelum ini dan lebih gemar berdiam diri apabila diajukan soalan tentang bertudung ini namun sekarang sudah bersedia untuk memberikan komen.

"Umur saya sudah mencecah 30-an, ianya bukan satu perkara yang begitu mengejutkan. Saya sendiri sudah lama menyimpan niat, namun secara perlahan-lahan ianya datang kepada saya sekarang. Saya belajar untuk menjadi lebih bersabar dan tidaklah ‘seganas’ dulu”

Namun Fara Fauzana menafikan yang perubahan positif beliau ketika ini mempunyai kaitan dengan kemungkinan untuk berumah tangga namun penyampai radio popular ini tidak menolak jika sudah tiba jodoh. Belum ada calon katanya, heh. (rtky/m)

#30 Fara Fauzana Dalam Proses Untuk Berhijab & Nafi Kerana Mahu Kahwin - ROTIKAYA #31 Fara Fauzana Dalam Proses Untuk Berhijab & Nafi Kerana Mahu Kahwin - ROTIKAYA #32 Fara Fauzana Dalam Proses Untuk Berhijab & Nafi Kerana Mahu Kahwin - ROTIKAYA #33 Fara Fauzana Dalam Proses Untuk Berhijab & Nafi Kerana Mahu Kahwin - ROTIKAYA #34 Fara Fauzana Dalam Proses Untuk Berhijab & Nafi Kerana Mahu Kahwin - ROTIKAYA #35 Fara Fauzana Dalam Proses Untuk Berhijab & Nafi Kerana Mahu Kahwin - ROTIKAYA #36 Fara Fauzana Dalam Proses Untuk Berhijab & Nafi Kerana Mahu Kahwin - ROTIKAYA #37 Fara Fauzana Dalam Proses Untuk Berhijab & Nafi Kerana Mahu Kahwin - ROTIKAYA #38 Fara Fauzana Dalam Proses Untuk Berhijab & Nafi Kerana Mahu Kahwin - ROTIKAYA #39 Fara Fauzana Dalam Proses Untuk Berhijab & Nafi Kerana Mahu Kahwin - ROTIKAYA #40 Fara Fauzana Dalam Proses Untuk Berhijab & Nafi Kerana Mahu Kahwin - ROTIKAYA #41 Fara Fauzana Dalam Proses Untuk Berhijab & Nafi Kerana Mahu Kahwin - ROTIKAYA #42 Fara Fauzana Dalam Proses Untuk Berhijab & Nafi Kerana Mahu Kahwin - ROTIKAYA #43 Fara Fauzana Dalam Proses Untuk Berhijab & Nafi Kerana Mahu Kahwin - ROTIKAYA #45 Fara Fauzana Dalam Proses Untuk Berhijab & Nafi Kerana Mahu Kahwin - ROTIKAYA

Emma Maembong: Kami Belum Ada Rancangan Untuk Berkahwin

Posted: 27 Apr 2014 01:48 PM PDT

Bagi Zizan Razak dan Emma Maembong setahun merupakan usia matang sebelum kedua mereka mengambil keputusan untuk mendedahkan hubungan mereka. Bagi Emma, sebagai manusia biasa mereka juga perlukan privasi sendiri.

Malah sebagai manusia yang berfikiran waras, normal untuk kita mengenali hati budi masing-masing sebelum memutuskan untuk menjalani sebarang hubungan sama ada rakan biasa atau hubungan istimewa dengan sesiapa sahaja.

BACA: Emma Maembong Bersedia Kahwin Usia Muda, Terima Jodoh

"Saya orang biasa. Kalau orang lain pun, sebelum bercinta mesti nak kenal hati budi dan latar belakang orang tu. Tiba-tiba saya umum dekat public yang kami bercinta, di pertengahan jalan, saya tak boleh nak teruskan dengan dia, saya akan malu”

"Niat saya adalah biar saya kenal Zizan dengan betul dulu. Bila ayah dan keluarga saya dah okay, baru saya nak beritahu pada public. Tapi belum sempat kami nak kenal each other, orang ramai dah mula bercakap. Mereka dapat hidu. Jadi saya serahkan pada jodoh”

Emma menambah, dia mahupun Zizan tiada niat untuk menyembunyikan kisah cinta dari peminat. Cuma masing-masing perlukan ruang dan masa yang tepat sebelum sepakat untuk tidak lagi merahsiakan perhubungan yang sedang berlangsung.

Sebetulnya Emma dan Zizan sudah mengenali sesama sendiri sebelum masing-masing bergelar artis lagi. Emma dan Zizan keduanya berasal dari Terengganu. Malah Zizan merupakan jiran sebelah kampung Emma. Sudah lima tahun mereka kenal.

"Emma dah kenal dia sebelum jadi artis lagi. Lima tahun lepas lagi dah kenal. Kami berkawan macam biasa. Sampailah satu masa Emma jadi pelakon. Masa jadi pelakon itulah, saya cuma Zizan seorang je artis. Jadi saya berkawan dengan dia. Dia banyak ajar saya. Dan itu lah yang buatkan saya rapat dengan dia,” kata Emma Maembong.

Belum Ada Rancangan Berkahwin, Keluarga Saling Kenal

Tidak menolak kedua ibu bapa sudah saling kenal kerana sememangnya mereka merupakan jiran di Terengganu. Namun sehingga setakat ini mereka belum lagi duduk untuk merangka sebarang majlis pertunangan mahupun pernikahan anak-anak. Zizan dan Emma sendiri belum ada perancangan untuk berkahwin.

Cuma orang ramai yang membuat andaian sendiri apabila pada majlis hari jadi tahun lepas Zizan mengumumkan bakal mengakhiri zaman bujan di usia 30 tahun. Kedua mereka tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan untuk berkahwin samada hujung tahun ini atau pun awal tahun hadapan seperti yang digembar gemburkan sebelum ini. (rtky/bsr)

#27 Emma Maembong & Zizan Razak Belum Ada Rancangan Untuk Berkahwin - ROTIKAYA #28 Emma Maembong & Zizan Razak Belum Ada Rancangan Untuk Berkahwin - ROTIKAYA #29 Emma Maembong & Zizan Razak Belum Ada Rancangan Untuk Berkahwin - ROTIKAYA #15 Emma Maembong & Zizan Razak Belum Ada Rancangan Untuk Berkahwin - ROTIKAYA #16 Emma Maembong & Zizan Razak Belum Ada Rancangan Untuk Berkahwin - ROTIKAYA #17 Emma Maembong & Zizan Razak Belum Ada Rancangan Untuk Berkahwin - ROTIKAYA #18 Emma Maembong & Zizan Razak Belum Ada Rancangan Untuk Berkahwin - ROTIKAYA #19 Emma Maembong & Zizan Razak Belum Ada Rancangan Untuk Berkahwin - ROTIKAYA #20 Emma Maembong & Zizan Razak Belum Ada Rancangan Untuk Berkahwin - ROTIKAYA #21 Emma Maembong & Zizan Razak Belum Ada Rancangan Untuk Berkahwin - ROTIKAYA #22 Emma Maembong & Zizan Razak Belum Ada Rancangan Untuk Berkahwin - ROTIKAYA #23 Emma Maembong & Zizan Razak Belum Ada Rancangan Untuk Berkahwin - ROTIKAYA #24 Emma Maembong & Zizan Razak Belum Ada Rancangan Untuk Berkahwin - ROTIKAYA #25 Emma Maembong & Zizan Razak Belum Ada Rancangan Untuk Berkahwin - ROTIKAYA #26 Emma Maembong & Zizan Razak Belum Ada Rancangan Untuk Berkahwin - ROTIKAYA

Ketumbuhan Di Pipi, Pelakon Sidek Hussain Meninggal Dunia

Posted: 27 Apr 2014 12:36 PM PDT

Setelah menderita sekian lama dari penyakit ketumbuhan pada pipnya, pelakon veteren Sidek Hussain disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur kira-kira jam 11.55 malam tadi.

Allahyarham dimasukkan ke hospital pada 22 April lalu setelah keadaannya semakin tenat dan dia disahkan menghidap penyakit kanser tahap ke-4 selain beberapa kompilasi penyakit lain.

Sidek Hussain 63 tahun menghembuskan nafas terakhir di sisi isterinya Sebiah Sulaiman 61 tahun.

Sebelum ini allahyarham pernah mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh untuk menjalani pembedaham namun pihak doktor telah membatalkan pembedaham kerana pembedahan tersebut berisiko tinggi.

Takziah buat keluarga Sidek Hussain dari kami. al-Fatihah. (rtky/bsr)

Hari Ini Dalam Hiburan (N.544)

Posted: 27 Apr 2014 09:25 AM PDT

VIDEO HARI INI: Melihat kepada reaksi lelaki ini yang telah menggunakan peranti Oculus Rift membuatkan kami tidak sabar untuk mencuba apabila ianya tiba di pasaran kelak. Skip terus ke minit 1:20 untuk efek sebenar. Heh.

Penyanyi Radhi (OAG) tidak pernah menyangka perkahwinan keduanya yang dibina dengan Nur Shahira Ayu Zahiri benar-benar bermakna kerana kehidupannya kini lebih terurus lebih lebih perkara berkaitan aktiviti seharian. – mStar Online

Pelakon yang terkenal dengan sikap enggan berkahwin, George Clooney dikhabarkan telah pun mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya yang juga bergelar peguam, Amal Alamuddin selepas wanita itu dilihat memakai cincin mewah baru baru ini. – LA Times

Menjadi berita paling diberi perhatian di Hollywood ketika ini, ini lima fakta tentang wanita bernama Amal Alamuddin yang berjaya membuka hati George Clooney untuk kembali mencuba alam perkahwinan tidak lama lagi. – People

Memulakan karier seni beliau di Disney, Justin Timberlake kini akan kembali untuk bekerjasama dengan jenama besar hiburan itu selepas 20 tahun apabila beliau dijadualkan bakal membuat persembahan khas di 2014 Radio Disney Music Awards. – Just Jared

Sebuah media di Korea, MBN TV baru baru ini telah mengeluarkan satu senarai ranking kumpulan pop wanita Korea yang dipanggil generasi kedua dan Girls' Generation (SNSD) yang muncul buat pertama kali pada tahun 2007 masih mengungguli jumlah peminat. – Soompi

The Other Woman: Tiga Wanita Bersatu Demi Dendam Lelaki

Posted: 27 Apr 2014 06:24 AM PDT

The Other Woman (2014) yang bakal ke pawagam Malaysia pada 1 May ini membariskan nama besar dalam dunia perfileman Hollywood iaitu Cameron Diaz & Leslie Mann dan juga model seksi terkenal, Kate Upton — dan gandingan mereka tidak begitu mengecewakan.

Konsep filem ini cukup mudah — konspirasi nakal seorang isteri (lakonan Leslie Mann) bersama dua orang skandal suaminya lakonan Cameron Diaz & Kate Upton yang ingin membalas dendam terhadap lelaki itu yang kini mempunyai skandal ketiga.

Filem ini cukup ringan untuk tontonan semua terima kasih kepada chemistry yang boleh dirasai antara Camron Diaz & Leslie Mann dan dengan filem berformula feminis sebegini, tidak banyak sebenarnya yang boleh kita harapkan. Heh.

o-THE-OTHER-WOMAN-facebook

Kisah bermula dengan watak lakona Cameron Diaz, Carly seorang peguam di kota Manhattan yang suka mengejar lelaki namun satu perasaan luar biasa timbul apabila bertemu dengan suami kepada Kate (Leslie Mann) bernama Mark King yang dilakonan oleh Nikolaj Coster-Waldau (Game of Thrones). Satu hari, Carly telah pergi ke rumah lelaki idaman ini berpakaian penuh menggoda namun beliau disambut oleh isterinya pula.

Kate yang pada mulanya tidak tahu apa apa tentang aktiviti suaminya di luar mula mengetahui apa yang sebenarnya terjadi dan beliau pergi ke pejabat Carly (di mana anda akan nampak kemunculan Nicki Minaj sebagai pembantu peribadi) — bukan untuk menyerang, tetapi untuk berbicara hati ke hati seperti seorang rakan baik. Like what?

The-other-Woman-movie-review-Image-7

Dan bermulalah persahabatan dua wanita ini yang banyak berbicara tentang permasalahan hubungan dengan lelaki sebelum mereka berdua keluar minum bersama & kita boleh lihat Leslie Mann kekal cemerlang dalam watak mabuk seperti dalam filem The 40-Year-Old Virgin.

Kate Upton yang kemudian menyertai pakatan ini kami rasa hanya muncul sebagai pencuci mata dan sebenarnya tidak banyak memberikan karisma kepada gandingan mereka bertiga. Masih, kami suka dengan adanya model popular ini. Heh.

THE OTHER WOMAN

Hendak tahu apa sebenarnya konflik yang cuba dikejar oleh tiga orang wanita ini terhadap seorang lelaki yang mereka sama sama gilakan, haruslah anda menonton filem ini di pawagam kelak, bermula Khamis ini untuk tayangan di seluruh Malaysia.

Peminat yang mengharapkan komedi dan kelakar tahap runtuh bumbung mungkin akan sedikit kecewa namun ianya sebuah filem yang selamat untuk ditonton bersama kekasih atau kawan kawan — masih banyak babak kelakar cukup untuk tidak membuatkan anda bosan.

Kami berikan 3 BIJI ROTIKAYA!

Saling Memahami Rahsia Kebahagiaan Ashraf Sinclair & Bunga Citra Lestari

Posted: 27 Apr 2014 03:20 AM PDT

Pasangan bahagia dari Indonesia, Bunga Citra Lestari dan Ashraf Sinclair telah berkongsi serba sedikit mengenai rahsia kekal bahagia rumah tangga mereka yang kini telah mencecah usia 6 tahun perkahwinannya.

“Rahsia hubungan kami ialah memahami antara satu sama lain. Daripada awal sebelum kami berkahwin kami ada mengatakan bahawa kami berdua akan selalu perbaiki hubungan yang sedia ada ini sebelum dan juga selepas berkahwin,” kata Ashraf sambil tersenyum.

Tambahnya lagi, sekiranya ada apa-apa yang berlaku mereka akan berbincang terlebih dahulu sebelum mempercayai kata-kata orang lain dan sesibuk mana sekalipun mereka dalam urusan pekerjaan, mereka akan tetap cuba untuk meluangkan masa bersama.

“Saya akan berbincang terlebih dahulu sebelum mempercayai kata-kata orang lain dan cuba untuk menyelesaikan perkara tersebut bersama isteri. Selain itu, kami juga akan menetapkan masa untuk bersama-sama bersiar, makan dan yang lain-lain. Sesibuk bagaimana sekali pun, kita akan cuba untuk meluangkan masa bersama,” ujarnya.

Pasangan tersebut juga telah dikurniakan seorang anak yang kini telah mencecah usia 4 tahun dan bagi mereka berdua tidak salah sekiranya anak mereka itu meminati dunia seni.

“Anak kami, Noah semakin besar dan kadang-kala saya dan Bunga membawa dia ke lokasi penggambaran dari situ dia melihat kami bekerja dan dia tidak ada masalah malah dia dan Bunga telah ditawarkan berlakon iklan di TV Indonesia”

“Kalau dia mahu untuk berkecimpung dalam dunia seni, rasanya tidak ada masalah terpulang pada dia,” ujarnya mengakhiri perbualan. Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari ditemui semasa sidang media produk mandian Lux terbaru di Hotel Sunway. (rtly/hfz)

#03 Saling Memahami Rahsia Bahagia Ashraf Sinclair, Bunga Citra Lestari - ROTIKAYA #04 Saling Memahami Rahsia Bahagia Ashraf Sinclair, Bunga Citra Lestari - ROTIKAYA #05 Saling Memahami Rahsia Bahagia Ashraf Sinclair, Bunga Citra Lestari - ROTIKAYA #06 Saling Memahami Rahsia Bahagia Ashraf Sinclair, Bunga Citra Lestari - ROTIKAYA #07 Saling Memahami Rahsia Bahagia Ashraf Sinclair, Bunga Citra Lestari - ROTIKAYA #08 Saling Memahami Rahsia Bahagia Ashraf Sinclair, Bunga Citra Lestari - ROTIKAYA #09 Saling Memahami Rahsia Bahagia Ashraf Sinclair, Bunga Citra Lestari - ROTIKAYA #10 Saling Memahami Rahsia Bahagia Ashraf Sinclair, Bunga Citra Lestari - ROTIKAYA #11 Saling Memahami Rahsia Bahagia Ashraf Sinclair, Bunga Citra Lestari - ROTIKAYA #12 Saling Memahami Rahsia Bahagia Ashraf Sinclair, Bunga Citra Lestari - ROTIKAYA #13 Saling Memahami Rahsia Bahagia Ashraf Sinclair, Bunga Citra Lestari - ROTIKAYA #14 Saling Memahami Rahsia Bahagia Ashraf Sinclair, Bunga Citra Lestari - ROTIKAYA

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...