RotiKaya |
- Fauzi Nawawi: Saya Menunggu Surat Saman Sharnaaz
- Hari Ini Dalam Hiburan (N.543)
- Sammy Simorangkir Kembali Bersama Nadia Annuar?
| Fauzi Nawawi: Saya Menunggu Surat Saman Sharnaaz Posted: 24 Apr 2014 02:50 AM PDT Pertelingkahan di antara dramatis Lisdawati (Lisda) dan pelakon Sharnaaz Ahmad yang tercetus pada pertengahan Februari lalu, cukup mendapat perhatian ramai. Bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang kenyataan lanjut daripada Lisdawati. Sementara Sharnaaz Ahmad, baru-baru ini memberitahu media yang dia mahu menyelesaikan hal itu tetapi hanya menunggu masa yang sesuai. “Tak ada logiknya nak tunggu isteri saya bersalin atau tidak sebab isteri saya sihat walafiat. Hari ini (semalam) dia masih lagi boleh terbang ke Sarawak. Masa dia menunaikan umrah pun, dia mengandung dan dalam keadaan sihat. Jadi tidak ada alasan langsung” BACA: Sharnaaz Ahmad Selesaikan Isu Gaduh Selepas Lisdawati Selamat Bersalin (ext.) “Sebab kalau setakat dia nak selesaikan perkara ini secara baik dan tak bergaduhh, ia tak akan mempengaruhi kandungan isteri saya”, kata Fauzi Nawawi yang ditemui pada majlis tayangan filem usahasama tiga negara Malaysia-Indonesia-Jepun berjudul Bushido Spirit: Sang Pemberani, bertempat di e@Curve, Damansara, semalam. Fauzi Nawawi berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Sharnaaz yang mahu menyelesaikan pertelingkahan tersebut sebaik saja selepas isterinya bersalin. Lisdawati sekarang sedang sarat mengandung dan dijangka bersalin sekitar bulan Mei ini. Menurut Fauzi, mereka bakal menimang cahaya mata lelaki. Tambahnya lagi, dia kini hanya menunggu surat saman daripada Sharnaaz seperti yang dinyatakan sendiri oleh pelakon itu di dalam sebuah program hiburan, beberapa bulan lalu. Bagaimanapun Fauzi bersedia untuk bersemuka sekiranya Sharnaaz ingin menyelesaikan perkara ini secara baik dan tidak mahu mengambil apa apa tindakan undang undang. “Saya tak nak ambil apa-apa tindakan. Tapi saya dengar dia nak saman saya. Sekarang ni saya tengah tunggu surat saman dari dia lah ni. Setakat ini saya tak dapat apa-apa surat dari penguam dia. Kalau boleh saya minta dia cari jalan penyelesaian. Kalau dia tetap nak saman, silakan. Kalau dia nak berdepan dan selesai cara baik, saya bersedia,” katanya lagi. (rtky/fr) |
| Hari Ini Dalam Hiburan (N.543) Posted: 24 Apr 2014 12:43 AM PDT VIDEO HARI INI: Untunglah ada kereta mewah. Lelaki ini menjemput 20 orang rakan beliau yang biasa memandu kereta biasa untuk memandu Ferrari 360 Modena miliknya. Siapa di sini ada Ferrari untuk kami pinjam? Teringin pula, heh. Dalam satu status terbaru beliau melalui Twitter, Olivia Wilde telah mengumumkan yang beliau selamat melahirkan seorang bayi lelaki semalam yang telah diberi nama Otis Alexander Sudeikis & merupakan anak pertama bersama pasangannya, Jason Sudeikis. – LA Times Aktor Korea, Kim Soo Hyun telah berbesar hati untuk menderma sebanyak KRW300 juta kepada Danwon High School yang mana terlibat dengan tragedi feri Sewol yang karam baru baru ini untuk diberikan kepada keluarga mangsa yang terbabit. – Soompi Wakil kepada pelakon popular ini telah mengesahkan kepada media di Hollywood yang Jodie Foster telah selamat berkahwin dengan kekasihnya, Alexandra Hedison pada hujung minggu lalu selepas khabarnya bercinta sejak musim panas yang lalu. – Just Jared Yuna yang kita tahu sedang aktif mencipta nama di bumi Amerika Syarikat berkata yang beliau sentiasa rindukan nasi lemak dan bercerita tentang seorang peminat yang masakkan makanan itu ketika konsert jelajah beliau di sana. – USA Today Bukan mudah untuk menjadi penghias muka hadapan majalah Vouge dan selepas terpilih untuk edisi April ’14, Kim Kardashian telah dilihat memborong sebanyak mungkin majalah edisi itu untuk simpanan peribadi. Jangan lupa untuk letak dalam bingkai sekali. – Huff. Post |
| Sammy Simorangkir Kembali Bersama Nadia Annuar? Posted: 23 Apr 2014 06:21 PM PDT Sekitar Disember 2013 yang lalu, penyanyi kelahiran Indonesia ini memberikan kenyataan kepada media yang hubungan beliau & personaliti TV3 ini sudah berakhir namun perkembangan baru seakan menunjukkan yang mereka tidak berputus ada. BACA: Sammy Simorangkir & Nadia Annuar Putus Cinta Kerana Perbezaan Agama Selain menyebut perbezaan agama sebagai puncanya, Sammy Simorangkir berkata hubungan dengan Nadia Annuar terputus juga disebabkan tiada persefahaman namun dari kemaskini terbaru mereka di lama sosial, pasangan ini seakan kembali bersama. Personaliti TV3 itu dilihat hadir bersama ke konsert khas Keris Patih bersama Sammy Simorangkir di Jakarta, Indonesia selain beliau turut menemani penyanyi itu ketika sesi latihan yang dijalankan beberapa hari sebelum itu. Dan ini bukan kali pertama terlihat gambar mereka berdua bersama sejak Sammy Simorangkir mengumumkan perpisahan mereka. Nadia Annuar nampaknya masih terbang ke Indonesia secara kerap untuk bertemu buah hatinya ini. Jika benar mereka kembali bersama, good for them. Berikut beberapa gambar pasangan ini yang dikongsikan bersama peminat sejak akhir akhir ini. Enjoice! (rtky/m) |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |












No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.