RotiKaya |
- Kilafairy Tak Peduli Akan Kisah Kontroversi Hanez Suraya
- Betty Benafe Tidak Fikir Soal Kecantikan, Lebih Utamakan Soal Anak
- Wanita Habis Lebih RM80,000 Untuk Kelihatan Seperti Jennifer Lawrence
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.529)
- Pengarah Filem Lord Of The Rings, Peter Jackson Bantu Cari MH370
| Kilafairy Tak Peduli Akan Kisah Kontroversi Hanez Suraya Posted: 02 Apr 2014 05:21 PM PDT Nama Kilafairy tiba tiba menjadi sebutan peminat selepas ada khabar mengatakan yang pelakon ini bakal menggantikan Hanez Suraya dalam pementasan teater Projek Kahwin selepas isu kontroversi konon’nya merampas suami orang. BACA: Istana Budaya Bakal Sedia Polis Kawal Keselamatan Hanez Suraya Namun, Hanez Suraya kekal membawa watak utama dalam teater tersebut yang mana akan muncul pada pementasan bertarikh 11 hingga 14 Jun, sementara enam hari pementasan awal iaitu pada 6 hingga 10 Jun akan dilakonkan oleh Kilafairy. Bercakap kepada Sinar Harian, Kilafairy mengakui yang beliau tak kisah dengan isu kontroversi Hanez Suraya sebelum ini dan sedia untuk bekerjasama dalam menjayakan pementasan teater ini kerana tiada masalah antara mereka. “Saya tak rasa ada masalah untuk bekerjasama dengan Hanez kerana kami tidak mempunyai sebarang masalah di luar. Saya tak rasa dengan kontroversi Hanez akan terpalit kepada pengurusan dan barisan pelakon” “Lagipun ia langsung tidak mengganggu latihan mahupun jadual pementasan memandangkan saya menjalani enam pementasan awal & 4 pementasan terakhir akan diterajui oleh Hanez” "Setelah saya ditawarkan untuk membintangi teater ini saya terus menerimanya. Walaupun saya tahu Hanez Suraya juga turut sama menjayakan watak ini, namun saya percaya ia tidak akan menimbulkan sebarang masalah,” jelas Kilafairy. (rtky/m) |
| Betty Benafe Tidak Fikir Soal Kecantikan, Lebih Utamakan Soal Anak Posted: 02 Apr 2014 04:56 PM PDT Penyanyi dan pelakon persis Arab, Betty Benafe yang ditemui semasa sidang Mahdi Moudini: Best Illusionist in Malaysia 2014, yang ditemani suami serta anak sulungnya memberitahu yang dia kini sibuk memikirkan mengenai anak sulungnya dan tidak lagi memikirkan soal untuk kecantikan dan berdandan seperti zaman-zaman sebelum dia mempunyai anak. “Saya dah tak fikir lagi soal kecantikan seperti berdandan, spa & sebagainya. Kalau dulu memang kita sibuk dengan benda-benda sebegini seperti membeli-belah baju baru, tetapi sekarang ini tumpuan itu lebih ke arah untuk membeli-belah untuk keperluan anak saya,” tuturnya ramah. Katanya lagi apabila bayinya itu dilahirkan, segala-galanya telah berubah termasuk diri & suaminya sendiri kerana tanggungjawab mereka kini lebih berat dan baginya anak merupakan segala-gala penawar dan hilang segala masalah apabila melihat telatah comel bayinya itu. BACA: Betty Benafe Selamat Lahirkan Bayi Perempuan “Saya seronok sangat apabila dikurniakan seorang anak dan bila kita tengah ada masalah dan tengok gelagat anak, saya rasa semua masalah yang berserabut dalam fikiran semua hilang. Saya tak nafikan juga bahawa lahirnya dia ke dunia, saya sendiri dapat merasakan perubahan besar dan positif seperti lebih protektif dan pengikat kasih sayang antara saya dan suami” “Perasaan menjadi seorang ibu ini sangat aneh kerana sayang saya kepada anak sangat berbeza sekali dengan sayang kepada suami, ini kerana anak tak boleh diganti tetapi suami boleh diganti,” ujarnya sambil berseloroh. “Suami saya sendiri sekiranya diberi pilihan, dia lebih rela untuk menyelamatkan anak daripada isterinya ini,” katanya sambil ketawa. Walaubagaimanapun, Betty memberitahu bahawa bayinya kini tidak mempunyai pengasuh untuk menjaganya dan dia membawa ke mana sahaja bayinya itu dan suaminya sendiri juga masih ragu-ragu untuk meninggalkan bayi mereka kepada orang yang masih tidak dikenali meskipun mereka sekeluarga bakal mempunyai pembantu rumah tidak lama lagi. “Kini apabila saya ke mana sahaja walaupun ke mesyuarat sekalipun, saya membawa anak kerana kami masih lagi tidak mempunyai pembantu rumah. Saya ada ke agensi untuk mencari pembantu rumah dan telah pun membayar sejumlah wang tetapi masih lagi dalam proses. Mahu tak mahu saya memang menjaganya sepenuh masa. Lagipun suami saya sendiri pun masih ragu-ragu untuk saya tinggalkan anak dengan orang yang masih baru dan tidak kenali, kerana kita tahu sekarang ini bermacam-macam isu dan masalah timbul mengenai pembantu rumah,” katanya. Sementara itu, Betty akan meneruskan promosi lagunya yang berjudul Tak Sengaja yang telah pun di promosikan di laman sosial Youtube sebelum ini dan akan terbabit dalam penggambaran video klip untuk single nya yang seterusnya. (rtky/hfz) |
| Wanita Habis Lebih RM80,000 Untuk Kelihatan Seperti Jennifer Lawrence Posted: 02 Apr 2014 10:45 AM PDT Disebabkan obses dengan pelakon kegemarannya, wanita ini bertindak menukar dirinya sehingga sanggup berhabisan untuk kepuasan diri. Demi mendapatkan wajah seperti Jennifer Lawrence, wanita ini sanggup berhabis lebih RM80,000 (US$25,000). Ibu yang berusia 30 tahun ini dikenali sebagai Kitty telah membelanjakan lebih RM80 ribu pada pembedahan plastik untuk kelihatan seperti idolanya, Jennifer Lawrence. Mengambil masa selama enam jam, Kitty menjalani enam operasi yang menyakitkan, termasuk fat graft, lipo-suction dan bedah hidung. Bercakap kepada ABC News, Kitty menambah: "Sudah tentu saya kelihatan seperti Jennifer Lawrence — saya fikir saya mempunyai persamaan dengan Jennifer Lawrence sebelum pembedahan dan selepas" Walaubagaimanapun, suaminya tidak bersetuju dengan tindakan Kitty melakukan perubahan pada fizikalnya. Anda rasakan Kitty sama atau tidak dengan Jennifer Lawrence? |
| Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.529) Posted: 02 Apr 2014 09:19 AM PDT VIDEO HARI INI: Rasanya belum reda lagi demam filem animasi Frozen yang sebenarnya kini sudah menjadi filem terbitan Disney paling laris sepanjang hayat — ini versi live Do You Want To Build A Snowman oleh Kristen Bell. Awesome! Lagi kisah selebriti ini yang masih belum reda dari kontroversi, Hanez Suraya yang memfailkan saman terhadap bekas pembantu peribadinya kerana dakwaan memfitnah di laman sosial berniat untuk selesaikan masalah itu di luar mahkamah. – The Star Sebelum ini ada dakwaan yang mengatakan bintang Captain America ini bakal bersara namun Chris Evans mengatakan yang hanya mahu berehat selepas kontrak bersama Marvel tamat dan fokus kepada bidang pengarahan. – Huff. Post Berapa banyak filem berkisar Perang Dunia Kedua yang beliau mahu lakonkan? Terbaru Brad Pitt dikhabarkan sedang dalam pertimbangan untuk membintangi sebuah filem romantik berlatar zaman itu yang skripnya bakal digarap oleh Steven Knight. – Just Jared Pelakon popular di China, Wen Zhang telah mencetuskan satu kontroversi besar apabila secara sukarela di laman sosial Weibo mengakui telah curang kepada isterinya dengan menjalin hubungan dengan rakan pelakon, Yao Di. Dasar lelaki #eh – Us Weekly Sehari sebelum Gwyneth Paltrow dan Chris Martin mengumumkan yang mereka telah berpisah, pasangan itu dikhabarkan mengambil masa untuk bercuti sama dengan anak anak mereka di sebuah kediaman eksklusif di kepulauan Bahamas. – People |
| Pengarah Filem Lord Of The Rings, Peter Jackson Bantu Cari MH370 Posted: 02 Apr 2014 12:22 AM PDT Jet pribadi Peter Jackson, Gulfstream G650 sedang digunakan dalam pencarian pesawat MH370 yang hilang 8 Mac lalu, berita disahkan sendiri oleh jurucakap beliau. Radio New Zealand melaporkan bahawa pengarah filem trilogi 'Lord of the Rings' itu menyatakan okay untuk jet peribadinya digunakan dalam mencari MH370 yang membawa 239 penumpang berserta krew kabin itu. Walaubagaimanapun, jurucakap Jackson, Matt Dravitzki tidak mahu mengulas mengenai berapa banyak pengarah itu mendapat ganti rugi bagi penggunaan jet peribadinya. "Banyak pesawat awam dan tentera terlibat dalam carian, dan ia sama sekali sangat mengecewakan jika isu penggunaan jet peribadi yang dimiliki selebriti dijadikan berita, sedangkan ada 239 orang yang hilang," jelas Dravitzki memberitahu Radio New Zealand. Syarikat yang mengendalikan jet peribadi Jackson, Gulfstream G650 menggunakan pesawat untuk membantu dalam usaha carian antarabangsa dengan keizinan Jackson. Jet tersebut membantu untuk memudahkan komunikasi antara pasukan carian. Difahamkan Peter Jackson membeli jet peribadi pada Mac lalu sekitar $ 80 juta. Ia diuruskan oleh Execujet dan berpangkalan di Wellington. Gulfstream G650 diklasifikasikan sebagai jet dengan "ultra-high-speed, ultra-long-range business jet" dan juga "gold standard in business aviation". Ianya juga lebih cepat, lebih jauh dan lebih selesa daripada mana-mana pesawat lain. Jet boleh membawa lapan penumpang dan empat anak kapal tanpa henti lebih daripada 12,000 km. |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



























No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.