RotiKaya |
- Mesra Di Instagram, Ziela Jalil Tepis Tuduhan Menggatal Dengan Keith Foo
- Istana Budaya Bakal Sediakan Polis Kawal Hanez Suraya
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.528)
- Gambar Di Sekitar Konsert Tertutup Christina Aguilera Di Hotel Shangri-La, KL
| Mesra Di Instagram, Ziela Jalil Tepis Tuduhan Menggatal Dengan Keith Foo Posted: 01 Apr 2014 05:54 PM PDT Sejak kebelakangan hubungan diantara penerbit terkenal, Ziela Jalil dan pelakon tampan Keith Foo dilihat agak mesra dan akrab. Meskipun hubungan mereka bagaikan adik dan kakak dek kerana perbezaan jarak usia namun timbul cerita kurang elok mengenai kemesraan mereka itu. Lebih-lebih lagi apabila Ziela tanpa berselindung berkongsi gambar kemesraan mereka menerusi laman Instagram dan Twitter miliknya. Niatnya lain namun tanpa disangka, gambar-gambar ini mencetuskan sensasi dalam kalangan peminat hingga ada yang mengkritik tindakan Ziela. Lebih teruk, ada yang menganggap beliau mempermainkan agama kerana sanggup bergambar begitu sedangkan penampilannya nampak Islamik. Lebih biadap, segelintir mereka sanggup mengeluarkan ayat yang berunsur menghina terhadap ibu tunggal kepada tiga anak iaitu Puteri Julia Nabilah. Megat Jufri Nasrullah dan anak angkat Ibrahim Junid Abdullah. Bercakap kepada Harian Metro, Ziela berkata beliau berhubungan baik dengan semua pelakon drama Ariana Rose dan tidak bersikap pilih kasih. Beliau juga memberitahu baru sekali berjumpa dengan Keith Foo, itupun selepas drama popular yang mencetuskan fenomema itu. “Saya dikata macam-macam seolah-olah ada hati dan nak menggatal dengan mereka. Kalau suka, aksinya tak begitu. Baik saya peluk saja mereka dari belakang! Saya anggap mereka semua ini macam adik-beradik. Apatah lagi muka Keith pun ada iras muka anak lelaki saya Jufri. Saya tak fikir soal lain pun ketika itu” “Keith datang bertemu saya berkenaan isu kontraknya yang ada masalah sebelum ini. Sesudah itu kami bergambar. Ketika itu saya terfikir kalau masukkan gambar ini di Instagram pasti akan jadi isu. Tapi apa salahnya saya berkongsi gambar ini dengan peminat” “Memang betullah selepas itu teruk saya kena kutuk. Mulanya saya tak nak jawab kerana beranggapan suka hatilah sesiapapun nak kutuk. Tapi saya bengang apabila ada yang kaitkan nama anak saya dan suruh mereka ajar saya. Tak perlulah nak ajar mereka sampai begitu sekali. Cara mereka bukannya nak menasihat tapi lebih untuk mengaibkan orang” “Memang saya pegang tangan Keith dan saya tak katakan perbuatan ini betul, tapi cara menegur itu salah. Saya bukan sempurna, bagaimanapun sebagai manusia kita perlu amalkan adab hubungan dengan Allah SWT dan hubungan dengan manusia” “Sekali lagi saya katakan cara menegur itu yang tak kena kerana ayat yang digunakan sangat melampau,” jelasnya dengan panjang lebar. (rtky/fr) |
| Istana Budaya Bakal Sediakan Polis Kawal Hanez Suraya Posted: 01 Apr 2014 10:18 AM PDT Kerana Hanez Suraya telah menerima beberapa ugutan dari pelbagai pihak ekoran kontroversi cintanya, Istana Budaya telah bersedia untuk melakukan kawalan ketat dan menyediakan polis berpakaian biasa sepanjang pementasan teater Projek Kahwin nanti. Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani menjelaskan tindakan itu diambil sebagai langkah berjaga jaga terhadap beberapa ugutan yang diterima Hanez Suraya yang dibuat oleh segelintir individu selepas dikatakan merampas suami orang. BACA: Hanez Suraya Dakwa Hubungan Dengan Romie Dapat Restu Keluarga, Tiada Halangan “Kami buat keputusan untuk kekalkan Hanez Suraya dan bersedia berhadapan dengan sebarang kemungkinan. Bagaimanapun, kita akan tingkatkan kawalan keselamatan jika perlu selepas ada ugutan yang boleh menjejaskan keselamatan pelakon dan penonton sepanjang pementasan” Laporan mStar Online juga menyebut yang teater Projek Kahwin akan mengekalkan Hanez Suraya untuk empat hari pementasan iaitu 11 hingga 14 Jun, sementara enam hari pementasan awal iaitu pada 6 hingga 10 Jun akan dilakonkan oleh Kilafairy. “Hanez ada menyatakan hasrat untuk menarik diri selepas kontroversi tersebut, namun apabila perbincangan dilakukan kami bersetuju untuk kekalkan dia dan menambah pelakon baru iaitu Kilafairy,” jelas penerbit teater itu, Shawn Amer. (rtky/m) |
| Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.528) Posted: 01 Apr 2014 09:46 AM PDT VIDEO HARI INI: Jangan menangis, jangan. Selepas peminat dan para media tertanya tanya tentang status hubungan mereka, Johnny Depp dalam satu sidang media filem terbaru beliau Transcendence di China mengesahkan yang beliau kini bergelar tunangan kepada kekasihnya, Amber Heard. – Just Jared Ahli kumpulan K-pop Girls' Generation (SNSD), Hyoyeon dikhabarkan telah bergurau kasar secara melampau dengan seorang rakan lelaki sehingga rakannya itu membuat laporan polis mendakwa dikasari dengan sengaja. Wuuu ganas. – Soompi Rangkaian NBC hari ini telah mengesahkan yang penyanyi lagu Happy, Pharrell Williams bakal menggantikan tempat Cee Lo Green dalam musim terbaru dan ketujuh The Voice akan datang yang sebelum ini beliau pernah hadir sebagai mentor undangan. – CNN Selepas beberapa kali gagal dalam hubungan percintaannya sebelum ini, Amir Raja Lawak sekali lagi mendedahkan yang hatinya kini adalah milik seseorang selepas mendedahkan wajah insan bertuah itu di Instagram dan telah bersedia untuk berkahwin. – Sinar Harian Lima tahun selepas pemergian Raja Pop ini, Michael Jackson bakal muncul dengan sebuah album baru berjudul XSCAPE yang akan mengandungi lapan buah lagu yang telah dirakamkan oleh penyanyi itu sebelum beliau meninggal dunia. – Huff. Post |
| Gambar Di Sekitar Konsert Tertutup Christina Aguilera Di Hotel Shangri-La, KL Posted: 31 Mar 2014 08:33 PM PDT Konsert Twin Towers @Live 2014 sepatutnya diadakan minggu lepas di kawasan berhampiran KLCC sempena 2014 Formula One Petronas Malaysia Grand Prix di Litar Sepang. Walau bagaimanapun, ianya telah dibatalkan sebagai tanda menghormati keluarga dan rakan-rakan para penumpang dan anak kapal yang terlibat dalam tragedi pesawat MH370. Malah, berita tersebut juga turut dikongsi di Facebook Twin Towers Alive. Antara artis yang sepatutnya mengadakan persembahan termasuklah nama-nama besar seperti penyanyi sensasi K-pop, Rain selain penyanyi hebat dari England, Craig David dan juga penyanyi sensasi Christina Aguilera. Biarpun konsert itu dibatalkan, Christina Aguilera dikatakan membuat persembahan secara tertutup di Hotel Shangri-la Kuala Lumpur untuk para peminatnya yang datang dari jauh untuk menyaksikan persembahan beliau. Terdapat gambar dan video yang telah dikongsikan di laman web peminat Cristina Aguilera. Hanya peminat bertuah sahaja yang dijemput untuk menyaksikan beliau beraksi. Antara lagu-lagu yang dinyanyikan oleh beliau adalah What a Girl Wants, Say Something, Let There Be Love, Beautiful dan banyak lagi. Berikut gambar sekitar konsert tertutup penyanyi itu. |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



































No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.