RotiKaya |
- Syamsul Yusof Rahsiakan Kisah Cinta Untuk Elak Fitnah
- Zain Saidin Bawa Rozita Che Wan Rai Ulangtahun Kelahiran Di Krabi, Thailand
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.517)
- Sari Yanti Failkan Penceraian?
| Syamsul Yusof Rahsiakan Kisah Cinta Untuk Elak Fitnah Posted: 09 Mar 2014 04:50 PM PDT Pastinya ramai ingin tahu sejarah perkenalan pasangan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana sebelum sehingga mereka mengambil keputusan untuk hidup bersama dan telah selamat bernikah pun hujung minggu lalu di Masjid Al-Mukarramah, Sri Damansara, Petaling Jaya. Syamsul Yusof yang ditemui media selepas majlis akad nikah berkata yang beliau lebih senang untuk merahsiakan kisah atau detik perkenalan dirinya dengan Puteri Sarah Liyana untuk mengelakkan fitnah dan timbulnya cerita tidak benar. BACA: Syamsul Yusof, Puteri Sarah Liyana Selamat Bergelar Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz “Biarlah kisah pertemuan dan percintaan kami menjadi hak peribadi dan hanya kami sahaja yang tahu. Saya tidak mahu bila ia diceritakan nanti akan timbul cerita-cerita tidak benar yang jatuh kepada fitnah,” jelas Syamsul Yusof seperti dilaporkan mStar Online. Dalam temubual sama, Syamsul Yusof mengakui tertarik dengan Puteri Sarah Liyana kerana wanita itu mempunyai ciri ciri isteri solehah yang boleh dibimbing. Dan pengarah filem popular ini juga belum memutuskan tentang perjalanan karier isterinya itu selepas berumahtangga namun mengakui suka dengan pekerjaan Puteri Sarah Liyana ketika ini iaitu menguruskan butik. Sekali lagi, tahniah buat kedua dua mereka dan juga seisi keluarga. |
| Zain Saidin Bawa Rozita Che Wan Rai Ulangtahun Kelahiran Di Krabi, Thailand Posted: 09 Mar 2014 10:53 AM PDT Kalau anda tanya kami dan melihat kepada gambar terbaru pasangan ini yang sedang bahagia bercuti di Krabi, Thailand — tidak sangka usia Rozita Che Wan kini mencecah 43 tahun. Nampak seperti anak dara, jiwa kena terus muda ‘kan. Heh. Ketika ini pasangan suami isteri yang masih menjadi perhatian ramai, Zain Saidin dan Rozita Che Wan sedang berada di Krabi, Thailand sejak beberapa hari lalu untuk menikmati bulan madu buat kesekian kalinya selepas menjelajah Eropah & kepulauan Bali, Indonesia. BACA: Zain Saidin Teruja, Rozita Che Wan Mungkin Mengandung Namun kali ini pastinya lebih istimewa kerana ianya turut meraikan ulangtahun kelahiran Rozita Che Wan yang jatuh pada tarikh 9 Mac. Zain Saidin melalui akaun Instagram beliau mengirimkan ucapan selamat ulangtahun kelahiran penuh romantis buat isterinya itu, “Happy birthday my love. I will love you until the end of our days and love you forever more in Jannah” Berikut beberapa keping gambar yang dikongsikan oleh Zain Saidin dan Rozita Che Wan menerusi akaun Instagram masing masing untuk tatapan para peminat tersayang. Enjoice! (rtky/m) |
| Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.517) Posted: 09 Mar 2014 09:26 AM PDT VIDEO HARI INI: Kalau anda punya masa untuk mendalami sejarah tragedi penerbangan, Air France Flight 447 mungkin satu rujukan yang baik sebelum anda tampil dengan pelbagai konklusi sendiri tanpa fakta yang sahih. Still #PrayForMH370. Tercalon dalam 2014 MTV Movie Awards untuk kategori Best Shirtless Performance, Zac Efron berkata yang beliau akan naik ke atas pentas mengambil anugerah tanpa memakai baju jika menang mengalahkan yang lain. – Just Jared Shila Amzah merupakan antara selebriti yang melahirkan rasa simpati beliau terhadap tragedi yang menimpa penerbangan MH370 dan ianya lebih signifikan kerana laluan Kuala Lumpur – Beijing merupakan laluan yang kerap dinaiki beliau. – mStar Online Senyap senyap rupanya Stacy Keibler telah pun mengikat tali perkahwinan dengan kekasihnya yang juga usahawan teknologi, Jared Pobre dalam satu majlis yang berlangsung di sebuah pantai di Mexico pada Sabtu lalu. – E! Online Bintang siri drama popular Korea The Heirs, Park Shin Hye telah dinamakan sebagai selebriti terbaru bergelar nation's little sister menerusi pilihan ramai peminat dunia hiburan dalam program TV MBC, Sunday Section. – Soompi Nampaknya pasangan ini kembali bersama atau sekurang kurangnya keluar bersama apabila ada peminat merakamkan aksi Justin Bieber dan juga Selena Gomez berkunjung ke kafe Starbucks di Texas baru baru ini. Rindu lettew. – TMZ |
| Sari Yanti Failkan Penceraian? Posted: 08 Mar 2014 07:51 PM PST Perkara ini menjadi bualan ramai peminat dunia hiburan di forum Cari sejak beberapa minggu lalu namun masih tidak dapat dipastikan kesahihahnya — kami sendiri sehingga hari ini tidak tahu sama ada perkara ini benar atau tidak. Sinar Harian hari ini telah memetik ‘khabar angin’ yang mula disampaikan di forum tersebut yang mengatakan pelakon Sari Yanti telah memfailkan penceraian di Mahkamah Syariah Seremban pada hujung bulan lalu — menurut sumber. Hasil perkongsian hidup dengan Mohd Eddy Casmady selama lima tahun sejak 2009, Sari Yanti dikurniakan dua anak lelaki yang comel iaitu Barr Al Aliy, 4, dan Basit Al-Haq, 2. Laporan tersebut juga menyebut yang mereka tidak dapat sebarang kenyataan daripada Sari Yanti kerana beliau kini sedang berada Capetown, Afrika Selatan atas urusan kerja. Satu lagi khabar angin selebriti kita yang perlukan jawapan segera. Heh. (rtky/m) |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
















































No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.