RotiKaya |
- Hanez Suraya Mahu Selesai Secara Baik, Tak Hasrat Untuk Ambil Tindakan
- Syamsul Yusof Mungkin Tunda Majlis Pernikahan
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.516)
| Hanez Suraya Mahu Selesai Secara Baik, Tak Hasrat Untuk Ambil Tindakan Posted: 06 Mar 2014 05:24 PM PST Hanez Suraya yang ditemui semasa sidang media teater Projek Kahwin di Shah Alam semalam telah menjelaskan bahawa dia tidak mahu mengambil sebarang tindakan terhadap Nurliyana Abd Manan, wanita yang juga isteri kepada teman lelakinya Mr R kerana enggan memohon maaf selepas menuduh dia sebagai perosak rumah tangga mereka. “Terpulang kepada dia (Nurliyana) sama ada ingin memohon maaf atau pun tidak dan saya juga tidak bercadang untuk mengambil tindakan terhadapnya,” ujarnya ketika ditemui selepas selesai sahaja sidang media yang diadakan itu. BACA: Liyana Manan Persoal Kenapa Beliau Perlu Meminta Maaf Selepas Dicabar Hanez Suraya? Hanez juga enggan untuk mengulas lanjut mengenai kenyataan-kenyataan sebelum ini kerana dikhuatiri boleh mengundang pelbagai fitnah dan kontroversi sebaliknya apa yang dijelaskan sebelum ini di Sidang Media yang diadakan pada hari Rabu lepas cukup untuk menjawab segala spekulasi dan kontroversi yang melanda dirinya itu. Dia yang lebih bersifat terbuka kini lebih mengambil sikap yang positif dan dia juga tidak ada masalah untuk bersemuka dan berbincang bersama-sama untuk menyelesaikan yang telah berlaku bersama isteri Mr R (Nurliyana) tanpa melibatkan pihak media supaya tidak akan adanya lagi salah faham antara mereka semua. “Pada tahap ini saya rasa tidak perlu menggunakan media untuk membuka aib dan ia patut diselesaikan secara tertutup. Saya bersedia untuk berjumpa dengan dia bagi menjelaskan situasi sebenar namun saya tidak boleh masuk campur tentang urusan rumah tangga mereka berdua” Selepas selesai sahaja sidang media yang diadakannya pada Rabu lalu, Hanez memberitahu bahawa dia ada membaca sebahagian komen daripada masyarakat dan pihak-pihak tertentu dan tidak menyalahkan mana-mana pihak yang melemparkan kata-kata negatif kepadanya dan memaafkan sesiapa sahaja yang berbuat demikian kerana baginya mereka tidak tahu situasi yang sebenar atau apa yang telah berlaku kepadanya. “Saya tidak tertekan cuma sedih kerana orang yang tidak tahu situasi sebenar terus menghukum saya dengan kata-kata kurang enak.Tetapi saya tidak kisah dengan pandangan itu kerana mungkin mereka masih belum memahami apa yang cuba saya sampaikan dan memaafkan mereka kerana menuduh saya dengan pelbagai perkataan negatif,” tambahnya. (rtky/hfz) |
| Syamsul Yusof Mungkin Tunda Majlis Pernikahan Posted: 06 Mar 2014 09:47 AM PST Para peminat yang tidak sabar mahu melihat pasangan ini untuk bersatu pada hujung minggu ini mungkin terpaksa menunggu lebih lama lagi selepas ada kemungkinan yang Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana bakal menunda majlis mereka. Bercakap kepada Sinar Harian, Yusof Haslam berkata kesihatan anaknya itu kini tidak konsisten dan doktor yang merawatnya menjangkakan pengarah popular itu untuk sembuh sepenuhnya empat ke lima hari lagi dalam keadaan dirinya ketika ini. "Memandangkan keadaannya tidak konsisten, jadi kami sendiri tidak tahulah sama ada dia boleh sembuh sepenuhnya sebelum majlis pernikahan berlangsung atau tidak” BACA: Disahkan Hidap Demam Denggi, Syamsul Yusof Bakal Nikah Di Hospital "Malam ini (semalam) saya akan berjumpa dengan keluarga pihak perempuan untuk berbincang mencari alternatif lain untuk majlis pernikahan dan persandingan di pihak perempuan hujung minggu ini. Kalau keadaan kesihatan Syamsul masih tidak mengizinkan, mungkin kita akan tunda tarikh, atau hanya adakan majlis pernikahan sahaja, tapi itu semua terpulang pada keadaannya” "Kami sekeluarga hanya mampu berserah pada Tuhan dan mengharapkan kesihatan Syamsul akan pulih supaya semuanya dapat berjalan seperti yang dirancang," ujar Yusof Haslam. Yusof Haslam juga berkata yang beliau tidak fikir majlis pernikahan akan berjalan di hospital kerana ianya tidak manis selain mungkin tidak dibenarkan pihak hospital. |
| Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.516) Posted: 06 Mar 2014 08:32 AM PST VIDEO HARI INI: Rakan rakan sekalian, The Hoverboard dari filem Back To The Future zaman kita remaja dahulu kini sudah menjadi realiti. Sila SMS/PM for best price. Terima kasih. Kementerian Dalam Negeri (KDN) Malaysia mewartakan Perintah Larangan Penerbitan terhadap buku Ultraman The Ultra Power, yang didapati mengandungi unsur unsur memudaratkan ketenteraman awam. Macam tidak masuk akal pun ada, Ultraman? – Astro Awani Seperti Rozita Che Wan di Malaysia, Kim Kardashian memang tidak pernah lekang dari solekan mekap tebal dan penampilan beliau dikhalayak umum ketika menghadiri sesi ke gym baru baru ini dengan muka tanpa secalit mekap menarik perhatian ramai dan ya, cantik. – Us Weekly Selepas berjaya menarik jumlah penonton dua kali lebih ramai berbanding program lain, NBC rangkaian TV tempat bernaung Jimmy Fallon memberikan syarat kepada para selebriti yang mahu tampil di The Tonight Show untuk tidak tampil di rangkaian TV lain. – TMZ Tiada tanda kemaraan kumpulan ini akan terhenti, album terbaru 2NE1 berjudul Crush telah berjaya menembusi carta Billboard 200 dan menempatkan diri di kalangan 100 album paling laris ketika ini selain terus menguasi carta lagu Korea. – allkpop Satu sebab lagi untuk anda mula meminati pelakon The Hunger Games ini, Jennifer Lawrence nampaknya tidak teragak agak untuk tampil seksi dan mengenakan busana tembus nampak tanpa memakai apa apa di bahagian dalam. Hehe. – Huff. Post |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.