RotiKaya |
- Liyana Manan: Kenapa Saya Perlu Minta Maaf?
- Mr R Nafi Hanez Suraya Punca Keretakan Rumah Tangga
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.515)
- Hanez Suraya Minta Isteri R Mohon Maaf
| Liyana Manan: Kenapa Saya Perlu Minta Maaf? Posted: 05 Mar 2014 05:32 PM PST “Kenapa saya perlu meminta maaf? Sepatutnya, dia yang perlu memohon maaf pada saya. Kalau ikutkan kenyataannya sebelum ini, semuanya seolah olah mencabar dan menaikkan kemarahan saya, suruh serang, tunjuk bukti, dakwa bekas isteri buat fitnah dan macam macam lagi” Itu kenyataan balas Liyana Manan yang masih bergelar isteri kepada kekasih Hanez Suraya, Mr R selepas ditanya tentang permintaan pelakon itu supaya beliau memohon maaf secara terbuka. BACA: Hanez Suraya Tuntut Liyana Manan Minta Maaf Secara Terbuka “Saya masih isteri Romie, belum bercerai lagi. Itu hakikatnya. Apabila saya bersuara dan tampil kemukakan bukti, saya pula dipersalahkan. Saya tidak kisah jika Hanez dan suami nak berkahwin, tapi biarlah kes penceraian kami selesai dulu,” tambahnya lagi. BACA: Mr R Nafi Hanez Suraya Punca Keretakan Rumah Tangga Liyana Manan yang ditemubual Berita Harian hari ini berkata yang kes curang suaminya dengan perempuan lain bukan perkara baru dan turut tidak menafikan yang pernah menuntut cerai pada tahun 2011 atas sebab sama dan kali kedua pada tahun lalu. “Tidak guna hidup bersama lagi dengan suami bersikap dingin, lalai serta tidak sayang kepada isteri dan anak anak,” tambah Liyana Manan yang sudah lapan tahun bergelar isteri Mr R. |
| Mr R Nafi Hanez Suraya Punca Keretakan Rumah Tangga Posted: 05 Mar 2014 04:22 PM PST Susulan daripada kontroversi yang melanda pelakon Hanez Suraya dan juga Mr R yang didakwa mempunyai hubungan dan dikecam hebat oleh isteri Mr R sendiri, iaitu Nur Liyana Abdul Manan di saluran media membuatkan mereka berdua terpanggil untuk membela diri dan menafikan segala tohmahan dan kata-kata yang dilemparkan terhadap mereka berdua. BACA: Jadi Mangsa Fitnah, Hanez Suraya Minta Liyana Manan Mohon Maaf “Saya mohon maaf atas isu yang telah ditimbulkan oleh isteri saya. Saya tegaskan dakwaan isteri saya adalah fitnah. Saya tidak mahu aibkan dia. Memang saya belum bercerai tapi rumah tangga kami telah ada masalah sejak lapan bulan lalu. Sedangkan saya mula mengenali Hanez pada 20 Disember 2013 di satu majlis di UiTM Shah Alam” “Malah isteri saya telah menfailkan cerai pada 8 Oktober tahun lalu dan ia merupakan fail cerai kali kedua. Dan dakwaan isteri saya di mahkamah sebelum ini tidak ada kena mengena dengan punca orang ketiga,” jelas lelaki yang turut memiliki dua cahayamata ini. Sementara itu, Mr R turut mengulas bahawa kenyataan sebelum ini yang mengatakan dia dan Hanez bersama-sama bercuti ke Bangkok berdua adalah tidak benar sama sekali dan itu semuanya adalah fitnah semata-mata. “Saya pergi ke Bangkok pada bulan Januari 2014 bersama Hanez dan 6 lagi rakan termasuk adik Hanez. Bukan kami pergi berdua seperti yang dinyatakan,” tambahnya lagi. (rtky/hfz) |
| Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.515) Posted: 05 Mar 2014 08:36 AM PST VIDEO HARI INI: Well, idea kreatif itu tiada sempadannya ‘kan? Ini Idina Menzel tampil di program lewat malam Jimmy Fallon untuk menyampaikan Let It Go dengan hanya diiringi instrumen asas yang biasanya digunakan oleh murid murid sekolah. Masih epik! Selepas berita tentang kehamilan Scarlett Johansson tersebar, ramai peminat mula tertanya tanya bagaimana penggambaran filem Avengers: Age of Ultron kerana ianya dijadualkan bermula tidak lama lagi. Tiada watak Black Widow? Hmm. – EW Dalam usaha memastikan para pekerja bebas denggi, CEO Metrowealth David Teo mewajibkan setiap kakitangannya melalui imbasan suhu sebelum memulakan kerja. – Astro Awani Seorang lagi bintang The Avengers yang memegang watak Captain America, Chris Evans bercadang untuk berehat seketika dari dunia lakonan & perfileman selepas tamat kontrak dengan Marvel namun tidak menyatakan sebab kukuh. – Huff. Post Pengacara program lewat malam kegemaran kami, Conan O’Brien bakal bergelar pengacara utama 2014 MTV Movie Awards yang akan berlangsung 13 April & mengumumkan tugas barunya itu di program beliau, Conan semalam. – People Buat pertama kalinya sejak berita mereka berpacaran dengan pasangan masing masing diketahui ramai dua ahli Girls’ Generation (SNSD), YoonA & Sooyoung akan bercakap tentang teman lelaki mereka dalam program terbitan MBC, Healing Camp. – Soompi |
| Hanez Suraya Minta Isteri R Mohon Maaf Posted: 04 Mar 2014 11:36 PM PST Kontroversi yang melanda Hanez Suraya sebelum ini yang mengatakan dia mempunyai hubungan dengan suami orang akhirnya terjawab sudah apabila sidang media diadakan pada hari ini. Daripada susulan kes tersebut Hanez Suraya meminta permohonan maaf daripada isteri kepada Mr R atau kini lebih dikenali sebagai Romin Razin Adilha kerana memfitnah dan telah menyebabkan artis dan duta kepada Aura White ini menanggung malu. BACA: Dihina Di Laman Sosial, Hanez Suraya Terima Semua Komen Peminat “Saya mahu dia memohon maaf secara terbuka dengan semua tohmahan yang telah dia aibkan, Kalau boleh permohonan secara terbuka seperti sidang media yang telah saya lakukan hari ini” Hanez Suraya juga telah memberitahu bahawa kariernya juga turut terkena tempias dengan apa yang telah terjadi selama beberapa minggu ini dan berharap perkara ini dapat diselesaikan dengan segera. “Saya berharap perkara ini dapat diselesaikan dengan segera, dan saya tidak mahu lagi keadaan menjadi keruh dan saya juga tidak memberikan tempoh masa untuk pihak (Liyana) di sana untuk meminta maaf. Tetapi saya mahu nama saya dibersihkan kerana satu Malaysia kini mengenali saya dengan kontroversi ini,” katanya. Buat pengetahuan anda semua R atau nama sebenarnya Romie Razin Adilha, 34 masih lagi berstatus suami kepada Nurliyana dan mempunyai 2 orang anak hasil daripada perkahwinan mereka dan kes penceraian mereka masih dalam proses perbicaraan di mahkamah. (rtky/hfz) |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




























































No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.