RotiKaya |
- Berbikini Di Thailand — Reen Rahim Tak Peduli Komen Orang Ramai
- Konsert Teaterikal Suara Kita — Yusof Haslam Bangga Dengan Aksi Mantap Anak Didik
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.514)
- Syamsul Yusof Bakal Nikah Di Hospital Jika Tidak Sempat Sembuh?
Berbikini Di Thailand — Reen Rahim Tak Peduli Komen Orang Ramai Posted: 04 Mar 2014 04:44 PM PST Juara program Pilih Kasih musim ketiga dan kini bergelar pelakon, Reen Rahim baru baru ini menjadi bualan peminat apabila beliau memuat naik beberapa keping gambar percutian beliau di pulau cantik Koh Lipe, Thailand. Yang menjadi isu di kalangan peminat dunia hiburan adalah tindakan berani Reen Rahim memuat naik gambar beliau berbikini ketika bercuti bersama rakan rakannya itu dan dalam komuniti Melayu, pastinya itu sesuatu yang sensitif. “Minta maaflah. Kalau setakat komen dengan cara yang biadab dan kasar, saya takkan ambil kisah pandangan mereka. Bagi saya, gambar yang dikongsi itu tidak keterlaluan dan boleh diterima keluarga sendiri, saya tak anggap ia satu masalah,” ujarnya kepada Harian Metro. Reen Rahim juga berkata yang beliau berkongsi gambar sebegitu di Instagram adalah untuk kepuasan sendiri dan sama sekali tidak bertujuan untuk mencetuskan provokasi kepada mana mana pihak seperti mana yang dikatakan orang ramai. Tapi, tapi ‘kan apabila kami lihat beberapa keping gambar Reen Rahim di Instagram yang didakwa seksi dan provokasi itu tidaklah seseksi mana sebenarnya. Sensitive much? (rtky/eka) ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Konsert Teaterikal Suara Kita — Yusof Haslam Bangga Dengan Aksi Mantap Anak Didik Posted: 04 Mar 2014 09:20 AM PST Malaysian Digest (4 Mac) — Pengarah dan juga penerbit tersohor Datuk Yusof Haslam mengakui menitiskan air mata sewaktu menonton Konsert Teaterikal Suara Kita yang membuka tirai pementasannya di Panggung Istana Budaya, pada Isnin lalu. Konsert tersebut buat pertama kalinya menggabungkan tiga bintang hebat tanah air yang pernah mencetus fenomena dalam industri filem tanah air sekitar 90-an iaitu Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain, menerusi filem-filem arahan Yusof sendiri. Menurut pengarah filem pecah panggung 90-an antaranya seperti ‘Sembilu’ dan ‘Sembilu II’ itu juga, beliau bangga melihat ketiga- tiga anak didiknya itu berjaya menghayati watak & menguasai pentas dengan begitu baik sekali. “Saya nampak Awie, Erra dan Ziana berjaya menguasai pentas dan menghidupkan watak mereka dengan begitu berkesan di pentas tadi (malam tadi). Tahniah kepada mereka juga kepada pengarah konsert ini, Erma Fatima” “Ia satu nostalgia yang cukup bermakna. Sepanjang menyaksikan konsert ini, ada beberapa babak yang buat saya menitiskan air mata. Saya terkenangkan perangai Awie, Erra dan Ziana sewaktu di zaman mula-mula saya mengarahkan mereka dalam filem-filem saya dahulu. Teringat kembali gelagat mereka ini” “Sebenarnya saya terkejut bila dapat tahu mereka bertiga nak pentaskan semula filem filem saya. Saya macam tak percaya mereka ni nak bergabung semula. Tapi bila melihat persembahankan mereka malam ini, saya percaya konsert ini akan medapat kejayaan”, kata Yusof Haslam pada sewaktu sidang media yang diadakan sejurus habis pementasan. Berlangsung selama lebih kurang tiga jam, Konsert Teaterikal Suara Kita berkonsepkan gabungan lakonan dan nyanyian dalam mengimbau kembali episod kegemilangan filem Melayu. Pementasan arahan sutradara hebat, Erma Fatima ini memanifestasikan semula sorotan babak-babak dari deretan filem-filem seperti ‘Sembilu’, ‘Sembilu 2′, ‘Tragedi Oktober’, ‘Maria Mariana 2′ dan ‘Merah’ yang pernah menggegarkan industri filem Malaysia suatu ketika dahulu sebagai teras dan latar penceritaan konsert teaterikal ini. Konsert yang nenelan kos sebanyak RM1.4 juta dipentaskan selama 7 hari (dari 3 hingga 9 Mac) berturut-turut di Istana Budaya, Kuala Lumpur. ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.514) Posted: 04 Mar 2014 08:07 AM PST VIDEO HARI INI: Sedikit bahan ilmiah untuk anda hari ini, jika selepas ini anda memesan pop corn untuk dibawa masuk ke panggung wayang, anda sudah tahu sejarahnya kini. Pelakon popular ini bakal bergelar ibu tidak lama lagi selepas Scarlett Johansson yang berusia 29 tahun kini disahkan hamil dan ini bakal menjadi anak pertama bersama tunang, Romain Dauriac dan mereka tidak merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat. – Us Weekly Selepas dua tahun bercinta, Mary-Kate Olsen khabarnya kini sudah bergelar tunangan kepada kekasihnya yang hampir 17 tahun lebih berumur, Olivier Sarkozy selepas bintang remaja itu dilihat memakai sebentuk cincin berbatu besar di jarinya. – People Kenyataan terbaru dari Cube Entertainment mengesahkan yang kumpulan pop Korea, 4minute akan kembali dengan album baru yang merupakan album mini kelima mereka pada April ini dan sedang menyiapkan proses akhir rakaman. – Soompi Rakaman seks Marilyn Monroe yang dikatakan bakal dilelong telah ditarik semula dari acara lelongan yang bakal berlangsung esok kerana pemilik rakaman filem itu, William Castleberry telah berjaya selesaikan hutangnya berjumlah US$200,000. – TMZ Selepas kontroversi isu khalwat yang melanda beliau tahun lalu, tunang Shah Jaszle sering dilabel sebagai membodohkan diri sendiri kerana terus setia namun pelakon itu tampil mempertahankan yang cinta gadis itu pada tidak pernah berubah. – Utusan Malaysia |
Syamsul Yusof Bakal Nikah Di Hospital Jika Tidak Sempat Sembuh? Posted: 04 Mar 2014 02:52 AM PST Empat hari lagi menjelang tarikh pernikahan beliau dengan Puteri Sarah Liyana, pengarah popular Syamsul Yusof dilaporkan telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Gleneagles selepas disyaki menghidap demam denggi. UPDATE-1: Syamsul Yusof melalui akaun Instagram pagi ini mengesahkan yang beliau menghidapi demam denggi dan menyambung rawatan di Pusat Perubatan Gleneagles. Mengesahkan perkara itu kepada mStar Online hari ini, ibunya Datin Patimah Ismail berkata ketika ini doktor sudah mengambil sampel darah untuk mengetahui penyakit sebenar anaknya itu. “Saya bawa Syamsul ke hospital pagi tadi lepas dia mengadu sakit kepala dan suhu badan dia sangat panas. Pada mulanya saya ingat hanya demam biasa, tapi bila sudah dua hari demamnya semakin teruk, saya terus bawa dia ke hospital dan doktor syak ia mungkin demam denggi” “Syamsul juga ada berseloroh untuk bernikah di hospital jika keadaan belum sihat menjelang hari pernikahannya nanti,” tambahnya lagi selain meminta semua mendoakan kesihatan Syamsul Yusof yang akan bernikah pada 8 Mac ini. ![]() ![]() ![]() |
You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.