RotiKaya |
- Filem Minggu Ini — Non-Stop Bukti Liam Neeson Masih Berbisa
- Wardina Safiyyah Akan Pindah Ke Australia, Merajuk?
- Hanez Suraya: Terima Kasihlah Kerana Menghina Saya
- Tengku Adnan Tengku Mansor Nafi Ada Hubungan Dengan Erra Fazira
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.513)
Filem Minggu Ini — Non-Stop Bukti Liam Neeson Masih Berbisa Posted: 03 Mar 2014 05:02 PM PST Pernahkah anda merasai waktu bergerak begitu perlahan dan perasaan bosan menunggu semasa duduk di dalam sebuah kapalterbang yang sedang menuju ke destinasi berjam-jam? Tiada apa-apa yang anda mampu lakukan selain dari tidur. Tahukah anda di sepanjang perjalanan itu, mungkin ada seseorang sedang memerhatikan semua aktiviti untuk memastikan keselamatan semua penumpang? Filem ini menyorot 'siapakah' orang itu dan apa yang akan terjadi sekiranya sesuatu ancaman nyawa penumpang berlaku? Non-Stop (2014) ialah sebuah filem aksi misteri thriller arahan Jaume Collet-Serra yang terkenal dengan arahan filem-filem seram House of Wax (2005) dan Orphan (2009). Non-Stop ditunjangi oleh Liam Neeson sebagai hero bernama Bill Marks iaitu seorang anggota U.S. Federal Air Marshal atau polis dalam kapalterbang komersial. Tugas utamanya ialah memastikan setiap kapalterbang yang dinaiki dan diawasi bersama seorang lagi rakan sejawatan, supaya sentiasa selamat dari sebarang ancaman pengganas atau perampas. Identiti mereka tidak dikenali dan menyamar sebagai penumpang biasa. Kisahnya bermula semasa Bill bersiap-siap hendak menaiki sebuah kapalterbang 'British Aqualantic 767' di Lapangan Terbang JFK. Destinasi tanpa henti atau 'non-stop' pesawat itu ialah dari New York ke London. Jelas digambarkan bahawa Bill sedang kepenatan dan pemabuk, memberi petanda bahawa penerbangannya kali ini antara yang berisiko. Sebelum berlepas Bill sempat menghisap rokok sambil memerhatikan satu pasangan yang mesra, mengucap selamat jalan dan selamat tinggal. Jelas bahawa Bill resah melihat kemesraan pasangan itu kerana dia sedang dilanda masalah peribadi keluarga. Bill kemudiannya ditegur oleh seorang lelaki, Tom Bowen (Scoot McNairy) yang mahu meminjam pemetik api. Namun dia seakan acuh tak acuh kerana fikirannya sedang berkecamuk. Apabila Bill menaiki pesawat, filem ini memperkenalkan watak-watak lain yang bakal berkait dalam pengembangan ceritanya. Antaranya, watak Jen Summers (Julianne Moore) wanita yang bertukar tempat duduk dengan Zack White (Nate Parker) iaitu seorang programmer telefon pintar. Jen duduk bersebelahan dengan Bill. Selain itu, diperkenalkan watak Nancy Hoffman (Michelle Dockery) ketua pramugari yang dibantu oleh rakan sekerjanya Gwen Lloyd (Lupita Nyong’o) serta seorang lagi U.S. Federal Air Marshal iaitu Jack Hammond (Anson Mount). Kapalterbang pun berlepas tanpa sebarang masalah. Kisah Non-Stop mula menyentak apabila pada ketinggian 40,000 kaki, Bill menerima pesanan ringkas dari seseorang yang tidak dikenali di telefon khas miliknya. Pesanan itu berisi amaran keras iaitu pada setiap 20 minit salah seorang penumpang akan dibunuh sekiranya tuntutan wang tebusan berjumlah 150 juta USD tidak dipindahkan secara online ke dalam satu nombor khas akaun bank. Persoalan taruhan utama filem ini ialah benarkah ugutan itu atau sekadar satu gurauan? Kalau benar, Bill mesti bertindak dengan segera untuk mengenalpasti siapakah penghantar pesanan ringkas itu yang merupakan penumpang di dalam kapalterbang. Atau apakah semuanya itu hanya halusinasi Bill kerana kepenatan dan tekanan mental? Untuk mengetahui kesudahannya anda wajib saksikan filem ini di pawagam sekarang! Non-Stop ialah sebuah filem yang mampu mendesak antisipasi serta mengajak penonton untuk ikut sekali apa yang dirasai oleh si hero, Bill Marks dalam suasana sempit sebuah kapalterbang. Dengan gaya naratif mirip 'Hitchcockian' ia bermain teka-teki dan persepsi di sepanjang penceritaannya. Sejak bermulanya konflik penerimaan pesanan ringkas itu, penonton mahu berpihak kepada Bill dan mempercayainya walaupun ditidakkan oleh watak-watak lain. Persoalan paling asas kepada Bill dan penonton ialah 'whodunit'? Siapa dalang dan apa motif tuntutan wang sebanyak itu tetapi memeras-ugut dari dalam kapalterbang yang sama? Kita mengikuti siasatan satu-persatu, seorang demi seorang penumpang oleh Bill dan tidak terkecuali 2 orang juruterbang iaitu Captain David McMillan (Linus Roache) dan Kyle Rice (Jason Butler Harner) serta semua pramugari pesawat itu. Semuanya menjadi suspek. Malahan ada ketikanya penonton boleh merasa gusar kepada Bill sama ada dia benar-benar hero atau sebaliknya sebagai penjahat yang mengatur sendiri ugutan dan cubaan rampasan kapalterbang itu? Filem ini mengangkat watak Bill Marks, seorang Federal Air Marshal yang terpaksa berkeras kepada orang awam dalam sesuatu situasi genting di udara demi menjamin keselamatan semua penumpang kapalterbang memang membayangi sikap tegas Amerika selepas tragedi 9/11 dahulu. Namun begitu, dalam Non-Stop ia tidak dipaparkan sebagai propaganda prejudis kepada watak Dr. Fahim Nasir (Omar Metwally) malahan dia membantu untuk cuba memulihkan orang-orang yang diracun. Non-Stop dibayangi oleh garapan filem-filem beraksikan rampasan kapalterbang atau ugutan dalam pesawat seperti Executive Decision (1996), Air Force One (1997), Red Eye (2005) dan Flightplan (2005). Ruang terhad lokasi kejadian filem ini juga seolah filem-filem 'terperangkap' iaitu Die Hard (1988) dan Panic Room (2002). Sementara itu teknik pengejaran masa atau 'ticking clock' serta kebergantungan kepada pesanan ringkas yang dihantar setiap 20 minit mengingatkan saya kepada Speed (1994) dan Phone Booth (2003). Liam Neeson walaupun dalam usia awal 60-an tetapi masih gagah menjadi hero filem ini dan melakonkan aksi-aksi stunt sendiri. Julianne Moore seperti biasa, lakonannya bagus manakala Michelle Dockery ialah aktres British yang semakin menyerlah. Walaupun penampilan Lupita Nyong’o sekadar cameo sahaja kerana pembikinan filem Non-Stop sebelum namanya dijulang di anugerah The Oscars 2014, tetapi sudah tentu membantu pemasaran maksima filem ini. Dari sudut pengarahan, Jaume Collet-Serra meneruskan kualiti sekuen babak aksi seperti filem arahannya sebelum ini Unknown (2011) dengan pelakon yang sama, Liam sebagai hero. Mungkin cabaran serta juga memudahkan pengarahannya ialah lokasi penggambaran Non-Stop yang sangat terhad dalam sebuah 'kapalterbang' yang mampu mengundang rasa 'claustrophobia'. Dikatakan bahawa 90% penggambaran dibikin di set yang mengikut skala sebenar sebuah pesawat komersial. Suntingan yang pantas dengan babak-babak pendek memadatkan lagi penceritaannya sehingga ke puncak klimak cerita yang sangat runcing! KESIMPULANNon-Stop seperti judulnya berjaya menyalurkan emosi berdebar-debar tanpa henti kepada penonton. Kalau anda mahu merasai seolah-olah bangku di panggung wayang yang diduduki seperti kerusi di dalam kapalterbang yang sedang dalam bahaya, inilah filemnya! Saya teruja suka dan berikan 4 BIJI ROTIKAYA. |
Wardina Safiyyah Akan Pindah Ke Australia, Merajuk? Posted: 03 Mar 2014 04:48 PM PST Sebelum ini, pengacara dan pelakon Wardina Safiyyah telah mengambil keputusan untuk berhenti berinteraksi dengan khalayak ramai di laman sosial dan kini beliau mengambil satu langkah lebih jauh meninggalkan komuniti di Malaysia. Bercakap kepada media ketika ditemui semalam, beliau kini sedang menunggu surat tawaran rasmi dari dua buah universiti di Australia bagi beliau melanjutkan pengajian dalam jurusan Ijazah Psikologi & jika tiada aral melintang beliau akan berpindah ke sana Jun ini. “Saya akan berpindah ke Brisbane, Australia. Dari dulu lagi saya memang teringin belajar di luar negara. Saya hendak menimba pengalaman baru di tempat baru. Cuma masa inilah baru ada kesempatan. Sekarang ni saya sedang tunggu surat tawaran. InsyaAllah saya akan menyambut pengajian Ijazah untuk tahun ketiga dan selepas ini sebolehnya saya nak lanjutkan pelajaran ke peringkat paling tinggi lagi” “Saya akan berpindah bersama anak-anak sementara suami saya akan tinggal di sini dulu buat sementara waktu. Saja saya nak releks dari aktiviti-aktiviti saya di sini dan tumpukan perhatian pada pelajaran. Anak-anak saya teruja nak ikut saya berpindah ke sana kerana mereka akan tinggal dekat dengan datuk mereka nanti,” kata Wardina Safiyyah. Beliau yang baru sahaja dilantik sebagai duta baru jenama tilam Goodnite turut berkata yang fokus hidupnya kini hanya pada pengajian serta aktiviti amal ataupun program ceramah selain berhasrat membuka pusat kaunseling satu hari nanti. ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Hanez Suraya: Terima Kasihlah Kerana Menghina Saya Posted: 03 Mar 2014 10:56 AM PST Kalau anda ke akaun Instagram milik Hanez Suraya, dari *setiap 10 komen boleh dikatakan lapan berbaur negatif dan cacian terhadap pelakon yang sedang dilanda kontroversi hebat ini. Bukan sahaja melalui Instagram, malah komen dari para peminat dunia hiburan yang mengikuti perkembangan terbaru turut membanjiri laman gosip seperti yang anda baca ketika ini. BACA: Isteri R Tampil Tunjuk Bukti Percutian Suami, Hanez Suraya Ke Bangkok Bercakap kepada portal GUA hari ini, Hanez Suraya berkata yang beliau tidak boleh memberikan kenyataan balas ketika ini dan meminta semua menunggu sidang media yang bakal diadakan selewat lewatnya Rabu ini. “Saya tak tertekan tetapi saya sedih. Orang di luar sana yang tidak tahu situasi sebenar begitu cepat menjatuhkan hukum. Saya tidak melatah sebab itu saya tidak respon kepada semua komen di Instagram. Sebab itu saya akan lakukan sidang media. Selepas itu, orang boleh menilai mana satu betul, mana satu salah” “Jangan dengar sebelah pihak. Berikan peluang untuk saya jelaskan nanti. Saya menerima semua jenis nasihat, negatif ataupun positif tapi bukanlah dengan cara menghina ataupun menghukum saya. Ada yang sampai jatuhkan hukum dengan mengatakan saya akan masuk neraka” “Kepada yang memberikan komen melampaui batas untuk saya di laman sosial, terima kasih kerana menghina saya. Saya terima dengan terbuka hati dan redha. Tetapi tolong hormat laman sosial saya,” jelas Hanez Suraya. “Saya ada hak untuk menyekat sesiapa yang bertindak memberikan komen yang melampau dan keterlaluan. Saya terima semua komen dan hujah yang diberikan dengan positif. Apa yang kurang, saya akan perbaiki,” tambah pelakon ini lagi. (rtky/m) *sumber: Rotikaya Research Institute (RRI) |
Tengku Adnan Tengku Mansor Nafi Ada Hubungan Dengan Erra Fazira Posted: 03 Mar 2014 09:07 AM PST Belum usai orang bercakap tentang kisah perpisahan Erra Fazira dan Engku Emran, timbul pula khabar angin mengatakan yang pengacara Primadona itu mempunyai hubungan dengan seorang ahli politik berstatus menteri. BACA: Erra Fazira Enggan Ulas Lagi Tentang Kisah Cerai, Fokus Kerjaya Ahli politik yang dimaksudkan itu adalah Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan apabila diajukan soalan tentang khabar angin ini oleh wartawan politik, menteri itu pantas menafikan. Jelasnya, beliau tidak ada kaitan sama sekali dengan Erra Fazira & beliau yang juga Setiausaha Agung Umno itu kelihatan terkejut ketika diajukan soalan tentang hubungan istimewanya itu. “Saya lelaki yang sudah berkahwin dan bahagia dengan perkahwinan saya. Saya dengan Erra Fazira tidak.. tidak. Saya bahagia dengan perkahwinan saya,” katanya kepada Antara Pos ketika diminta mengulas lanjut gosipnya dengan pelakon itu. Macam macam. (rtky/m) ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.513) Posted: 03 Mar 2014 08:48 AM PST VIDEO HARI INI: Tidak perlu faham bahasa Perancis untuk memahami aksi lucu dua jejaka bogel ini di atas pentas dengan hanya bertuala. Sedikit NSFW, perhati di mana boss anda. Tahun lepada aktres ini jatuh di pentas ketika mahu mengambil trofi dan tahun ini tidak terkecuali, Jennifer Lawrence jatuh sekali lagi kali ini di karpet merah anugerah Oscars. – Just Jared Tertangguh kerana masalah grafik akhirnya 2NE1 melancarkan video muzik rasmi untuk dua lagu mereka yang sedang mendominasi carta muzik Korea, Come Back Home dan Happy. – allkpop Dan kepada anda yang terlepas menonton anugerah Oscars yang berlangsung semalam dengan penuh keseronokan dan gilang gemilang, ini senarai penuh pemenang yang didominasi oleh filem Gravity dengan membawa pulang tujuh trofi. – The Oscars Sering diajukan soalan tentang anak, Fouziah Gous berkata bukan tidak gembira dengan pertanyaan orang tentang isu anak tetapi pelakon ini mengakui tidak meletakkan perkara tersebut sebagai keutamaan memandangkan masih baru berkahwin. – Utusan Malaysia Pengacara malam kemuncak anugerah Oscars, Ellen DeGeneres mengambil selfie epik dengan barisan pelakon A-list seperti Julia Roberts, Brad Pitt, Meryl Streep, Jennifer Lawrence dan Bradley Cooper telah berjaya mencatat rekod sebagai tweet paling banyak di’retweet. – SMH |
You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.