RotiKaya

RotiKaya


Zain Saidin: Rozita Che Wan Mungkin Mengandung

Posted: 02 Mar 2014 05:17 PM PST

Keterujaan Rozita Che Wan untuk hamil dengan perkahwinan bersama Zain Saidin bukan rahsia lagi selepas pelakon itu sendiri mengakui yang beliau ingin menimang cahaya mata secepat mungkin selepas berkahwin hujung tahun lalu.

Suaminya, Zain Saidin menerusi mStar Online berkata yang Rozita Che Wan berkemungkinan besar sudah mengandung namun pasangan romantis ini masih menunggu keputusan daripada pihak doktor.

“Jeng..jeng..jeng.. Mungkin (Rozita mengandung). Nak kena buat pemeriksaan doktor dahulu jika ada ‘orang baru’ akan sertai kami sekeluarga atau tidak. Tetapi jika benar, kiranya berita itu satu hadiah buat saya dan semestinya isteri”

Zain Saidin memberikan kenyataan itu selepas diminta mengulas tentang apakah hadiah istimewa yang diberikan Rozita Chea Wan buat dirinya bersempena dengan ulangtahun kelahiran yang disambut pada 23 Februari lalu.

Pastinya Zain Saidin gembira dan teruja untuk bergelar ayah jika positif Rozita Che Wan hamil. Doakan yang terbaik buat pasangan ini! (rtky/eka)

#74 Rozita Che Wan Mungkin Mengandung, Zain Saidin Teruja - ROTIKAYA #75 Rozita Che Wan Mungkin Mengandung, Zain Saidin Teruja - ROTIKAYA #76 Rozita Che Wan Mungkin Mengandung, Zain Saidin Teruja - ROTIKAYA #77 Rozita Che Wan Mungkin Mengandung, Zain Saidin Teruja - ROTIKAYA #78 Rozita Che Wan Mungkin Mengandung, Zain Saidin Teruja - ROTIKAYA #79 Rozita Che Wan Mungkin Mengandung, Zain Saidin Teruja - ROTIKAYA #80 Rozita Che Wan Mungkin Mengandung, Zain Saidin Teruja - ROTIKAYA #81 Rozita Che Wan Mungkin Mengandung, Zain Saidin Teruja - ROTIKAYA #82 Rozita Che Wan Mungkin Mengandung, Zain Saidin Teruja - ROTIKAYA

Umie Aida: Masalah Itu Biasa, Tetapi Tidaklah Sampai Ke Arah Bercerai

Posted: 02 Mar 2014 10:05 AM PST

It’s amazing how para peminat dan orang ramai boleh meramal kehidupan seseorang dengan hanya melihat status atau kemaskini laman sosial mereka. Umie Aida antara contoh terkini yang menjadi mangsa spekulasi ramai.

Ada khabar angin mengatakan yang rumah tangga Umie Aida dan suaminya, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan dilanda masalah ekoran beberapa status di Instagram pelakon itu yang seolah olah meluahkan keluh kesah di hati.

Laporan Berita Harian hujung minggu lalu juga melaporkan yang wujudnya dakwaan mengatakan ada orang ketiga dalam rumah tangga pasangan ini di kalangan artis juga yang menyebabkan pergolakan ini terjadi.

Apa kata Umie Aida?

“Mana mana perkahwinan pun pasti akan dilanda badai. Biasalah, sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri, kita kan manusia? Masing masing sibuk. Mungkin juga ketika gambar dan video yang dimuat naik dalam Instagram itu ada masalah yang timbul. Tapi, tidaklah sampai ke arah itu (bercerai),” jelas duta produk Phytoscience Stemcell ini.

“Rumahtangga kami OK. Jangan bermain dengan soal kahwin cerai. Tapi apabila bercakap soal cerai, itu ketentuanNya. Siapa kita nak cakap andai penceraian jalan terakhir yang baik atau sebaliknya — saya mengharapkan yang terbaik untuk rumah tangga kami,” tambahnya.

#65 Umie Aida Nafi Rumah Tangga Bergolak - ROTIKAYA #66 Umie Aida Nafi Rumah Tangga Bergolak - ROTIKAYA #67 Umie Aida Nafi Rumah Tangga Bergolak - ROTIKAYA #68 Umie Aida Nafi Rumah Tangga Bergolak - ROTIKAYA #69 Umie Aida Nafi Rumah Tangga Bergolak - ROTIKAYA #70 Umie Aida Nafi Rumah Tangga Bergolak - ROTIKAYA #71 Umie Aida Nafi Rumah Tangga Bergolak - ROTIKAYA #72 Umie Aida Nafi Rumah Tangga Bergolak - ROTIKAYA #73 Umie Aida Nafi Rumah Tangga Bergolak - ROTIKAYA

Wawa Zainal: Kehidupan Kini Lebih Teratur, Sempurna

Posted: 02 Mar 2014 09:25 AM PST

Sudah beberapa bulan kita tidak mendengar khabar mengenai pelakon cantik, Wawa Zainal yang sebelum ini telah dihimpit kontroversi bersama pasangannya Aeril Zafrel yang kini telah pun menjadi suami kepadanya dan seperti yang telah kita semua sedia maklum pasangan ini juga telah dikurniakan seorang bayi lelaki yang sungguh comel.

Pertemuan bersama pelakon ini di Femes Bazar yang diadakan di Tierra Crest, Kelana Jaya semalam di booth jualan kelihatan dirinyas semakin anggun dan jelita selepas beberapa bulan telah mengenakan hijab. Di pertemuan ini juga, dia memberitahu bahawa selepas ini segala karier lakonannya akan diuruskan oleh suaminya, pelakon Aeril Zafrel.

"Memang saya tak nafikan banyak tawaran yang telah saya terima tetapi buat masa sekaranhg saya tunggu lagi sebulan kerana biarlah anak saya cukup 7 bulan barulah saya akan aktif semula dalam lakonan. Tunggu dia besar sedikit. Walaubagaimana pun, karier saya selepas ini akan diuruskan oleh suami saya secara keseluruhannya," ujar Wawa sambil tersenyum.

Sebelum ini juga industri hiburan turut digemparkan oleh pasangan ini apabila Wawa Zainal telah dikatakan melanggar kontraknya bersama pihak pengurusan kariernya MIG kerana dalam kontrak tersebut salah satu syaratnya mereka tidak dibenarkan untuk berkahwin.

Meskipun begitu, isu ini telah pun kembali reda dan Wawa kini telah menjelaskan bahawa dia masih belum menghubungi pihak MIG dan begitu juga dengan pihak di sana yang masih belum menghubungi dirinya.

Tetapi Wawa telah menulis sepucuk surat kepada David Teo mengenai statusnya kini.

"Saya rasa apa yang berlaku sebelum ini telah cukup jelas sekali dan berharap mereka tahu mengenai status saya sekarang ini. Kalau boleh saya tidak mahu untuk memberikan sebarang komen mengenai isu ini akan tiba suatu hari nanti anda semua akan ketahuinya," ujarnya.

Baru-baru ini juga Wawa telah menyambut ulangtahun ke-2 perkahwinannya dan itu membuat dirinya begitu bahagia bersama-sama suami dan bayinya yang tercinta.

"Alhamdulillah saya bersyukur kerana dikurniakan suami yang penyayang & bertanggungjawab. Begitu juga dengan kelahiran anak saya ini yang akan memasuki 7 bulan pada bulan hadapan. Kehidupan kini lebih teratur dan sempurna selepas apa yang telah berlaku sebelum ini. Peminat-peminat juga banyak memberikan sokongan pada kami," katanya lagi. (rtky/hfz)

#64 Wawa Zainal Akui Kehidupan Kini Lebih Teratur Dan Sempurna - ROTIKAYA #53 Wawa Zainal Akui Kehidupan Kini Lebih Teratur Dan Sempurna - ROTIKAYA #54 Wawa Zainal Akui Kehidupan Kini Lebih Teratur Dan Sempurna - ROTIKAYA #57 Wawa Zainal Akui Kehidupan Kini Lebih Teratur Dan Sempurna - ROTIKAYA #58 Wawa Zainal Akui Kehidupan Kini Lebih Teratur Dan Sempurna - ROTIKAYA #59 Wawa Zainal Akui Kehidupan Kini Lebih Teratur Dan Sempurna - ROTIKAYA #61 Wawa Zainal Akui Kehidupan Kini Lebih Teratur Dan Sempurna - ROTIKAYA #62 Wawa Zainal Akui Kehidupan Kini Lebih Teratur Dan Sempurna - ROTIKAYA #55 Wawa Zainal Akui Kehidupan Kini Lebih Teratur Dan Sempurna - ROTIKAYA #60 Wawa Zainal Akui Kehidupan Kini Lebih Teratur Dan Sempurna - ROTIKAYA #56 Wawa Zainal Akui Kehidupan Kini Lebih Teratur Dan Sempurna - ROTIKAYA #63 Wawa Zainal Akui Kehidupan Kini Lebih Teratur Dan Sempurna - ROTIKAYA

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.512)

Posted: 02 Mar 2014 08:33 AM PST

VIDEO HARI INI: Masih berpegang kepada azam tahun baru anda untuk kurus dan fit seperti Sharifah Sakinah? Ini kami ada cadangan teknik senaman untuk dimasukkan dalam jadual gym anda, The Lilly Ann Workout. Heh.

Legenda Hollywood, Marilyn Monroe mempunyai hubungan sulit dengan John F. Kennedy dan juga Robert F. Kennedy & ketika ini aksi seksual mereka yang dirakamkan dalam bentuk video kini dalam proses untuk dijual kepada umum. What? – TMZ

Pengarah filem The Journey, Chiu Keng Guan mengakui tidak pernah menyangka filem itu kini menjadi filem terlaris dalam sejarah selepas berjaya mengutip lebih RM13.5 juta dan berhasrat untuk mengarah filem Melayu suatu hari nanti. – Astro Awani

Selepas lapan minggu merajai carta filem terlaris, The Lego Movie telah disingkirkan dari takhta oleh filem terbaru Liam Neeson berjudul Non Stop dengan mengutip US$10 juta pada tayangan har pertama Jumaat lalu. Tua tua berisi katanya. – EW

Beberapa bulan senyap dari sebarang kemaskini di Twitter, Amanda Bynes yang kini bergelar pelajar jurusan fesyen kembali aktif di sana dan telah memadam semua status beliau yang menimbulkan kontroversi sebelum ini. – People

Kumpulan 2NE1 & Girls’ Generation (SNSD) mengumumkan yang mereka akan kembali ke pentas persembahan dengan lagu baru (comeback) dalam edisi akan datang program muzik SBS Inkigayo. Peminat harus tunggu & tonton. – Soompi

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...