RotiKaya |
- Johan As’ari: Kontroversi Buat Saya Matang, Lebih Hargai Nilai Cinta
- Sam Bunkface Cuti Bersama Kekasih Baru?
- Hanez Suraya: Bakal Suami Kaya Adalah Satu Bonus, Yang Penting Hati Budi
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.518)
- Rozita Che Wan Sah Hamil
- FB Kami Sokong Liyana Manan — Hanez Suraya Pertimbangkan Tindakan Undang Undang
| Johan As’ari: Kontroversi Buat Saya Matang, Lebih Hargai Nilai Cinta Posted: 10 Mar 2014 05:25 PM PDT Malaysian Digest (11 Mac) — Selepas dilanda kontroversi dek hubungan cintanya dengan beberapa wanita sebelum ini, pelakon Johan As’ari mengakui dirinya semakin matang & lebih tahu bagaimana untuk menghargai cinta. Malah Johan menganggap kontroversi yang dilaluinya sebagai asam garam dalam kehidupan. “Kontroversi lalu tak beri kesan negatif pada saya. Tetapi lebih kepada kematangan sebagai manusia biasa. Apa yang saya lalui ini sama seperti manusia lain. Saya anggap ianya asam garam dalam kehidupan saya” ujar Johan As’ari. “Pengalaman lalu buat buat saya lebih berfikiran luas dan jauh. Dan saya semakin lebih tahu menghargai apa itu cinta. Pada saya, saya dah faham yang cinta tu adalah satu perkara yang baik dan suci. Bagi saya, kalau tanpa cinta saya bukan manusia yang baik” Sementara itu Johan juga menolak persepsi sesetengah pihak bahwa kini ramai wanita mula takut mahu mendekati dirinya. “Persepsi itu tidak benar. Saya masih punya berkawan dengan ramai kawan wanita melabekan dirinya sebagai kaki perempuan. Saya sendri tak ada perasaan serik dengan wanita” “Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Kalau saya mahu perempuan yang baik makan saya haru mempersiapkan diri dan menjadi seorang yang baik. Bila saya ke arah itu, jadi InsyaAllah saya akan dipertemukan dengan jodoh yang baik”, katanya yang turut memberitahu dia sudah bersedia untuk berkahwin namun menyerahkan soal jodoh kepada Allah. Mengenai perkembangan, Johan baru saja selesai menjalani penggambaran filem biografi berjudul Kanang Anak Langkau di bawah arahan Bade Hj. Azmi. Filem tersebut dijangka ditayangkan kepada umum pada bulan Ogos 2014 nanti. |
| Sam Bunkface Cuti Bersama Kekasih Baru? Posted: 10 Mar 2014 12:45 PM PDT Lama sangat rasanya kita semua tidak dengar kisah cinta rockstar bernama Sam Bunkface ini. Kali terakhir adalah sekitar 2011 apabila beliau dikatakan menubuhkan sebuah band baru semata mata hanya kecewa putus cinta. Sampai masanya untuk kisah cinta baru ya tidak? Baru baru ini kami ada menerima e-mail daripada seorang pembaca yang mendakwa beliau memiliki gambar Sam Bunkface bersama kekasih baru namun hubungan mereka masih belum diketahui ramai sehingga hari ini. Menariknya, gambar yang dikirimkan menunjukkan Sam Bunkface sedang berbahagia menikmati percutian di Pulau Tioman bersama kekasih barunya itu. Bukan perkara baru rasanya sekarang ini dalam dunia artis untuk bercuti dalam atau luar negara bersama sama walaupun masih dalam tempoh bercinta. Janji bahagia ya ‘dik. Berikut beberapa keping gambar percutian Sam Bunkface & kekasihnya untuk tatapan anda semua. Enjoice! |
| Hanez Suraya: Bakal Suami Kaya Adalah Satu Bonus, Yang Penting Hati Budi Posted: 10 Mar 2014 10:10 AM PDT Anda masih perlukan kisah Hanez Suraya bukan? Kami berikan lagi namun kali ini adalah sebahagian dari temubual pelakon ini bersama Utusan Malaysia yang diterbitkan hujung minggu lalu berkaitan hubungan cinta beliau dengan jejaka bernama Romie. BACA: Hanez Suraya Pertimbang Lapor Polis Tentang Akaun Facebook Sokong Liyana Manan Hanez Suraya yang sebelum ini pernah ada menyatakan hasrat untuk berkahwin dalam tahun ini nampaknya menyerahkan soal jodoh itu kepada perancangan Tuhan selepas apa yang terjadi namun pelakon itu tetap mengharapkan jodohnya dengan Romie. “Biarlah takdir yang menentukan hala tuju perancangan kami. Saya tidak mahu terburu-buru dalam perkara yang membabitkan masa depan. Saya juga sama sekali tidak akan mendesak Romie untuk segera berkahwin dengan saya. Saya pun masih tahu malu” Pelakon ini juga menolak sekeras kerasnya beliau terpikat dengan Romie kerana kekayaan jejaka itu dengan menyatakan hati budi dan kesediaan lelaki itu menerima diri beliau seadanya sebagai satu tarikan selain ketulusan cinta ketika menghadapi dugaan ketika ini. “Kalau dapat bakal suami orang kaya itu adalah bonus tapi apa yang penting adalah hati budi” Itu apa yang diungkapkan Hanez Suraya dan anda boleh membaca transkrip temubual penuh bersama Hanez Suraya di Utusan Malaysia. Enjoice! (rtky/m) |
| Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.518) Posted: 10 Mar 2014 09:33 AM PDT VIDEO HARI INI: Bakal hadir ke pawagam Malaysia sekitar April 2014 nanti, Marvel baru baru ini menguji kesabaran peminat Captain America dengan preview berdurasi empat minit untuk filem terbaru superhero itu, The Winter Soldier. Tunang kepada Justin Theroux dan juga pelakon popular, Jennifer Aniston mengakui yang beliau mengidamkan memiliki badan seperti model popular Gisele Bundchen selain membuka rahsia yang beliau masih akan makan snek yang telah jatuh ke lantai. Heh. – Us Weekly Pelakon yang kini bergelar isteri kepada Syamsul Yusof, Puteri Sarah Liyana mengesahkan yang beliau akan berhenti berlakon untuk menumpukan kepada tugasnya sebagai pegawai pemasaran di sebuah butik muslimah, Butik Eiliya. Bagus! – Malaysian Digest Seperti dijangka ramai filem terbaru lakonan Russell Crow berjudul Noah yang berkisar kisah bah besar di zaman Nabi Nuh telah diharamkan tayangan di beberapa negara Arab dan lebih banyak negara Islam akan menyusul. Malaysia? – Huff. Post Stesen televisyen SBS di Korea telah menamatkan penyiaran program realiti TV berjudul Jjak yang mengambil format The Bachelor selepas salah seorang pesertanya ditemui membunuh diri dipercayai tertekan sepanjang penggambaran. Tragis. – Chosun Filem sekuel terbaru 300: Rise of an Empire memonopoli carta tayangan filem di Hollywood sepanjang hujung minggu lalu dengan mengutip US$45 juta melalui tayangan di Amerika Syarikat dan US$87.8 juta dari pasaran seluruh dunia. – EW |
| Posted: 09 Mar 2014 11:45 PM PDT Berita gembira yang baru disampaikan dari Rozita Che Wan sendiri memalui laman instagram hari ini mengesahkan dia kini hamil. Melalui instagram, Che Ta memuat naik gambar pregnancy test yang jelas menunjukkan dua garisan yang mengesahkan dia hamil. BACA: Zain Saidin Bawa Rozita Che Wan Sambut Hari Lahir Di Krabi, Thailand Pasti Zain Saidin adalah yang paling gembira disaat menerima kehamilan isteri tercinta. Sebelum ini Zain ada memaklumkan kepada media tanda-tanda isterinya mungkin hamil. Pastinya Che Ta sangat teruja dengan kehamilan ini setelah belasan tahun tidak hamil. Apa-apa pun jutaan tahniah dari kami di sini dan semoga Rozita Che Wan dan kandungan berada dalam keadaan baik dan sihat sepanjang masa. (rtky/bsr) |
| FB Kami Sokong Liyana Manan — Hanez Suraya Pertimbangkan Tindakan Undang Undang Posted: 09 Mar 2014 05:58 PM PDT Kalau anda mengikuti perkembangan kontroversi Hanez Suraya ini, pastinya anda sudah tahu akan kewujudan sebuah akaun Facebook yang mendedikasikan usaha dan sokongan mereka kepada isteri R atau Romie, Liyana Manan. BACA: Hanez Suraya Mahu Selesai Secara Baik, Tak Hasrat Untuk Ambil Tindakan Akaun Facebook dengan nama Kami Sokong Liyana Manan itu sehingga hari ini telah meraih sokongan lebih 116,000 orang di laman sosial itu dan nampaknya angka itu masih meningkat naik dari masa ke semasa — anda sudah like? Heh. Lebih menarik, akaun Facebook tersebut juga menjadi medan untuk penyokong Liyana Manan berkongsikan gambar dan bukti hubungan Hanez Suraya bersama Romie yang sudah berlangsung sekian lama termasuk gambar percutian mereka bersama. Hanez Suraya yang ditemui Berita Harian berkata yang beliau enggan menyesakkan mindanya dengan memikirkan soal akaun Facebook berkenaan selain penat memberikan kenyataan tentang kontroversi ini namun sempat meninggalkan satu amaran. “Jika perbuataan pihak terbabit sampai mengancam keselamatan dan membahayakan diri, saya akan membuat laporan polis,” kata Hanez Suraya yang turut memaklumkan sebahagian gambar yang dimuat naik tiada kena mengena dengan isu ketika ini. “Saya memang tidak akan berdiam diri kalau tindakan mereka melampau, sampai memalukan diri dan keluarga saya. Semua orang boleh berkata apa saja yang mereka inginkan sebab mereka tidak tahu kebenarannya,” tambah Hanez Suraya lagi. (rtky/m) |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |








































No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.