RotiKaya

RotiKaya


Pertarungan Epik ’300: Rise of an Empire’ Khamis Ini!

Posted: 01 Mar 2014 02:57 PM PST

Filem epik 300: Rise of an Empire bakal menemui kita semua penonton di Malaysia bermula 6 Mac 2014 ini dan untuk memberikan lebih gambaran tentang aksi yang bakal disajikan, Warner Bros. hidangkan kita terlebih dahulu dengan enam klip filem terbaru.

Sullivan Stapleton dan Eva Green merupakan tunjang utama untuk filem sekuel kepada 300 yang menampilkan Gerard Butler. Mengambil susur masa yang sama dengan filem pertama, penonton bakal dibawa untuk menyaksikan pertarungan epik di Aegean Sea di mana Artemisia (lakonan Eva Green) mengepalai tentera laut Parsi (Persian Navy) menentang kaum Greek yang diketuai Themystokles (lakonan Sullivan Stapleton).

300: RISE OF AN EMPIRE

Rodrigo Santoro dalam filem ini sekali lagi membawa watak God King, namun kali ini kita semua akan tahu asal usul beliau terima kasih kepada Artemisia.

Filem ini juga membariskan watak sokongan yang kuat termasuklah Lena Headey (Game of Thrones), David Wenham (The Lord of the Rings), Hans Matheson (Clash of the Titans) dan juga bintang yang semakin menyinar Jack O'Connell.

Sekali lagi, 300: Rise of an Empire akan ke pawagam seluruh negara bermula 6 Mac 2014 (Khamis) ini dan ianya akan menampilkan elemen filem termasuk gaya pertarungan yang sama dengan filem pertama. Saksikan preview menerusi video video di bawah.

Liyana Manan: Hanez Suraya Rampas Suami Saya

Posted: 01 Mar 2014 02:37 PM PST

Sejak hubungan Hanez Suraya dan jejaka bernama R didedahkan kepada umum baru baru ini, pelbagai spekulasi dan khabar angin yang kedengaran namun kenyataan banyak datang dari mereka yang rapat dengan pasangan ini.

Menerusi Berita Harian hari ini, isteri kepada R telah tampil ke hadapan untuk memberikan kenyataan dari pihaknya berhubung status rumah tangga mereka sekaligus menjelaskan kesan kehadiran Hanez Suraya dalam hubungan mereka.

“Saya nak tanya, bila masa saya sah diceraikan? Mana surat cerai? Kena Hanez begitu berani membuat kenyataan sedangkan kami belum bercerai. Kenyataan Hanez bagaikan mencabar saya, seolah olah saya tunggul kayu — sedangkan saya masih isteri R yang sah”

BACA: Hanez Suraya Enggan Aibkan Sesiapa, Mahu Tunggu Isu Reda Sendiri

“Saya tidak pernah terfikir untuk menganggu Hanez apatah lagi menyerangnya — bagaimanapun saya tidak mampu menahan sabar apabila dia memuat naik gambar bersama anak anak saya dalam laman Instagram”

DC7A4891-458B-4073-8844-79BAADBBE979

“Apa tujuannya, mahu menyakitkan hati saya? Tak cukup rampas dan hancurkan rumahtangga saya, nak tambah lagi penderitaan saya? Cukup cukuplah maruah saya disiat siat!” ujar isteri R atau nama sebenarnya Nurliyana Abd Manan.

Akui Rumah Tangga Bermasalah

“Saya akui rumah tangga saya dan suami bermasalah tapi apa yang dapat saya katakan konflik rumah tangga kami kian kusut dan huru hara apabila Hanez hadir dalam hidup suami saya”

“Mereka sudah menjalinkan hubungan sejak lapan bulan lalu — sedangkan rumah tangga kami berantakan baru sahaja enam bulan. Bermakna, rumah tangga kami lintang pukang sejak Hanez menjalinkan hubungan dengan suami saya,” tambahnya lagi.

Dalam temubual sama, wanita ini juga menunjukkan beberapa keping foto percutian suaminya bersama Hanez Suraya ke Bangkok, Thailand untuk meraikan ulangtahun kelahiran jejaka itu sebagai bukti hubungan mereka yang terjalin.

“Apa perasaan anda jika berada di tempat saya? Sebagai wanita, ibu dan isteri saya diperlakukan seperti patung bernyawa! Mungkin ini hari saya, esok lusa mungkin giliran anda pula — tolong hormat perasaan saya selagi saya bergelar isteri R,” pesannya kepada Hanez Suraya.

#85 Kekasih Hanez Suraya Bergelar Suami Orang, Bakal Isteri Kedua? - ROTIKAYA copy #86 Kekasih Hanez Suraya Bergelar Suami Orang, Bakal Isteri Kedua? - ROTIKAYA copy #87 Kekasih Hanez Suraya Bergelar Suami Orang, Bakal Isteri Kedua? - ROTIKAYA copy #88 Kekasih Hanez Suraya Bergelar Suami Orang, Bakal Isteri Kedua? - ROTIKAYA copy #89 Kekasih Hanez Suraya Bergelar Suami Orang, Bakal Isteri Kedua? - ROTIKAYA copy #79 Kekasih Hanez Suraya Bergelar Suami Orang, Bakal Isteri Kedua? - ROTIKAYA #80 Kekasih Hanez Suraya Bergelar Suami Orang, Bakal Isteri Kedua? - ROTIKAYA #83 Kekasih Hanez Suraya Bergelar Suami Orang, Bakal Isteri Kedua? - ROTIKAYA #84 Kekasih Hanez Suraya Bergelar Suami Orang, Bakal Isteri Kedua? - ROTIKAYA

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...