RotiKaya |
- Filem Minggu Ini — The Lego Movie, Iklan Terbaik Sepanjang Zaman?
- Emma Maembong Tidak Nafi Ada Berkunjung Ke Rumah Zizan Razak
- Lana Nordin Akui Kini Sedang Bercinta, Bukan Dengan Bekas Kekasih Adira
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.498)
Filem Minggu Ini — The Lego Movie, Iklan Terbaik Sepanjang Zaman? Posted: 09 Feb 2014 04:37 PM PST The LEGO Movie (2014) ialah sebuah filem animasi aksi komedi gabungan teknik 'stop-motion' dari permainan LEGO yang sebenar dan teknik imej janaan komputer (CGI) yang diarahkan oleh Phil Lord dan Chris Miller yang terkenal dengan arahan filem animasi Cloudy with a Chance of Meatballs (2009). Ceritanya bermula dengan babak Lord Business (Will Ferrell) yang berjaya merampas senjata berbahaya yang dinamakan 'Kragle' dari ahli sihir Vitruvius (Morgan Freeman) untuk menakluk dan mampu memusnahkan seluruh dunia LEGO. Namun begitu, Vitruvius meramalkan bahawa pada suatu hari nanti seseorang yang istimewa digelar 'Master Builder' akan menemui 'Piece of Resistance' iaitu alat yang mampu menewaskan senjata 'Kragle'. Filem ini melompat 8 setengah tahun kemudian, dimana pengenalan watak Emmet Brickowski (Chris Pratt) yang sangat bersifat 'skema' mengikut rutin dan peraturan hidup sehariannya. Walaupun Emmet seorang yang lurus bendul dan sangat baik hati kepada semua orang dan benda, tetapi dia tidak dihiraukan oleh rakan sekerja dan orang sekelilingnya. Dalam ertikata lain Emmet ialah seorang yang sangat biasa, tiada apa-apa keistimewaan dan hanya di pandang sebelah mata sahaja. Kisahnya mula berkembang apabila Emmet terintai watak Wyldstyle (Elizabeth Banks) sedang mencari sesuatu dalam runtuhan di lokasi bangunan tempat Emmet bekerja sebagai pekerja binaan. Tanpa diduga, Emmet terperosok ke dalam lubang runtuhan itu lalu menemui sesuatu yang bercahaya. Setelah menyentuh alat itu, Emmet jatuh pengsan! Setelah tersedar, Emmet mendapati alat berbentuk kotak berwarna merah itu telah terlekat di belakangnya dan dia sedang ditahan di sebuah balai polis. Dia disoal siasat oleh Bad Cop/Good Cop (Liam Neeson) mengenai kotak itu tetapi Emmet memang tidak tahu-menahu apa-apa mengenainya. Lord Business mengesyaki bahawa Emmet ialah orang yang pernah diramalkan oleh Vitruvius untuk mengalahkannya dan kotak merah itu ialah 'Piece of Resistance'. Untuk melenyapkan kegusaran Lord Business, maka Bad Cop/Good Cop ambil keputusan mengarahkan pasukannya Super Secret Police untuk membunuh Emmet. Di saat genting itulah, Wyldstyle datang menyelamatkan Emmet melalui sekuen babak-babak pertempuran sengit dan aksi kejar-mengejar yang hebat! Ok! Anda sudah teruja membaca sedikit permulaan babak-babak dalam ulasan ini? Maka anda harus ke pawagam untuk menyaksikan sendiri untuk mengetahui kesudahan cerita ini sekarang! The LEGO Movie pandai menyumbatkan watak-watak adiwira yang terkenal seperti Batman (Will Arnett), Superman (Channing Tatum), Green Lantern (Jonah Hill), Wonder Woman (Cobie Smulders) dan lain-lain. Malahan filem ini juga menambah watak-watak baru yang diperkenalkan untuk set LEGO di samping watak-watak utamanya seperti Uni-Kitty (Alison Brie) dan Benny, a.k.a. 1980-Something Space Guy (Charlie Day). Saya pasti ia akan menjadi kegilaan kanak-kanak dan orang dewasa berjiwa keanakan untuk membeli set LEGO 2014. Pasti! Filem ini bagus dari beberapa sudut pembikinan yang teliti. Walaupun jalan ceritanya seiras gabungan asas naratif filem-filem 'the one' watak Neo dalam The Matrix (1999) dan Frodo Baggins dalam siri filem The Lord of the Rings (2001-2003) tetapi watak Emmet Brickowski dalam filem ini lebih santai dan ringan kerana ia dibikin dari pengembangan cerita permainan kanak-kanak. Dari sudut pemilihan suara latar watak-wataknya pula, produksi The LEGO Movie pandai memilih barisan pelakon yang ternama untuk kesesuaian perwatakannya. Menonton filem animasi sebegini, mata anda akan sentiasa teruja dengan kualiti warna-warni yang dipaparkan di skrin wayang. Maksud saya, bersesuaian dengan permainan LEGO yang sudah sedia maklum mempunyai spektrum warna cerah dan garang, filem ini juga kaya dengan pemaparan visual-visual aksi yang sentiasa terang dan berwarna-warni. Untuk kepuasan penontonan maksima, anda disarankan menontonnya dalam versi 3D. The LEGO Movie dari judulnya sahaja sudah jelas terang lagi bersuluh bahawa ia sebuah filem yang secara nyata dan jelas menjual jenama LEGO sebagai 'product placement' yang maha mega besar-besaran. Pembikinannya memang melibatkan 'construction set' dari LEGO yang sedia ada di pasaran. Dengan penerbitan filem ini, sudah tentu ia ialah iklan terhebat untuk melonjakkan penjualan permainan video dan kekotak jenama LEGO dari semua watak-watak dan setiap set terbaru dalam sekuen babak yang ditampilkan. Namun begitu, melalui sentuhan perfileman Hollywood dan teknologi moden pembikinan filem terkini, ia masih mampu berdiri sebagai sebuah filem animasi yang baik. AWAS ADA SPOILER: Pemasaran filem ini melalui trailer dan poster berjaya menyimpan plot dan babak yang paling penting dalam penceritaannya. Anda akan teruja apabila babak menuju ke penghujung filem ini akan memaparkan siapakah sebenarnya 'pencerita' dan dari manakah watak-watak dalam filem ini terbentuk? Anda juga akan mengetahui siapakah Lord Business di alam nyata. Konsep penceritaannya seperti filem animasi Toy Story (1995), Monsters, Inc. (2001) dan Wreck-It Ralph (2012) dimana ia diceritakan dalam bentuk 'cerita dalam cerita' yang diberikan aksi kepada watak-watak rekaan permainan kanak-kanak. Untuk filem ini, semua sekuen cerita yang disaksikan oleh penonton ialah sebenarnya imaginasi dalam pemikiran seorang kanak-kanak yang bernama Finn (Jadon Sand) yang berumur mungkin 8 tahun. Sebab itulah perjalanan plot filem ini begitu dinamik dan berkembang dengan kreativiti yang begitu meluas ideanya tidak dapat dijangka dan kadangkala kelihatan janggal. Contohnya, bentuk watak ketua lanun Metal Beard (Nick Offerman) begitu bersepah-sepah tetapi unik. Namun anda wajar menontonnya dengan hati terbuka untuk berhibur seperti bermain set LEGO itu sendiri. KESIMPULANThe LEGO Movie (2014) bermula dari imaginasi seorang kanak-kanak iaitu Finn mengenai tudung gam berjenama Krazy Glue yang hilang, lantas ia menjadi sebuah pengembaraan oleh watak Emmet yang sangat hebat! Setelah tamat menontonnya barulah anda faham apakah makna 'Kragle'. Filem ini wajar saya berikan 5 BIJI ROTIKAYA. |
Emma Maembong Tidak Nafi Ada Berkunjung Ke Rumah Zizan Razak Posted: 09 Feb 2014 04:19 PM PST Jika sebelum ini Emma Maembong dikata cuba melarikan diri dari pihak media berhubung kes bersekedudukan dengan Zizan Razak, dia ditemui pada malam Sabtu lalu di Anugerah MeleTOP Era menjelaskan keadaan sebenar. "Saya tak lari dari media. Saya tak kemana-mana. Selepas diragut di Bukit Bintang haritu, saya baru je ambil number lama saya. Bila kena ragut, saya terus kena fly, balik tu terus sambung shooting, takde masa. Bila ada masa ni baru uruskan semua benda” Bercakap perihal surat yang diterima dari salah seorang jiran Zizan, Emma mengaku memang sering ke rumah Zizan tetapi mereka tidak berdua-duaan di rumah kerana Zizan tinggal bersama abang dan PA’nya. Malah tambah Emma, jika ada sebarang majlis yang perlu untuk mereka datang bersama, Emma mengaku memang singgah ke rumah Zizan untuk bergerak sekali. "Mungkin mereka nampak Emma masuk kat dalam tapi tak tahu siapa ada di dalam. Padahal ibu bapa Zizan ada. Macam mana mereka boleh tahu dalam rumah ada berapa orang? Emma tak marah, mungkin orang ramai sebenarnya nak tahu apa status kami. Saya mengaku saya rapat dengan Zizan. Cuma sekarang ni kalau ada jodoh, InsyaAllah” "Nak kata saya kerap ke rumah dia tidaklah. If ada event sama-sama, then saya akan ke rumah bergerak sekali and jumpa dengan mak dia jugak. Tapi kalau tiada apa kena mengena, saya tak ke rumah Zizan. Sebab mak Zizan jarang-jarang ada di KL” Akui Terkilan, Ayah Marah Bila Dengar Gossip Emma akui terkilan & sedih dengan gossip yang bertebaran mengenai dirinya dan Zizan. Belum reda gossip dia dan Zizan bercumbuan, terbit pula gossip mereka bersekedudukan. Namun jelas Emma, keluarga lebih kenal dirinya berbanding orang luar. Malah ayah Emma cuma tergelak bila membaca gossip anaknya bersama Zizan. "Semestinya ayah saya marah. Tapi lepas itu dia balik tergelak bila baca gossip tu kat Facebook. Sebab ayah tau kalau Emma pergi rumah Zizan mesti ditemani PA. keluarga Emma tak banyak tanya pun sebab mereka kenal Emma” Segala gossip yang melanda tidak langsung mematahkan dirinya. Dari sebelum bergelar artis sehingga menjadi artis terlalu banyak gosip yang diterima. "Walau siapa pun kita, kemana sekalipun kita pergi, orang takkan berhenti bercakap tentang kita. Saya tak marah. Tu dah memang jadi lumrah. Cuma kalau boleh hentikanlah buat cerita yang tak elok yang boleh jatuhkan maruah orang tapi saya sentiasa reda. Apa yang penting pada saya, keluarga dan orang terdekat dengan saya percayakan saya,” tambahnya. (rtky/bsh) ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Lana Nordin Akui Kini Sedang Bercinta, Bukan Dengan Bekas Kekasih Adira Posted: 09 Feb 2014 09:56 AM PST Sebelum ini ada ura-ura yang mengatakan bahawa Lana Nordin bercinta dengan seorang jejaka yang bergelar doktor namun ketika ditemui di Anugerah MeleTOP Era, Lana menafikan khabar angin tersebut dan menjelaskan bahawa jejaka itu bukanlah seorang yang bergelar doktor. “Dia bukanlah seorang doktor dan tidak ada kena mengena dengan bidang perubatan. Selain itu dia juga bukanlah seorang yang berpangkat. Hanyalah insan biasa yang ingin mengenali antara satu sama lain,” ujar Lana Nordin tentang kekasih barunya. BACA: Temui Pengganti, Lana Nordin Kini Bercinta Dengan Doktor? Lana juga turut digosipkan dengan bekas kekasih Adira dan juga menjelaskan bahawa dia tidak mengenali langsung lelaki itu dan terkejut apabila gosip itu timbul. “Saya tak kenal langsung dengan bekas teman lelaki Adira. Lagi pun saya tak pernah jumpa atau melihat wajahnya dan tiba-tiba dikaitkan memang saya terkejut. Dengar kata orangnya berkulit cerah tetapi maaflah saya sebenarnya lebih berminat kepada lelaki yang berkulit sawo matang,” jelasnya sambil berseloroh. Dia kini bahagia dengan seseorang jejaka yang katanya telah menambat hatinya & berharap agar perhubungan itu berjalan dengan lancar setelah apa yang dihadapinya sebelum ini. Rancang Untuk Berkahwin, Bakal Kerjakan Umrah “Sebelum ini ada beberapa orang jejaka yang saya kenali dan saya rasa yang seorang ini, lain daripada yang lain dan saya selesa dengannya. Saya berharap perhubungan ini dapat berjalan dengan lancar dan kalau tiada masalah saya ingin berkahwin kerana umur saya pun dah 35 tahun sudah layak rasanya untuk saya mendirikan rumah tangga. Bercinta selepas kahwin pasti rasanya lebih bahagia & harap akan kekal untuk selamanya,” katanya. Sementara itu, Lana juga akan mengerjakan umrah pada Mac ini, dan berharap pemergiannya ke sana memberikannya satu nikmat dan hidayah. “Saya akan pergi pada hujung bulan ini dan masih menunggu visa. Ada sedikit persediaan yang telah saya buat dan berharap ianya berjalan lancar apabila saya berda di Kota suci itu. “Saya juga akan berdoa dan membuat solat sunat istikharah agar dipermudahkan rezeki dan dikurniakan suami yang baik-baik, Insha-Allah,” ujarnya mengakhiri perbualan. (rtky/hfz) ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.498) Posted: 09 Feb 2014 08:27 AM PST VIDEO HARI INI: Kalau anda mengalami monday blues hari ini, sila main Flappy Bird (kalau anda sempat muat turun) dan lagu ciptaan Jonathan Mann memang kena dengan perasaan sesiapa yang pernah main. Heh. Nampaknya dunia perlukan hero baru selepas Will Smith mengambil keputusan tidak akan kembali memegang watak utama untuk filem sekuel Independence Day yang berjaya mengutip US$817 juta pada tahun 1996. Aaron Aziz boleh ganti? – Daily Mail Sebagai sokongan kepada status Monday Couple mereka, Kang Gary telah muncul sebagai watak sampingan dalam drama TV terbaru berjudul Emergency Couple yang dibintangi Song Ji Hyo dalam episod terbaru. – Soompi [VIDEO] Filem yang sedang hangat ditayangakn di pawagam, The Lego Movie berjaya mengutip US$17.1 juta pada tayangan Jumaat lalu di Amerika Syarikat, jauh lebih tinggi dari jangkaan ramai dan turut dijangka menjadi filem terlaris sepanjang hujung minggu. – EW Walaupun membawakan watak yang memang ketagih dengan penggunaan dadah terlarang dalam The Wolf of Wall Street, Leonardo DiCaprio yang mengakui tidak pernah menyentuh dadah walaupun diuji dalam kehidup Hollywood. – US Magazine Berjaya memenangi tempat pertama dalam persaingan Maharaja Lawak Mega 2013 tidak bermakna yang Rahim akan terus menyertai kumpulan Sepahtu kerana menganggap gabungan mereka hanya satu projek khas. Alaaaa. – GUA |
You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.