RotiKaya

RotiKaya


Ada Tanda Tanda Hamil, Black Bawa Isteri Ke Hospital

Posted: 06 Feb 2014 10:26 AM PST

Mengikut laporan media tentang hasrat pasangan ini untuk segera menimang anak, tidaklah salah rasanya jika Black merasa teruja jika ada walau sedikit tanda tanda yang isterinya hamil.

Baru baru ini, Black bercerita yang beliau ada membawa Naquia Yasirah ke hospital untuk pemeriksaan doktor selepas isterinya itu sudah beberapa minggu tidak datang haid namun doktor tidak dapat memberikan kata putus bahawa ianya disebabkan kehamilan.

“Doktor beritahu mungkin terlalu awal untuk mengesahkan perkara itu dan dia menyuruh isteri saya membuat pemeriksaan sekali lagi sebulan dari sekarang”

"Kami memang sangat teruja untuk menunggu keputusan ini kerana kami sama-sama sukakan kanak-kanak. Malah ketika mengerjakan Umrah baru-baru ini pun kami sudah berdoa agar dikurniakan cahaya mata segera," ujar Black.

Penyanyi popular ini turut berkata yang beliau tidak kisah berapa orang cahaya mata yang bakal dikurniakan kepada dia dan isterinya kerana baginya itu adalah pemberian dan kurniaan dari Tuhan. Jangan risau Black, ada rezeki pastinya ada. (rtky/hfz)

#07 Ada Tanda Tanda Hamil, Black Bawa Isteri Ke Hospital - ROTIKAYA #05 Ada Tanda Tanda Hamil, Black Bawa Isteri Ke Hospital - ROTIKAYA #08 Ada Tanda Tanda Hamil, Black Bawa Isteri Ke Hospital - ROTIKAYA #09 Ada Tanda Tanda Hamil, Black Bawa Isteri Ke Hospital - ROTIKAYA #06 Ada Tanda Tanda Hamil, Black Bawa Isteri Ke Hospital - ROTIKAYA #04 Ada Tanda Tanda Hamil, Black Bawa Isteri Ke Hospital - ROTIKAYA

Zizan Razak Bersekedudukan Dengan Emma Maembong?

Posted: 06 Feb 2014 09:47 AM PST

Baru sahaja rasanya habis khabar angin yang mengatakan Zizan Razak & Emma Maembong sakan bercumbuan dalam penerbangan ke Amerika Syarikat beberapa minggu lalu, timbul pula khabar angin baru yang kurang enak.

Murai awal hari ini menyiarkan e-mail peminat yang mendakwa ada seorang pengacara lelaki bersekedudukan dengan seorang artis wanita jelita. Ekoran daripada laporan itu, ramai yang mula berandaian & percaya pasangan terbabit adalah Zizan Razak & Emma Maembong.

pengacara bersekedudukan dengan artis wanita jelita

Zizan Razak yang dihubungi portal GUA pula melahirkan rasa hairan bagaimana khabar angin ini boleh dikaitkan dengan dirinya serta tidak tahu komen bagaimana harus diberikan.

"Saya tidak tahu macam mana cerita ini boleh timbul sedangkan gosip yang mendakwa saya bercumbu dengan Emma di atas kapal terbang masih baru lagi”

"Saya tidaklah terkilan, cuma saya enggan ambil tahu. Saya cuma tidak tahu macam mana mahu komen. Selepas ini saya mahu komen mengenai perihal kerjaya seni saya sahaja," ujarnya.

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.497)

Posted: 06 Feb 2014 08:41 AM PST

VIDEO HARI INI: Anak anak kita 20 tahun akan datang, kalau ada. Kalau. Slightly NSFW.

Wakil kepada Selena Gomez mengeluarkan kenyataan yang penyanyi itu sebenarnya secara sukarela memasuki pusat pemulihan untuk menenangkan fikiran bukan kerana salah guna dadah seperti laporan awal banyak media. – Just Jared

Penerbit Jo Hyo Jin mendedahkan kepada media baru baru ini yang program Running Man bakal menjalani penggambaran di Australia atas jemputan badan pelancongan di sana sekitar Februari ini & kini dalam perancangan terakhir. – Soompi

Bintang filem The Monuments Men, Cate Blanchett telah membatalkan penampilan beliau dalam sebuah program temubual untuk promosi filem tersebut kerana masih berkabung dengan pemergian rakan baiknya, Philip Seymour Hoffman. – EW

Penyampai radio Hot FM Kelate, Fizie telah diumumkan sebagai pengganti Faizal Ismail dalam slot Hot FM Am Krew radio berkenaan yang akan berkuatkuasa 10 Februari ini. – Utusan Malaysia

Kedua dua penyanyi sensasi, Shakira dan Rihanna menjadi sasaran ahli politik dan penggiat kemanusiaan Amerika Syarikat kerana memaparkan elemen lesbian dalam video muzik terbaru mereka, Can’t Remember To Forget You. – NY Daily News

Syamsul Yusof & Puteri Sarah Bakal Bernikah 8 Mac Ini

Posted: 05 Feb 2014 09:34 PM PST

Jika sebelum ini laporan mengatakan yang pasangan ini bakal bernikah sekitar bulan Februari, ibu kepada Syamsul Yusof sendiri hari ini tampil memberikan maklumat lanjut tentang hari bahagia anak lelakinya itu.

Syamsul Yusof bakal menikahi Puteri Sarah Liyana dalam satu majlis yang akan berlangsung di Masjid Sri Damansara pada 8 Mac 2014 ini sekitar jam 10.00 pagi.

BACA: Keluarga Syamsul Yusof Risik Puteri Sarah Liyana, Bakal Nikah

Datin Patimah Ismail yang bercakap kepada mStar Online turut berkata yang satu majlis resepsi serentak untuk Syamsul & seorang lagi anak lelaki mereka, Syafiq akan dijalankan Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur pada 18 April.

“Insya-Allah pihak kami akan mengadakan majlis resepsi itu serentak secara sederhana dengan kehadiran semua kaum keluarga, rakan-rakan & teman media pada majlis sambut menantu”

“Selain itu, kami juga merancang untuk mengadakan satu majlis kecil di rumah atas permintaan anak-anak selepas acara di Dewan Felda,” ujarnya.

Manakala majlis resepsi pihak perempuan akan diadakan pada sebelah malam hari yang sama berlangsungnya pernikahan di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam bertemakan Islamic Arabian Night. Tahniah buat keluarga kedua dua pasangan ini. (rtky/m)

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...