RotiKaya

RotiKaya


Isteri Ashraf Muslim Perjelas Isu Tayang Perut Di Instagram

Posted: 04 Feb 2014 09:20 AM PST

Sepanjang hari semalam, heboh para peminat dunia hiburan akan beberapa keping gambar yang dikongsikan isteri kedua Ashraf Muslim, Wan Sakinah yang menunjukkan perut yang sedang hamil atau baby bump di akaun Instagram beliau.

Tindakan Wan Sakinah itu mengundang pelbagai reaksi dari orang ramai dan tidak terlepas reaksi negatif yang mengatakan wanita itu sengaja menayangkan gambar perut yang seksi tanpa memikirkan kesannya kepada suami & keluarga.

Dalam status terbaru di Instagram beliau, Wan Sakinah menjelaskan yang bukan niat hatinya untuk menunjuk nunjuk atau kongsikan imej seksi namun hanya mahu berkongsi rasa teruja kerana hamil dan meminta maaf kepada semua yang tidak senang dengan tindakan beliau.

“Salam untuk sahabat, stalkers & haters. Maaf pasal gambar yangg menayangkn gambar perut saya itu. Terlalu excited tengok perut boyot, itu yang pi upload tu. Bukannya nak show off bagai. Tau, orang lain pun pregnant juga. Tapi sebelum ini, pantang naik perut sikitt pi gym la, jog la. Sit up la. Tapi now rasa lain, bila tau pregnant je, dok tunggu bila perut nak besaq”

“Lagipun orang dok kata perut saya kecik. Tapi bila hampir 7 bulan ni tiba tiba dia besaq! Tengok dalam gambar lagi nampak besaq! Tu yang saya pi upload tu. Tak rasa seksi pun, cuma excited tang perut. Tiada niat nak sakitkn hati sesiapa”

“Saya mengaku saya salah. Selain minta ampun kat Allah, minta maaf pada suami, saya juga minta maaf pada anda semua. Saya juga maafkan anda yang tak penat dok maki hamun. Tak payah la cari kat padang Masyar. Jenuh, ramai orang,” tulis Wan Sakinah. (rtky/m)

#01 Isteri Ashraf Muslim Perjelas Isu Tayang Perut Di Instagram - ROTIKAYA #02 Isteri Ashraf Muslim Perjelas Isu Tayang Perut Di Instagram - ROTIKAYA #03 Isteri Ashraf Muslim Perjelas Isu Tayang Perut Di Instagram - ROTIKAYA #04 Isteri Ashraf Muslim Perjelas Isu Tayang Perut Di Instagram - ROTIKAYA #05 Isteri Ashraf Muslim Perjelas Isu Tayang Perut Di Instagram - ROTIKAYA #06 Isteri Ashraf Muslim Perjelas Isu Tayang Perut Di Instagram - ROTIKAYA

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.495)

Posted: 04 Feb 2014 08:58 AM PST

VIDEO HARI INI: Jika semalam kita ada trailer untuk filem terbaru Spider-Man, hari ini mari tonton satu lagi trailer terbaru filem superhero dan kali ini dari geng The Avengers — Captain America: The Winter Soldier. Di pawagam April 2014. Can’t wait!

Pengacara bersama program The View, Barbara Walters mempertahankan Woody Allen daripada dakwaan mencabul anak angkatnya dengan mengatakan rakan baiknya itu seorang ayah yang penyayang dan prihatin terhadap keluarga. – USA Today

Bintang Korea yang akan turun ke Kuala Lumpur Mac ini, Rain dikhabarkan akan melancarkan lagu terbaru yang dikatakan sebagai dedikasi kepada kekasihnya, Kim Tae Hee. Awww. – Soompi

Pasaran filem kedua terbesar dunia, China mencatatkan jualan tiket paling tinggi dalam satu hari sebanyak US$41 juta pada hari pertama tahun baru Cina baru baru ini yang didorong kuat oleh tayangan filem 3D, The Monkey King. – THR

Pelakon Cristina Suzanne meluahkan rasa terkejut dan pelik dengan sebuah laporan akhbar yang mengatakan ada seorang pelakon lelaki tempatan yang kurang senang dengan kehadiran dirinya dalam industri hiburan tempatan. – mStar Online

Selepas terlibat dengan siri skandal dadah dan penahanan polis, Justin Bieber berhadapan pula dengan tindakan keras kastam Amerika Syarikat yang menggeledah kapal terbang beliau selain menahan penyanyi itu selama beberapa jam sebelum dibenarkan masuk. – TMZ

Misha Omar Sahkan Bakal Bernikah Mei Ini

Posted: 03 Feb 2014 11:37 PM PST

Dalam satu sidang media yang diadakan di Bandar Utama petang tadi, Misha Omar yang hadir bersama tunangnya Firos Ezzwan Rosly mengumumkan yang mereka bakal bernikah pada Mei 2014 nanti.

Misha Omar menjelaskan yang mereka memilih bulan Mei kerana ingin mendapatkan keberkatan bulan Rejab yang kebetulan jatuh pada bulan kelima dalam kalendar Masihi itu.

Laporan mStar Online menyebut bahawa Misha Omar mengambil keputusan untuk menjalankan majlis pernikahan & resepsi secara serentak di Kota Bahru, Kelantan dalam suasana penuh sederhana.

Developing…

#66 Misha Omar pilih Mei tarikh pernikahan dengan juruterbang - ROTIKAYA #67 Misha Omar pilih Mei tarikh pernikahan dengan juruterbang - ROTIKAYA #68 Misha Omar pilih Mei tarikh pernikahan dengan juruterbang - ROTIKAYA #69 Misha Omar pilih Mei tarikh pernikahan dengan juruterbang - ROTIKAYA #70 Misha Omar pilih Mei tarikh pernikahan dengan juruterbang - ROTIKAYA #71 Misha Omar pilih Mei tarikh pernikahan dengan juruterbang - ROTIKAYA #72 Misha Omar pilih Mei tarikh pernikahan dengan juruterbang - ROTIKAYA #73 Misha Omar pilih Mei tarikh pernikahan dengan juruterbang - ROTIKAYA #74 Misha Omar pilih Mei tarikh pernikahan dengan juruterbang - ROTIKAYA #75 Misha Omar pilih Mei tarikh pernikahan dengan juruterbang - ROTIKAYA #76 Misha Omar pilih Mei tarikh pernikahan dengan juruterbang - ROTIKAYA #77 Misha Omar pilih Mei tarikh pernikahan dengan juruterbang - ROTIKAYA #78 Misha Omar pilih Mei tarikh pernikahan dengan juruterbang - ROTIKAYA #79 Misha Omar pilih Mei tarikh pernikahan dengan juruterbang - ROTIKAYA #80 Misha Omar pilih Mei tarikh pernikahan dengan juruterbang - ROTIKAYA #81 Misha Omar pilih Mei tarikh pernikahan dengan juruterbang - ROTIKAYA #82 Misha Omar pilih Mei tarikh pernikahan dengan juruterbang - ROTIKAYA #83 Misha Omar pilih Mei tarikh pernikahan dengan juruterbang - ROTIKAYA #84 Misha Omar pilih Mei tarikh pernikahan dengan juruterbang - ROTIKAYA #85 Misha Omar pilih Mei tarikh pernikahan dengan juruterbang - ROTIKAYA #86 Misha Omar pilih Mei tarikh pernikahan dengan juruterbang - ROTIKAYA

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...