RotiKaya |
- Dynas Mokhtar Sah Bercerai?
- Awal Ashaari: Rasa Macam Berkahwin Dengan Orang Lain Sejak Scha Hamil
- Sharnaaz Ahmad: Minta Maaf Atau Berdepan Saman Maksimum
- Tempah Baju Di Butik Pengantin — Ana Dahlia Bakal Kahwin Tidak Lama Lagi?
- Sumber: Kekasih Hanez Suraya Belum Bercerai, Hanya Tidak Tinggal Sebumbung
- Filem Minggu Ini: Sejoli
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.509)
- Nur Fathia Nafi Buat Perangai Ketika Di London
Posted: 25 Feb 2014 06:01 PM PST Ada khabar angin kembali bertebaran mengatakan pelakon dan pengacara, Dynas Mokhtar telah sah bercerai sekitar jam 3.00 petang pada 25 Februari 2014 bersamaan hari semalam. Namun menurut sumber kami yang memeriksa di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, tiada rekod tuntutan penceraian melibatkan Dynas Mokhtar atau nama sebenarnya Wan Intan Edrinaz Datuk Wan Mokhtar dan suami, Mohd Hafizi Mohd Hafiz. BACA: Dynas Mokhtar Nafi Rumahtangga Goyah, Khabar Angin Mengarut Dalam masa yang sama, Dynas Mokhtar sehingga saat ini gagal dihubungi untuk mendapatkan kenyataan tentang gosip yang menjadi bualan para peminat dan media ini. Dynas Mokhtar & Mohd Hafizi berkahwin pada Mac 2008 yang lalu dan dikurniakan dua orang cahayamata sepanjang usia perkahwinan. (rtky/m) ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Awal Ashaari: Rasa Macam Berkahwin Dengan Orang Lain Sejak Scha Hamil Posted: 25 Feb 2014 05:23 PM PST Malaysian Digest (25 Feb) – Sama seperti kebanyakan suami lain, pelakon dan pengacara Awal Ashaari mengakui terdapat perubahan ketara yang berlaku kepada isterinya, Scha Al-Yahya sejak aktres itu disahkan hamil. “I lost my wife! Rasa macam kahwin dengan orang lain (gelak)”, itu reaksi pertama Awal Ashaari saat diminta berkongsi mengenai perasaannya bakal bergelar bapa, tidak lama lagi. Kembali menyambung perbualan, kata Awal Ashaari, dalam pada dia seronok untuk menantikan kelahiran cahaya mata sulungnya, dia juga berasa pelik dan adakalanya lucu apabila melihat perubahan sikap isterinya itu. “Dia jadi orang lain. Karakter dia bertukar. Kalau dulu dia seorang yang agresif, sekarang ni dia menjadi lebih feminin. Dia jadi lemah lembut dan penyabar. Saya perasan dia beli bantal bunga-bunga. Tak pernah-pernah pakai kasut warna merah jambu, dia beli kasut warna merah jambu” “Saya rasa pelik dengan perubahan karakter dia itu (tahan gelak). Tapi itu mungkin perubahan hormon, kan. Dia ada juga mengidam nak makan macam-macam dan setakat ni saya mampu turutkan. Kalau sebelum ni dia suka makan otak-otak dan nasi lemak, sekarang dia tak makan dah. Kalau dulu dia tak minum air soya, sekarang dia minum,” kongsi Awal serba sedikit mengenai kerenah isteri kesayangannya itu. Menurutnya lagi, mereka berdua belum membuat imbasan bagi mengetahui jantina bakal cahaya mata mereka itu. Bahkan dari segi persiapan juga masih belum dibuat. “Sekarang ni kandungan Scha hampir mencecah lima bulan. Sebenarnya masa usia kandungan 14 minggu, dia ada buat imbasan tapi ketika tu tak nampak lagi jantina anak kami. Sejak tu Scha tak buat apa-apa scan, tapi kami berdua terima apa saja pemberian Allah, tak kira sama ada bayi lelaki atau perempuan” “Dari segi persiapan, Scha tak nak beli barang awal-awal. Dia cakap tunggu dulu bila dah masuk tujuh atau lapan bulan nanti baru dia nak buat persiapan untuk menyambut kelahiran anak kami”, tambah hos program Melodi ini. Awal Ashaari juga memaklumkan yang Scha al-Yahya mahu berpantang di rumah ibunya yang terletak di Mount Kiara, selepas melahirkan nanti. ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Sharnaaz Ahmad: Minta Maaf Atau Berdepan Saman Maksimum Posted: 25 Feb 2014 04:31 PM PST Keras amaran atau kata dua yang diberikan Sharnaaz Ahmad kepada pasangan suami isteri, Lisdawati & Fauzi Nawawi selepas mereka tampil mengadu di media berkaitan ‘serangan’ dan ugutan yang dilakukan jejaka itu. BACA: Sharnaaz Ahmad Nafi Dakwaan, Tidak Bodoh Mahu Serang Wanita Hamil Bercakap kepada Harian Metro hari ini, Sharnaaz Ahmad berkata beliau memberikan tempoh seminggu kepada Fauzi Nawawi dan isterinya untuk meminta maaf secara terbuka atau bakal berhadapan dengan tindakan undang undang. “Saya bagi masa seminggu kepada Poji (Fauzi) dan Lisdawati untuk minta maaf secara terbuka. Mereka juga kena minta maaf pada mak bapa saya atas apa yang sudah berlaku” “Mereka sudah membuat cerita dan memburukkan keadaan, sedangkan benda ini boleh diselesaikan dengan baik. Bila orang panggil kita anjing kurap dan membabitkan mak bapa dalam kes ini, tahap kesabaran saya pun ada batasnya” "Kalau mereka tak minta maaf dan terus memalukan saya, tunggu saja saman (daripada) saya semaksimum mungkin," ujar Sharnaaz Ahmad tegas. (rtky/m) ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Tempah Baju Di Butik Pengantin — Ana Dahlia Bakal Kahwin Tidak Lama Lagi? Posted: 25 Feb 2014 11:52 AM PST Pereka fesyen pengantin, Ezuwan Ismail baru baru ini ada berkongsi sekeping gambar melalui Instagram beliau menunjukkan Ana Dahlia dan pasangan hadir ke butik beliau. Melalui gambar tersebut, pereka fesyen itu menulis yang mereka sudah selesai berbincang dan berterima kasih kepada Ana Dahlia dan pasangannya kerana memilih beliau (sebagai pereka baju pengantin, kami anggap). Kalau benar seperti yang kami sangkakan, Ana Dahlia yang juga pernah bergelar isteri kepada Chef Riz ini nampaknya bakal mendirikan rumahtangga buat kali ketiga (ada yang kata ini adalah kali keempat) dengan jejaka berusia 23 tahun ini. Sehingga saat ini, masih belum ada kenyataan rasmi dari mulut Ana Dahlia dan kami pasti pelakon ini akan berkongsi kisah gembira ini tidak lama lagi. Tahniah kami dahulukan, jangan lupa jemput kami kelak. #takmalu (rtky/m) ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Sumber: Kekasih Hanez Suraya Belum Bercerai, Hanya Tidak Tinggal Sebumbung Posted: 25 Feb 2014 10:04 AM PST Semalam, Hanez Suraya memberikan kenyataan melalui Harian Metro mengatakan yang jejaka bergelar kekasihnya kini merupakan duda anak dua dan bukannya suami orang seperti didakwa sesetengah pihak sebelum ini. BACA: Hanez Suraya Dakwa Kekasih Sudah Bercerai, Bukan Lagi Suami Orang Namun, kami menerima beberapa e-mail dari mereka yang berkawan rapat dengan isteri kepada jejaka tersebut menafikan dakwaan Hanez Suraya tersebut selain berkata pelakon itu telah mengeluarkan kenyataan berbaur penipuan. Sumber kami memberitahu yang jejaka bernama R itu masih bergelar suami kepada isterinya namun mereka sudah tidak tinggal sebumbung sejak hari raya Aidilfitri yang lalu selepas satu perselisihan faham antara mereka. Sumber turut menyatakan yang isterinya itu kini sedang makan hati dengan Hanez Suraya selepas kenyataan yang dikeluarkan selain mendakwa R kini lebih berpihak kepada pelakon itu walaupun mereka masih suami isteri. Sumber lain pula ada memberitahu kami yang Hanez Suraya & R bukan sahaja keluar bersama namun sudah pun keluar bercuti ke luar negara bersama sebelum ini walaupun dinafikan pelakon itu ketika ditanya oleh wartawan Melodi. Esok Hanez Suraya akan mengadakan satu sidang media khas untuk menjawab persoalan ini dan kami berharap beliau boleh memberikan kenyataan yang telus tentang hal ini. Kita tunggu sahaja apa kata Hanez Suraya selepas ini. (rtky/m) ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Posted: 25 Feb 2014 09:38 AM PST Sejoli: Misi Cantas Cinta (2014) ialah sebuah filem arahan Osman Ali yang sangat popular dengan arahan filem adaptasi novel melodrama Ombak Rindu (2011), filem seram Puaka Tebing Biru (2007) serta filem-filem drama berat; Bukak Api (2000), Anak Halal (2007) dan Jiwa Taiko (2012). Sejoli ialah filem ke-2 bergenre komedi romantik arahan Osman selepas filem Cun (2011). Filem ini dibuka dengan sebuah babak 'thriller' yang gelap apabila watak Joe (Bront Palarae) hendak menembak kekasihnya, Nita (Izara Aishah) yang sedang bercumbuan dengan Hardy (Remy Ishak) dalam sebuah kereta. Walaupun ia hanya sekuen mimpi, permulaan itu jelas membayangkan bahawa Joe sedang berang kepada Nita kerana curang. Seterusnya filem ini mengikuti Joe ke Phuket, Thailand untuk menenangkan fikiran yang kusut. Joe dipertembungkan dengan Gina (Maya Karin) yang 'kebetulan' juga rupa-rupanya ialah bekas tunang Hardy. Ok, ini ialah filem ringan komedi romantik. Saya tidak wajar mempertikaikan 'kebetulan' itu. Babak pertemuan havoc di antara Joe dan Gina di stesyen bas menbuakkan ledakan plot mula yang menjolok perhatian saya untuk mengetahui ke mana hala tuju penceritaan Sejoli yang agak boleh dijangka itu, tetapi pasti membuahkan babak-babak 'pasangan janggal yang sebenarnya serasi'. Joe menggelar Gina sebagai 'katak rempit' manakala Gina menggelar Joe sebagai 'mamat kura-kura'. Benar, sekuen demi sekuen balas-membalas menyakat di antara Joe dan Gina di latar Phuket yang indah itu, akhirnya menemui ruang neutral berdamai apabila kedua-duanya menyedari bahawa mereka menjadi 'mangsa' bekas kekasih dan tunang. Lantas, Joe dan Gina bersetuju pulang ke Kuala Lumpur untuk bersatu dalam satu plan untuk meretakkan cinta Hardy dan Nita supaya pasangan mereka kembali ke pangkuan masing-masing. Misinya ialah cuba sedaya-upaya untuk menggagalkan majlis perkahwinan Hardy dan Nita yang bakal berlangsung lagi 39 hari. Untuk sesebuah filem komedi romantik sebegini, watak utama perlukan watak 'sidekick'. Di Kuala Lumpur, Joe mempunyai bengkel pembetulan dan basuh kereta yang dibantu oleh kawannya, Tompi (Azad Jasmin). Manakala Gina bekerja sebagai jurufoto majlis perkahwinan yang dibantu oleh Lola (Dira Abu Zahar) seorang perancang majlis perkahwinan. Setelah semuanya bergabung, Joe, Gina, Tompi dan Lola lantas bermulalah 'misi cantas cinta' atau plan mensabotaj yang berasaskan 3 kategori iaitu self confident, understanding dan trust. Penceritaan besar filem ini memaparkan kronologi usaha mereka dan konflik sama ada ketiga-tiga plan dan aksinya berjaya atau tidak untuk menggagalkan perkahwinan Hardy dan Nita? Ini yang anda perlu saksikan di pawagam sekarang! Secara peribadi, setelah habis penontonan filem Sejoli: Misi Cantas Cinta saya berasa bercampur-baur penerimaannya. Filem ini elok dari segi asas cerita, lakonan dan kerja produksi. Dari sudut komersial, filem ini ada semua rencah hiburan kisah cinta ringan dan santai yang sesuai untuk dihidangkan kepada penonton. Faktor utama yang menarik penontonan ialah lakonan Bront, Maya, Remy, Izara, Azad dan Dira yang berbakat besar sudah tentu mudah untuk menjiwai watak-watak ringan komedi romantik sebegini. Ini ialah filem bertih jagung yang rangup sedap untuk pasangan yang sedang bercinta dan tontonan untuk seisi keluarga yang mahukan gelak-ketawa dari sebuah filem tempatan. Pasangan utama kisah cinta Sejoli iaitu Bront dan Maya seolah magnet yang menolak dan menarik di sepanjang penceritaan. Misi mereka tidak 'se-ekstrem' seperti filem Addicted to Love (1997) tetapi permulaan seperti French Kiss (1997) dan keterdesakan untuk menggagalkan majlis perkahwinan seperti My Best Friend’s Wedding (1997). Ada beberapa momen yang mencuri perhatian saya iaitu babak Joe dan Gina 'membuang' tanda kenangan bekas kekasih masing-masing di pantai Phuket, sewaktu Gina menemui Joe di bengkel untuk memberitahu bahawa dia dan Hardy akan berkahwin dan babak Joe dengan Gina bergurau atas kereta bergelar 'Baby Misha' sehingga tergolek atas rumput. So sweet! Beberapa plot filem ini mungkin agak mengejutkan kerana misi utama Joe dan Gina yang hendak 'meruntuhkan masjid' iaitu majlis pernikahan Hardy dan Nita dimana sesebuah perkahwinan ialah sesuatu yang suci. Bukan sekali ia berlaku, tetapi 2 kali majlis pernikahan yang digagalkan menjadi babak-babak taruhan utama pembikinannya. Namun begitu, saya cuba memahami dan menerima momen sebegitu kerana ia terpaksa dilakukan oleh Joe dan Gina sebagai langkah drastik terakhir untuk merebut semula milik masing-masing. Beberapa babak yang janggal iaitu penyamaran Gina dan Joe yang tidak begitu meyakinkan jika difikirkan semula. Kalau saya ialah Hardy atau Nita sudah tentu 'mengenali' siapakah Joe dan Gina? Latar sebab-musabab kenapa Hardy dan Nita boleh jatuh cinta lantas mahu berkahwin dan sanggup meninggalkan kekasih masing-masing cuma disumbat untuk menjadi 'punca' konflik dan sekaligus mencetuskan pertemuan Joe dan Gina tanpa penjelasan yang memuaskan. Filem ini sebahagian besarnya hanya mengetengahkan kisah ketidakserasian Joe dan Gina di awal cerita yang sebenarnya ialah proses perkenalan yang merapatkan lagi hubungan lalu menyedari bahawa mereka adalah 'sejoli' di akhir cerita. Memang itu fokus utama sebagai plot tunjang yang menggerakkan cerita. Penceritaannya kadangkala terasa terlalu pantas melompat-lompat sedangkan misi itu ialah 39 hari? Filem Sejoli ini menggandingkan semula barisan pelakon yang membesar namanya di bawah arahan Osman Ali sewaktu dalam filem Anak Halal iaitu Maya, Bront dan Remy. Ketiga-tiga pelakon sudah masak dan tahu apa kehendak Osman sebagai pengarah di lokasi. Keserasian itu membolehkan filem Sejoli dibikin dengan hampir sempurna. Sungguh pun Izara, Dira dan Azad kali pertama ditangani oleh Osman namun tidak menjadi masalah untuk digabungkan bersama. Pesona Izara jelas menyerlah bahawa dia antara pelakon wanita terkini yang mampu diperah bakat dan emosinya untuk filem yang lebih mencabar. Dira membuktikan dia mampu berkomedi manakala Azad menyambung perwatakan mulut celupar yang lucu seperti filem-filem komedinya sebelum ini. Osman Ali mengadun rupa dan set Sejoli seperti filem-filem arahannya terdahulu dengan membina ruang yang khusus untuk perwatakan Joe. Bengkel kereta itu ialah lokasi selesa diri Joe yang dihias khas seperti juga atas bumbung flat watak Putera dalam Anak Halal dan rumah kumpulan Firman dalam Jiwa Taiko. Sekali lagi dalam Sejoli, Osman mengangkat kisah watak-watak yang dilihat sebagai 'biasa' tetapi lebih bahagia iaitu perwatakan pengendali bengkel kereta dan jurufoto berbanding golongan korporat dan model. Sejujurnya, filem Sejoli ini ialah yang paling ringan dari buah tangan Osman Ali berbanding filem-filem arahannya yang lain. KESIMPULANSejoli Misi Cantas Cinta sesuai dengan judulnya memang kisah cinta. Tontonlah ia untuk hiburan. Tontonlah ia untuk sedikit rujukan bahawa cinta yang dikejar mungkin tak dapat, cinta yang dikendong jangan berciciran. Kadangkala cinta ada di depan mata! Saya tidak kisah untuk berikan 3 BIJI ROTIKAYA. |
Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.509) Posted: 25 Feb 2014 08:21 AM PST VIDEO HARI INI: Pihak polis di Dubai menggunakan kereta mewah & berkuasa besar bukan perkara baru tetapi video ini menunjukkan secara lengkap barisan kereta yang menjadi pilihan polis mewah di sana. Jom jadi polis Dubai weh! Penyanyi popular Robin Thicke dan isterinya, Paula Patton dikhabarkan kini telah sah berpisah selepas lapan tahun berkahwin menurut laporan media di Hollywood dan mereka mengambil keputusan untuk terus berkawan baik selepas ini. – Just Jared Dalam tempoh satu jam sahaja dilancarkan, lagu terbaru kumpulan Girls’ Generation (SNSD) berjudul Mr.Mr telah berjaya menduduki tempat teratas di tujuh carta muzik Korea dan kini sedang menguasi kebanyakan carta muzik luar negara. – Soompi Model ini boleh dikatakan telah berjaya menempa nama dalam dunia peragaan dan Alessandra Ambrosio kini menceburkan diri dalam dunia rekaan fesyen dengan melancarkan jenama ále by Alessandra baru baru yang beliau merupakan model pertama. – Daily Mail Penyanyi malar segar, Jamal Abdillah mendedahkan dalam temubual bersama media yang beliau pernah menerima surat cinta dari seorang peminat misteri ketika berusia 12 tahun, lengkap dengan sebentuk cincin. Woooo! – GUA Pelakon yang mual dikenali melalui filem Avatar, Sam Worthington telah ditahan pihak polis baru baru ini selepas beliau didakwa mengasari seorang jurugambar yang terlebih dahulu mengasari rakan wanita beliau. Padan muka kena tumbuk, sebenarnya. – CNN |
Nur Fathia Nafi Buat Perangai Ketika Di London Posted: 24 Feb 2014 07:31 PM PST Hujung minggu lalu menerusi laporan Berita Harian, Nur Fathia khabarnya telah menunjukkan sikap kurang disenangi semua krew produksi drama Ariana Rose selepas kerap hadir lambat ke lokasi selain tidak menghafal skrip. Laporan itu juga ada menyebut yang kelewatan & kegagalan Nur Fathia untuk menghafal ketika penggambaran episod akhir di London telah menyebabkan pasangan dalam drama tersebut, Keith Foo terpaksa menahan kesejukan akibat penggambaran berulang. Bercakap kepada Kosmo! hari ini, Nur Fathia menafikan semua dakwaan tersebut dengan berkata wujud perselisihan faham tentang jadual penggambaran kerana mereka semua duduk bilik berasingan selama lapan hari di sana. “Dakwaan saya tidak berdisiplin dan buat hal di set penggambaran tidak tepat. Saya juga tidak pernah tidak menghafal skrip. Sebaliknya untuk memberikan yang terbaik, selalunya saya akan melakukan latihan dua tiga kali,” jelas Nur Fathia. “Malah, ada juga berlaku salah faham berkenaan jadual penggambaran kerana kami tidak tinggal sebilik. Tiada istilah saya lambat sampai membiarkan Keith Foo kesejukan” “Mengikut kontrak sepanjang di sana saya dibenarkan berehat selama tiga hari, tapi kebanyakan masa rehat ditarik balik untuk melunaskan penggambaran” “Sehingga tiba hari terakhir, saya terpaksa bertegas untuk meluangkan masa bersama adik perempuan saya sebelum menghantarnya pulang ke Dublin. Lagipun, penggambaran untuk promosi drama Ariana Rose sudah dibuat pada malam sebelumnya,” tambahnya lagi. ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.