RotiKaya

RotiKaya


Hanez Suraya: Kekasih Saya Duda Anak Dua

Posted: 24 Feb 2014 04:54 PM PST

Siapa antara anda yang sudah menduga jawapan tersebut keluar dari mulut Hanez Suraya, sila angkat tangan. Heh, cliché dan selebriti Malaysia berpisah tiada. Ini kenyataan terbaru pelakon ini kepada Harian Metro.

“Saya berkawan dengan R selepas dia bergelar duda dan bukan suami orang. Kenapa bekas isterinya memfitnah saya macam macam selepas saya dedahkan untuk berkahwin baru baru ini?” jelas Hanez Suraya yang juga menafikan lari dari media.

BACA: Tunggu Isu Reda, Hanez Suraya Enggan Aibkan Sesiapa

“Kalau betul saya rosakkan perkahwinan orang, kenapa keluarga lelaki memberi restu dan dia (R) sendiri yang melamar saya? Dakwaan saya menghasut lelaki itu untuk menceraikan isterinya tidak betul sama sekali,” tambahnya lagi.

Hanez Suraya juga berkata yang beliau akan mengadakan sebuah sidang media khas pada Khamis ini untuk menjelaskan perkara sebenar sekali gus mahu membersihkan namanya dari kontroversi ini. Bawa kekasih sekali boleh? (rtky/m)

#79 Kekasih Hanez Suraya Bergelar Suami Orang, Bakal Isteri Kedua? - ROTIKAYA #80 Kekasih Hanez Suraya Bergelar Suami Orang, Bakal Isteri Kedua? - ROTIKAYA #81 Kekasih Hanez Suraya Bergelar Suami Orang, Bakal Isteri Kedua? - ROTIKAYA #82 Kekasih Hanez Suraya Bergelar Suami Orang, Bakal Isteri Kedua? - ROTIKAYA #83 Kekasih Hanez Suraya Bergelar Suami Orang, Bakal Isteri Kedua? - ROTIKAYA #84 Kekasih Hanez Suraya Bergelar Suami Orang, Bakal Isteri Kedua? - ROTIKAYA

Sharnaaz Ahmad: Saya Bukan Bodoh Nak Serang Wanita Hamil

Posted: 24 Feb 2014 04:36 PM PST

Sehingga saat ini, ramai masih belum tahu apa punca sebenar yang menyebabkan terjadinya pertelingkahan antara pasangan suami isteri, Lisdawati & Fauzi Nawawi dan juga Sharnaaz Ahmad ketika ini.

Semalam, pasangan suami isteri itu mendakwa telah membuat laporan polis ekoran menerima SMS berbaur ugutan dari Sharnaaz Ahmad selain Lisdawati sendiri mendakwa diserang di lokasi penggambaran baru baru ini.

BACA: Lisdawati Dakwa Diserang & Diugut Sharnaaz Ahmad, Buat Laporan Polis

Bercakap kepada portal Murai, Sharnaaz Ahmad berkata semua yang dikatakan oleh pasangan tersebut hanya fitnah belaka dan beliau tidak bodoh untuk bertindak menyerang seorang wanita hamil kerana ibunya juga seorang wanita.

"Saya tak bodoh nak serang atau pukul wanita hamil walaupun dalam keadaan marah kerana ibu saya juga seorang wanita Lisdawati nampaknya telah memfitnah saya. Saya tidak menyerangnya di lokasi. Tapi saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai ini”

Menurut Sharnaaz Ahmad lagi, apa yang diceritakan oleh Lisdawati dan suaminya itu hanyalah luaran sahaja dan tidak mempunyai isi sebenar selain tidak akan dapat selesaikan masalah jika membawa perkara ini ke pihak media.

"Sudah beberapa kali saya minta berjumpa dengan saya untuk menyelesaikan hal ini. Mengapa mereka perlu gunakan media? Berdepanlah dengan saya jika mereka benar," tambah hero drama bersiri Bukan Aku Tak Cinta ini. (rtky/m)

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.508)

Posted: 24 Feb 2014 08:23 AM PST

VIDEO HARI INI: Realiti pendidikan di Amerika Syarikat ketika ini, dan tidak salah kalau kami katakan di Malaysia juga. Bekerja selepas belajar untuk membayar hutang ketika belajar. In b4, pandai pinjam pandai bayarlah, bro.

Filem kisah cinta berjudul The Journey yang masih ditayangkan di pawagam ketika ini berjaya meraih kutipan tiket berjumlah RM12.92 juta menjadikan ianya sebagai filem tempatan yang terlaris dalam sejarah Malaysia. – Astro Awani

Masih ingat dengan siri TV berjudul Chuck yang berakhir sekitar 2012 yang lalu? Dalam satu temubual terbaru, pereka siri tersebut Josh Schwartz berkata yang ada kemungkinan ianya akan kembali ke kaca televisyen. Aww yeah! – EW

Khabar angin bertebaran mengatakan kumpulan One Direction bakal berpecah selepas salah seorang anggotanya, Liam Payne berkata mereka tidak berjumpa satu sama lain sejak berbulan lamanya. Ada pula media yang melaporkan sebaliknya, apa cerita? – TMZ

Nampaknya memang langkah yang bijak memberikan slot Tonight Show kepada Jimmy Fallon apabila program larut malam itu berjaya mencatat jumlah tontonan tertinggi dalam tempoh 20 tahun walaupun baru seminggu mengambil alih. *clap clap* – THR

Ahli kumpulan CNBLUE, Jung Yong Hwa menjadi antara selebriti Korea paling kerap muncul dalam program variasi Running Man selepas muncul buat kali kesepuluh baru baru ini dan telah digelar sebagai ahli ke-8. – Soompi

Hanez Suraya: Saya Tak Mahu Aibkan Sesiapa

Posted: 23 Feb 2014 06:46 PM PST

Selepas pendedahan tentang status kekasih Hanez Suraya yang didakwa sebagai suami orang, pastinya pelakon ini kini menjadi buruan media untuk mendapatkan penjelasan lanjut lebih lebih selepas banyak gambar mula tersebar.

BACA: Kekasih Hanez Suraya Bergelar Suami Orang, Bakal Isteri Kedua?

Rakan media di OHBULAN! memaparkan beberapa keping gambar lagi menunjukkan seorang jejaka yang didakwa sebagai kekasih Hanez Suraya bersama isteri dan anak anak mereka. Banyak persoalan yang perlu dijawab aktress popular ini.

Menerusi aplikasi Whatsapp hari ini, Hanez Suraya memaklumkan kepada kami yang beliau tidak mahu memberikan apa apa kenyataan sekarang ini dan mahu membiarkan isu yang melanda ketika ini reda dengan sendirinya.

“Buat masa sekarang Hanez tak nak jawab apa apa lagi. Hanez tak nak mengaibkan sesiapa. Sekiranya perkara ini semakin teruk sehingga boleh memburukkan nama dan karier Hanez, baru Hanez sendiri akan berdepan. Sekarang ini, biar isu ini reda dulu,” ujarnya.

Well, mahu fokus setajam mana pun pada karier lambat laun Hanez Suraya perlu berhadapan juga dengan para peminat dan juga media yang ingin tahu perkara sebenar ‘kan?

#79 Kekasih Hanez Suraya Bergelar Suami Orang, Bakal Isteri Kedua? - ROTIKAYA #80 Kekasih Hanez Suraya Bergelar Suami Orang, Bakal Isteri Kedua? - ROTIKAYA #81 Kekasih Hanez Suraya Bergelar Suami Orang, Bakal Isteri Kedua? - ROTIKAYA #82 Kekasih Hanez Suraya Bergelar Suami Orang, Bakal Isteri Kedua? - ROTIKAYA #83 Kekasih Hanez Suraya Bergelar Suami Orang, Bakal Isteri Kedua? - ROTIKAYA #84 Kekasih Hanez Suraya Bergelar Suami Orang, Bakal Isteri Kedua? - ROTIKAYA

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...