RotiKaya

RotiKaya


Adi Putra Buka Agensi Umrah, Tidak Akan Tinggal Lakonan

Posted: 18 Feb 2014 04:58 PM PST

Sejak tamat kontroversi tidak lama dahulu, pelakon ini agak senyap dari dunia hiburan atau kami sahaja yang tidak berikan perhatian? Adi Putra dalam senyap senyap telah menubuhkan sebuah syarikat menguruskan pakej umrah.

Bercakap kepada Utusan Malaysia semalam, Hadid Travel & Tours ditubuhkan untuk beliau memberi peluang kepada dirinya menceburkan diri dalam dunia perniagaan selepas selama ini memberikan fokus kepada dunia hiburan dan lakonan.

“Bila kita ceburi bidang baharu, semua perkara kita perlu belajar. Bila wujudkan Hadid Travel & Tours saya tahu bidang ini tidak ada kena mengena dengan dunia lakonan yang sudah saya lalui selama 13 tahun,” ujar Adi Putra.

“Kumpulan pertama yang diuruskan saya akan berlepas ke Tanah Suci Mekah pada 13 Mac ini. Saya juga akan ke sana tetapi bukanlah sebagai ustaz pengiring, tetapi sekadar menguruskan segala urusan sahaja. Kami akan sediakan ustaz yang lebih arif untuk membantu mereka”

Mempunyai nama besar dalam dunia hiburan, Adi Putra bagaimana pun nafikan yang beliau menggunakan namanya sebagai pengaruh untuk melariskan pakej umrah syarikatnya namun tidak menolak untuk turut serta ke Mekah setiap bulan.

Dan apabila sibuk dengan dunia perniagaan sekarang, pastinya para peminat ingin tahu sama ada Adi Putra akan meninggalkan dunia lakonan yang banyak menaikkan namanya selama ini.

“Saya tidak akan tinggalkan dunia lakonan, soalnya semua masih sama”

“Saya anggap ini permulaan baharu dan saya tidak perlu tinggalkan apa-apa. Sebelum ini juga saya akan fokus untuk semua kerja yang saya lakukan, sama juga untuk perniagaan ini,” tambah pelakon ini lagi. (rtky/eka)

Ada Lelaki Hantar Pinangan — Norish Karman Belum Terfikir Cari Pengganti

Posted: 18 Feb 2014 04:09 PM PST

Sudah menjadi lumrah apabila seseorang yang cantik dikejar ramai dan tidak terkecuali juga dengan Norish Karman yang menjadi salah seorang yang sentiasa dikejar oleh ramai lelaki yang mahu menjadikan dirinya teman hidup.

“Ada yang datang mengurat dan ada itu yang membawa ibubapa mereka untuk meminang saya dan macam-macam lagi. Buat masa sekarang saya masih tidak mahu memikirkan soal jodoh dan perkahwinan kerana saya perlu fokus dengan perniagaan dan juga karier saya ini”

“Sekiranya saya hendak berkahwin atau apa sahaja saya mahu berdikari terlebih dahulu saya perlu untuk mencari rezeki dan harta supaya bakal suami saya tidak perlu untuk menanggung mereka dengan erti kata lain tidak perlu untuk dia dibebani dengan anak-anak saya”

“Biarlah anak-anak menjadi keutamaan saya dahulu. Kadang-kadang kalau saya di rumah anak-anak saya akan bertanyakan seperti tak keluar dating ke mama? Mereka sangat sporting dan tidak kisah untuk saya berkawan dengan sesiapa pun,” ujarnya sambil berseloroh.

Dia turut memberitahu bahawa hubungannya bersama bekas suaminya yang kedua tidak begitu baik kerana sehingga sekarang dia masih tidak membenarkan anak bongsunya bersama bekas suaminya yang kedua itu berjumpa.

“Saya tidak membenarkan mereka berjumpa kerana datuknya pernah berpesan supaya anak itu tidak dibenarkan berjumpa dengan bapanya itu,” ujar Norish Karman. (rtky/hfz)

#07  Tolak Pinangan, Norish Karman Belum Terfikir Cari Pengganti - ROTIKAYA #03  Tolak Pinangan, Norish Karman Belum Terfikir Cari Pengganti - ROTIKAYA #06  Tolak Pinangan, Norish Karman Belum Terfikir Cari Pengganti - ROTIKAYA #05  Tolak Pinangan, Norish Karman Belum Terfikir Cari Pengganti - ROTIKAYA #04  Tolak Pinangan, Norish Karman Belum Terfikir Cari Pengganti - ROTIKAYA #02  Tolak Pinangan, Norish Karman Belum Terfikir Cari Pengganti - ROTIKAYA

Erra Fazira Bercerai — Engku Emran Dapat Hak Jaga Anak, Engku Aleesya

Posted: 18 Feb 2014 09:37 AM PST

Berita yang menjadi perhatian ramai dalam tempoh 24 jam yang lepas pastinya penceraian Erra Fazira & suaminya, Engku Emran yang sebelum ini sering di’landa spekulasi berkaitan situasi rumahtangga mereka yang dikatakan bermasalah.

BACA: Erra Fazira, Engku Emran Sah Bercerai Talak Satu

Hakim Syarie, Mohammad Adib Husain mengesahkan lafaz dibuat Engku Emran itu selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk berpisah secara baik.

Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam juga memutuskan hak penjagaan anak, Engku Aleesya diberikan kepada Engku Emran dan hak bermalam serta lawatan bersama diberikan kepada Erra Fazira apabila kedua-dua pihak bersetuju mengenainya.

“Mahkamah turut meluluskan permohonan plaintif (Erra Fazira) untuk tidak membuat sebarang tuntutan nafkah edah dan mutaah,” ujar Hakim Syarie, Mohammad Adib Husin.

Sinar Harian juga melaporkan yang pasangan ini mengaku sudah tidak tinggal sebumbung sejak setahun enam bulan yang lalu dan Erra Fazira yang ditemui media berharap tiada lagi persoalan tentang mereka selepas ini.

“Segala spekulasi telah terjawab. Saya mohon jangan tanya lagi. Ia (kerjaya) menjadi fokus utama saya kini,” ujar Erra Fazira selepas prosiding selesai. (rtky/m)

#86  Engku Emran Dapat Hak Jaga Anak, Engku Aleesya - ROTIKAYA #85  Engku Emran Dapat Hak Jaga Anak, Engku Aleesya - ROTIKAYA #84  Engku Emran Dapat Hak Jaga Anak, Engku Aleesya - ROTIKAYA #83  Engku Emran Dapat Hak Jaga Anak, Engku Aleesya - ROTIKAYA #82  Engku Emran Dapat Hak Jaga Anak, Engku Aleesya - ROTIKAYA #81  Engku Emran Dapat Hak Jaga Anak, Engku Aleesya - ROTIKAYA #80  Engku Emran Dapat Hak Jaga Anak, Engku Aleesya - ROTIKAYA #79  Engku Emran Dapat Hak Jaga Anak, Engku Aleesya - ROTIKAYA #78  Engku Emran Dapat Hak Jaga Anak, Engku Aleesya - ROTIKAYA

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.505)

Posted: 18 Feb 2014 08:33 AM PST

VIDEO HARI INI: Kamera hadapan (dash cam) kereta di Rusia sering kita lihat merakam kejadian brutal dan ngeri — ini sisi positif dan penuh kemanusiaan yang berjaya dirakamkan oleh mereka di sana. Faith in humanity restored.

Pelakon popular & bintang hip hop era 90′an, Will Smith menjadi tetamu selebriti pertama ke episod sulung The Tonight Show with Jimmy Fallon & bersama hos popular itu tampil untuk video parodi (?) Evolution of Hip-Hop Dancing. Ball! – Just Jared

Beberapa sumber terdekat dengan Katy Perry & John Mayer menafikan yang mereka berdua sudah bertunang selepas timbul khabar angin apabila ada mata melihat pasangan ini meninggalkan sebuah hotel bersama pada hari Valentine lalu. – US Magazine

Tiga ahli kumpulan Super Junior, Shindong, Eunhyuk & Sungmin akan menyampaikan sebuah syarahan secara bersama tentang impak dunia hiburan k-pop kepada dunia di National Assembly of Korea pada 20 Februari ini. – Soompi

Selepas teraju utamanya Chiweetel Ejiofor memenangi Best Actor di malam anugerah BAFTA, filem 12 Years a Slave telah disebut sebut sebagai calon terbaru untuk membawa pulang gelaran filem terbaik di anugerah Oscar pula nanti. – Mirror UK

Bekas isteri kepada pengacara Jimmy Shanley, Nur Suhaila memberitahu mahkamah bahawa bekas suaminya itu tidak mampu menjaga anak dengan baik & anak masih kecil dijadikan alasan hak bermalam tidak sesuai diberikan kepada bekas suaminya itu. – Sinar Harian

Forteen Anjurkan Konsert KITA 20FORTEEN Untuk Hargai Sokongan Peminat

Posted: 18 Feb 2014 12:58 AM PST

Genap tiga tahun berada dalam industri hiburan dan berjaya menempa nama tersendiri dalam dunia muzik tanah air, Forteen yang dianggotai 4 jejaka berbakat besar Izzue, Ariz, One & Ameer kini tampil dengan sebuah konsert penghargaan buat para peminat.

Forteen mula mendapat perhatian ramai pada tahun 2011 dengan lagu berhantu mereka berjudul Berdua Bersatu sehingga tercalon dalam Top 5 Artis Duo/Kumpulan ABPBH tahun itu dan kembali dengan Seperti Dulu selepas kejayaan pertama.

Industri muzik seakan merestui perjalanan seni kumpulan ini apabila mereka dinobatkan sebagai Vokal Berkumpulan Terbaik AIM 19 tahun 2012 dan single ketiga berjudul Kita berjaya tercalon ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 28 dan Top 5 Vokal Berkumpulan Terbaik AIM 20.

Dengan kejayaan demi kejayaan yang diraih oleh Forteen & bagi menghargai kesetiaan peminat yang sentiasa menyokong dan untuk menampilkan bakat Forteen, KRU Music akan menganjurkan Konsert KITA 20FORTEEN yang bakal berlangsung pada 29 Mac 2014.

forteen

Konsert ini akan mengambil tempat di KL Live, Jalan Sultan Ismail & bermula pada jam 5 petang sehingga 7 petang. Konsert selama 2 jam ini akan menggunakan live band bagi memantapkan lagi persembahan selain akan diselangseli dengan gimik dan kejutan yang bakal diketahui pada hari konsert tersebut.

Sebanyak 15 buah lagu bakal dipersembahkan oleh Forteen pada konsert itu dan peminat boleh mendapatkan tiket yang berharga RM80 sahaja.

Penjualan tiket konsert ini telah dijalankan dan boleh didapati di talian hotline United Studios 03-83201888, KL Live 03-21622570/71/72 dan di Redbox Ria 03-21457788. Maklumat lanjut di facebook.com/officialforteen. Rotikaya.com adalah portal rasmi untuk konsert ini.

#90  Forteen Anjurkan Konsert KITA 20FORTEEN Untuk Hargai Sokongan Peminat - ROTIKAYA #00  Forteen Anjurkan Konsert KITA 20FORTEEN Untuk Hargai Sokongan Peminat - ROTIKAYA #91  Forteen Anjurkan Konsert KITA 20FORTEEN Untuk Hargai Sokongan Peminat - ROTIKAYA #95  Forteen Anjurkan Konsert KITA 20FORTEEN Untuk Hargai Sokongan Peminat - ROTIKAYA #97  Forteen Anjurkan Konsert KITA 20FORTEEN Untuk Hargai Sokongan Peminat - ROTIKAYA #99  Forteen Anjurkan Konsert KITA 20FORTEEN Untuk Hargai Sokongan Peminat - ROTIKAYA #92  Forteen Anjurkan Konsert KITA 20FORTEEN Untuk Hargai Sokongan Peminat - ROTIKAYA #01  Forteen Anjurkan Konsert KITA 20FORTEEN Untuk Hargai Sokongan Peminat - ROTIKAYA #88  Forteen Anjurkan Konsert KITA 20FORTEEN Untuk Hargai Sokongan Peminat - ROTIKAYA #93  Forteen Anjurkan Konsert KITA 20FORTEEN Untuk Hargai Sokongan Peminat - ROTIKAYA #98  Forteen Anjurkan Konsert KITA 20FORTEEN Untuk Hargai Sokongan Peminat - ROTIKAYA #94  Forteen Anjurkan Konsert KITA 20FORTEEN Untuk Hargai Sokongan Peminat - ROTIKAYA #87  Forteen Anjurkan Konsert KITA 20FORTEEN Untuk Hargai Sokongan Peminat - ROTIKAYA #89  Forteen Anjurkan Konsert KITA 20FORTEEN Untuk Hargai Sokongan Peminat - ROTIKAYA #96  Forteen Anjurkan Konsert KITA 20FORTEEN Untuk Hargai Sokongan Peminat - ROTIKAYA

Erra Fazira Sah Bercerai

Posted: 17 Feb 2014 08:02 PM PST

Pelakon popular, Erra Fazira sah bercerai talak satu dengan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, sebentar tadi.

Hakim Syarie, Mohammad Adib Husain mengesahkan lafaz dibuat Engku Emran itu selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk berpisah secara baik.

Erra Fazira dan Engku Emran berkahwin pada 25 Oktober 2007 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya, 5.

BgvA1ouCMAAhaPX

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...