RotiKaya |
- Bakal Kahwin Tahun Ini, Hanez Suraya Akui Kekasih Kuat Cemburu
- Maya Karin Nafi Dakwaan Jadi Anak Emas Osman Ali
- Filem Minggu Ini: Endless Love
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.504)
- Zizan Razak Tidak Lagi Berahsia, Bakal Nikah Emma Maembong Tahun Ini?
- Izara Aishah Tidak Puas Hati Dengan Lakonan Sendiri
| Bakal Kahwin Tahun Ini, Hanez Suraya Akui Kekasih Kuat Cemburu Posted: 17 Feb 2014 04:07 PM PST Boleh nampak yang Hanez Suraya kali ini tidak mahu bercinta lama lama sebelum mendirikan rumah tangga selepas mendedahkan yang beliau bakal berkahwin dengan seorang ahli perniagaan berusia 34 tahun tidak lama lagi. “InsyaAllah pada tahun ini kami berkahwin, tarikh sudah ada tetapi belum boleh diumumkan kerana masih lagi mencari lokasi yang sesuai dan kalau boleh saya tidak mahu bertunang tetapi tengok macam mana keputusan keluarga nanti,” ujar Hanez Suraya. BACA: Lebih Tiga Bulan Putus Cinta, Hanez Suraya Kini Bersama Kekasih Baru? Bercakap tentang sifat bakal suaminya itu, Hanez Suraya mengakui jejaka tersebut sebagai seorang yang kuat cemburu, tidak romantik tetapi matang dan serius mahu menjadikan dirinya sebagai isteri dan teman hidup. “Lepas berkahwin nanti kenalah hormat keputusan suami, sekarang sahaja dia agak cemburu kalau ada sesi fotografi yang memerlukan saya bergambar mesra dengan lelaki, inikan pula berlakon berpelukkan” “Sejak bercinta dengannya, saya juga sudah tidak boleh keluar malam — kalau keluar siang sekalipun kena balik awal,” tambah Hanez Suraya yang tidak kisah untuk berhenti dari dunia seni selepas berkahwin jika itu permintaan suami. (rtky/m) |
| Maya Karin Nafi Dakwaan Jadi Anak Emas Osman Ali Posted: 17 Feb 2014 11:59 AM PST Muncul dalam empat filem arahan pengarah popular, Osman Ali nampaknya memberi kesan kepada persepsi para peminat akan status seseorang pelakon itu dan Maya Karin tidak terlepas di’panggil anak emas pengarah itu. Selepas Anak Halal, Cun dan Ombak Rindu, Maya Karin sekali lagi terpilih untuk menjadi teraju utama dalam filem terbaru arahan Osman Ali berjudul Sejoli yang akan ke pawagam 20 Februari di pawagam berdekatan anda (bukan iklan berbayar). Maya Karin berkata kepada Sinar Harian hari ini tiada istilah anak emas sepanjang kerjaya beliau kerana keputusan untuk berlakon di bawah Osman Ali adalah kerana selesa berbuat demikian. BACA: Maya Karin Kecewa Banyak Filem Lakonan Belum Tayang “Secara jujurnya saya tidak kisah untuk bekerjasama dengan sesiapa pun dan tidak ada istilah lebih istimewa daripada yang lain ketika bekerja,” ujar beliau. Maya Karin yang ditemui media pada tayangan perdana filem Sejoli juga berkata yang beliau tidak menyasarkan untuk berkahwin tahun ini walaupun mengakui sedang bercinta dengan seorang jejaka mat saleh. “Sebab tahun ini fokus saya untuk kerjaya seni dan tengoklah tahun depan ke atau tahun seterusnya (ketawa). Lagipun saya tidak letak sebarang sasaran bila untuk berkahwin selepas saya sedar dalam hidup ini bukan semua kita boleh rancang. “Jadi biarlah masa yang menentukannya,” tambah Maya Karin. (rtky/eka) |
| Filem Minggu Ini: Endless Love Posted: 17 Feb 2014 09:00 AM PST Endless Love (2014) ialah sebuah filem drama yang ditulis dan diarahkan oleh seorang pengarah wanita iaitu Shana Feste yang terkenal dengan arahan The Greatest (2009) dan Country Strong (2010). Kisah cinta antara 2 darjat yang sangat melodrama ini 'kononnya' diadaptasi dari sebuah novel dengan judul yang sama Endless Love (1979) karya Scott Spencer. Filem kali ini sebenarnya lebih kepada bikinan semula atau 'remake' filem adaptasi novel itu yang diarahkan oleh Franco Zeffirelli pada tahun 1981 yang melonjakkan nama Brooke Shields dan laku di pasaran tetapi dikritik teruk. Ini kisah cinta monyet remaja di antara David Elliot (Alex Pettyfer) dan Jade Butterfield (Gabriella Wilde) yang terhalang oleh bapa Jade, Hugh Butterfield (Bruce Greenwood) yang lebih mementingkan masa depan anaknya supaya menyambung pelajaran dalam bidang perubatan. Konflik utamanya mengenai perebutan perhatian seorang bapa dan seorang kekasih kepada seorang gadis yang baru mengenal erti cinta. Kisah bermula apabila Jade anak orang kaya yang berkenalan dengan rakan sekolahnya, David anak kepada seorang bapa tunggal, Harry Elliot (Robert Patrick) yang menjalankan perniagaan bengkel kereta. Konflik demi konflik berlaku bertimpa-timpa kerana bapa Jade seorang yang seperti bipolar kerana masih trauma dengan kematian anak sulungnya sehingga terlalu bersikap 'overprotective' kepada Jade. Namun begitu ibu Jade, Anne Butterfield (Joely Richardson) dan adiknya Keith Butterfield (Rhys Wakefield) lebih bersikap terbuka mengenai pilihan kekasih Jade iaitu David. Di samping itu, filem ini juga menyuntik beberapa plot konflik lain sekadar untuk memanjangkan cerita. Adik Jade, Keith yang sedang bercinta dengan Sabine (Anna Enger) sudah tidak peduli kepada kehendak ayahnya yang sering membandingkan dengan mendiang abangnya. Ibu Jade, pula semakin hari semakin jelak dengan perangai suaminya lantas mahu menyambung minat menulis buku. Sementara itu bapa Jade, Hugh tanpa diduga mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang. Keluarga David juga ada konflik dalaman tersendiri sebagai plot tambahan. Ibunya dikatakan curang kepada ayahnya, Harry kerana ekonomi keluarga yang sederhana. Namun Harry tidak pula memberi amaran apa-apa kepada David bila mengetahui dia bercinta dengan anak orang kaya seperti Jade. Penampilan bekas kekasih David iaitu Jenny (Emma Rigby) cuma sekadar cameo sahaja tanpa diberi sebarang latar cerita yang penting. Memang banyak sub-plot, namun semua cabang itu tidak ke mana-mana dan tidak didalami dengan konklusi yang selesai. Beberapa babak adegan seksual dan pengunaan dadah rasanya telah dipotong untuk kesesuaian klasifikasi P13 untuk tayangan di pawagam tempatan. Namun begitu, anda masih boleh bersuka-suka menyaksikan kisah ala Romeo dan Juliet versi moden ini yang dibikin dengan ala kadar sahaja. Filem ini ada semua formula yang nyata untuk sebuah kisah cinta remaja yang santai. Ada majlis graduasi sekolah di awalnya, ada adegan 'terjatuh buku dan pertembungan mata kali pertama', ada majlis keraian dan 'party' mandi-manda di kolam renang, ada adegan naik kereta tanpa bumbung serta ada aksi pertengkaran manja nangis-nangis di khalayak ramai. Anda minta sahaja plot cinta klise, filem ini ada menghidangkannya. Sejujurnya selepas menonton versi terbaru 2014, saya berpendapat bahawa filem kali ini hanya mengambil judulnya sahaja tanpa mengambil pusing isi sebenar novel atau filem 1981 yang asal. Ternyata ia hanya memanipulasikan populariti karya Endless Love terdahulu sebagai senjata pemasaran sahaja. Filem ini cuma mengambil rangka kisah cinta yang terhalang di antara David dan Jade serta beberapa plot asas menjadi sebuah filem terbaru yang terlalu klise. Penceritaan filem ini begitu seiras drama kekeluargaan dari siri-siri drama televisyen seperti Dawson Creek (1998-2003) dan Gilmore Girls (2000-2007). Mungkin kalau ia dijadikan siri di awal-awal tahun 2000-an pasti akan meletup, tetapi mempersembahkannya di tahun 2014 agak ketinggalan kot? Kisahnya tidaklah membosankan sekiranya dilihat dari penceritaan filem jiwang sebegini yang ternyata sangat santai. Ia memang 100% filem bertih jagung yang lemak berkrim untuk tontonan pasangan yang sedang bercinta dan bermesra dalam panggung tanpa perlu memeningkan kepala. Penonton hanya layankan sahaja kronologi babak-babak percintaan ala main tarik-tali David dan Jade yang hanya dihalang oleh pemisahnya iaitu bapa Jade, Hugh Butterfield yang bertalu-talu seperti dendam dan dengki yang tak berkesudahan kepada David. Paparan visualnya memang membuai-buai seperti menonton video muzik karaoke yang cantik disulami lagu-lagu sedap dengan lirik kisah romantik. Dari sudut lakonan, semuanya biasa dan sederhana. Dari sudut pengarahan, Shana Feste ok-ok sahaja. Sebenarnya kalaulah ia dibikin semula sebagai adaptasi asli dari novelnya, kisah kegilaan watak David Axelrod (novel) yang sangat dramatik tersebut, maka mungkin ia mendapat pujian. Namun begitu, Shana Feste menjahanamkan lagi kisahnya malahan lebih buruk dari filem versi arahan Franco Zeffirelli (1981) dahulu. Ini membuktikan bahawa tidak semua filem terkini 'remake' dari Hollywood akan semestinya hebat? KESIMPULANKalau anda dan pasangan kekasih, dengan suami atau isteri hanya mahu menonton filem cinta yang mudah dilupakan selepas keluar dari panggung, Endless Love (2014) ini ialah pilihan yang paling sesuai. Oh ya! Filem ini tidak mengandungi lagu cinta hebat 'Endless Love' nyanyian Lionel Richie dan Diana Ross yang sangat meletup di tahun 1981 dahulu. Saya hanya mampu berikan sahaja 1 BIJI ROTIKAYA. |
| Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.504) Posted: 17 Feb 2014 08:47 AM PST VIDEO HARI INI: Anda mungkin sudah banyak dengar versi tersendiri lagu Let It Go dari filem Frozen ini namun versi Alex Boyé & One Voice Children’s Choir merupakan yang terbaik pernah kami dengar setakat ini. Semua sedia maklum yang filem sekuel Pitch Perfect 2 bakal menjadi kenyataan dan salah seorang teraju utama, Rebel Wilson berkata yang beliau mahukan penyanyi rap popular, Drake sebagai pasangan bercinta beliau dalam filem itu nanti. – TMZ Universal Studios telah melancarkan trailer pertama untuk filem Unbroken arahan pertama Angelina Jolie yang dianggap tepat ketika berlangsungnya Olimpik musim sejuk kerana filem itu ada berkisarkan seorang atlet sukan Olimpik. – Deadline Teraju utama filem Sejoli, Remy Ishak berkata yang beliau hampir menolak tawaran Osman Ali untuk terlibat dengan filem tersebut kerana mahu berehat selepas habis terlibat dengan satu penggambaran lain. – Sinar Harian Filem stop motion (animasi?) terbaru kegemaran kita semua, The Lego Movie telah berjaya mendahului kutipan filem di Hollywood buat minggu kedua berturut turut dan berjaya mengutip US$48.8 juta sepanjang minggu. – Huff. Post Drama bersiri eksklusif di Netflix, House of Cards menjadi bualan ramai sepanjang hujung minggu lalu dan pelakon utamanya, Kevin Spacey berkata apa yang dipaparkan menerusi drama itu tidak jauh dari politik sebenar Amerika Syarikat. – Washington Post |
| Zizan Razak Tidak Lagi Berahsia, Bakal Nikah Emma Maembong Tahun Ini? Posted: 16 Feb 2014 06:44 PM PST Menerusi kemaskini Zizan Razak menerusi Instagram beliau, selebriti ini telah memuat naik sekeping gambar yang merupakan lukisan yang dipercayai dihasilkan oleh Emma Maembong dengan kata kata romantis. “Percaya, hargai, sayang, cinta, teguh, sabar, jujur dan ikhlas — thanks untuk lukisan ini sayang. Sejuta erti disebalik lukisan ini, harap kekal seperti mana lukisan ini. Love you sayang” Rasanya para peminat sudah tidak perlu lagi untuk berteka teki akan status hubungan Zizan Razak & Emma Maembong ketika ini. Menerusi ruangan komen juga ramai peminat sudah mula mendoakan pasanagn ini untuk bertemu jodoh. Guess what? Bercakap kepada Berita Harian hujung minggu lalu, Zizan Razak mendedahkan yang beliau ada merancang untuk menamatkan zaman bujangnya tahun ini walaupun tidak menyebut secara spesifik bakal isterinya adalah Emma Maembong. “Kalau ikut perancangan diri saya, Insya Allah tahu ini nak kahwin. Tapi semuanya terserah kepada jodoh. Saya hanya merancang & Tuhan yang menentukan. Ingat ya, saya hanya rancang saja tahun ini,” ujar Zizan Razak. Jangan tunggu lama lama ya abang Zizan. |
| Izara Aishah Tidak Puas Hati Dengan Lakonan Sendiri Posted: 16 Feb 2014 06:21 PM PST Bergelar pelakon popular dengan beberapa tajuk drama popular terikat kepada namanya tidak bermakna Izara Aishah cepat berpuah hati dengan setiap hasil lakonan’nya — terbaru menerusi filem Sejoli di bawah arahan Osman Ali. Bercakap kepada portal GUA hari ini, Izara Aishah yang pertama kali berlakon di bawah pengarah popular itu mengakui tidak berpuas hati dengan hasil lakonan beliau ketika menonton produk akhir filem Sejoli baru baru ini. “Saya puas melihat lakonan orang lain tetapi saya tidak puas hati melihat lakonan sendiri. Ini merupakan kali pertama saya berlakon di bawah arahan Osman Ali. Saya rasa kadang kala saya terlebih over, rasa menyampah pun ada” “Saya rasa teruk, tapi dari situ saya akan baiki mutu lakonan saya. Saya juga ada menghadiri kelas lakonan sebelum bermulanya penggambaran filem ini,” ujar Izara Aishah. Filem Sejoli arahan Osman Ali dan turut dibintangi oleh Bront Palarae, Maya Karin, Remy Ishak, Azad Jazmin, Dira Abu Zahar dan ramai lagi ini akan berada di pawagam 20 Februari. Kami sarankan anda pergi tonton. (rtky/m) |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |





























No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.