RotiKaya |
- Almy Nadia Terkejut Dengan Pengumuman Fizz Fairuz
- Romantika Bawa Fizo Omar & Isteri Ke Istanbul, Turki
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.502)
- Belanja, Kumpul Mata Dengan AirAsia BIG Untuk Tebus Penerbangan Percuma
- Fizz Fairuz Umum Bakal Nikahi Almy Nadia 30 Mei Ini
- Taylor Swift Adakan Konsert Di Malaysia 11 Jun 2014
Almy Nadia Terkejut Dengan Pengumuman Fizz Fairuz Posted: 13 Feb 2014 04:12 PM PST Dan bukan terkejut kerana tidak mengetahui yang mereka bakal berkahwin, tetapi terkejut kerana pengumuman yang dibuat oleh Fizz Fairuz kepada pihak media secara tiba tiba dan terlalu awal dari apa yang mereka berdua rancang. "Terkejut juga bila Fizz cakap dia sudah dedahkan (berita perkahwinan) kepada media tadi (semalam). Asalnya kita rancang hendak dedahkan mungkin pada Mac atau April nanti. Sebab macam terlalu awal juga sebenarnya” BACA: Fizz Fairuz Umum Bakal Nikah Almy Nadia 30 Mei Ini “Patutnya simpan (rahsiakan) lagi, tetapi mungkin dia sudah bosan asyik diajukan pertanyaan kahwin, jadi dia dedahkan juga," ujar Almy Nadia kepada Harian Metro hari ini. Menerusi portal GUA hari ini, Almy Nadia berkata yang beliau mengharapkan semua yang dirancang akan berjalan lancar namun tidak menolak masih mempunyai fobia untuk berkahwin selepas apa yang terjadi sebelum ini. “Perasaan saya gembira, takut dan teruja. Semuanya bercampur baur kerana pelbagai benda telah melanda hubungan kami untuk sampai ke tahap ini. Perkara yang telah terjadi membuatkan saya menjadi fobia,” ujarnya. Fizz Fairuz semalam mendedahkan yang beliau akan menikahi Almy Nadia pada 30 Mei ini di kediaman bakal pengantin perempuan di Pulau Pinang dan turut berkata yang mereka sudah pun bertunang pada Oktober tahun lalu. (rtky/m) |
Romantika Bawa Fizo Omar & Isteri Ke Istanbul, Turki Posted: 13 Feb 2014 10:02 AM PST Bertuah badan menjadi pasangan suami isteri berstatus selebriti ini. Selepas puas berbulan madu sekitar negara Eropah, Fizo Omar & Mawar kembali ke sana kali ini bersama krew Romantika untuk menjalani penggambaran di Istanbul, Turki. Seperti nama rancangan yang mereka jayakan, pasangan ini tampak romantis dalam beberapa keping gambar yang Fizo Omar kongsikan melalui akaun Instagram beliau beberapa hari ini. Bercakap kepada media baru baru ini tentang isterinya yang kerap hadir bersama ke majlis hiburan selepas berkahwin, Fizo Omar berkata inilah cara mereka bercinta selepas kahwin dan bukannya tidak boleh berenggang seperti didakwa. “Mestilah, Mawar kena sentiasa ada bersama saya. Tapi kalau ikutkan untuk acara anugerah sebegini (Anugerah MeleTOP Era), ini baru kali kedua saya bawa dia. Sedikit sebanyak dia semakin faham dengan kerja saya” “Lagipun kami ni kan bercinta selepas kahwin. Jadi inilah cara kami habiskan masa bersama — tapi tidaklah selalu sangat dia ikut saya, cuma ada masa-masa tertentu saja. Mawar pun ada kerja dia sendiri,” jelas Fizo Omar kepada Malaysian Digest. Biarlah mereka ini pengantin baru, mestilah mahu berkepit sentiasa — lagi pun halal ‘kan? Tatap gambar romantis mereka bercuti ke Istanbul jika anda suka dengan pasangan ini. (rtky/eka) ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.502) Posted: 13 Feb 2014 08:31 AM PST VIDEO HARI INI: Bersempena dengan sambutan hari Valentine yang mungkin anda semua tidak menyambutnya — biar kerana alasan agama atau tiada pasangan (uh oh), ini kisah disebalik simbol cinta yang boleh anda lihat di mana mana sahaja. Selepas siri TV How I Met Your Mother tamat, kini versi pihak perempuan pula berjudul How I Met Your Dad dalam pembikinan dan Greta Gerwig telah diumumkan bakal membawa watak utama dalam siri baru itu. Harap ianya lebih legen.. wait for it, dary! – EW Menjadi artis ketiga diumumkan selepas Craig David & bintang pop Korea, Rain untuk konsert Twin Tower @LIVE 2014, Christina Aguilera berjanji untuk beraksi secara sopan di atas pentas nanti sebagai menghormati budaya di sini. – Malaysian Digest Filem terbaru yang sudah tamat penggambaran dan menampilkan Katherine Heigl telah dibawa ke IndieGogo oleh penerbitnya dengan harapan dapat meraih sumbangan sebanyak US$150,000 untuk menghabiskan proses suntingan. – Variety Syarikat pengurusan YG Entertainment telah mengumumkan secara rasmi yang 2NE1 bakal kembali dengan album baru berjudul CRUSH pada 28 Februari ini dan ianya akan mengandui 10 buah lagu baru. – Soompi Ratu komedi Hollywood, Sarah Silverman dikhabarkan kini sedang hangat bercinta dengan pelakon Michael Sheen selepas kedua dua mereka dilihat habiskan masa bersama di malam sambutan hari jadi pelakon itu. – People |
Belanja, Kumpul Mata Dengan AirAsia BIG Untuk Tebus Penerbangan Percuma Posted: 13 Feb 2014 02:26 AM PST Sebagai menghargai pelanggan setia, AirAsia telah mewujudkan Program Kesetiaan AirAsia BIG (AirAsia BIG Loyalty Programme) yang memberikan ganjaran berupa mata (atau BIG Points) setiap kali mereka terbang bersama AirAsia. Sedar akan pentingnya hubungan bermakna antara pelanggan & syarikat penerbangan tambang murah itu, AirAsia akan memberikan 1 BIG Points untuk setiap RM4 yang dibelanjakan bersama AirAsia. Jika anda memesan sekurang kurangnya stau servis tambahan (add-on) ketika terbang bersama AirAsia, anda akan menerima 1 BIG Points untuk setiap RM2 yang dibelanjakan. Gandaan segera di situ. BIG Points atau mata untuk program kesetiaan ini juga boleh dikumpul menerusi pelbagai rakan perniagaan terpilih sebagai contoh jika anda membeli belah di Paradigm Mall dari sekarang hingga 31 Mac 2014, anda akan menerima 2 BIG Points untuk setiap RM1 yang dibelanjakan. Apabila anda sudah memiliki cukup mata, BIG Points boleh ditukar secara keseluruhan atau sebagai tambahan kepada bayaran tunai dengan mana mana penerbangan AirAsia bermula dengan hanya 100 BIG Points. Selain tiket penerbangan, ahli AirAsia BIG Loyalty Programme juga boleh menebus mata yang terkumpul untuk bilik hotel di Tune Hotel atau barangan eksklusif AirAsia. AirAsia dengan promosi terbaru seperti di atas membolehkan anda menebus tiket penerbangan ke Sydney, Australia dan pelbagai lagi destinasi dengan mata serendah 2700 BIG Points. Masih ada masa, sah sehingga penghujung Mac 2014. Untuk maklumat lanjut tentang AirAsia BIG Loyalty Programme juga senarai rakan perniagaan terpilih dan cara bagaimana anda boleh mendaftar untuk menjadi ahli AirAsia BIG (BIG Shot), lawati laman rasmi AirAsia BIG di airasiabig.com. Jom! |
Fizz Fairuz Umum Bakal Nikahi Almy Nadia 30 Mei Ini Posted: 12 Feb 2014 11:31 PM PST Dalam temubual bersama media ketika ditemui di lokasi penggambaran filem Cicakman 3 petang tadi, Fizz Fairuz mendedahkan yang beliau & Almy Nadia bakal bernikah pada 30 Mei 2014 ini dan mengadakan resepsi perkahwinan keesokan harinya di Pulau Pinang. Fizz Fairuz juga mengatakan yang mereka sudah bertunang pada bulan Oktober yang lalu & kini sedang giat membuat persiapan perkahwinan. Pelakon Nur Kasih itu bakal memberi wang hantaran berjumlah RM20,000 & sudah menetapkan destinasi berbulan madu iaitu Maldives. ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Taylor Swift Adakan Konsert Di Malaysia 11 Jun 2014 Posted: 12 Feb 2014 07:15 PM PST Berita baik buat semua peminat Taylor Swift di Malaysia yang memang menantikan kedatangan penyanyi ini untuk mengadakan konsert di sini. Melalui satu e-mail terbaru kepada para peminat, beliau mengesahkan bakal turun mengadakan sebuah konsert istimewa di Kuala Lumpur pada 11 Jun ini bertempat di Stadium Putra, Bukit Jalil. Tiket akan mula dijual pada 1 Mac 2014 melalui laman web www.ticketpro.com.my atau melalui panggilan telefon menerusi talian 03-78807999. Kuala Lumpur merupakan salah satu destinasi persinggahan Taylor Swift menerusi siri jelajah konsert The Red Tour beliau selain Jakarta, Manila, Bangkok & Singapura. Maklumat lanjut: taylorswift.com/malaysia |
You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.