RotiKaya

RotiKaya


Rabecca Nur al-Islam Tampil Bertudung, Dapat Hidayah Ketika Tunai Umrah

Posted: 12 Feb 2014 01:29 PM PST

Nampaknya doa ramai untuk melihat Rabecca Nur al-Islam tampil berpakaian seindah namanya termakbul apabila selebriti ini telah mengambil keputusan untuk terus berhijab sejak pulang menunaikan umrah hujung bulan lalu.

Bercakap kepada mStar Online hari ini, Rabecca Nur al-Islam mengakui yang beliau sudah mula berhijab sejak menunaikan umrah bersama suami & ahli keluarganya dan selesa dengan penampilan sebegitu.

“Sepanjang menunaikan Umrah, saya rasa cukup selesa dengan berhijab dan ketika pulang ke tanah air pada Isnin lalu, rasa pelik pula apabila tidak berhijab”

“Kemudian saya nekad mahu kekal berhijab — lagipun memang dari dahulu lagi saya berniat mahu menutup aurat. Alhamdulillah, Allah memberi hidayah kepada saya ketika di Mekah”

Mendapat sokongan suami untuk berhijrah menjadi muslimah yang lebih baik, Rabecca Nur al-Islam juga berkata beliau kini lebih tenang selepas melakukan penghijrahan dalam hidupnya selain menutup aurat. Manis nampak bila pelakon ini berhijab. (rtky/eka)

#03 Rabecca Nur al-Islam Tampil Bertudung, Dapat Hidayah Ketika Tunai Umrah - ROTIKAYA #02 Rabecca Nur al-Islam Tampil Bertudung, Dapat Hidayah Ketika Tunai Umrah - ROTIKAYA #01 Rabecca Nur al-Islam Tampil Bertudung, Dapat Hidayah Ketika Tunai Umrah - ROTIKAYA

Liyana Jasmay Bakal Anjurkan Majlis Khas Untuk Umum Jantina Anak

Posted: 12 Feb 2014 10:42 AM PST

Lama tidak dengar kisah terbaru Liyana Jasmay ‘kan? Tahu tahu sudah 7 bulan usia kandungan dan seperti yang boleh anda lihat melalui gambar di atas, selebriti ini kekal comel dna jelita. Heh.

Bercakap kepada Utusan Malaysia petang semalam, Liyana Jasmay mendedahkan yang beliau akan mengumumkan jantina anaknya pada majlis khas yang akan diadakan pada 5 April ini.

Menurut pasangan duet Shaheizy Sam untuk lagu terbaru berjudul Bangun itu lagi, beliau yang sudah tahu jantina anaknya itu sengaja merahsiakan perkara itu sebagai satu kejutan buat pihak media massa dan juga para peminat.

“Pada majlis itu juga akan diadakan doa selamat. Saya akan umumkan jantina anak saya selepas majlis itu nanti. Cuma buat masa ini, saya sudah ada nama panggilan untuk bayi saya itu yang diberi nama Sofi sahaja sebagai panggilan manja”

“Kami sekeluarga memang macam itu, sebelum melahirkan anak kakak saya dulu juga pernah memberi nama manja sebelum bayinya dilahirkan,” tambah Liyana Jasmay lagi. (rtky/m)

#27 Liyana Jasmay Bakal Anjur Majlis Khas Untuk Umum Jantina Anak - ROTIKAYA #28 Liyana Jasmay Bakal Anjur Majlis Khas Untuk Umum Jantina Anak - ROTIKAYA #25 Liyana Jasmay Bakal Anjur Majlis Khas Untuk Umum Jantina Anak - ROTIKAYA #21 Liyana Jasmay Bakal Anjur Majlis Khas Untuk Umum Jantina Anak - ROTIKAYA #22 Liyana Jasmay Bakal Anjur Majlis Khas Untuk Umum Jantina Anak - ROTIKAYA #24 Liyana Jasmay Bakal Anjur Majlis Khas Untuk Umum Jantina Anak - ROTIKAYA #23 Liyana Jasmay Bakal Anjur Majlis Khas Untuk Umum Jantina Anak - ROTIKAYA #26 Liyana Jasmay Bakal Anjur Majlis Khas Untuk Umum Jantina Anak - ROTIKAYA #29 Liyana Jasmay Bakal Anjur Majlis Khas Untuk Umum Jantina Anak - ROTIKAYA #30 Liyana Jasmay Bakal Anjur Majlis Khas Untuk Umum Jantina Anak - ROTIKAYA #20 Liyana Jasmay Bakal Anjur Majlis Khas Untuk Umum Jantina Anak - ROTIKAYA #19 Liyana Jasmay Bakal Anjur Majlis Khas Untuk Umum Jantina Anak - ROTIKAYA

Nas-T Tidak Kejar Jodoh, Fokus Kerjaya & Keluarga

Posted: 12 Feb 2014 09:09 AM PST

Setelah berakhir hubungan cinta dengan Nabila Huda, nama Nas-T seakan tenggelam kembali dari dunia hiburan. Nas-T ketika ditemui memberitahu dia masih aktif dalam industri cuma masa sekarang dia sedang sibuk memperbaiki kemahiran lakonannya.

“Sepanjang penglibatan dalam dunia seni, sebagai artis, takde istilah senang naik. I sendiri dah rasa bila turun tu macam mana. I pernah rasa jugak bila takde production yang panggil untuk buat job. Dari situ I belajar. I improve diri I. That are the things yang I akan buat untuk make sure perjalanan I dalam bidang seni ni akan kekal supaya benda-benda lepas tidak akan berulang lagi macam tiba-tiba drop takde job”

Peminat Masih Tanya Tentang Nabila Huda

Pada masa sama, walau kisah cintanya bersama Nabila sudah lama berakhir, namun masih ada para peminat yang ingin tahu bagaimana pasangan ini menjalani kehidupan setelah masing-masing membawa haluan hidup sendiri.

Dengan kehidupan bergelar seorang selebriti, Nas-T sedar orang akan sentiasa mahu bercakap tentang perkara yang lepas. Namun bagi Nas-T dia tidak kisah tetapi mengakui penat untuk menjawab soalan yang sama berulang kali.

“I boleh terima, cuma secara peribadi benda dah lepas, dan masing-masing dah move on, sebagai artis I terima je. Cuma nak menjawab tu penat. Tapi takpelah. Some people they don't really know, jadi mereka nak tahu. Itu saja”

Jelas Nas-T, dia mahupun Nabila tidak mempunyai sebarang masalah. Mereka bermula sebagai kawan baik dan kembali dengan status hubungan kawan baik apabila percintaan yang cuba dibina tidak berjalan seperti yang dirancang.

“Kami dah bawa haluan masing-masing. Macam sekarang, Nabila ada hal dia. I pun ada hal I. Jadi kami agak jarang dapat jumpa sekarang tapi kami still berkawan baik”

Tiada Sasaran Tamat Zaman Bujang

Tambah Nas-T di usia yang semakin matang, dia kini lebih memikirkan soal karier berbanding perkara lain & keutamaan diberikan kepada keluarga. Saat ditanya bila agaknya mahu mengakhiri zaman bujang, dia tidak lagi mahu meletakkan sebarang target.

"Siapa nak hidup membujang sampai tua. Siapa suka hidup sorang kan. Cuma I dah takde target. Sebab bila target itu yang tak dapat. I just have to wait for the right person. Kalau ada, ada lah. Tapi itu bukan priority I buat masa sekarang. Keutamaan I buat masa sekarang adalah keluarga”

Nas-T bakal muncul dalam program yang menguji tahap ketahanan mental dan fizikal di Fear Factor Malaysia bergandingan bersama peminat yang bertuah dan akan disiarkan setiap malam Ahad anda selama 30 minit bermula jam 9.00 malam mulai 16 Februari 2014. (rtky/bsr)

#35 Nas-T Akui Tidak Kejar Jodoh, Fokus Kerjaya & Keluarga - ROTIKAYA #32 Nas-T Akui Tidak Kejar Jodoh, Fokus Kerjaya & Keluarga - ROTIKAYA #33 Nas-T Akui Tidak Kejar Jodoh, Fokus Kerjaya & Keluarga - ROTIKAYA #31 Nas-T Akui Tidak Kejar Jodoh, Fokus Kerjaya & Keluarga - ROTIKAYA #36 Nas-T Akui Tidak Kejar Jodoh, Fokus Kerjaya & Keluarga - ROTIKAYA #34 Nas-T Akui Tidak Kejar Jodoh, Fokus Kerjaya & Keluarga - ROTIKAYA

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.501)

Posted: 12 Feb 2014 08:01 AM PST

VIDEO HARI INI: Pasangan ini bersembang di sebuah restoran sehingga putus cinta dengan hanya menggunakan tajuk filem filem Hollywood. Kreatif & kelakar, kami jamin.

Sebelas buah filem dari negara negara Asia akan bertanding di 8th Osaka Asian Film Festival yang akan berlangsung bulan hadapan di Jepun & Malaysia mempunyai sebuah filem yang layak sebagai wakil, KIL. Semoga berjaya bawa pulang sesuatu untuk kami. – Film Biz

Laporan media di Hollywood melaporkan yang Justin Bieber telah menukarkan nama beliau di laman sosial Instagram kepada Bizzle dan adakah beliau akan menggunakan nama itu secara kekal sebagai nama pentas? Hmm. – News AU

Ketua Pegawai Eksekutif Walt Disney Company, Bob Iger dalam satu temubual terbaru berkata yang filem animasi kedua terlaris dalam sejarah, Frozen mempunyai potensi menjadi franchise & timbulkan spekulasi bakal wujudnya sekuel. – Huff. Post

Kali terakhir muncul dengan lagu solo empat tahun lalu, ahli kumpulan Big Bang Daesung telah diumumkan bakal muncul dengan lagu baru secara solo untuk para peminat di Korea namun tiada tarikh tepat diberikan ketika ini. – Soompi

Penyanyi popular Rihanna mendedahkan yang beliau jatuh muflis pada penghujung tahun 2009 selepas menerima nasihat dari akauntan untuk membeli sebuah rumah mewah US$7.5 juta selain tidak mengetahui konsert jelajahnya mencatat kerugian. – TMZ

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...