RotiKaya |
- Yana Samsudin Keluar MIG Selepas 11 Tahun
- Sari Yanti Sertai ‘Fear Factor’ Untuk Cabar Diri Sendiri
- Keith Foo Belajar Agama Islam Sebelum Bawa Watak Dalam Ariana Rose
- Neelofa: Cari Duit Sebanyak Mungkin, Baru Kahwin
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.500)
Yana Samsudin Keluar MIG Selepas 11 Tahun Posted: 11 Feb 2014 05:58 PM PST Kalau sebut nama pelakon ini, pastinya tiada siapa menafikan yang beliau memang sinonim dengan Metrowealth Pictures (MIG) & sedar atau tidak Yana Samsudin sudah 11 tahun bersama mereka. Damn, I’m old. Anda semua juga, heh. Menerusi kemaskini terbaru Yana Samsudin di akaun sosial beliau, pelakon ini membayangkan yang beliau kini tidak lagi berada di bawah pengurusan MIG dna bersyukur pengalaman berharga selama 11 tahun berada di bawah mereka. “Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain. Terima kasih Mejar David Teo & Madam Jane kerana telah memberi nasihat dan peluang kepada saya menceburi bidang seni. 11 tahun jatuh bangun susah senang saya MIG family ada bersama, saya akan kenang sampai bila bila” “Semoga terus berjaya anakanda Yana Samsudin , haruslah love!”, tulis David Teo menerusi akaun Facebook beliau mendoakan supaya anak didiknya itu terus berjaya. (rtky/m) ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Sari Yanti Sertai ‘Fear Factor’ Untuk Cabar Diri Sendiri Posted: 11 Feb 2014 05:31 PM PST Jika sebelum ini Sari Yanti dikenali dengan sifat manja & lemah lembut. Namun kita semua bakal menyaksikan sisi lain dalam diri Sari Yanti apabila dia menjadi salah seorang dari peserta Fear Factor Malaysia yang akan muncul di kaca televisyen bermula 16 Februari ini. Sebut saja nama Fear Factor semua maklum dan dapat membayangkan bagaimana bentuk persembahan yang disajikan program tersebut. Program yang nyata mencabar ketahanan mental dan fizikal setiap peserta yang terlibat. Sari Yanti ketika ditemui semalam di sidang media memperkenalkan 16 pasangan finalis Fear Factor Malaysia akui saat pertama kali dihubungi pihak Astro untuk menyertai program tersebut, tanpa berfikir panjang dia menolak. "Bagi saya, mana mungkin saya join Fear Factor ni. Bila saya tanya siapa lagi yang turut serta, mereka sebut nama Dira Abu Zahar. Bila dengar nama Dira, saya dah dapat bayangkan Dira memang jenis tahan lasak. Tak mungkin saya mampu untuk menempuh Fear Factor” Namun terang Sari lagi, setelah dipujuk berkali oleh pihak Astro, dia akhirnya bersetuju. Di saat usianya mencecah 30-an ditambah pula dengan gelaran seorang ibu kepada dua orang anak dia memaksa dirinya untuk mencabar diri sendiri. "Lepas kena pujuk, saya terima saja. Bila fikirkan balik, kenapa tidak kan? Saya boleh lihat kemampuan diri saya sambil tu saya memang kena paksa diri saya untuk cabar diri sendiri. Bila kita tak cuba, orang akan tanya. Bila kita try pun orang akan tanya jadi why not saya nak rasa sendiri feel tu,” ujarnya. Suaminya juga tidak melarang Sari dari menyertai program tersebut. Bagi Sari, cabaran yang paling menggerunkan adalah cabaran dimana para peserta diminta untuk makan sesuatu yang tidak pernah difikir untuk dijadikan makanan. "Bagi saya cabaran paling susah adalah bab makan. Kita kena paksa untuk makan benda tu. Makanan bila dah dimakan akan jadi darah daging kan. Cabaran tu memang memerlukan mental strength yang sangat tinggi” “Sari bernasib baik sebab dapat partner yang mudah untuk bekerjasama. Kadang-kadang bila Sari patah semangat, Anbia akan datang bakar semangat. Sama jugak macam Sari. Antara Sari dan Anbia, kami memang ada chemistry yang kuat. Kami takkan surrender. Yang penting kita try saja. Berjaya atau tidak, yang penting kami dah pun mencuba” Jelas Sari menambah, sebelum bermula cabaran Fear Factor dia sering ke gym dan berenang bagi persediaan sebelum berangkat ke Cape Town, Afrika Selatan untuk menjalani penggambaran Fear Factor Malaysia. (rtky/bsh) ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Keith Foo Belajar Agama Islam Sebelum Bawa Watak Dalam Ariana Rose Posted: 11 Feb 2014 04:49 PM PST Pelakon dan hero Ariana Rose, Keith Foo menjelaskan mengenai isu yang berbangkit di dalam drama itu apabila watak yang dilakonkan itu mempertaruhkan agama dan disebabkan juga Keith Foo bukanlah seorang yang beragama Islam, ini dilihat seperti mempersendakan agama Islam. “Rasanya tiada masalah untuk saya membawakan watak sebagai seorang yang beragama Islam kerana sedikit sebanyak saya boleh mempelajari agama Islam. Sebelum ini juga saya mendapat tawaran berlakon seperti watak ini dan di Indonesia sendiri saya telah menerima dan berlakon watak seperti ini,” ujarnya. Keith Foo turut berkata bahawa sebelum sesuatu penggambaran yang melibatkan watak sebagai seorang Muslim dia akan sedikit sebanyak akan membuat kajian mengenai watak dan agama Islam itu sendiri agar tidak menjelaskan lakonannya & terima kritikan. “Sebelum saya melakonkan watak sebagai seorang Islam, sudah semestinya saya akan lakukan sedikit kajian mengenainya dan turut bertanyakan kepada kawan-kawan yang lain agar dapat membantu supaya tidak terpesong daripada ajarannya yang sebenar. Saya juga tidak ada masalah kerana kakak saya sendiri merupakan seorang Muslim,” ujarnya panjang lebar. Berkaitan Ariana Rose yang kini menjadi fenomena semasa, beliau sama sekali tidak menyangka drama lakonannya telah meraih populariti seterusnya mencecah rating tinggi apabila setiap kali ditayangkan kepada umum. “Saya tak sangka sekali kerana drama ini meraih populariti yang begitu meluas & saya bersyukur lakonan saya diterima ramai selepas 10 tahun saya di Indonesia,” katanya. Keith Foo turut menafikan bahawa dia tidak lagi ‘laku’ di Indonesia dan disebabkan itulah dia berhijrah ke Malaysia pula selepas 10 tahun berada di sana. “Tidak sama sekali kerana saya masih mendapat tawaran di sana dan ada beberapa projek di sana. Selepas 10 tahun saya memikirkan sudah tiba masanya untuk saya berkhidmat untuk negara saya sendiri walaupun agak ‘cliche’ apa yang diperkatakan oleh saya ini. Tetapi inilah yang sebenarnya dan saya mahu fokus kerjaya saya di Malaysia,” ujarnya. (rtky/hfz) ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Neelofa: Cari Duit Sebanyak Mungkin, Baru Kahwin Posted: 11 Feb 2014 09:48 AM PST Sedar atau tidak sepanjang hari ketika para peminat bercakap tentang kegagalan nyata pakaian Neelofa di pentas Anugerah MeleTOP Era (AME) ialah hari yang sama selebriti ini menyambut ulangtahun kelahiran ke 25. Satu sambutan meraikan ulangtahun kelahiran beliau yang juga kejutan telah diadakan oleh ibu Neelofa sendiri di One World Hotel, Bandar Utama yang dihadiri oleh rakan terdekat, ahli keluarga dan rakan rakan media. Bercakap kepada Harian Metro, Neelofa mengakui yang sebelum ini ianya merupakan satu cita cita untuk mendirikan rumahtangga pada usia 25 tahun namun selepas muhasabah diri nampaknya niat itu telah diperbetulkan. “Saya muhasabah diri. Baik jangan kahwin dulu jika belum bersedia kerana perkahwinan adalah fasa kehidupan yang lebih mencabar, selain membabitkan tanggungjawab yang besar. Ia bukan perkara boleh dibuat main-main. Kalau boleh, biarlah berkahwin sekali seumur hidup” "Saya mahu mencari duit sebanyak yang boleh. Apabila semua impian saya tercapai, barulah boleh fikirkan soal kahwin," tambahnya lagi yang baru sahaja pulang dari Amerika Syarikat selepas menamatkan kursus lakonan di sana. Jika sampai jodoh dan serunya, tidak menunggu berapa banyak duit dalam poket ye tidak? Apa pun, selamat ulangtahun kelahiran ke 25 Neelofa. Semoga terus sukses. (rtky/m) ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.500) Posted: 11 Feb 2014 08:29 AM PST VIDEO HARI INI: Pertama kali kami dengar tentang kedai kopi baru ini, kami ingatkan ianya hanya parodi namun ternyata ia perniagaan parodi yang sah di sisi undang undang. Sila buka Dumb Starbucks di Malaysia. Kami tunggu. Kedua dua mereka agak baru kembali menjalani kehidupan solo dan baru baru ini Liam Hemsworth & Nina Dobrev dilihat keluar bersama disamping rakan rakan lain dan menimbulkan spekulasi mereka bercinta. – Just Jared Bakal bernikah kurang sebulan dari sekarang, Puteri Sarah Liyana mengakui tidak tertekan untuk bergelar isteri kepada Syamsul Yusof dan turut berkata yang persiapan perkahwinan sudah selesai 60% sehingga hari ini. – Utusan Malaysia Joseph Gordon-Levitt dan Seth Rogen akan kembali berganding dalam filem bertemakan perayaan Krismas tahun ini selepas kerjasama mereka pada 2011 untuk 50/50 dan bakal ada pelakon popular ketiga yang bakal menyertai mereka. – Vulture Keghairahan para peminat untuk melihat kumpulan ini kembali aktif dengan lagu baru kini bermula selepas Girls' Generation (SNSD) kongsikan sebuah teaser untuk lagu terbaru mereka Mr.Mr. yang akan keluar pada 19 Februari ini. – Soompi Pernah bergelar bintang kanak kanak paling ikonik dan bergelar superstar sekitar 1930′an, Shirley Temple telah pergi meninggalkan kita semua pada 10 Februari lalu pada umur 85 tahun di samping ahli keluarga & orang tersayang. – US Magazine |
You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.