RotiKaya |
- Isu Sekedudukan: Zizan Razak Maafkan Jiran Yang Fitnah Dirinya & Emma
- Tasha Shilla Nafi Cium Kekasih Di Khalayak Ramai
- Nafi Putus Cinta, Adira Padam Gambar Kekasih Bersebab
- Kusinero Cinta Gandingkan Tiz Zaqyah, Jericho Rosales & Aaron Aziz
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.499)
Isu Sekedudukan: Zizan Razak Maafkan Jiran Yang Fitnah Dirinya & Emma Posted: 10 Feb 2014 05:28 PM PST Baru baru ini, heboh di kalangan peminat dunia hiburan tentang khabarnya Zizan Razak & Emma Maembong tinggal bersama namun kedua dua selebriti ini tidak lari dari menjawab persoalan media — dan menafikan segalanya. Emma Maembong sendiri mengakui yang beliau ada berkunjung ke rumah Zizan Razak namun ianya adalah atas urusan kerja dan pelawak itu sendiri tidak tinggal berseorangan. BACA: Emma Maembong Tidak Nafi Ada Berkunjung Ke Rumah Zizan Razak Dalam video temubual selepas berjaya memenangi beberapa anugerah di malam Anugerah MeleTOP Era (AME) hujung minggu lalu, Zizan Razak sekali lagi diajukan soalan tentang perkara ini untuk para pembaca semua. (rtky/hmz) |
Tasha Shilla Nafi Cium Kekasih Di Khalayak Ramai Posted: 10 Feb 2014 04:55 PM PST Dejavu sungguh kami rasa ketika ini. Genap sebulan yang lalu, kisah yang sama tentang Tasha Shilla mendapat perhatian para peminat dan khabarnya perkara sama berulang di malam Anugerah MeleTOP Era (AME) hujung minggu lalu. BACA: Tasha Shilla Nafi Bercumbu Di Khalayak Ramai, Tidak Masuk Akal Harian Metro mendakwa mereka ada menerima e-mail dari beberapa orang pembaca yang mengatakan mereka melihat Tasha Shilla dan kekasihnya, Han bercumbuan di khalayak ramai ketika menonton AME di Stadium Putra Bukit Jalil. Menjawab dakwaan tersebut, Tasha Shilla sekali lagi berkata beliau masih waras dan rasional untuk melakukan perbuatan tidak sopan itu secara terbuka seperti didakwa. “Saya ini masih waras dan sensitif lagilah untuk buat benda macam itu. Takkanlah di acara macam itu dan depan khalayak pula saya nak buat begitu Cukup-cukuplah (menuduh). Susah kalau orang mulut tempayan memang payah nak tutup, ada saja benda nak ditimbulkan” Jurukamera majlis anugerah selepas ini sudah tahu sasaran mereka, jangan hampakan kami semua. Dalam perkembangan lain, punggung Tasha Shilla asli. (rtky/m) ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Nafi Putus Cinta, Adira Padam Gambar Kekasih Bersebab Posted: 10 Feb 2014 04:23 PM PST Peminat dunia hiburan kita memang teliti akan aktiviti selebriti kesayangan mereka, apa pun yang berlaku di dunia nyata dan dunia maya berada di bawah kuku jari mereka. Anda semualah, terima kasih. Terbaru, tindakan Adira AF membuang semua gambar teman lelakinya di akaun Instagram miliknya menimbulkan tanda tanya sama ada hubungan mereka berdua sudah berakhir — gosip bersama Lana Nordin turut menyumbang kepada spekulasi. BACA: Lana Nordin Akui Kini Sedang Bercinta, Bukan Dengan Bekas Kekasih Adira Bercakap kepada Kosmo! berkaitan tanda tanya peminat, Adira AF berkata yang hubungan beliau bersama Presiden Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia, Shahrul Nasrun Kamarudin masih seperti biasa dan baik. “Saya buang gambar dia sebab komen-komen negatif daripada golongan pembenci (haters). Saya mahu mengelak daripada ia menjadi lebih buruk. Disebabkan itu, saya terpaksa memadam gambar tersebut. Bagaimanapun, masih terdapat beberapa gambar Shahrul yang tidak dipadamkan,” jelas Adira AF ringkas. Penyanyi ini juga berkata yang beliau bakal melancarkan album pertama pada penghujung Februari ini selepas ianya mengambil masa dua tahun untuk disiapkan. Album pertama, akhirnya. |
Kusinero Cinta Gandingkan Tiz Zaqyah, Jericho Rosales & Aaron Aziz Posted: 10 Feb 2014 09:58 AM PST Kalau anda mengikuti akaun Instagram pelakon Tiz Zaqyah, pastinya anda akan perasan yang selebriti itu kini berada di Filipina dan pada awalnya kami menyangka beliau pergi untuk bercuti — rupanya ada agenda lebih baik. Tiz Zaqyah kini berada di Manila, Filipina untuk menjalani penggambaran drama TV 60 episod berjudul Kusinero Cinta yang bakal disiarkan di Astro sekitar Mei 2014 nanti. Drama Kusinero Cinta ini turut menampilkan pelakon lelaki popular Filipina, Jericho Rosales dan juga hero kelahiran Singapura, Aaron Aziz bergandingan dengan Tiz Zaqyah sebagai trio teraju utama — dan bakal menggantikan Bukan Kerana Aku Tak Cinta. Tidak banyak maklumat lanjut tentang drama terbaru ini dalam pengetahuan kami ketika ini tetapi beberapa keping gambar di sebalik tabir pembikinan drama ini sudah dikongsikan oleh para pelakon & krew penggambaran. So, enjoice! (rtky/m) ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.499) Posted: 10 Feb 2014 08:15 AM PST VIDEO HARI INI: Kreatif sungguh artis Youtube bernama Sam Tsui ini gabungkan dua lagu hits ketika ini yang membawakan tema yang sama Let It Go dari filem Frozen dan Let Her Go dendangan asal Passenger. Dengarkan. Tidak salah kalau kami katakan yang dunia tenis wanita seakan tidak sama tanpa klibat beliau namun risau jangan, Anna Kournikova kembali tampil seksi melalui sebuah majalah terbaru untuk tatapan anda semua. – Hollywood Tuna Nampaknya Jennifer Aniston akan berlakon membawakan watak serius melalui filem Cake yang bakal diterbit berdasarkan skrip Black List oleh Patrick Tobin dan merupakan filem usahasama syarikat dari USA dan juga China. – Vulture Duo pereka fesyen terkenal, Wanpa menafikan yang baju dipakai oleh Neelofa ketika malam Anugerah MeleTOP Era direka oleh mereka dan mendakwa mereka hanya menolong pengacara itu memakai pakaian itu di belakang pentas atas dasar persahabatan. – GUA Penyanyi Marc Anthony dan (bekas) teman wanitanya, Chloe Green telah dilaporkan putus cinta selepas bersama selama setahun dan sumber terdekat menyebut jadual kerja masing masing yang sibuk sebagai punca. – US Magazine Seorang lagi ahli kumpulan SHINee akan menyertai program We Got Married namun untuk kali ini, Key akan menyertai We Got Married Global Edition musim kedua yang menyasarkan penonton global (obviously). – Soompi |
You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.