RotiKaya |
- Anuar Zain Akui Sudah Puas Mencari Cinta
- Sharifah Sakinah Buka Pusat Kecergasan?
- Apex Bergelar Bapa, Leuniey Natasha Selamat Lahirkan Bayi Perempuan
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.494)
- Filem Minggu Ini: Robocop
- Raja Ema Sudah Lali Dengan Tohmahan Orang
- Forteen Anjurkan Konsert KITA 20FORTEEN Untuk Hargai Sokongan Peminat
Anuar Zain Akui Sudah Puas Mencari Cinta Posted: 03 Feb 2014 03:50 PM PST Pada usia 44 tahun pastinya jejaka yang masih kekal kacak ini tidak dapat lari dari soalan berkaitan pasangan hidup dan dalam temubual terbaru bersama media, Anuar Zain mengakui yang beliau sudah puas mencari cinta. Bukannya tidak pernah mencuba, Anuar Zain berkata yang beliau sebelum ini pernah berkawan rapat dan menyukai beberapa orang wanita yang dianggap sebagai istimewa dalam hidupnya namun semuanya berakhir dengan kekecewaan. BACA: Tiket Persembahan Minggu Setiausaha Anuar Zain Kini Cecah RM1,380 “Jadi, sekarang saya hanya berserah dengan ketentuan takdir. Sesiapa sahaja yang diketemukan selepas ini dan tertulis bahawa wanita itu jodoh saya, saya terima dengan hati yang terbuka. Doakanlah kebahagian saya dengan sesiapa sahaja yang bakal menjadi pilihan hati nanti” “Cuma kalau mengikut kemahuan diri, saya lebih gemar berkawan terlebih dahulu dengan bakal pasangan sehidup semati saya. Tidak mahu satu perhubungan yang terburu-buru,” ujarnya. Anuar Zain juga menambah yang beliau tidak kisah jika jodohnya diaturkan oleh keluarga namun sehingga hari ini keluarga beliau tidak memaksa dan memahami dirinya. (rtky/m) |
Sharifah Sakinah Buka Pusat Kecergasan? Posted: 03 Feb 2014 03:37 PM PST Pelakon, Sharifah Sakinah yang kini kelihatan semakin langsing dan fit telah mengadakan sesi latihan senaman di perkarangan KLCC bersama-sama peminat ketika hari yang dia tidak menghadiri sebarang penggambaran. Katanya, hobi itu adalah sekadar suka-suka tetapi nampaknya ada yang berminat untuk mengikutinya sejak beberapa minggu yang lalu. "Sebenarnya sebelum ini saya ada jogging, dan membuat senaman aktiviti riadah yang lain di perkarangan padang yang luas di KLCC itu. Tetapi sejak kebelakangan itu, ramai pula peminat-peminat yang mengikuti apa yang saya buat di situ” BACA: Marsha, Sharifah Sakinah Bakal Bintangi Program Realiti Ala Kim Kardashian “Jadi saya pun tidak kisah, lagi ramai lagi bagus, tetapi saya kenakan bayaran sebanyak RM20 setiap seorang kerana ini adalah kos seperti bayaran tempat letak kereta di KLCC yang agak mahal berbanding di tempat-tempat lain. Bayaran itu rasanya amatlah berpatutan sekali kerana mereka semua dapat gift seperti t-shirt dan barangan yang lain," katanya penuh teruja. Minatnya dalam aktiviti senaman ini membuatkan dia lebih segar dan nampak berkeyakinan dalam setiap aktiviti yang dilakukannya. Selain itu, telatahnya yang sentiasa membuatkan orang tidak kering gusi apabila munculnya dia dalam sesebuah drama atau telemovie, dan disebabkan itu juga dia dikatakan generasi pelapis yang bakal menggantikan aktres lawak seperti Didie Alias. "Saya masih baru lagi dalam bidang ini, kak Didie dah lama dan banyak pengalaman dalam industri berbanding saya ini. Cuma apa yang saya boleh katakan di sini bahawa saya sangat selesa berlakon dalam genre komedi kerana saya gemarkan watak sebegitu dan rasanya tidak ramai pelakon-pelakon baru seangkatan saya yang berlakon dalam watak komedi dan bagi saya inilah masa untuk saya tonjolkan diri dalam watak saya tersendiri," katanya semasa ditemui di pelancaran Royal Slim Lishuo Magic & Royal Detox Platinum di Shah Alam. (rtky/hfz) ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Apex Bergelar Bapa, Leuniey Natasha Selamat Lahirkan Bayi Perempuan Posted: 03 Feb 2014 09:26 AM PST Pemain bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex hari ini selamat bergelar bapa selepas isterinya Leuniey Natasha selamat melahirkan seorang bayi perempuan sekitar jam 3.00 petang tadi di Kota Bahru, Kelantan. Leuniey Natasha selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka seberat 2.75 kilogram di Hospital Pakar Perdana, Kota Bahru selepas dimasukkan ke hospital itu, awal pagi tadi. "Alhamdulillah, Leuniey dan bayi perempuan yang belum diberi nama berada dalam keadaan sihat," ujar ibu Leuniey, Nor Laila Abu Bakar yang dihubungi Sinar Harian. Tahniah buat Apex dan Leuniey Natasha sekeluarga atas kehadiran orang baru dalam hidup mereka, semoga menjadi penyeri hidup. (rtky/m) |
Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.494) Posted: 03 Feb 2014 08:13 AM PST VIDEO HARI INI: Ini merupakan trailer terbaru untuk filem sekuel The Amazing Spider-Man 2 yang menampilkan Electro sebagai musuh dan filem ini akan ke pawagam sekitar Mei 2014. Pelakon popular, Remy Ishak berkata yang beliau kini akan lebih memilih atau pun selektif terhadap filem dan drama yang bakal dilakonkan di masa hadapan sesuai dengan kematangan dirinya dalam industri hiburan. – Murai Tampil berbogel sebagai penghias muka hadapan majalah W terbaru, Miley Cyrus berkata yang lambakan media sosial kini membuatkan semua orang mahu bertindak sebagai paparazzi dan itu sesuatu yang menakutkan. – Just Jared Pengarah filem Hollywood, Woody Allen berkata dakwaan yang beliau melakukan gangguan seksual oleh anak angkatnya Dylan Farrow ketika berusia 7 tahun sebagai sesuatu yang memalukan selain menafikan semuanya. – BBC News Pelakon remaja Korea berusia 13 tahun, Kim Sae Ron baru baru ini menjadi perhatian ramai selepas gambar beliau menghisap rokok dan minum minuman keras tersebar namun gadis itu menafikan perkara itu & menganggap ianya satu fitnah. – Soompi Persembahan separuh masa Bruno Mars di perlawanan Super Bowl XLVII hujung minggu lalu mendapat reaksi positif dari ramai peminat yang terpesona dengan bakat penyanyi itu, dan tariannya oh sangat hebat. – Huffington Post |
Posted: 03 Feb 2014 03:48 AM PST RoboCop (2014) ialah sebuah filem aksi fiksyen sains yang dibikin semula atau 'reboot' berdasarkan kisah filem asalnya RoboCop (1987). Kali ini ia diarahkan oleh José Padilha yang terkenal dengan filem-filem aksi terbitan negara Brazil iaitu Elite Squad (2007) dan Elite Squad: The Enemy Within (2010). Manakala watak utama Alex Murphy/RoboCop dilakonkan oleh Joel Kinnaman, seorang bintang filem kelahiran Sweden yang semakin popular selepas lakonan mantapnya dalam filem Easy Money (2010). Filem kali ini masih mengekalkan beberapa plot asas sahaja dari filem 1987 dahulu mengenai syarikat OmniCorp yang mencipta 'cyborg' iaitu kacukan robot dan manusia yang dinamakan 'RoboCop'. Di samping itu, hanya nama watak Alex Murphy yang dikekalkan, manakala nama watak rakan sejawatan polisnya ditukar dari Anne Lewis, wanita kulit putih kepada Jack Lewis, lelaki kulit hitam. Tidak boleh tidak, filem ini sudah tentu akan dibandingkan dengan filem asalnya. Namun begitu, saya berpendapat bahawa filem kali ini mampu berdikari sendiri sebagai sebuah filem aksi yang bagus. Kisahnya bermula dalam sebuah rancangan bual bicara televisyen yang dihoskan oleh Patrick 'Pat' Novak (Samuel L. Jackson) yang memberikan latar di tahun 2028 dimana syarikat OmniCorp telah berjaya mencipta robot Enforcement Droid Series 29 (ED-29) untuk mengenalpasti dan menangkap pengganas di Tehran. Pat Novak menyoalkan kenapa polisi kerajaan meluluskan teknologi robot perang di luar Amerika sahaja hanya kerana risaukan sesebuah robot tanpa perasaan akan membahayakan keselamatan orang awam. Persoalan itulah yang dimanipulasikan oleh CEO OmniCorp, Raymond Sellars (Michael Keaton) yang mencadangkan kepada ketua saintis di syarikatnya iaitu Dr. Dennett Norton (Gary Oldman) untuk mencipta 'RoboCop'. Tetapi waktu itu tiada calon manusia yang sesuai untuk dijadikan ujikaji. Sementara itu di balai polis Detroit, Alex Murphy sedang membuat laporan kepada ketuanya Karen Dean (Marianne Jean-Baptiste) dengan mengatakan bahawa ada konspirasi dalaman pasukan polis dengan penjenayah Antoine Vallon (Patrick Garrow) sehingga menyebabkan rakan setugasnya Jack Lewis (Michael K. Williams) tercedera semasa dalam satu misi polis. Dek kerana kelantangan kritikan oleh Murphy, dia telah disabotaj melalui cubaan dibunuh dengan meletupkan kereta miliknya. Murphy cedera parah dan tinggal nyawa-nyawa ikan. Setelah mendapat restu dan kebenaran dari isteri Murphy, lantas OmniCorp mengambil kesempatan untuk menggunakan sebahagian anggota tubuh badan Murphy yang masih berfungsi bagi tujuan merekacipta 'RoboCop' yang pertama. Filem ini dikembangkan dengan pemaparan langkah-langkah gabungan biologi Murphy yang dilengkapkan dengan sebahagian besar anggota robot bersenjata moden oleh Dr. Dennett Norton dan pembantunya, Jae Kim (Aimee Garcia). Di samping itu, filem RoboCop kali ini menyorot ke dalam penceritaan keluarga Murphy iaitu isterinya Clara Murphy (Abbie Cornish) dan anaknya David Murphy (John Paul Ruttan) untuk mencetuskan konflik perebutan pemilikan Murphy setelah dijadikan RoboCop di antara keluarganya dengan OmniCorp. RoboCop (2014) masih mengekalkan banyak ranting plot berbaur politik dan ketamakan kekayaan korporat OmniCorp seperti RoboCop (1987) walaupun tidak menekap sepenuhnya. Raymond Sellars digambarkan sebagai CEO yang lebih mementingkan keuntungan maksima syarikatnya dengan anggapan bahawa Murphy/RoboCop hanyalah komoditi atau produk berjenama sahaja tanpa perlu dipedulikan asal kemanusiaannya. Namun begitu, fahaman Raymond ditentang oleh pekerjanya sendiri, Dr. Dennett Norton. Dalam filem kali ini, bukan OmniCorp yang bersekongkol dengan penjenayah, sebaliknya dalam pasukan polis Detroit yang ada pengkhianat. Sifat dengki-mendengki juga berlaku dalam OmniCorp sendiri dimana watak Rick Mattox (Jackie Earle Haley) sentiasa memandang rendah kemampuan RoboCop berbanding robot-robot peliharaannya. Filem ini juga begitu kuat sindiran propaganda Amerika sebagai 'hero dunia' kerana kononnya dengan penciptaan robot-robot ED-29 mampu menjimatkan nyawa askarnya untuk berjuang di medan perang untuk mengamankan seluruh dunia. Tetapi betapa hipokritnya ahli politik Senator Dreyfuss (Zach Grenier) menentang penggunaan ED-29 di tanahair mereka sendiri. Ucapan penutup filem ini oleh Pat Novac dalam program tv 'The Novak Element' menyerlahkan betapa angkuhnya OmniCorp/Amerika dengan kehebatan teknologi robot itu. Kelebihan pembikinan semula filem RoboCop ini ialah bantuan teknologi imej janaan komputer (CGI) dan rekaan kostumnya yang dimodenkan serta berwarna hitam untuk kelihatan lebih hebat. Walaupun ciri-ciri kostum RoboCop mirip gabungan Batman Begins (2005) dan kostum watak Snake Eyes dari filem G.I. Joe: Retaliation (2013) tetapi ia masih kelihatan menarik serta pasti menjadi kegilaan kanak-kanak untuk membeli patungnya di pasaraya nanti. Oh jangan lupa, ia juga dilengkapi dengan topi keledar dan motorsikal yang lebih 'stylish' ya! RoboCop ialah filem francais yang sudah sedia ada popular. Target utama sudah tentu peminat tegarnya serta pasaran permainan video yang menyusul bersama filemnya. Pengarahan sekuen aksi pantas dengan tangkapan kamera jarak dekat dan bergegar menjadi pilihan pengarahnya José Padilha untuk memberikan kepuasan klimak kepada penonton seolah-olah berada dalam situasi genting bersama Murphy/RoboCop. Babak-babak pertempuran taktikal berkomputer sememangnya dalam 'mode' visual seperti permainan video yang mengujakan, cuma penonton tidak memegang alat kawalan permainan video sahaja. Dari sudut lakonan, filem ini berbaloi melaburkan bajetnya untuk dibarisi pelakon-pelakon yang bagus seperti Samuel L. Jackson, Michael Keaton dan Gary Oldman. Watak utamanya, Alex Murphy oleh Joel Kinnaman sebahagian besarnya seolah terperangkap dalam kostum RoboCop yang ketat, menyebabkan dia lebih bergantung kepada ekpresi wajah yang terhad. Itu pun seringkali mukanya ditutup oleh visor topi keledar! KESIMPULANRoboCop (2014) bukan filem adiwira yang terhasil dari komik, tetapi ia contoh filem Hollywood yang cuba mencadangkan dunia fiksyen sains yang mungkin bakal jadi kenyataan di masa akan datang. Walaupun ia disaluti cerita pertempuran robot besi keras berteknologi tinggi, namun ia masih ada kisah sisi lembut kemanusiaan di sebaliknya. Saya suka dan berikan 4 BIJI ROTIKAYA. |
Raja Ema Sudah Lali Dengan Tohmahan Orang Posted: 03 Feb 2014 03:23 AM PST Pelakon dan penyanyi Raja Ema sudah lali dengan segala tohmahan yang telah dilemparkan kepadanya selepas dia muncul untuk membuat comeback selepas berbelas tahun menyepikan diri daripada industri hiburan tanah air. "Mungkin orang tak faham apa yang saya cuba buat ini. Dunia seni tidak terbatas dengan perbezaan umur. Lagipun rezeki saya nk buat 'comeback' di usia sebegini rasanya tidak salah kerana saya buat benda yang memang saya minat seperti berlakon dan menyanyi” "Sudah diberi peluang takkan kita hendak menolak rezeki. Ini semua untuk anak-anak saya. Saya buat benda yang betul dan tak pernah untuk memusuhi sesiapa pun. Biarlah orang nak kata apa pun, saya tidak kisah kerana saya tahu apa yang saya buat," katanya. Bercerita mengenai kehidupannya, Raja Ema yang mempunyai dua orang anak iaitu, Amar (19) dan Al-Kashah (17) telah menjelaskan bahawa kedua-dua orang anaknya itu tidak mewarisi bakat yang ada pada dirinya dan dia agak sedih kerana mereka tidak meminati seni. "Anak-anak saya kedua-duanya masih belajar dan mereka tidak ada sesiapa pun yang ada bakat dan agak sedih kerana saya mahu juga, sedikit untuk mereka belajar seni lakonan, muzik dan sebagainya. Tetapi rasanya itu mustahil kerana mereka tidak meminatinya," katanya. Sementara itu, Raja Ema yang dilantik menjadi duta kepada produk Royal Detox Platinum telah memberitahu bahawa ini merupakan kali ketiga dia menjadi duta selepas pembabitannya dalam dunia seni sekitar usianya 20′an. "Sebelum ini pernah menjadi duta kepada Lux dan EON masa saya berumur 20′an dan sekarang ini duta kepada produk Royal Detox Platinum yang begitu berkesan dan alhamdulillah produk ini membantu saya untuk lebih kelihatan bertenaga, menarik dan langsing apabila berada di lokasi penggambaran," katanya mengakhiri perbualan. (rtky/hfz) ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Forteen Anjurkan Konsert KITA 20FORTEEN Untuk Hargai Sokongan Peminat Posted: 03 Feb 2014 02:58 AM PST Genap tiga tahun berada dalam industri hiburan dan berjaya menempa nama tersendiri dalam dunia muzik tanah air, Forteen yang dianggotai 4 jejaka berbakat besar Izzue, Ariz, One & Ameer kini tampil dengan sebuah konsert penghargaan buat para peminat. Forteen mula mendapat perhatian ramai pada tahun 2011 dengan lagu berhantu mereka berjudul Berdua Bersatu sehingga tercalon dalam Top 5 Artis Duo/Kumpulan ABPBH tahun itu dan kembali dengan Seperti Dulu selepas kejayaan pertama. Industri muzik seakan merestui perjalanan seni kumpulan ini apabila mereka dinobatkan sebagai Vokal Berkumpulan Terbaik AIM 19 tahun 2012 dan single ketiga berjudul Kita berjaya tercalon ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 28 dan Top 5 Vokal Berkumpulan Terbaik AIM 20. Dengan kejayaan demi kejayaan yang diraih oleh Forteen & bagi menghargai kesetiaan peminat yang sentiasa menyokong dan untuk menampilkan bakat Forteen, KRU Music akan menganjurkan Konsert KITA 20FORTEEN yang bakal berlangsung pada 29 Mac 2014. Konsert ini akan mengambil tempat di KL Live, Jalan Sultan Ismail & bermula pada jam 5 petang sehingga 7 petang. Konsert selama 2 jam ini akan menggunakan live band bagi memantapkan lagi persembahan selain akan diselangseli dengan gimik dan kejutan yang bakal diketahui pada hari konsert tersebut. Sebanyak 15 buah lagu bakal dipersembahkan oleh Forteen pada konsert itu dan peminat boleh mendapatkan tiket yang berharga RM80 sahaja. Penjualan tiket konsert ini telah dijalankan dan boleh didapati di talian hotline United Studios 03-83201888, KL Live 03-21622570/71/72 dan di Redbox Ria 03-21457788. Maklumat lanjut di facebook.com/officialforteen. Rotikaya.com adalah portal rasmi untuk konsert ini. |
You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.