RotiKaya

RotiKaya


Lagu Duet Nyanyian Yuna Ke Pencalonan Awal Oscar

Posted: 06 Jan 2014 06:03 PM PST

Walaupun ini hanya pencalonan awal dan bersaing dengan 74 buah lagu lain, ini merupakan sesuatu yang boleh dibanggakan oleh penyanyi tempatan yang giat mencipta nama di Amerika Syarikat ketika ini, Yuna.

Lagu dendangan Yuna bersama kumpulan Owl City berjudul Shine Your Way yang juga merupakan runut bunyi (soundtrack) untuk filem animasi Hollywood telah berjaya disenaraikan untuk pencalonan awal anugerah Oscar.

Tidak meletakkan harapan tinggi untuk lagu duet beliau itu tersenarai dalam 5 pencalonan teratas dalam anugerah berprestij itu, Yuna tetap gembira dan teruja dengan pemilihan lagu tersebut ke anugerah Oscar ke 86.

“Harapan saya, dapat terus menyumbang lebih banyak lagi bakat saya dalam filem akan datang, tidak kira di Hollywood atau di Malaysia,” ujar Yuna kepada Berita Harian hari ini.

Dalam perkembangan terbaru, Yuna juga telah dipilih untuk menyanyikan lagu tema bersempena Tahun Melawat Malaysia 2014 dan beliau mengganggap itu sebagai satu sumbangannya kepada negara dan satu penghargaan buat dirinya. (rtky/m)

Dato’ Siti Nurhaliza Rancang Bawa SimplySiti Ke Bursa Malaysia

Posted: 06 Jan 2014 05:13 PM PST

Jenama kecantikan milik Siti Nurhaliza, SimplySiti memang tidak perlu diperkenalkan lagi selepas dilancarkan tiga tahun lalu kerana ianya popular di kalangan penggemar kecantikan di Malaysia — malah produk SimplySiti kini sudah pun menembusi pasaran Timur Tengah.

Dek kerana kejayaan tersebut, Dato’ Siti Nurhaliza merancang untuk membawa SimplySiti Sdn Bhd selangkah ke hadapan dengan menyenaraikan syarikatnya itu ke Bursa Malaysia tidak lama lagi.

“Alhamdulillah, SimplySiti semakin berkembang. Saya target nak pastikan SimplySiti dapat masuk ke Bursa Saham. Saya tahu semua itu memakan masa dan perlukan strategi dan usaha yang lebih gigih daripada kami. Tapi saya yakin, ia tak mustahil,” ujarnya.

Penyanyi ini berkata demikian ketika majlis sidang media konsert amal Dato’ Siti Nurhaliza Live in KLCC: Where the Heart Is yang menyasarkan kutipan dana sebanyak RM4 juta untuk membantu golongan memerlukan. Maklumat lanjut di www.simplysiti.com.my. (rtky/m)

#84 Siti Nurhaliza Rancang Senarai SimplySiti Ke Bursa Malaysia - ROTIKAYA #85 Siti Nurhaliza Rancang Senarai SimplySiti Ke Bursa Malaysia - ROTIKAYA #86 Siti Nurhaliza Rancang Senarai SimplySiti Ke Bursa Malaysia - ROTIKAYA #87 Siti Nurhaliza Rancang Senarai SimplySiti Ke Bursa Malaysia - ROTIKAYA #88 Siti Nurhaliza Rancang Senarai SimplySiti Ke Bursa Malaysia - ROTIKAYA #89 Siti Nurhaliza Rancang Senarai SimplySiti Ke Bursa Malaysia - ROTIKAYA #90 Siti Nurhaliza Rancang Senarai SimplySiti Ke Bursa Malaysia - ROTIKAYA #91 Siti Nurhaliza Rancang Senarai SimplySiti Ke Bursa Malaysia - ROTIKAYA #92 Siti Nurhaliza Rancang Senarai SimplySiti Ke Bursa Malaysia - ROTIKAYA

Nad Zainal Nafi Taja Kekasih

Posted: 06 Jan 2014 04:40 PM PST

“Apa orang nampak saya ini kaya dan berduit sangat ke sampai nak taja kekasih pula? Saya nak tanggung belanja diri sendiri pun tak lepas, apa lagi nak taja orang lain,” ujar Nad Zainal sebagai respons yang menyatakan beliau menaja kehidupan kekasihnya.

Dakwaan Nad Zainal menaja kekasihnya, Azwan Kombos ini timbul selepas orang ramai melihat kerjaya jejaka itu yang juga seorang selebriti seperti tidak menentu.

Nad Zainal menjelaskan yang kekasihnya itu masih aktif berlakon dan banyak lagi filem juga drama beliau masih belum dikeluarkan.

“Orang bukan tahu pun latar belakang kewangan dia tapi main cakap saja. Saya kasihan pada dia tetapi tak apalah, selagi saya boleh jelaskan saya akan bercakap sebab benda itu tak betul,” tambahnya lagi yang menganggap semua ini lumrah. (rtky/m)

#78 Nad Zainal Nafi Taja Kekasih - ROTIKAYA #79 Nad Zainal Nafi Taja Kekasih - ROTIKAYA #80 Nad Zainal Nafi Taja Kekasih - ROTIKAYA #81 Nad Zainal Nafi Taja Kekasih - ROTIKAYA #82 Nad Zainal Nafi Taja Kekasih - ROTIKAYA #83 Nad Zainal Nafi Taja Kekasih - ROTIKAYA

Google Raikan Ulang Tahun Kelahiran Yasmin Ahmad

Posted: 06 Jan 2014 11:28 AM PST

Ini sesuatu yang bagus, Google. Jika anda buka muka hadapan Google sepanjang hari ini, anda akan melihat doodle terbaru yang awesome dari Google sebagai mengingati ulang tahun kelahiran Yasmin Ahmad yang jatuh pada 7 Januari.

Yasmin Ahmad yang lahir pada tahun 1958 merupakan seorang sutradara, penulis lakon layar dan kolumnis di Malaysia. Anak seni berbakat besar kelahiran Muar, Johor ini berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Psikologi dari Universiti Newcastle, United Kingdom dan telah pergi meninggalkan kita semua pada 25 Julai 2009. al-Fatihah. (rtky/m)

Kemuka Bukti Kes Khalwat — Neelofa Sangkal Dakwaan Ke Luar Negara Kerana Lari

Posted: 06 Jan 2014 10:21 AM PST

Kasihan pula kami lihat Neelofa yang masih terpaksa menjawab persoalan ramai pihak tentang isu tangkapan khalwat yang tidak wujud dek kerana ramai yang tidak percaya.

BACA: Neelofa Nafi Kena Tangkap Khalwat, Dakwaan Jahat Jatuhkan Maruah

Terbaru melalui Instagram, Neelofa mengirimkan bukti pembelian tiket penerbangan ke luar negara yang telah disahkan & dibeli jauh lebih awal dari tarikh beliau didakwa ditangkap khalwat iaitu pada 26 Disember 2013. Untuk mereka yang masih tidak percaya.

“Untuk mereka yang menganggap yang kononnya saya lari selepas dituduh dengan fitnah kes khalwat pada 26 Disember 2013. Ini adalah receipt saya yang ada tertera ISSUE DATE: 18Dec2013 TIME: 12.37pm,” tulis Neelofa semalam.

Neelofa turut menepis dakwaan yang kononnya beliau terbang ke luar negara untuk melarikan diri selepas tangkapan khalwat beliau dan berkata kisah beliau mahu menyambung pelajaran sudah diketahui sejak Oktober lalu.

“Dan sekali lagi, kalau betul saya terlibat dengan tuduhan yang tak masuk akal itu, pastinya saya tidak dapat ke luar negara dan harus ditahan untuk selesaikan kes tersebut. Bagi mereka yang memang mengikuti perjalanan kerjaya saya, cerita tentang saya mengambil short course in acting di New York Film Academy – LA campus dah mula keluar dari bulan October”

Okay selesai, puas hati? Sekarang kita layan saat saat awal Neelofa berada di Amerika Syarikat untuk memulakan pengajian pendek beliau dalam bidang lakonan. (rtky/m)

#64 Kemuka Bukti, Neelofa Tepis Dakwaan Ke Luar Negara Kerana Lari - ROTIKAYA #65 Kemuka Bukti, Neelofa Tepis Dakwaan Ke Luar Negara Kerana Lari - ROTIKAYA #66 Kemuka Bukti, Neelofa Tepis Dakwaan Ke Luar Negara Kerana Lari - ROTIKAYA #67 Kemuka Bukti, Neelofa Tepis Dakwaan Ke Luar Negara Kerana Lari - ROTIKAYA #68 Kemuka Bukti, Neelofa Tepis Dakwaan Ke Luar Negara Kerana Lari - ROTIKAYA #69 Kemuka Bukti, Neelofa Tepis Dakwaan Ke Luar Negara Kerana Lari - ROTIKAYA #70 Kemuka Bukti, Neelofa Tepis Dakwaan Ke Luar Negara Kerana Lari - ROTIKAYA #71 Kemuka Bukti, Neelofa Tepis Dakwaan Ke Luar Negara Kerana Lari - ROTIKAYA #72 Kemuka Bukti, Neelofa Tepis Dakwaan Ke Luar Negara Kerana Lari - ROTIKAYA #73 Kemuka Bukti, Neelofa Tepis Dakwaan Ke Luar Negara Kerana Lari - ROTIKAYA #74 Kemuka Bukti, Neelofa Tepis Dakwaan Ke Luar Negara Kerana Lari - ROTIKAYA #75 Kemuka Bukti, Neelofa Tepis Dakwaan Ke Luar Negara Kerana Lari - ROTIKAYA #76 Kemuka Bukti, Neelofa Tepis Dakwaan Ke Luar Negara Kerana Lari - ROTIKAYA #77 Kemuka Bukti, Neelofa Tepis Dakwaan Ke Luar Negara Kerana Lari - ROTIKAYA

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.481)

Posted: 06 Jan 2014 08:29 AM PST

VIDEO HARI INI: Lelaki ini menunjukkan yang diet permakanan dengan hanya menu McDonald’s untuk 90 boleh membantu menurunkan berat badan. Hmm.

Lagi tentang kejayaan individu kuruskan badan, Kim Kardashian kongsikan sekeping foto dirinya yang kini lebih langsing dan bertenaga walaupun baru sahaja bersalin. – Just Jared

Pelakon yang sering popular menerusi filem aksi, Steven Seagal kini dalam pertimbangan untuk memasuki bidang politik dan bertanding jawatan gabenor Arizona. – Huff. Post

Shila Amzah sekali lagi naik angin di media sosial apabila satu akaun palsu di laman Facebook memuatnaik gambar dirinya mengenakan busana pengantin dan pemilik akaun palsu itu gunakan status sudah berkahwin sekaligus mengundang reaksi peminat. – Sinar Harian

Jumlah kutipan tiket wayang di United Kingdom menurun buat pertama kali dalam sepuluh tahun dengan hanya mengaut £1.17 billion dan ini juga kejatuhan terbesar dalam 20 tahun. – THR

Filem Hollywood lakonan Leornado DiCaprio & arahan Martin Scorsese, Wolf of Wall Street tidak akan menjengah pawagam Malaysia kerana pengedar percaya ianya tidak melepasi tapisan filem tempatan. FYI, filem ini dibiayai syarikat milik orang Malaysia. – Cinema.com.my

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...