RotiKaya

RotiKaya


Diana Danielle Dan Farid Kamil Bawa Anak Jumpa David Teo

Posted: 05 Jan 2014 04:31 PM PST

Walaupun sebelum ini Farid Kamil dan Diana Danielle berkata yang mereka bakal mendedahkan identiti anak mereka menerusi satu program khas di televisyen, nampaknya peminat kini tidak lagi perlu menunggu lama.

Sejak kebelakangan ini, mereka tidak keberatan untuk kongsikan beberapa foto terkini anak sulung mereka yang diberi nama Muhammad ini dan terbaru Muhammad dibawa untuk berjumpa dengan Ketua Pegawai Eksekutif MIG, David Teo.

BACA: Farid Kamil Beri Kebebasan Pada Diana Danielle Rancang Keluarga

Dalam gambar yang dikongsikan melalui Instagram milik David Teo, Muhammad kelihatan gembira di samping ibu bapanya & ramai peminat yang melihat wajah anak kecil ini juga memuji betapa comelnya anak Farid Kamil & Diana Danielle ini.

Farid Kamil dan Diana Danielle selamat diijab kabul pada 3 November 2012 di Hotel Flamingo By The Lake, Ampang. Lagi gambar untuk tatapan anda. (rtky/m)

#58 Diana Danielle, Farid Kamil Bawa Anak Jumpa David Teo - ROTIKAYA #62 Diana Danielle, Farid Kamil Bawa Anak Jumpa David Teo - ROTIKAYA #59 Diana Danielle, Farid Kamil Bawa Anak Jumpa David Teo - ROTIKAYA #60 Diana Danielle, Farid Kamil Bawa Anak Jumpa David Teo - ROTIKAYA #61 Diana Danielle, Farid Kamil Bawa Anak Jumpa David Teo - ROTIKAYA #63 Diana Danielle, Farid Kamil Bawa Anak Jumpa David Teo - ROTIKAYA

Emma Ma’embong Dan Zizan Razak Bercuti Sama Ke US?

Posted: 05 Jan 2014 11:33 AM PST

Kosong dunia hiburan kita awal awal tahun begini dek semua selebriti pergi bercuti ke luar negara. Habiskan baki hujung tahun mungkin, heh. Dan, yang terbaru pasangan Zizan Razak dan Emma Ma’embong khabarnya kini berada di Amerika Syarikat.

Melalui kiriman di akaun Instagram mereka berdua, Zizan Razak & juga Emma Ma’embong masing masing berkongsikan beberapa keping foto mereka secara berasingan di San Francisco dan kini sudah bergerak ke Las Vegas pula.

BACA: Emma Maembong Sendiri Tak Pasti Apa Status Hubungan Dengan Zizan Razak

Tetapi, jelas dan nyata mereka tidak pergi hanya berdua dan percutian mereka ke Amerika Syarikat ini turut disertai rakan artis Kaka Azraff dan beberapa orang pegawai dari Wirefame Entertainment.

Kami tertarik juga dengan video yang dikirimkan Zizan Razak ini yang menunjukkan bakat beliau menari — secara random dan di tempat awam. #swag (rtky/m)

#14 Emma Ma'embong, Zizan Razak Bercuti Sama Ke Amerika Syarikat? - ROTIKAYA #16 Emma Ma'embong, Zizan Razak Bercuti Sama Ke Amerika Syarikat? - ROTIKAYA #17 Emma Ma'embong, Zizan Razak Bercuti Sama Ke Amerika Syarikat? - ROTIKAYA #19 Emma Ma'embong, Zizan Razak Bercuti Sama Ke Amerika Syarikat? - ROTIKAYA #20 Emma Ma'embong, Zizan Razak Bercuti Sama Ke Amerika Syarikat? - ROTIKAYA #21 Emma Ma'embong, Zizan Razak Bercuti Sama Ke Amerika Syarikat? - ROTIKAYA #22 Emma Ma'embong, Zizan Razak Bercuti Sama Ke Amerika Syarikat? - ROTIKAYA #23 Emma Ma'embong, Zizan Razak Bercuti Sama Ke Amerika Syarikat? - ROTIKAYA #24 Emma Ma'embong, Zizan Razak Bercuti Sama Ke Amerika Syarikat? - ROTIKAYA #25 Emma Ma'embong, Zizan Razak Bercuti Sama Ke Amerika Syarikat? - ROTIKAYA #26 Emma Ma'embong, Zizan Razak Bercuti Sama Ke Amerika Syarikat? - ROTIKAYA #27 Emma Ma'embong, Zizan Razak Bercuti Sama Ke Amerika Syarikat? - ROTIKAYA #28 Emma Ma'embong, Zizan Razak Bercuti Sama Ke Amerika Syarikat? - ROTIKAYA #29 Emma Ma'embong, Zizan Razak Bercuti Sama Ke Amerika Syarikat? - ROTIKAYA #30 Emma Ma'embong, Zizan Razak Bercuti Sama Ke Amerika Syarikat? - ROTIKAYA #31 Emma Ma'embong, Zizan Razak Bercuti Sama Ke Amerika Syarikat? - ROTIKAYA #32 Emma Ma'embong, Zizan Razak Bercuti Sama Ke Amerika Syarikat? - ROTIKAYA #33 Emma Ma'embong, Zizan Razak Bercuti Sama Ke Amerika Syarikat? - ROTIKAYA #34 Emma Ma'embong, Zizan Razak Bercuti Sama Ke Amerika Syarikat? - ROTIKAYA #35 Emma Ma'embong, Zizan Razak Bercuti Sama Ke Amerika Syarikat? - ROTIKAYA #36 Emma Ma'embong, Zizan Razak Bercuti Sama Ke Amerika Syarikat? - ROTIKAYA

Filem Minggu Ini — Paranormal Activity: The Marked Ones

Posted: 05 Jan 2014 10:45 AM PST

Paranormal Activity: The Marked Ones (2014) ialah filem seram yang terkini dari siri filem yang sedia ada popular sejak 2007. Sekuel dan prekuel filem ini telah menjadi ikutan pembikinan filem cara murah dan mudah dari Hollywood selepasnya.

Walaupun sebenarnya, Cannibal Holocaust (1980) dan The Blair Witch Project (1999) ialah filem alumni terawal seangkatannya yang menjadi tontonan wajib peminat filem seram, namun siri Paranormal Activity yang berjaya beranak-pinak dibikin lagi dan lagi.

Kali ini, ia berkongsi mata dan telinga dengan penonton melalui lensa kamera Go-Pro menyorot dari jarak dekat kehidupan watak utamanya, Jesse (Andrew Jacobs) dimana sebahagian besar durasi dirakam oleh rakannya, Hector (Jorge Diaz). Nampaknya filem berstail 'found footage' sudah menjadi 'product placement' juga untuk jenama kamera peribadi?

Filem ini bermula dengan kisah santai kenakalan hidup seharian Jesse dan Hector di kawasan perumahannya. Jesse tinggal bersama neneknya (Renee Victor) dan kakaknya, Marisol (Gabrielle Walsh). Tiada apa-apa yang seram atau misteri pun berlaku. Anda layankan sahaja pengenalan ala diari yang tipikal itu kerana sememangnya sebegitulah teknik siri Paranormal Activity.

Kisahnya mula semakin menarik apabila Jesse dan Hector mula merakam secara curi-curi mengenai misteri jirannya, Anna (Gloria Sandoval) yang tinggal di pangsapuri bawah rumah Jesse. Anna dikhabarkan mengamalkan ritual ilmu hitam. Lalu rentetan kisah seram pun bermula tanpa henti apabila Jesse dan Hector memecah masuk rumah Anna selepas dia dibunuh.

Semenjak Jesse pulang dari rumah Anna, dia mendapati lengannya ada kesan gigitan 'hantu' yang menjadi titik mula penceritaan yang lebih seram sehingga tamat. Filem ini seterusnya bercerita mirip kisah remaja hebat dalam filem Chronicle (2012) yang digarap dengan huru-hara seperti filem REC (2007). Ok faham, filem-filem menggunakan teknik kamera 'hand-held' sememangnya adik-beradik dan rujuk-merujuk di antara pembikinan filem mereka. Itu tidak dinafikan. Filem yang mana lebih seram akan ditentukan oleh penonton.

Kepada pengikut setia siri filem Paranormal Activity akan memahami beberapa subplot yang diceritakan. Misalnya, siapakah cameo watak Ali Rey (Molly Ephraim) dan apakah kaitan Jesse sebagai anak tunggal lelaki dalam keluarganya. Begitu juga kesan gigitan di lengan Jesse dan tulisan 'meus' di dinding biliknya berkait rapat dengan kisah dari filem sebelum ini. Babak-babak finale genting di sebuah banglo di penghujung juga memberi petanda bahawa francais Paranormal Activity tidak akan berhenti untuk beberapa sekuel atau prekuel akan datang.

Adakah filem ini rakaman kisah benar? Tidak. Filem ini hanya menggunakan teknik penceritaan kononnya ia rentetan kejadian misteri dan seram yang benar-benar berlaku kepada Jesse dan orang sekelilingnya. Filem ini memaparkan kronologi tangkapan kamera setelah disambungkan melalui suntingan yang kelihatan seperti rawak tetapi sebenarnya telah disusun dengan rapi oleh pihak produksi.

Untuk sebuah filem seram, ia berjaya merencahkan elemen-elemen yang wajib diberikan kepada penonton. Sebahagian besar penceritaan bergantung sepenuhnya kepada persepsi yang sangat terhad melalui tangkapan kamera mengenai apa yang ada di sebalik ruang-ruang gelap dan menyeramkan. Detik-detik menunggu dan memerhatikan setiap apa yang akan tiba-tiba muncul di lensa kamera dibauri jeritan atau dentuman kuat ialah momen-momen seram yang menjadi permainan utama filem ini.

Christopher Beau Landon sebagai penulis skrip dan pengarah filem ini tahu bagaimana hendak menangani filem seram sebegini kerana dia jugalah penulis skrip untuk francais filem Paranormal Activity 2, 3 dan 4 sebelumnya. Kali ini walaupun ia berdikari mengenai kisah Jesse sahaja sebagai spin-off tetapi berjaya mengembangkan dan menambah plot kepada kisah Katie dari filem pertama siri Paranormal Activity. Filem kali ini juga lebih padat aksi lengkap dengan adegan perlanggaran kereta dan tembak-menembak.

Suntingannya lebih cepat dan lebih padat isinya serta mudah diikuti oleh penonton tanpa membiarkan babak-babak bosan panjang tanpa apa-apa berlaku seperti 4 filem terdahulu. Pembikinannya murah tanpa memerlukan muzik latar tetapi masih menggunakan teknik imej janaan komputer (CGI) untuk beberapa babak mistik.

Bila difikirkan semula, Landon sebagai pengarah masih berusaha keras untuk memastikan setiap tangkapan kamera mesti mengikut 'timing' atau titik waktu yang tepat bagi mendapatkan paparan babak yang sesuai disumbatkan CGI.

Paranormal Activity: The Marked Ones hanya mengasaskan cara filem realisme amatur pemaparan visualnya yang murah, tetapi mempunyai jalan cerita yang dikembangkan seperti filem komersial mahal yang lain. Maksud saya, ia ada permulaan watak Jesse yang biasa kepada luarbiasa serta menakutkan di akhir cerita. Sebagai sebuah filem seram, ia menghidangkan menu utama tanpa perlu disajikan appetizer dan dessert. Jika anda peminat tegar siri filem Paranormal Activity, filem ini ialah wajib tonton!

Saya okay untuk berikan 4 BIJI ROTIKAYA.

Fazura Bakal Gantikan Neelofa Untuk Musim Baru Nona?

Posted: 05 Jan 2014 09:14 AM PST

Harian Metro hari ini melaporkan satu desas desus yang mengatakan Nur Fazura telah ditawarkan untuk memikul tugas sebagai pengacara Nona musim akan datang menggantikan Neelofa.

Laporan itu juga ada menyebut yang Fazura masih belum memberikan jawapan sama ada ingin menerima tugas itu atau tidak dan mungkin beliau perlukan lebih masa untuk memikirkan perkara ini kerana ianya bukan satu tugas mudah.

Atau, beliau akan memberikan kata putus selepas pulang dari bercuti di Amerika Syarikat ketika ini.

Well, this is awkward. (rtky/m)

#37 Fazura Bakal Ganti Neelofa Untuk Musim Baru Program Nona? - ROTIKAYA #38 Fazura Bakal Ganti Neelofa Untuk Musim Baru Program Nona? - ROTIKAYA #39 Fazura Bakal Ganti Neelofa Untuk Musim Baru Program Nona? - ROTIKAYA #40 Fazura Bakal Ganti Neelofa Untuk Musim Baru Program Nona? - ROTIKAYA #41 Fazura Bakal Ganti Neelofa Untuk Musim Baru Program Nona? - ROTIKAYA #42 Fazura Bakal Ganti Neelofa Untuk Musim Baru Program Nona? - ROTIKAYA #43 Fazura Bakal Ganti Neelofa Untuk Musim Baru Program Nona? - ROTIKAYA #44 Fazura Bakal Ganti Neelofa Untuk Musim Baru Program Nona? - ROTIKAYA #45 Fazura Bakal Ganti Neelofa Untuk Musim Baru Program Nona? - ROTIKAYA #46 Fazura Bakal Ganti Neelofa Untuk Musim Baru Program Nona? - ROTIKAYA #47 Fazura Bakal Ganti Neelofa Untuk Musim Baru Program Nona? - ROTIKAYA #48 Fazura Bakal Ganti Neelofa Untuk Musim Baru Program Nona? - ROTIKAYA #49 Fazura Bakal Ganti Neelofa Untuk Musim Baru Program Nona? - ROTIKAYA #50 Fazura Bakal Ganti Neelofa Untuk Musim Baru Program Nona? - ROTIKAYA #51 Fazura Bakal Ganti Neelofa Untuk Musim Baru Program Nona? - ROTIKAYA #52 Fazura Bakal Ganti Neelofa Untuk Musim Baru Program Nona? - ROTIKAYA #53 Fazura Bakal Ganti Neelofa Untuk Musim Baru Program Nona? - ROTIKAYA #54 Fazura Bakal Ganti Neelofa Untuk Musim Baru Program Nona? - ROTIKAYA #55 Fazura Bakal Ganti Neelofa Untuk Musim Baru Program Nona? - ROTIKAYA #56 Fazura Bakal Ganti Neelofa Untuk Musim Baru Program Nona? - ROTIKAYA #57 Fazura Bakal Ganti Neelofa Untuk Musim Baru Program Nona? - ROTIKAYA

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.480)

Posted: 05 Jan 2014 08:29 AM PST

VIDEO HARI INI: Kalaulah laporan kaji cuaca kita di Malaysia boleh se-awesome ini. Heh.

Digandingkan buat pertama kali menerusi drama Projek Memikat Suami, Aiman Hakim Redza memuji bakat lakonan Emma Maembong walaupun baru dalam dunia seni dan banyak membantu dirinya dalam menghayati watak dan komunikasi. – Sinar Harian

Jumaat lalu, Justin Bieber telah mengirimkan sekeping gambar beliau bersama Selena Gomez melalui Instagram dan menguatkan lagi spekulasi yang mengatakan hubungan mereka kini kembali bertaut. Oh Selena. – Just Jared

Dalam satu temubual terbaru, Idris Elba menjelaskan yang beliau tidak akan memegang watak James Bond walaupun ramai peminat harapkan begitu & turut berkata apa yang berlaku semuanya adalah salah faham dna khabar angin belaka. – Huff. Post

Salah seorang ahli tetap program variasi popular Korea Running Man, Lee Kwang Soo telah hadir ke Malaysia untuk sesi bertemu para peminat pada hujung minggu lalu dan ini gambar beliau ketika berada di sini. – Beautiful Nara

Filem seram terbaru Paranormal Activity: The Marked Ones telah berjaya mengaut kutipan tiket sebanyak US$8.7 juta pada hari Jumaat lalu dan mungkin menjadikan filem ini di kedudukan nombor satu carta untuk hujung minggu. – EW

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...