RotiKaya

RotiKaya


Hafiz Suip Tidak Rasa Setaraf Datuk Siti Nurhaliza

Posted: 27 Jan 2014 04:42 PM PST

Kemenangan selepas kemenangan diraih Hafiz Suip di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) sejak beberapa tahun lalu menimbulkan persepsi ramai yang pemilik vokal hebat ini merupakan jelmaan Siti Nurhaliza ketika ini.

BACA: Bahagiamu Deritaku Bergelar Juara Lagu, Persembahan Terbaik AJL 28

Kami bertemu Hafiz Suip selepas tamatnya Anugerah Juara Lagu ke 28 (AJL 28) hujung minggu lalu dan mendapatkan komen beliau tentang gelaran tersebut. (rtky/m)

Maya Karin Kecewa Banyak Filem Lakonan Belum Tayang

Posted: 27 Jan 2014 11:59 AM PST

Heroin filem Sejoli, Maya Karin yang ditemui selepas majlis tayangan bersama pelajar UiTM Shah Alam meluahkan rasa kecewanya selepas filemnya yang sudah tamat menjalani penggambaran sejak 2 tahun yang lepas masih tidak ditayangkan sehingga ke hari ini.

Jelasnya filem-filem lakonannya seperti Lagenda Budak Setan 3, Juanita dan lain-lain lagi tidak boleh disimpan terlalu lama kerana baginya selera peminat berubah-ubah.

“Saya sedikit kecewa apabila filem-filem lakonan saya disimpan terlalu lama & kita semua sedar bahawa trend bertukar dengan cepat. Contohnya seperti telefon bimbit yang digunakan dalam filem-filem tersebut seperti Nokia dan sekarang semuanya orang sudah bertukar menggunakan smartphone yang lebih canggih dan terkini,” jelasnya.

Ini juga memberi kesan kepada dirinya apabila tahun ini dia tidak dicalonkan dalam mana-mana anugerah berprestij tanah air seperti Anugerah Bintang Popular BH & Anugerah Skrin.

“Tahun ini saya tak dapat bertanding dalam ABPBH secara automatiknya kerana tiada sebarang produk pada tahun lepas dan saya berharap pada tahun ini filem-filem saya akan menemui peminat dan berharap filem Sejoli ini dapat mengubati rindu peminat,” ujarnya.

Akui Diri Sudah Punya Teman Istimewa

Sementara itu mengenai kehidupan peribadinya, Maya Karin menjelaskan bahawa kini dia lebih bahagia dan gembira kerana sudah 6 bulan dia berpacaran dengan seseorang jejaka yang katanya bukanlah orang di kalangan industri.

“Alhamdulillah saya cukup bahagia sekarang. Saya sudah mempunyai teman istimewa tetapi tak boleh didedahkan dahulu. 6 bulan sudah kami berkawan dan mengenali. Buat Sementara waktu ini saya tidak mahu bercakap lebih tentangnya kerana ianya masih baru lagi dan apabila sudah sampai masanya saya akan menceritakan kesemuanya,” ujarnya.

Maya turut memberitahu bahawa sebelum ini dia banyak digosipkan dengan beberapa artis lelaki terkenal dan antaranya ialah Remy Ishak. Walaubagaimana pun gossip tersebut tidak sesekali membuatkan kekasih barunya itu cemburu sebaliknya kekasihnya itu tergelak sahaja.

“Dia hanya tergelak apabila mendengar gosip-gosip begitu. Apa yang penting dia faham dengan kerjaya saya & tak kisah apabila saya digosipkan,” katanya mengakhiri perbualan. (rtky/hfz)

#75 Maya Karin Kecewa Banyak Filem Lakonan Belum Tayang - ROTIKAYA #77 Maya Karin Kecewa Banyak Filem Lakonan Belum Tayang - ROTIKAYA #74 Maya Karin Kecewa Banyak Filem Lakonan Belum Tayang - ROTIKAYA #73 Maya Karin Kecewa Banyak Filem Lakonan Belum Tayang - ROTIKAYA #76 Maya Karin Kecewa Banyak Filem Lakonan Belum Tayang - ROTIKAYA #78 Maya Karin Kecewa Banyak Filem Lakonan Belum Tayang - ROTIKAYA

Gambar Ihsan: Warner Music Malaysia

Bront Palarae Nafi Sorok Isteri

Posted: 27 Jan 2014 09:21 AM PST

Sebelum ini pelakon dan hero filem Sejoli, Bront Palarae telah dikatakan menyorokkan isteri daripada umum. Pertemuan dengan jejaka tinggi lampai itu, di majlis tayangan filem Sejoli di UiTM Shah Alam telah merungkaikan segala-galanya apabila dia menafikan perkara tersebut.

“Saya tak pernah sorokkan isteri saya tetapi dia sendiri sibuk dengan kerja-kerjanya di belakang tabir tetapi sekiranya dia mahu mengikuti saya ke acara-acara rasmi atau tidak saya tidak pernah menghalangnya sama sekali,” katanya.

Turut menjelaskan bahawa dia teringin mempunyai seorang cahaya mata tetapi mereka belum berkesempatan disebabkan oleh komitmen kerja yang semakin hari semakin banyak.

“Saya teringin hendak mendapatkan seorang anak dan masih dalam berusaha. Siapa tidak mahu anak, cuma saya perlu fokus dan banyak berdoa,” katanya.

Sementara itu, Bront akan muncul dalam filem Sejoli bersama-sama dengan pelakon Maya Karin, Remy Ishak dan Izara Aishah pada Februari ini. (rtky/hfz)

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.493)

Posted: 27 Jan 2014 08:46 AM PST

VIDEO HARI INI: Dengarkan lagu klasik Michael Jackson (ya, klasik), Billie Jean yang dimainkan menerusi ukulele oleh James Hill. Nampak mudah namun sebenarnya artis berbakat ini bermain tiga bahagian serentak.

Kalau anda terlepas siaran langsung anugerah Grammy semalam, lihat senarai penuh pemenang di sini manakala persembahan pembukaan yang epik oleh BeyoncĂ© & Jay-Z di sini dan gaya para selebriti di atas karpet merah di sini. – Just Jared

Oh satu lagi perkara menarik tentang anugerah Grammy semalam adalah ketika persembahan Macklemore & Ryan Lewis bersama Madonna telah diadakan majlis perkahwinan untuk 33 pasangan sejenis dan juga normal. Agak kontroversi, namun terpuji. – THR

Jaclyn Victor yang berjaya memecah monopoli Hafiz Suip dalam kategori vokal terbaik AJL 28 berkata kehadiran rakan rakan penyanyi ketika persembahan hujung minggu lalu adalah sesuai dengan lagu kerana semua mereka adalah wanita yang kuat. – GUA

Jenama kesihatan kulit Proactiv memberi nasihat kepada Justin Bieber untuk memperbetulkan keadaan yang semakin caca marba & membaiki kulit wajahnya dengan menghantar beberapa produk untuk digunakan penyanyi itu. Pandai. – TMZ

Dalam beberapa gambar di sebalik tabir, YoonA (SNSD) kelihatan sentiasa memegang skrip untuk drama lakonannya Prime Minister and I dan tidak hairanlah sifat suka dampingi skrip ini membuahkan hasil lakonan yang terpuji. – Soompi

Rozita Che Wan Teruja Untuk Hamil, Bawa Zain Saidin Bercuti Ke Bali

Posted: 26 Jan 2014 06:23 PM PST

Hancur ego lelaki Zain Saidin dengan tajuk sebegini. Pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin baru baru telah terbang ke kepulauan Bali, Indonesia untuk bercuti bersama sama dengan beberapa orang rakan mereka.

Itu cerita sampingan, maklumlah pengantin masih baru bercuti ke luar negara begini masih boleh dianggap berbulan madu. Rozita Che Wan dalam kenyataan terbaru beliau kepada media berkongsi rasa teruja untuk hamil lagi.

GALERI: Gambar Zain Saidin & Rozita Che Wan Berbulan Madu Di Rome, Venice

"Saya teruja nak mengandung lagi sebab anak bongsu saya pun sudah berusia 16 tahun," ujar Rozita Che Wan kepada portal GUA baru baru ini.

"Memanglah risau untuk hamil pada usia begini sebab ia agak berisiko. Tapi Didie Alias ada juga berkongsi tips untuk hamil. Mudah-mudahan ada rezeki untuk saya dan Zain menimang cahaya mata,” tambahnya yang juga mengakui percutian ke Bali merupakan bulan madu kedua.

Rozita Che Wan turut berkongsi yang beliau berasa kekok sehingga tidak boleh tidur malam pada awal perkahwinan namun kini sudah semakin selesa hidup bersama suami, Zain Saidin.

#56 Rozita Che Wan Teruja Untuk Hamil Lagi, Bawa Zain Saidin Bercuti Ke Bali - ROTIKAYA #57 Rozita Che Wan Teruja Untuk Hamil Lagi, Bawa Zain Saidin Bercuti Ke Bali - ROTIKAYA #58 Rozita Che Wan Teruja Untuk Hamil Lagi, Bawa Zain Saidin Bercuti Ke Bali - ROTIKAYA #60 Rozita Che Wan Teruja Untuk Hamil Lagi, Bawa Zain Saidin Bercuti Ke Bali - ROTIKAYA #66 Rozita Che Wan Teruja Untuk Hamil Lagi, Bawa Zain Saidin Bercuti Ke Bali - ROTIKAYA #61 Rozita Che Wan Teruja Untuk Hamil Lagi, Bawa Zain Saidin Bercuti Ke Bali - ROTIKAYA #59 Rozita Che Wan Teruja Untuk Hamil Lagi, Bawa Zain Saidin Bercuti Ke Bali - ROTIKAYA #62 Rozita Che Wan Teruja Untuk Hamil Lagi, Bawa Zain Saidin Bercuti Ke Bali - ROTIKAYA #63 Rozita Che Wan Teruja Untuk Hamil Lagi, Bawa Zain Saidin Bercuti Ke Bali - ROTIKAYA #64 Rozita Che Wan Teruja Untuk Hamil Lagi, Bawa Zain Saidin Bercuti Ke Bali - ROTIKAYA #65 Rozita Che Wan Teruja Untuk Hamil Lagi, Bawa Zain Saidin Bercuti Ke Bali - ROTIKAYA #67 Rozita Che Wan Teruja Untuk Hamil Lagi, Bawa Zain Saidin Bercuti Ke Bali - ROTIKAYA #68 Rozita Che Wan Teruja Untuk Hamil Lagi, Bawa Zain Saidin Bercuti Ke Bali - ROTIKAYA #69 Rozita Che Wan Teruja Untuk Hamil Lagi, Bawa Zain Saidin Bercuti Ke Bali - ROTIKAYA #70 Rozita Che Wan Teruja Untuk Hamil Lagi, Bawa Zain Saidin Bercuti Ke Bali - ROTIKAYA #71 Rozita Che Wan Teruja Untuk Hamil Lagi, Bawa Zain Saidin Bercuti Ke Bali - ROTIKAYA #72 Rozita Che Wan Teruja Untuk Hamil Lagi, Bawa Zain Saidin Bercuti Ke Bali - ROTIKAYA

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...