RotiKaya |
- Afdlin Shauki: Jual Seluar Lagi Untung Dari Bikin Filem
- Hafiz Suip Monopoli Anugerah Juara Lagu Ke 28 (AJL 28)
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.492)
- Gaya Selebriti Di Karpet Merah Anugerah Juara Lagu Ke 28
Afdlin Shauki: Jual Seluar Lagi Untung Dari Bikin Filem Posted: 26 Jan 2014 04:56 PM PST Dan, anda boleh bayangkan betapa teruknya kutipan filem tempatan sepanjang tahun lalu. Afdlin Shauki yang mempertaruhkan sekuel Papadom 2 sebagai buah tangan tunggal pada tahun 2013 nampaknya kecewa dengan apa yang berlaku. Filem pertama Papadom berjaya meraih RM3.8 juta namun Papadom 2 yang ditayangkan hujung tahun lalu hanya berjaya membawa pulang RM620,000 & menyifatkan ianya paling teruk dalam sejarah karier 15 tahun beliau. “Mungkin peminat Papadom sudah meninggal dunia (ketawa kecil) jadi, filem Papadom 2 tidak mendapat sambutan lagi,” ujar Afdlin Shauki kepada Sinar Harian baru baru ini. “Saya menyimpan Papadom 2, hampir dua tahun dan sebelum ini, saya teragak-agak untuk menghasilkan filem lagi setelah melihat masalah sambutan penonton terhadap karya tempatan” “Namun, ternyata usaha saya hanya sia-sia dan merugikan. Ketika tayangan perdana, saya ada menerima banyak maklum balas Papadom 2 lebih menarik daripada Papadom sebelum ini” Afdlin Shauki turut berkata yang beliau sangat kecewa dengan apa yang berlaku dan mengambil keputusan yang Papadom 2 merupakan filem tempatan terakhir arahannya. “Saya telah membuat keputusan, di mana filem ini merupakan filem terakhir saya untuk pasaran industri tempatan. Saya sudah tiada hati untuk menghasilkan filem tempatan lagi” Beliau kini sibuk menguruskan perniagaan beliau yang menjual seluar pelikat & beberapa produk lain termasuklah kek coklat Boboi. “Sejujurnya, jual seluar pelikat lebih menguntungkan daripada buat filem tempatan,” ujarnya. |
Hafiz Suip Monopoli Anugerah Juara Lagu Ke 28 (AJL 28) Posted: 26 Jan 2014 09:26 AM PST Berakhir sudah debaran ramai untuk mengetahui lagu manakah yang bakal bergelar juara pada Anugerah Juara Lagu ke 28 (AJL 28). Hafiz Suip boleh kami katakan menjadi perhatian ramai dengan kemenangan berganda beliau. Lagu dendangan jejaka ini, Bahagiamu Deritaku yang dicipta oleh LY dan Baiduri telah berjaya dinobatkan sebagai juara lagu AJL 28 yang membolehkan mereka membawa pulang trofi dan wang tunai berjumlah RM35,000. Selain bergelar juara lagu, Hafiz Suip melalui lagu yang sama telah berjaya merangkul gelaran Persembahan Terbaik untuk Anugerah Juara Lagu ke 28 selain Anugerah Juara Mobile yang dibawakan oleh Xpax Celcom. Naib juara jatuh kepada lagu Hanya Aku dendangan Hyper Act yang mereka ciptakan bersama Frozen. Tempat ketiga pula dibawa pulang oleh lagu Kalau Aku Kaya dendangan Altimet dan Awi Rafael. Mereka masing masing membawa pulang RM15,000 dan RM10,000 juga berserta trofi. Vokal terbaik Anugerah Juara Lagu ke 28 (AJL 28) pula dimenangi oleh Jaclyn Victor menerusi lagu Ikut Rentakku. Tahniah buat semua pemenang, malam yang hebat! (rtky/eka) ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.492) Posted: 26 Jan 2014 08:50 AM PST VIDEO HARI INI: Untuk gadis gadis penuh keliru di luar sana, video ini menunjukkan apa yang lelaki akan buat untuk menjadi kawan atau lebih dari sekadar kawan. Nice ending! Berbeza dengan laporan awal yang mengatakan penyanyi ini mahu terus bersara, Mizz Nina berkata yang beliau mengambil keputusan untuk menyanyi kepada penonton wanita sahaja selepas ini. Langkah yang bagus! – Sinar Harian Nampaknya keghairahan peminat sudah bermula selepas poster teaser pertama untuk filem adaptasi novel popular, 50 Shades of Grey dilancarkan dan filem ini akan ke pawagam sekitar Februari 2015. – Just Jared Bintang filem The Wolf of Wall Street, Leornado DiCaprio tampil mengejutkan Jonah Hill di pentas Saturday Night Live hujung minggu lalu dan pasangan itu melakonkan semula aksi ikonik dari filem Titanic. Semestinya. – THR Ketika berlangsungnya konsert 2014 Big Bang +A di Seoul baru baru ini, G-Dragon membuat satu pengumuman penuh kejutan mengatakan yang Big Bang akan membuat kemunculan kembali sekitar musim panas hadapan. – Soompi Ditangkap polis dan meringkuk di lokap bukan penghalang untuk Justin Bieber terus menjalani kehidupan selepas penyanyi remaja popular ini dilihat bersantai bak tiada masalah di sebuah pantai di Panama. – People |
Gaya Selebriti Di Karpet Merah Anugerah Juara Lagu Ke 28 Posted: 26 Jan 2014 04:06 AM PST Seperti biasa, penampilan selebriti di karpet merah sesuatu majlis anugerah dalam dunia hiburan pasti menjadi perhatian ramai dan untuk Anugerah Juara Lagu ke 28 (AJL 28) malam ini ianya tidak terkecuali. BACA: Apa Ramalan Pembaca Rotikaya.com Tentang Juara Anugerah Juara Lagu ke 28? Mengambil tempat di perkarangan Stadium Putra Bukit Jalil, barisan finalis Anugerah Juara Lagu ke 28 tampil bergaya di karpet ungu kali ini sejajar dengan tema Game On yang menjadi mantra majlis berprestij itu malam ini. Bukan sahaja finalis AJL 28 yang boleh kita lihat, rakan rakan artis dari pelbagai bidang juga hadir memberikan sokongan mereka kepada majlis ini dan juga barisan penyanyi dan komposer yang diraikan malam ini. Gambar untuk tatapan anda seperti biasa, enjoice! ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.