RotiKaya |
- Zizan Razak Mendominasi Pencalonan Anugerah Bintang Popular BH 2013
- Johan As’ari: Saya Sukakan Publisiti, Tetapi Bukan Dengan Cara Begini
- Anugerah Juara Lagu 28 — Lagu Mana Pilihan Anda Untuk Bergelar Juara?
- Yana Samsudin Cuba Buka Hati Untuk Bercinta & Kahwin Tahun Ini
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.490)
Zizan Razak Mendominasi Pencalonan Anugerah Bintang Popular BH 2013 Posted: 22 Jan 2014 04:11 PM PST Hasil undian anda semua, senarai lima teratas untuk semua kategori utama dan online Anugerah Bintang Popular BH 2013 (ABPBH 2013) telah diumumkan semalam dalam satu majlis yang berlangsung di Kuala Lumpur. Senarai pencalonan menyaksikan Zizan Razak muncul sebagai selebriti dengan pencalonan terbanyak dengan lima kategori, berbanding lapan kategori yang menyenaraikan beliau sebagai calon pada edisi 2012 yang lalu. Zizan Razak tersenarai bagi lima kategori iaitu Pelakon Filem Lelaki Popular, Artis Komedi Lelaki Popular dan Pengacara TV Lelaki Popular. Manakala menerusi kategori dalam talian, Zizan Razak pula dicalonkan bagi kategori Gandingan Di Layar Serasi (bersama Siti Saleha) dan Artis Berpengaruh Di Laman Media. Edisi ABPBH tahun ini turut memperlihatkan nama-nama baru yang berjaya menjadi lima calon terbaik seperti Nomad (Artis Baru Lelaki Popular), Chacha Maembong (Artis Baru Wanita Popular), Raja Ilya (Pelakon TV Wanita Popular), Pekin Ibrahim (Pelakon Filem Lelaki Popular), Jihan Musa (Artis Komedi Wanita Popular) dan Nik Michael Imran (Pengacara TV Lelaki Popular). Majlis anugerah berprestij yang akan mengambil tema Magis Alam ini akan berlangsung pada 6 April 2014 nanti di Arena of Stars, Genting Highlands dan akan bersiaran secara langsung menerusi TV3 dan Hot FM. Lihat senarai penuh pencalonan akhir Anugerah Bintang Popular BH 2013 di laman rasmi mereka dan anda boleh mengundi artis kegemaran mereka bermula 23 Januari hingga 11 Mac untuk menentukan para pemenang & juga Bintang Paling Popular 2013. (rtky/m) ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Johan As’ari: Saya Sukakan Publisiti, Tetapi Bukan Dengan Cara Begini Posted: 22 Jan 2014 12:51 PM PST |
Anugerah Juara Lagu 28 — Lagu Mana Pilihan Anda Untuk Bergelar Juara? Posted: 22 Jan 2014 10:24 AM PST Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum 12 buah lagu terhebat sepanjang setahun yang lalu bersaing di peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke 28 (AJL 28). AJL 28 akan mengambil tempat di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 26 Januari ini & akan disiarkan secara langsung di TV3 juga secara online di laman rasmi Anugerah Juara Lagu — untuk mereka yang tidak minat tengok TV. Heh. Kami di sini suka ingin mengetahui ramalam anda semua akan lagu manakah menjadi pilihan anda untuk bergelar juara Anugerah Juara Lagu ke 28 tahun ini. Note: There is a poll embedded within this post, please visit the site to participate in this post's poll. |
Yana Samsudin Cuba Buka Hati Untuk Bercinta & Kahwin Tahun Ini Posted: 22 Jan 2014 09:57 AM PST Sebelum ini ada kontroversi mengatakan yang pelakon Yana Samsudin lakukan pembedahan plastik untuk betulkan sedikit bahagian hidungnya. Tetapi semasa bertemu di majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran MIG dia menafikan bahawa dia melakukan perkara tersebut. "Tidak pernah saya melakukan perkara tersebut kerana apa yang anda lihat sememangnya sama sahaja tidak ada apa yang saya ubah dengan muka dan juga permukaan hidung saya ini. Apa yang anda lihat adalah kerana perubahan dari segi bentuk badan saya ini, apabila kurus dia akan lebih cenderung untuk berubah di permukaan saya dan sebaliknya," katanya. Yana mengakui bahawa sebelum ini ketika penglibatannya dalam program Fear Factor yang menjalani penggambaran di sekitar Cape Town telah mengakibatkan kecederaan pada dirinya tetapi tidaklah sampai dia mahu melakukan pembedahan di hidung dan mukanya. "Saya akui saya mengalami kecederaan semasa penggambaran Fear Factor tahun lepas tetapi tidaklah sampai saya mahu membuat pembedahan. Apa yang berlaku adalah disebabkan faktor perubahan susut berat badan saya dan sebagainya," katanya. Cuba Buka Hati Untuk Bercinta, Kahwin Sementara itu, menceritakan pula mengenai kehidupan peribadinya, Yana memberitahu bahawa pada tahun ini dia cuba untuk 'membuka' hatinya untuk bercinta dan seterusnya mengakhiri zaman bujangnya. "Saya cuba untuk buka hati saya pada tahun ini, memandangkan pada tahun lepas saya tidak mahu berfikir mengenai perkara tersebut tetapi apabila umur saya sudah meningkat kepada 29 tahun ini, saya rasa sudah tiba masanya untuk saya berfikir ke arah itu,"ujarnya. Dia turut menafikan juga bahawa kontraknya bersama MIG yang membuatkan dia masih bujang dan tidak berkahwin sehingga hari ini. "Saya rasa tidak ada masalah dengan MIG kerana Mr. David sendiri bertanyakan saya bilakah saya mahu berkahwin memandangkan saya ialah salah seorang daripada artis yang agak lama bernaung di bawah syarikat MIG," ujarnya mengakhiri perbualan. (rtky/hfz) ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.490) Posted: 22 Jan 2014 08:07 AM PST VIDEO HARI INI: Untuk mempromosi kempen hidup sihat, pelakon terkenal Hollywood Arnold Schwarzenegger telah tampil menyamar dengan bekerja di sebuah gimnasium dan lihat beliau berinteraksi dengan orang ramai. Pelakon yang terkenal dengan komedi sinis, Sacha Baron Cohen khabarnya telah dilamar untuk muncul dalam filem sekuel Alice in Wonderland 2 dan bakal menyaksikan beliau bergandingan dengan Johnny Depp. – The Hollywood Reporter Isteri pelakon Amar Asyraf iaitu Arna Salleh kini telah disahkan hamil tiga bulan setengah dan menurut pelakon yang popular menerusi drama Setia Hujung Nyawa kehamilan isterinya sudah diketahui sejak November lalu. – Utusan Malaysia Jonah Hill hanya mengambil bayaran minimum sebanyak US$60,000 untuk berlakon dalam The Wolf of Wall Street kerana beliau sangat inginkan watak tersebut dan mahu bekerja dengan Martin Scorsese & kini beliau tercalon untuk Oscar. – E! Online Pasangan penulis skrip Stephanie Counts dan Shari Gold telah mengemukakan tuntutan mereka terhadap penerbit New Girl dengan mendakwa siri popular itu merupakan hasil plagiat skrip asal yang ditulis mereka. Alaaa. – Huff. Post Ahli kumpulan SISTAR, Dasom berkata beliau kini dalam rejim diet yang cukup ekstrim di mana hanya menjamah satu hidangan setiap hari iaitu sekitar 4.00 petang, untuk makan tengahari dan malam sekaligus. – Soompi |
You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.