RotiKaya

RotiKaya


Emma Maembong: Bergurau Dengan Zizan Razak Dan Bukan Bercumbu

Posted: 20 Jan 2014 03:52 PM PST

Selepas Zizan Razak tampil menafikan gosip mereka bercumbu dalam kapal terbang ketika perjalanan ke Amerika Syarikat baru baru ini, Emma Maembong pula hari ini tampil memberikan kenyataan beliau.

BACA: Zizan Razak Anggap Gosip Tidak Masuk Akal, Nafi Bercumbu

Bercakap kepada Kosmo! hari ini, Emma Maembong berkata sepanjang perjalanan mereka yang mengambil masa lebih 12 jam dari Kuala Lumpur ke Amerika Syarikat ada masanya beliau tertidur dan kepalanya terlentok ke bahu Zizan.

“Malah, kalau bergurau pun tidak pula sampai tahap bercumbu. Memang ada kami bergurau senda sepanjang penerbangan tetapi Zizan pun ada bergurau dengan Kaka tapi tidak pula keluar cerita”

“Mungkin kebetulan Emma duduk bersebelahan Zizan dan ada pula spekulasi yang kami bercinta sebelum ini, maka orang senang menjatuhkan hukuman,” jelas Emma Maembong.

Emma Maembong turut berkata yang beliau merasa sedih apabila cerita itu dikeluarkan terlebih dahulu tanpa bertanyakan apa apa kepada dirinya atau Zizan Razak sendiri — tetapi seperti teman lelakinya, beliau juga tidak melatah akan isu ini. Eh. (rtky/m)

#09 Emma Maembong- Bergurau Dengan Zizan Razak Dan Bukan Bercumbu - ROTIKAYA #10 Emma Maembong- Bergurau Dengan Zizan Razak Dan Bukan Bercumbu - ROTIKAYA #11 Emma Maembong- Bergurau Dengan Zizan Razak Dan Bukan Bercumbu - ROTIKAYA #12 Emma Maembong- Bergurau Dengan Zizan Razak Dan Bukan Bercumbu - ROTIKAYA #13 Emma Maembong- Bergurau Dengan Zizan Razak Dan Bukan Bercumbu - ROTIKAYA #14 Emma Maembong- Bergurau Dengan Zizan Razak Dan Bukan Bercumbu - ROTIKAYA

Tidak Terkejut Timbul Gosip — Zizan Razak Nafi Bercumbu

Posted: 20 Jan 2014 10:16 AM PST

Kisah paling hangat rasnya semalam adalah gosip liar yang timbul mengatakan pelawak terkenal, Zizan Razak berkelakuan tidak senonoh atau kata lain bercumbu dengan pelakon jelita, Emma Maembong — yang juga didakwa sebagai kekasih beliau.

Kejadian itu khabarnya belaku ketika pasangan ini sama sama terbang ke Amerika Syarikat untuk satu percutian bersama dengan beberapa orang rakan lain.

BACA: Zizan Razak, Emma Maembong Bercumbu Dalam Kapal Terbang?

Bercakap kepada mStar Online, Zizan Razak menafikan beliau dan Emma Maembong bercumbuan dan bersikap tidak senonoh seperti didakwa dan menganggap gosip yang timbul itu sebagai tidak masuk akal selain menerima ianya sebagai lumrah.

“Pemergian ke Amerika Syarikat bukan kami berdua sahaja tetapi pengurus dan beberapa krew turut ikut. Takkan saya hendak buat perkara macam itu di hadapan mereka semua”

“Isu yang ditimbulkan sebenarnya tiada apa-apa pun dan saya tidak terkejut pun kerana itu adalah lumrah dunia artis,” jelas Zizan Razak yang jelas tidak melatah.

Namun Zizan Razak enggan memberikan komen atau maklum balas bagi pihak Emma Maembong kerana menganggap tiada hak untuk berbuat demikian. (rtky/m)

The Lone Survivor Papar Kisah Sebenar Medan Perang Di Afghanistan

Posted: 20 Jan 2014 09:49 AM PST

The Lone Survivor (2014) ialah sebuah filem aksi dan drama dalam kancah peperangan yang diarahkan oleh Peter Berg yang terkenal dengan arahannya untuk filem Hancock (2008) dan juga Battleship (2012).

Filem ini merupakan adaptasi dari buku berjudul Lone Survivor: The Eyewitness Account of Operation Redwing and the Lost Heroes of Seal Team 10 tulisan seorang askar bernama Marcus Luttrell, iaitu satu-satunya dari 4 ahli unit khas United States Navy SEALs yang terselamat dalam peperangan sengit dengan askar Taliban di pergunungan Hindu Kush, Afghanistan.

Atas dasar tradisi dan populariti yang seperti suatu kewajipan kepada pembikin filem di Hollywood, maka buku tersebut telah diadaptasi ke bentuk filem. Kisahnya begini, The Lone Survivor dibuka dengan introduksi paparan sekuen gambar-gambar latihan perit-getir di lokasi sebenar askar US Navy SEALs untuk menyatakan bahawa itulah realitinya. Kemudian barulah babak pertama fiksyen dalam filem ini menunjukkan Marcus Luttrell (Mark Wahlberg) yang sedang bertarung nyawa selepas diselamatkan.

LS4

Selepas itu, ceritanya dikembangkan dengan mengundur ke belakang 3 hari sebelumnya sebagai kisah besar, apa sebenarnya yang berlaku kepada Marcus bermula di kem askar Bagram Airfield di Afghanistan. Ketua di situ, Lieutenant Commander Erik S. Kristensen (Eric Bana) menerima arahan untuk menjejak dan menangkap salah seorang ketua tentera Taliban bernama Ahmad Shah (Yousuf Azami) yang dikatakan sedang beroperasi di pergunungan Afghanistan.

Dengan itu, satu misi khas tentera dipanggil Operation Red Wings telah dilancarkan. Kristensen menugaskan dahulu 4 orang tentera elit yang khusus sebagai askar peninjau iaitu Lieutenant Michael Patrick "Murph" Murphy (Taylor Kitsch) sebagai ketua, Matthew Gene "Axe" Axelson (Ben Foster) sebagai Sonar Technician (pemantau lokasi musuh dan pakar logistik), Danny P. Dietz, Jr. (Emile Hirsch) sebagai operator komunikasi dan Spotter (pemantau jarak musuh) dan Marcus Luttrell sebagai anggota perubatan.

Selepas diturunkan dari helikopter, mereka berempat berjalan menyusuri bukit-bukau yang sukar sehingga sampai ke lereng bukit berhampiran sebuah perkampungan. Setelah mengenalpasti bahawa itulah lokasi Ahmad Shah berada, mereka cuba menghubungi semula Kristensen untuk menerima arahan seterusnya. Malangnya, isyarat komunikasi ke kem Bagram gagal berfungsi. Waktu yang sama, 3 orang penduduk kampung itu terdiri dari seorang lelaki tua dan 2 orang remaja yang sedang mengembala kambing telah terserempak dengan mereka.

" Lone Survivor"

Maka berlakulah pertentangan pendapat sesama mereka sama ada hendak membunuh ketiga-tiganya, mengikat ke pokok dan ditinggalkan, atau melepaskan mereka sahaja? Akhirnya mereka memutuskan untuk mematuhi Rules of Engagement (ROE) ketenteraan iaitu melepaskan orang awam tanpa syarat. Lantas bermulalah babak-babak aksi peperangan yang dahsyat apabila salah seorang remaja itu dengan pantasnya melaporkan kepada Ahmad Shah dan bala tentera di kampung itu untuk menghapuskan Murph, Axelson, Dietz dan Marcus!

The Lone Survivor versi filem ini setanding dengan filem ketenteraan Saving Private Ryan (1998). Ia tidak keterlaluan mengangkat isu politik perebutan kuasa siapa kuat, siapa lemah semasa peperangan tetapi mengkedepankan drama moral mengenai keperitan sebuah 'peperangan'. Misi ketententeraan untuk menangkap Ahmad Shah hanyalah punca naratif filem ini, dimana realisme semasa pertempuran perang itu yang diceritakan secara sangat teliti dan amat menakutkan. Mungkin ada yang menyatakan filem ini ialah propaganda heroisme Amerika, namun saya melihatnya lebih kepada kesedaran untuk 'membenci' sebuah peperangan secara umum.

LS9

Sebahagian besar durasi filem ini memaparkan suasana di dalam situasi genting bagaimana Luttrell dan rakan seperjuangannya melalui serangan sengit dari bala tentera Ahmad Shah yang begitu ramai, dari semua sudut bukit-bukau di Afghanistan itu. Visual-visual dan hingar-bingar terperinci semasa serangan bersenjata yang bertubi-tubi itu meletakkan penonton sama merasai saat-saat menunggu kematian yang menyakitkan.

Produksi filem ini berjaya merealisasikan sekuen-sekuen babak pertempuran di waktu siang dalam hutan tropika dan lereng bukit berbatu yang menjadi pentasnya. Ia juga memperlihatkan tektik dan skil ketenteraan yang perlu difikir dan diubahsuai dalam sekelip mata oleh Marcus dan rakannya bergantung kepada kemaraan serangan musuh.

Dari sudut lakonan, kesemua pelakon lebih dilenjan dengan aksi fizikal peperangan yang sukar. Merujuk tajuknya The Lone Survivor, maka sudah tentu hanya Marcus sahaja yang terselamat, memberikan penonton memahami bagaimana kronologi tiga lagi rakannya Murph, Axelson dan Dietz terkorban. Mark Wahlberg sebagai watak Marcus Luttrell diberikan ruang bercerita untuk menyudahkan filem ini.

LS1

Akhirnya, Marcus diselamatkan oleh Mohammad Gulab (Ali Suliman) salah seorang penduduk kampung bangsa Pashtun yang menjumpainya atas dasar menghormati tradisi 'Pashtunwali' iaitu mempertahankan tetamu walaupun Marcus ialah tentera Amerika. Menampilkan watak Gulan di klimak filem ini berfungsi untuk meneutralkan persepsi di antara pihak tentera Amerika melawan Taliban.

Kalau dilihat sebagai sebuah filem aksi, ia juga ialah pemaparan babak-babak tembak-menembak yang akan melonjakkan adrenalin penonton serta mencengkam emosi. Walaupun di awalnya, filem ini disumbat dengan jargon-jargon komunikasi ketenteraan di antara Dietz dengan kem Bagram yang agak sukar difahami namun bila masuk ke babak-babak pertempuran, ia menjanjikan pembelian tiket wayang yang berbaloi.

KESIMPULAN

la_ca_1125_lone_survivor

The Lone Survivor masih sebuah filem bertih jagung dari sudut komersial dan hiburan aksinya. Benar, filem ini telah merombak semula kisah asalnya menjadi fiksyen yang menyeronokkan. Ia mengangkat erti mengutamakan persahabatan berbanding pentingkan diri sendiri. Filem ini tidak bertanya kenapa peperangan berlaku? Tetapi memberitahu bahawa inilah yang berlaku dalam sebuah peperangan yang kejam.

Saya suka ceritanya yang kasar, namun sesekali mampu menyentap sanubari halus jadi rapuh! Dengan ini saya boleh berikan 4 BIJI ROTIKAYA.

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.488)

Posted: 20 Jan 2014 08:32 AM PST

VIDEO HARI INI: Lelaki ini memulakan perniagaan rempah secara tiba tiba & mengelirukan ramai pihak termasuk rakan rakan juga keluarga — jadi, beliau tampil dengan video penjelasan bagaimana semuanya bermula. Kelakar pastinya.

Pengarah J.J. Abrams mengesahkan dalam satu temubual bersama media yang skrip untuk filem terbaru Star Wars: Episode VII telah siap dan kini akan diteruskan ke peringkat mencari pelakon sesuai pula. Siapa agaknya sesuai? – EW

Selepas mengalami keguguran pada 15 April 2013 lalu, isteri kepada personaliti TV popular Ally Iskandar, Farah Lee kongsikan berita yang beliau sedang hamil 12 minggu melalui Facebooknya hari ini, tahniah buat apsangan ini. – Sinar Harian

Kini sedang hamil enam bulan yang merupakan anak kedua beliau, Drew Barrymore berkata yang beliau tidak akan membenarkan anak anaknya nanti beraksi untul majalah seksi popular, Playboy seperti dirinya ketika remaja. – US Magazine

Penyanyi wanita yang sudah lama dalam industri pop Korea, Lee Hyori akan menulis sebuah lagu berjudul Tonoght untuk kumpulan Spica bersempena kembalinya kumpulan wanita itu ke dalam industri hiburan. – Soompi

Penyanyi remaja, Ariana Grande menjawab persoalan tentang isu rambutnya yang didakwa palsu oleh ramai peminat dunia hiburan dan beliau sendiri mengakui menggunakan rambut palsu dan meminta semua pihak menghentikan isu ini. – Huffington Post

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...