RotiKaya |
Kekasih Abadi: Duet Pertama Yusry KRU, Lisa Surihani Posted: 02 Jan 2014 03:58 PM PST Selepas menjadi pasangan hero utama dalam filem Ular, Lisa Surihani dan Yusry KRU nampaknya melebarkan lagi dinamik mereka berdua sebagai suami isteri dengan merakamkan sebuah lagu khas meraikan cinta mereka. Ini merupakan pengalaman pertama buat Lisa Surihani yang dalam pengetahuan kami tidak pernah merakamkan sebarang lagu, beliau akan merakamkan suaranya untuk berduet dengan Yusry Abdul Halim untul lagu berjudul Kekasih Abadi. Kekasih Abadi merupakan lagu ciptaan Edry Abdul Halim dan lagu ini menterjemahkan rasa syukur Lisa Surihani & Yusry KRU tentang takdir yang menemukan mereka sehingga bergelar suami isteri yang sah — ikrar cinta sejati mereka turut diabadikan. Lagu tersebut juga digunakan sebagai lagu tema bagi sebuah program travelog Paspot Cinta Yusry Lisa dalam 13 episod yang bakal menemui peminat di kaca TV bermula Mac 2014 di RTM 2. Bercakap tentang travelog, Yusry KRU & Lisa Surihani kini sedang berada di luar negara untuk menikmati percutian hujung tahun mereka dan terbaru mereka berada di Amerika Syarikat untuk menyambut tahun baru. Ini gambar mereka, enjoice! ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.479) Posted: 02 Jan 2014 08:24 AM PST VIDEO HARI INI: Ini trailer penuh berdurasi 154 saat yang penuh aksi dan babak tidak masuk akal untuk filem Indonesia berjudul The Raid 2: Berandal. Bintang The Big Bang Theory, Kaley Cuoco telah selamat bergelar isteri kepada Ryan Sweeting dalam satu majlis perkahwinan pada ambang tahun baru lalu di Hummingbird Nest Ranch sekitar Santa Susana, California. – Just Jared Rakan dan juga ahli kumpulan Girl’s Generation (SNSD), Sooyoung melahirkan rasa gembira beliau dengan hubungan cinta yang kini terjalin antara YoonA & Lee Seung Gi dalam satu temubual di televisyen Korea. – Soompi Selamat datang tahun baru dan ini senarai 81 buah filem Hollywood yang keluar pada tahun 2014 dan perlu anda tonton: The Monuments Men, The LEGO Movie, RoboCop, The Grand Budapest Hotel, Need for Speed dan banyak lagi. – Huff. Post Jika anda mengikuti sitkom Fresh Prince of Bel-Air pasti anda ingat akan Uncle Phil dan pelakon yang membawakan watak itu, James Avery telah meninggal dunia semalam pada usia 68 tahun akibat komplikasi pembedahan. – Telegraph Walaupun pernah dicop sebagai seorang yang suka bersosial, Jue Aziz berkata yang beliau sebenarnya seorang yang suka menghabiskan masa di rumah sebagai satu terapi& suka mencuba resepi baru jika ada kelapangan. – Sinar Harian |
You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.