RotiKaya

RotiKaya


Nora Danish: Saya Dan Nedim Tak Seteruk Disangka!

Posted: 19 Jan 2014 03:18 PM PST

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, tidak sah rasanya jika satu minggu berlalu tanpa kisah tentang pasangan yang kini sedang hangat bercinta Nora Danish & Nedim Nazri. Apa sahaja boleh menjadi bahan untuk bacaan anda semua.

Terbaru, menerusi sisipan hiburan Berita Harian hujung minggu lalu Nora Danish telah tampil menjelaskan yang beliau dan Nedim Nazri tidaklah seteruk yang disangka oleh orang ramai — lebih lebih lagi tentang isu bercuti bersama ke luar negara.

BACA: Nedim Nazri Nafi Bakal Kahwin Nora Danish Tahun Ini

"Apabila pergi bercuti dengan Nedim, kami bukan pergi berdua-duaan. Selalunya percutian kami disertai keluarga dan teman-teman baik saya. Apabila kami bercuti, mesti ada yang fikir bukan-bukan, duduk sebilik dan macam-macam lagi. Kami tak seteruk itu!"

Nora Danish Tolong Nedim Nazri Pakai Sampin - ROTIKAYA

Nora Danish juga berkata yang beliau sebenarnya malas untuk melayan kata kata negatif yang sering dilemparkan kepadanya melalui Instagram namun ada masa kesabaran beliau tetap teruji & akan membidas semula untuk mempertahankan maruah dan hak.

Pelakon berusia 32 tahun ini mengakui yang beliau memang mempunyai perancangan untuk berumahtangga tetapi ianya bukanlah satu keutamaan ketika ini dan meminta peminat memberikan ruang kepada mereka untuk saling mengenal hati budi. (rtky/m)

#00 Nora Danish - Saya Dan Nedim Tak Seteruk Disangka - ROTIKAYA #01 Nora Danish - Saya Dan Nedim Tak Seteruk Disangka - ROTIKAYA #02 Nora Danish - Saya Dan Nedim Tak Seteruk Disangka - ROTIKAYA #03 Nora Danish - Saya Dan Nedim Tak Seteruk Disangka - ROTIKAYA #04 Nora Danish - Saya Dan Nedim Tak Seteruk Disangka - ROTIKAYA #05 Nora Danish - Saya Dan Nedim Tak Seteruk Disangka - ROTIKAYA #06 Nora Danish - Saya Dan Nedim Tak Seteruk Disangka - ROTIKAYA #07 Nora Danish - Saya Dan Nedim Tak Seteruk Disangka - ROTIKAYA #08 Nora Danish - Saya Dan Nedim Tak Seteruk Disangka - ROTIKAYA #94 Nora Danish - Saya Dan Nedim Tak Seteruk Disangka - ROTIKAYA #95 Nora Danish - Saya Dan Nedim Tak Seteruk Disangka - ROTIKAYA #96 Nora Danish - Saya Dan Nedim Tak Seteruk Disangka - ROTIKAYA #97 Nora Danish - Saya Dan Nedim Tak Seteruk Disangka - ROTIKAYA #98 Nora Danish - Saya Dan Nedim Tak Seteruk Disangka - ROTIKAYA #99 Nora Danish - Saya Dan Nedim Tak Seteruk Disangka - ROTIKAYA

Jom Menangi Kerusi Pengarah Eksklusif Dari Astro A-List

Posted: 19 Jan 2014 02:24 PM PST

Bercita cita menjadi pengarah filem hebat? Mungkin ini langkah kecil pertama anda untuk duduk di kerusi pengarah yang menjadi hadiah utama jika anda menyertai peraduan berikut, terima kasih kepada Astro A-List.

Saluran A-List (Channel 456) di Astro merupakan saluran berbayar secara bulanan yang menyiarkan filem filem antarabangsa & indie yang banyak memenangi anugerah dan mendapat kritikan terbaik — semuanya dalam kualiti video definisi tinggi (HD).

Semua filem yang ditawarkan melalui saluran A-List ini didatangkan bahasa asal bersama sama sarikata berbahasa Melayu, Inggeris dan Cina untuk pilihan anda.

Dalan pertandingan A-list ini, apa yang perlu anda lakukan adalah hanya pergi ke Publika, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur dan cari salah satu arca seni A-list. Antara contoh arca seni tersebut adalah seperti di bawah.

image004

Apa yang anda perlu lakukan ialah

1) Ambil gambar yang kreatif bersama patung A-list yang menarik di Publika, Solaris Dutamas.
2) Hantarkan gambar tersebut di Facebook Astro World of Movies berserta hashtags #AstroAlist dan #SnapSomethingDifferent
3) 100 orang pertama akan mendapat kerusi tersebut!

Jangan tunggu lama lama, nanti melepas untuk dapatkan kerusi pengarah ekslusif dari Astri A-List. Maklumat lanjut di laman Facebook Astro World of Movies.

Gossip: Zizan Razak, Emma Maembong Bercumbu Dalam Kapal Terbang?

Posted: 19 Jan 2014 09:02 AM PST

Baru sahaja rasanya kita dengar kisah gembira pasangan ini bercuti sakan bersama rakan rakan ke Amerika Syarikat, ada pula khabar kurang enak sampai ke pengetahuan media tentang perilaku Zizan Razak & Emma Maembong.

BACA: Emma Ma'embong Dan Zizan Razak Bercuti Sama Ke Amerika Syarikat

Utusan Malaysia menerusi ruangan gossip mereka menulis yang ada sumber menyampaikan tentang Zizan Razak & Emma Maembong yang khabarnya bercumbu dalam kapal terbang ketika perjalanan ke Los Angeles, Amerika Syarikat.

“Menurut teman Miss J itu, Zizan yang duduk bersebelahan Emma dalam kapal terbang tanpa segan silu bercumbuan. Tak kiralah, cium pipi juga salah satu aksi bercumbuan bukan?”

“Sekarang ini alasan apa lagi yang Zizan nak guna kalau banyak mata yang nampak perbuatan tu? Itulah, bila ditanya, mati-mati tak mengaku bercinta. Baik Zizan atau Emma, dua-dua pun sama tak nak mengaku — habis itu, cium-cium itu sebab sayang sebagai kawanlah?”

Emosi benar nampaknya Miss J apabila mendapat khabar pasangan ini bercumbu dalam kapal terbang. Tetapi ya jugalah, kalau benar bercinta seperti didakwan, kenapa tidak mengaku sahaja. Bukan mahu menghalalkan bercumbu jika mengaku, cuma kurang sikit menyampah.

Eh.

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.487)

Posted: 19 Jan 2014 08:13 AM PST

VIDEO HARI INI: Whoaaaaaaa!

Studio Warner Bros telah mengambil keputusan untuk menunda tayangan filem yang dinanti ramai Batman Vs Superman sehingga Mei 2016 untuk memberikan lebih masa kepada produksi untuk tampil dengan sesuatu lebih hebat. – Sky News

Kumpulan pop Korea terbaru dilahirkan JYP Entertainment, GOT7 khabarnya telah menerima banyak tawaran untuk menjadi duta atau jurucakap kepada jenama barangan seperti kasut, pakaian & seragam sekolah walaupun baru dua hari bergelar artis. – Soompi

Seorang individu telah menyamar sebagai agen kepada Miley Cyrus dan menipu penganjur Miami South Beach Outdoor Festival sebanyak US$125,000 untuk membawa penyanyi itu menghiburkan hadirin pada sambutan tahun baru. – TMZ

Semenjak mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia 9 Januari lalu, filem arahan dan lakonan Rosyam Nor berjudul Balistik telah berjaya mengutip jualan tiket sebanyak RM2.3 juta dan itu satu angka yang membanggakan buat sebuah filem tempatan ketika ini. – Utusan Malaysia

Filem berlatar belakang tahun 70′an lakonan Bradley Cooper, American Hustle berjaya membawa pulang gelaran filem terbaik pada anugerah Screen Actors Guild (SAG) hujung minggu lalu & ramai ramalkan yang ianya juga akan bergelar yang terbaik di anugerah Oscar kelak. – BBC News

Lelaki Guna Nama Rozita Che Wan, Tipu RM19,000

Posted: 19 Jan 2014 05:33 AM PST

Harian Metro edisi Jumaat lalu melaporkan yang Rozita Che Wan telah membuat laporan polis tentang aktiviti seorang lelaki yang menggunakan namanya untuk menipu seorang pereka fesyen dengan nilai kerugian RM19,000.

Rozita Che Wan yang mendakwa mengenali individu terbabit berkata lelaki berkenaan telah memperdaya seorang pereka fesyen dengan menempak 70 pasang baju pengantin untuk majlis perkahwinan beliau di Kedah.

“Padahal saya tak buat majlis bersanding di Kedah. Saya percaya lelaki penipu itu menggodam akaun Instagram saya dan menyamar sebagai saya untuk membuat tempahan dengan pereka fesyen terbabit,” ujar Rozita Che Wan.

“Saya buat laporan polis bagi membersihkan nama saya dan bagi menghalang lelaki itu daripada terus menipu orang lain pula,” tambahnya lagi. (rtky/m)

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...