RotiKaya

RotiKaya


Rita Rudaini Naik Angin Kena Gosip Bersama Nomad

Posted: 18 Jan 2014 06:12 PM PST

Satu laporan baru baru ini menulis yang pendatang baru dunia nyanyian, Nomad menafikan yang beliau kini sedang rapat dengan Rita Rudaini ekoran sebuah artikel yang mendakwa aktress itu meminati penyanyi Tetap Menantimu itu.

Ya, kami pun terlepas kereta api tentang gossip liar ini.

Hari ini menerusi Harian Metro Ahad, Rita Rudaini bengang dan meluahkan rasa kecewanya kerana menganggap apa dilaporkan sebelum ini langsung tidak benar dan memalukannya.

"Kalau pun mahu mencipta gosip untuk popular, jangan sampai mengaitkan maruah orang lain. Apa pandangan umum apabila membacanya. Saya ibu tunggal kepada dua anak”

“Sudahlah masyarakat mudah memberi tanggapan buruk kepada mereka yang bergelar janda”

"Hakikatnya, saya bertemu Nomad sewaktu mempromosi filem Balistik, tetapi apa yang berlaku seperti bergambar bersama dan merakam aksinya menyanyi adalah perkara biasa," ujar Rita Rudaini yang tidak menyangka boleh timbul gosip sebegini.

Oh kejap, adakah dalam komen Rita Rudaini terselit pesanan pedas buat Nomad?

"Sebelum ini belum ada rekod lagi saya digosip dengan mana-mana lelaki. Jangan sesekali cuba mencemarkan nama saya. Sebelum membuat sesuatu tindakan, ingat maruah orang lain. Kalau hendak popular, banyak lagi usaha boleh dibuat dan ini bukan caranya”

Dalam laporan yang sama bagaimana pun Nomad meminta maaf jika kenyataan beliau sebelum ini mengguris mana mana pihak & tidak berniat untuk memalukan Rita Rudaini. (rtky/m)

Remy Ishak Nafi Bercinta Dengan Budi Citawan, Hanya Berkawan

Posted: 18 Jan 2014 05:32 PM PST

Sebelum ini tersebar beberapa gambar yang mengatakan bahawa Remy dan anak kepada pelakon veteran Wan Hanafi Su mempunyai hubungan istimewa malah hubungan ini juga turut direstui oleh Wan Hanafi Su sendiri. Bertemu dengan Remy Ishak semasa sidang media drama bersiri yang berjudul Jiwa, beliau memberikan kenyataan berhubung dengan kisah percintaan yang telah digembar-gemburkan sebelum ini.

"Saya cukup menghormati uncle sebagai pelakon senior & saya ucapkan terima kasih kepadanya. Apa yang telah berlaku sebelum ini akan saya terangkan di sini bahawa saya dan dia hanyalah merupakan seorang kawan biasa dan tidak lebih dari apa yang disangkakan sebelum ini," katanya.

Bercerita mengenai detik-detik permulaan perkenalan mereka Remy Ishak memberitahu mereka berkenalan secara ramai dan bukanlah berkenalan secara perseorangan tetapi dia amat selesa untuk berkawan dengannya kerana Remy sendiri tidak mempunyai ramai kawan perempuan.

"Saya berkenalan dengan dia apabila kawan-kawan saya ajak lepak minum dan dari situlah kami mengenali antara satu sama lain dan selepas itu dialah satu-satunya kawan perempuan saya kerana saya ini pemalu untuk berkawan dengan perempuan dan disebabkan itulah saya ini tidak mempunyai kawan perempuan," katanya.

BACA: Wan Hanafi Su Selesa, Restu Hubungan Anak Bersama Remy Ishak

Dia juga menceritakan bahawa apabila kisah ini telah disensasikan dia tidak lagi merasa pelik kerana dia tahu bahawa inilah harga yang perlu dibayar untuk menjadi seorang artis juga apabila dia rapat bersama mana-mana perempuan orang akan membuat spekulasi tentangnya.

"Tidak lagi merasa pelik seperti dahulu kerana saya sudah matang apabila dikaitkan dengan mana-mana wanita dan ini merupakan satu benda yang positif kerana orang mahu mengetahui tentang perkembangan saya. Kami juga ada berbincang mengenai isu ini dan dia cukup risau akan kesan sampingan terhadap kerjaya saya ini dan saya telah memberitahu bahawa ini perkara yang sering berlaku apabila menjadi seorang artis dan tidak ada apa yang perlu dirisaukan,"katanya.

Dengan ini jelaslah bahawa Remy masih lagi tidak mempunyai teman istimewa hanyalah sekadar teman biasa sahaja. Remy Ishak, Kamal Adli dan Faizal Hussein bakal bersama bergabung tenaga dalam drama bersiri yang berjudul Jiwa yang akan disiarkan tidak lama lagi menerusi slot Aksi di TV3. Sama-sama kita saksikan nanti. (rtky/hfz)

#82 Remy Ishak Nafi Bercinta Dengan Budi Citawan, Hanya Berkawan - ROTIKAYA #83 Remy Ishak Nafi Bercinta Dengan Budi Citawan, Hanya Berkawan - ROTIKAYA #84 Remy Ishak Nafi Bercinta Dengan Budi Citawan, Hanya Berkawan - ROTIKAYA #85 Remy Ishak Nafi Bercinta Dengan Budi Citawan, Hanya Berkawan - ROTIKAYA #86 Remy Ishak Nafi Bercinta Dengan Budi Citawan, Hanya Berkawan - ROTIKAYA #87 Remy Ishak Nafi Bercinta Dengan Budi Citawan, Hanya Berkawan - ROTIKAYA #88 Remy Ishak Nafi Bercinta Dengan Budi Citawan, Hanya Berkawan - ROTIKAYA #89 Remy Ishak Nafi Bercinta Dengan Budi Citawan, Hanya Berkawan - ROTIKAYA #90 Remy Ishak Nafi Bercinta Dengan Budi Citawan, Hanya Berkawan - ROTIKAYA #91 Remy Ishak Nafi Bercinta Dengan Budi Citawan, Hanya Berkawan - ROTIKAYA #92 Remy Ishak Nafi Bercinta Dengan Budi Citawan, Hanya Berkawan - ROTIKAYA #93 Remy Ishak Nafi Bercinta Dengan Budi Citawan, Hanya Berkawan - ROTIKAYA

Fazura Sekat Hanez Suraya Di Instagram, Apa Kes?

Posted: 18 Jan 2014 04:44 PM PST

Rentetan dari dakwaan para peminat mengatakan Nur Fazura menyindir Hanez Suraya meniru fesyen beliau, hari ini menerusi Berita Harian Hanez Suraya sendiri mendedahkan yang beliau kini sudah tidak dapat mengakses akaun Instagram Nur Fazura.

“Setahu dan sepanjang pengetahuan saya, memang tiada masalah antara kami. Tak tahulah kalau dia tak puas hati di belakang. Jika betul dia tak tuju perkara itu kepada sana, dia akan pertahan dan perbetulkan saya”

“Selama ini pun kami saling mengikuti di Instagram, cuma baru baru ini saya buka profilnya tetapi akses saya saya sudah disekat. Saya kurang faham kenapa jadi begitu,” ujar Hanez Suraya.

Hanez Suraya menambah yang sebelum ini beliau & Fazura memang ada berjumpa malah pernah bergambar sama dan kali terakhir bertemu beberapa bulan lalu dalam satu acara.

“Dia pun gemar memanggil saya sebagai adik. Tak pernah terdetik di hati saya untuk tiru gaya dan fesyennya tapi satu fakta yang tak boleh diubah — dia memang cantik — saya suka tengok cara dia,” tambahnya yang akan kembali menjalani penggambaran drama Autumn Di Hatiku.

#73 Fazura Sekat Hanez Suraya Di Instagram - ROTIKAYA #74 Fazura Sekat Hanez Suraya Di Instagram - ROTIKAYA #75 Fazura Sekat Hanez Suraya Di Instagram - ROTIKAYA #76 Fazura Sekat Hanez Suraya Di Instagram - ROTIKAYA #77 Fazura Sekat Hanez Suraya Di Instagram - ROTIKAYA #78 Fazura Sekat Hanez Suraya Di Instagram - ROTIKAYA #79 Fazura Sekat Hanez Suraya Di Instagram - ROTIKAYA #80 Fazura Sekat Hanez Suraya Di Instagram - ROTIKAYA #81 Fazura Sekat Hanez Suraya Di Instagram - ROTIKAYA

Diana Danielle Lebih Rindukan Anak Daripada Lakonan

Posted: 18 Jan 2014 04:00 PM PST

Pelakon yang semakin cantik selepas mendirikan rumah tangga bersama dengan pelakon Farid Kamil, Diana Danielle memberitahu bahawa selepas lebih kurang setahun menyepi daripada arena lakonan dia lebih memberikan perhatian dan kasih sayang sepenuhnya buat putera sulungnya, Muhammad.

“Anak saya memang dijaga sepenuhnya oleh saya kerana dia masih menyusu dengan saya dan susah sekiranya saya untuk melakukan kerja-kerja penggambaran yang biasanya mengambil masa sehingga lewat malam. Sekiranya disoal dengan tidakkah anda rindu dengan lakonan, dan jawapan saya mudah, saya lebih rindukan anak daripada lakonan saya,” katanya.

Diana juga turut menjelaskan bahawa dia tidak akan mengadakan mana-mana majlis untuk memperkenalkan putera sulungnya kerana dia masih lagi tidak menamatkan pengajian Al-Quran dan dia mahu mendalaminya lagi supaya tidak sia-sia apa yang dipelajarinya kini.

BACA: Diana Danielle Dan Farid Kamil Bawa Anak Jumpa David Teo

“Saya tidak akan membuat sebarang majlis untuk memperkenalkan anak sulung saya ini dalam jangka masa yang terdekat memandangkan saya masih lagi belum menamatkan pengajian saya dan biarlah saya belajar secara perlahan-lahan dan boleh mendalami lagi setiap maksud dalam Al-Quran. Apa-apa pun mengenai majlis ini anda boleh rujuk suami saya, Farid kerana dia lebih tahu mengenai perancangan itu,” katanya.

Perkembangan seninya kini dia hanya membuat pengacaraan untuk sebuah program yang hanya seminggu sekali sahaja yang membolehkan dia datang untuk menjalani rakaman, kerana setakat ini lakonan diberhentikan buat seketika kerana masih mempunyai tanggungjawab yang lebih besar untuk menjaga anaknya.

Dalam filem ‘Kami histeria’ kita dapat lihat keasyikan dan kemerduan vokal lunak Diana Danielle yang diberikan peranan sebagai ‘Laila’ dan nampaknya selepas ini dia boleh pula berkecimpung dalam arena seni suara tanah air.

“Untuk menjadi seorang penyanyi saya tidak mempunyai masalah tetapi yang masalah ialah komitmen kita untuk menyiapkan sebuah album. Sangat seronok apabila dapat menyanyi dan menghiburkan orang tetapi itulah. Sekiranya diberi peluang tidak salah untuk mencubanya,” katanya.

Sementara itu, apabila menyentuh mengenai persoalan ibu kandungnya, secara spontan dia menolak untuk tidak menjawab mengenai persoalan tersebut yang seringkali kita tertanya-tanya adakah mereka sudah berbaik semula.

“Maaf lah saya tidak boleh menjawab soalan itu,” katanya mengakhiri perbualan. (rtky/hfz)

#73 Diana Danielle Lebih Rindukan Anak Daripada Lakonan - ROTIKAYA #74 Diana Danielle Lebih Rindukan Anak Daripada Lakonan - ROTIKAYA #75 Diana Danielle Lebih Rindukan Anak Daripada Lakonan - ROTIKAYA #64 Diana Danielle Lebih Rindukan Anak Daripada Lakonan - ROTIKAYA #65 Diana Danielle Lebih Rindukan Anak Daripada Lakonan - ROTIKAYA #66 Diana Danielle Lebih Rindukan Anak Daripada Lakonan - ROTIKAYA #67 Diana Danielle Lebih Rindukan Anak Daripada Lakonan - ROTIKAYA #68 Diana Danielle Lebih Rindukan Anak Daripada Lakonan - ROTIKAYA #69 Diana Danielle Lebih Rindukan Anak Daripada Lakonan - ROTIKAYA #70 Diana Danielle Lebih Rindukan Anak Daripada Lakonan - ROTIKAYA #71 Diana Danielle Lebih Rindukan Anak Daripada Lakonan - ROTIKAYA #72 Diana Danielle Lebih Rindukan Anak Daripada Lakonan - ROTIKAYA

Nur Fazura Akui Rapat Dengan Jejaka Mat Saleh

Posted: 18 Jan 2014 03:33 PM PST

Sudah lama rasanya kita tidak mendengarkan khabar berita daripada pelakon jelita, Nur Fazura yang rasanya baru sahaja pulang bercuti dari Amerika Syarikat. Bertemu dengannya semasa tayangan perdana filem ‘Kami Histeria’ sempat kami bertanyakan beberapa soalan mengenai dirinya kini.

“Alhamdulillah, tahun baru hari itu, saya berpeluang untuk menyambutnya di L.A. bersama-sama kawan saya yang lain. Kami ke sana dengan satu kumpulan dan di sana banyak perkara menarik telah berlaku dan saya amat menyukai suasana orang-orang di sana yang cukup ramah dan baik sepanjang berada di sana,” katanya.

Turut menjelaskan bahawa dia rapat bersama seorang jejaka mat salleh yang katanya cukup bijak dan amat menghormati kaum wanita melalui perkenalan antara mereka dan kini sesiapa yang mengikuti perkembangannya di laman sosial ‘Instagram’ berpeluang untuk melihat dengan jelas siapakah jejaka mat salleh misteri itu.

“Ya saya mengenali dia, dan apa yang saya tahu dia cukup bijak dan pandai menghormati kaum wanita. Saya pula jenis suka lelaki yang bijak dan pandai membawa diri apabila bersama-sama dengan perempuan. Semasa di sana dia banyak menjaga saya dan bawa berjalan di sekitar Kota metropolitan itu,” ujarnya.

Fazura juga turut menjelaskan bahawa sekiranya dia rapat dengan seseorang itu tidak semestinya mereka bercinta dan berakhir di jinjang pelamin kerana kawan rapat di salah ertikan oleh sesetengah pihak. Walaubagaimanapun, jejaka itu yang merupakan seorang DJ di sana telah datang ke Malaysia pada tahun lepas untuk bersama-sama menyambut ulang tahun kelahiran Fazura pada tahun lepas.

“Tak semestinya kalau kita rapat dengan seseorang itu kita bercinta, kerana apa yang sedia maklum di sini saya dan dia hanyalah sebagai kawan biasa dan berkawan rapat itu sahaja dan pada tahun lepas dia ada datang ke majlis hari jadi saya di sini,” katanya.

Jumpa Yuna di Amerika Syarikat

Kesempatan bercuti semasa tahun baru di bumi Amerika itu mungkin menjadi percutian yang menarik dan istimewa buat pelakon cantik ini apabila telah sempat bertemu dengan Yuna dan menonton Yuna membuat persembahan secara ‘live’ di sana.

“Saya di sana sempat bertemu dengan Yuna dan kami ada beberapa kali keluar dan apa yang penting di sini saya berasa cukup bangga dengan dia kerana dapat menonton persembahan ‘Live’ yang dihadiri oleh ribuan orang-orang Amerika di sana,” katanya.

Tiada Masalah dengan Hanez Suraya

Sebelum ini kita dapat lihat apabila pelakon Hanez Suraya dikatakan cuba meniru gaya, Fazura dan ini membuatkan peminat-peminat Fazura ‘Naik Angin’ dan sejak itu timbulnya pelbagai spekulasi.

“Saya rasa peminat saya tak macam itulah, mungkin salah faham. Tetapi rasanya tidak ada apa isu yang hendak dipersoalkan, lagi pun dia berminat dengan saya, dan saya hanya mampu untuk berterima kasih dan saya amat menghargainya,” katanya mengakhiri perbualan. (rtky/hfz)

#58 Nur Fazura Akui Rapat Dengan Jejaka Mat Saleh Bergelar DJ - ROTIKAYA #59 Nur Fazura Akui Rapat Dengan Jejaka Mat Saleh Bergelar DJ - ROTIKAYA #60 Nur Fazura Akui Rapat Dengan Jejaka Mat Saleh Bergelar DJ - ROTIKAYA #61 Nur Fazura Akui Rapat Dengan Jejaka Mat Saleh Bergelar DJ - ROTIKAYA #62 Nur Fazura Akui Rapat Dengan Jejaka Mat Saleh Bergelar DJ - ROTIKAYA #63 Nur Fazura Akui Rapat Dengan Jejaka Mat Saleh Bergelar DJ - ROTIKAYA

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...