RotiKaya

RotiKaya


Keluarga Syamsul Yusof Risik Puteri Sarah Liyana

Posted: 12 Jan 2014 11:26 PM PST

Seorang penggiat forum Cari berkongsikan beberapa keping gambar yang menunjukkan Datuk Yusof Haslam & isteri bersama Puteri Sarah Liyana — dan kami difahamkan ini merupakan majlis merisik gadis itu untuk pihak Syamsul Yusof.

Majlis merisik Puteri Sarah Liyana khabarnya berlangsung hujung minggu lalu.

Ibu kepada Syamsul Yusof, Datin Patimah Ismail mengesahkan yang majlis merisik Puteri Sarah Liyana telah berlangsung pada Ahad lalu di Sri Damansara dan berkata anaknya itu bakal berkahwin sekitar Februari 2014 akan datang.

“Majlis merisik itu diadakan secara ringkas dan saya telah menyarungkan sebentuk cincin di jari Sarah namun tiada sebarang majlis pertunangan diadakan kerana Syamsul mahu bernikah terus dengan Sarah,” ujarnya kepada mStar Online.

Syamsul Yusof meluahkan hasrat untuk memperisterikan Puteri Sarah Liyana kepada keluarganya selepas pulang mengejakan umrah pada 28 Disember yang lalu.

#49 Keluarga Syamsul Yusof Risik Puteri Sarah Liyana - ROTIKAYA #50 Keluarga Syamsul Yusof Risik Puteri Sarah Liyana - ROTIKAYA #51 Keluarga Syamsul Yusof Risik Puteri Sarah Liyana - ROTIKAYA

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...