RotiKaya

RotiKaya


Filem Minggu Ini — The Legend of Hercules

Posted: 12 Jan 2014 04:20 AM PST

The Legend of Hercules (2014) ialah filem drama epik aksi yang disadur dari Mitologi Greek mengenai kisah anak dewa Zeus dan manusia Alcmene bernama Hercules. Filem ini diarahkan oleh Renny Harlin yang pernah terkenal dengan arahan filem-filem Die Hard 2 (1990), Cliffhanger (1993) dan Deep Blue Sea (1999).

Kisahnya bermula sewaktu 1200 Sebelum Masehi (B.C.) dimana King Amphitryon (Scott Adlins) menakluk negara Argos selepas membunuh rajanya secara aksi 'one-to-one'. Isteri Amphitryon iaitu Queen Alcmene (Roxanne McKee) menentang penaklukan kejam oleh suaminya itu.

Setelah berdoa kepada Hera (isteri dewa Zeus) maka Alcmene 'dilawati' oleh Zeus yang akan melahirkan anak separa dewa-manusia yang dinamakan Hercules atau Alcides mengikut panggilan bapa tirinya, Amphitryon.

TLOH3

Filem ini seterusnya melompat 20 tahun kemudian, dimana Hercules (Kellan Lutz) yang sudah dewasa sentiasa dipinggirkan oleh Amphitryon berbanding abangnya, Iphicles (Liam Garrigan). Konflik kekeluargaan semakin memuncak apabila Hercules cuba melarikan Princess Hebe (Gaia Weiss) iaitu kekasihnya yang dipaksa kahwin dengan Iphicles atas dasar untuk penggabungan empayar milik Amphitryon dan bapa Hebe.

Sebagai hukuman, Hercules telah dihantar bersama bala tentera yang diketuai oleh Captain Sotiris (Liam McIntyre) dalam misi kononnya untuk menentang puak penderhaka kepada Amphitryon. Bermula dari situ, filem ini dikembangkan mengikuti pengembaraan penuh pancaroba oleh Hercules dan Sotiris yang akhirnya akan berpatah balik ke negaranya untuk membalas dendam serta merebut semula cintanya, Hebe.

Ok, filem ini sebenarnya bukan adaptasi kreatif dalam bentuk filem yang lebih baik dari mitologi Hercules yang sebenar seperti di wikipedia. Ia lebih ringan dan buruk. Malahan kronologi siri televisyen 1995-1999 lakonan Kevin Sorbo mungkin lebih menarik. Hercules versi Hollywood kali ini dibikin sekadar ala kadar sahaja. Walaupun tergolong dalam kelopok filem epik dari mitologi yang besar, namun hasilnya kecil dan mudah dilupakan.

TLOH7

Kalaulah penulis skrip dan pembikinnya mengkaji dan mendalami kronologi asal Mitologi Greek lalu memfilemkannya tanpa menambah plot yang bukan-bukan, mungkin filem ini berpotensi tinggi untuk menjadi satu filem epik yang sangat bagus! Untuk filem yang ini, watak Hercules cuma diangkat sehebat adiwira filem fiksyen sains seperti Thor (2011) dalam landskap epik dari rupa paras, kostum dan era mitologi itu sahaja.

Kelemahan paling ketara filem ini ialah keterujaan pengarahnya hendak bercerita dalam campur-aduk teknikal imej janaan komputer (CGI) dan plot-plot drama aksi yang tidak berapa menjadi. Ia beriya-iya mahu meminjam cara pembikinan filem-filem ber-CGI seperti 300 (2007), Clash of the Titans (2010) dan Immortals (2011) melalui babak-babak pertarungan sengit dengan paparan saat genting secara 'slowmo'.

Di samping itu, filem ini juga mahu menyumbat plot pertarungan kekuatan hidup-mati dalam arena besar seumpama filem Gladiator (2000). Tidak mahu kalah, filem ini menambah pula plot percintaan 3 segi seiras filem Troy (2004) iaitu perebutan cinta dari Hebe di antara adik-beradik Hercules dan Iphicles. Ia juga menggarap kisah perebutan perhatian anak-anak kepada seorang bapa iaitu King Amphitryon serta persaingan adik-beradik seperti filem Legends of the Fall (1994).

TLOH6

Sejujurnya tiada apa yang salah untuk mengambil sedikit formula tema dan struktur penceritaan yang sama di sana-sini dari filem terdahulu tetapi ia wajar digarap semula untuk menjadi filem yang berdikari. The Legend of Hercules telah cuba menggabungkan kesemuanya dengan bersungguh-sungguh. Lagenda kepahlawanan Hercules itu sudah pun berkali-kali dibikin dalam berbagai bentuk cerita. Maka filem ini dengan kemampuan moden teknologi perfileman hari ini sewajarnya mengacuankan asas cerita Hercules yang sama kepada sebuah cerita yang lebih besar dan meyakinkan.

Meletakkan pelakon utama muda yang semakin popular iaitu Kellan Lutz sebagai watak Hercules hanyalah gula-gula mata dengan badannya yang sasa tetapi kosong dari dalam emosinya. Mungkin faktor dan alat pemasaran untuk menarik penonton remaja yang masih terliur dengan lakonan dan wajah Kellan Lutz dalam siri filem Twilight (2008-2012) menjadi taruhan utama produksi memilihnya sebagai Hercules. Mungkin juga lakonannya sebagai watak Poseidon yang juga menjaja susuk tubuhnya dalam filem epik Immortals menjadi penyebab dia terpilih. Walau bagaimanapun The Legend of Hercules pasti akan melonjakkan lagi karier Kellan Lutz di masa akan datang. Itu sahaja.

TLOH4

Selain Kellan Lutz, pelakon-pelakon sampingan juga hanya menjadikan filem ini sekadar tambahan salah satu filem yang pernah mereka lakonkan dalam biografi masing-masing. Yang agak menyerlah dari sudut lakonan cuma Scott Adlins sebagai King Amphitryon dan Roxanne McKee sebagai Queen Alcmene kerana perwatakan dewasa mereka bergelumang dengan konflik suami-isteri yang berpanjangan.

Adakah apa-apa lagi yang menarik? Ya, ada juga iaitu sedikit info yang dipaparkan dengan teliti dalam filem ini ialah teknik dan tektik ketenteraan semasa peperangan. Bala tentera yang dipimpin oleh Sotiris yang kemudiannya diketuai oleh Hercules menyusun strategi pertahanan melalui gabungan formasi askar yang berlindung di sebalik perisai di samping turutan langkah serangan, agak menarik untuk ditonton dan difahami. Begitu juga cabaran bentuk gelanggang yang berbahaya semasa Sotiris dan Hercules berlawan dengan Half-Face dan Humbaba berjaya menimbulkan keresahan seperti menonton rancangan gusti WWE.

TLOH1

KESIMPULAN

The Legend of Hercules ialah filem yang cuba sedaya-upaya untuk meniru dan menekap kehebatan filem-filem sepertinya. Namun ia seolah tenggelam dalam amibisi pembikinnya yang keterlaluan mahu kelihatan hebat, tetapi cuma menghasilkan produk yang sederhana.

Saya hanya berikan sahaja 2 BIJI ROTIKAYA.

5 Selebriti Wanita Malaysia Dengan Pendapatan Melebihi RM1 Juta Setahun

Posted: 12 Jan 2014 04:15 AM PST

Harian Metro edisi Ahad hujung minggu lalu mengeluarkan senarai lima orang selebriti wanita Malaysia yang berjaya mengaut pendapatan lebih RM1 juta setahun & menariknya mereka semua masih muda dan jauh perjalanan karier mereka dalam dunia hiburan.

Jika mereka kekalkan momentum & semangat yang ada dan tidak terbawa dek arus dunia hiburan yang bukan bukan (trust us, it’s not easy), masa hadapan kelima lima selebriti ini sangat cerah — dan istilah jutawan tidak akan lekang dari nama mereka.

Terima kasih kepada wartawan di Harian Metro, ini senarai 5 selebriti wanita Malaysia yang masih muda dan berjaya menjana lebih RM1 juta pendapatan setahun.

1. Yuna (RM5 juta)

Yuna - 5 Selebriti Wanita Malaysia Dengan Pendapatan Melebihi RM1 Juta Setahun - ROTIKAYA
Sumber: Kontrak album, duta produk, runut bunyi The Croods, konsert luar dan dalam negara, royalti, jualan album & butik IAMJETFUEL.

2. Shila Amzah (RM2.5 juta)

Shila Amzah - 5 Selebriti Wanita Malaysia Dengan Pendapatan Melebihi RM1 Juta Setahun - ROTIKAYA
Sumber: Kontrak di China, duta produk, royalti & jualan album.

3. Soo Wincci (RM1.5 juta)

Soo Wincci - 5 Selebriti Wanita Malaysia Dengan Pendapatan Melebihi RM1 Juta Setahun - ROTIKAYA
Sumber: Duta produk & badan kebajikan, persembahan dalam & luar negara.

4. Neelofa (RM1 juta)

Neelofa - 5 Selebriti Wanita Malaysia Dengan Pendapatan Melebihi RM1 Juta Setahun - ROTIKAYA
Sumber: Produk kecantikan & duta pelbagai produk.

5. Najwa Latif (RM1 juta)

Najwa Latif - 5 Selebriti Wanita Malaysia Dengan Pendapatan Melebihi RM1 Juta Setahun - ROTIKAYA
Sumber: Royalti muat turun nada dering, persembahan dalam & luar negara dan duta produk.

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.485)

Posted: 12 Jan 2014 03:33 AM PST

VIDEO HARI INI: Satu lagi motivasi untuk anda yang mahu fit & kurus untuk tahun 2014 ini. Sedikit NSFW, rasanya. Dan, gadis ini bernama Ellen Adarna. You’re welcome.

Walaupun baru episod pertama disiarkan minggu lalu, program TV ciptaan Joseph Gordon-Levitt berjudul HitRECord on TV telah diberikan lampu hijau untuk diteruskan dengan musim kedua. – EW

Ahli kumpulan Super Junior, Leeteuk telah kembali ke pengkalan tentera semalam untuk meneruskan latihan khidmat tentera beliau selepas bercuti beberapa hari kerana kehilangan bapa & datuknya baru baru ini. Takziah. – Soompi

Filem terbaru lakonan Mark Wahlberg, Lone Survivor telah berjaya mengutip US$14.4 juta pada hari pembukaan tayangan Jumaat lalu dan dijangka menjadi filem terlaris sepanjang hujung minggu ini Amerika Syarikat. – Forbes

Aznil Hj Nawawi meminta orang ramai tidak mempertikai kehadiran beliau di peringkat akhir program Pencetus Ummah kerana komen yang diberikan tidak ada yang menyentuh soal agama & hanya menyentuh sudut persembahan peserta. – Sinar Harian

Penyanyi dan juga pelakon, Hilary Duff mengumumkan yang beliau sudah berpisah dengan suaminya, Mike Comrie seorang atlet NHL selepas berkahwin selama tiga tahun dan memilih untuk bercerai secara baik. – US Magazine

Temui Pengganti, Lana Nordin Kini Bercinta Dengan Doktor?

Posted: 11 Jan 2014 08:54 PM PST

Kami baru sedar satu perkara hari ini, Lana Nordin sebenarnya dieja sebagai Lana Nodin tanpa R didalamnya. Well, terlajak perahu boleh undur, terlajak eja kita pakai sampai mati. Duh!

Putus cinta dengan Johan As’ari nampaknya tidak banyak memberi kesan kepada pasaran Lana Nordin dalam dunia percintaan apabila laporan terbaru ada menyebut yang pelakon itu kini sedang rapat dengan seorang doktor.

BACA: Johan As'ari Dan Lana Nordin Putus Cinta Selepas Tidak Dapat Restu Keluarga

Kosmo! menulis doktor yang bertugas di Amerika Syarikat itu pulang ke Malaysia atas satu urusan berjumpa dengan Lana Nordin di Pulau Pinang dan menurut penulis, mereka sebenarnya sudah lama kenal — cuma sekarang baru berani rapat.

Laporan itu juga menyebut yang jejaka kacukan Pakistan dan mat saleh itu siap hantar jambangan 50 tangkai bunga mawar yang kemudian dimuatnaik gambarnya oleh Lana Nordin ke Instagram.

UPDATE-1: Lana Nordin menafikan beliau sedang menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki bergelar doktor selepas hubungannya dengan aktor Johan As’ari putus dan berkata laporan akhbar tersebut sebagai tidak benar sama sekali.

Temui Pengganti, Lana Nordin Sedang Bercinta Dengan Doktor? - ROTIKAYA

Bertuah badan orang kata, tidak menjadi dengan yang satu, datang satu lagi yang lebih baik. Kami harap hubungan kali ini lebih matang dan serius. Kan? (rtky/m)

#40 Temui Pengganti, Lana Nordin Kini Bercinta Dengan Doktor? - ROTIKAYA #41 Temui Pengganti, Lana Nordin Kini Bercinta Dengan Doktor? - ROTIKAYA #42 Temui Pengganti, Lana Nordin Kini Bercinta Dengan Doktor? - ROTIKAYA #43 Temui Pengganti, Lana Nordin Kini Bercinta Dengan Doktor? - ROTIKAYA #44 Temui Pengganti, Lana Nordin Kini Bercinta Dengan Doktor? - ROTIKAYA #45 Temui Pengganti, Lana Nordin Kini Bercinta Dengan Doktor? - ROTIKAYA #46 Temui Pengganti, Lana Nordin Kini Bercinta Dengan Doktor? - ROTIKAYA #47 Temui Pengganti, Lana Nordin Kini Bercinta Dengan Doktor? - ROTIKAYA #48 Temui Pengganti, Lana Nordin Kini Bercinta Dengan Doktor? - ROTIKAYA

Barisan Program Baru Astro On-The-Go, Pakej Terbaru & Yuran Percuma!

Posted: 11 Jan 2014 02:41 AM PST

Astro On-The-Go menawarkan dua pakej iaitu Pack 1 yang menawarkan seleksi komedi & drama tempatan serta antarabangsa, telenovela dan dokumentari Muslim termasuklah akses segera kepada koleksi terbesar program-program popular dari saluran Astro Warna, Astro Ria Plus, Astro Bella, Astro Oasis & One HD.

Manakala Pack 2 pula kandungan premium dan eksklusif, dari berita dan pendidikan Bahasa Cina hinggalah ke program-program gaya hidup Asia termasuklah akses segera kepada koleksi terbesar program popular. Senarai program di laman rasmi Astro On-The-Go.

Kedua dua pakej Astro On-The-Go ditawarkan pada harga serendah RM5 sehari.

Jika sebelum ini pelanggan Astro On-The-Go perlu membayar RM25 sebulan untuk menikmati servis hebat ini namun sehingga 15 Februari 2014 — jika anda turut melanggan mana mana Astro Superpack, anda tidak perlu lagi membayar untuk Astro On-The-Go. Oh yeah!

Mahu nikmati servis ini secara percuma? Maklumat lanjut di laman rasmi Astro On-The-Go.

Menerusi Astro On-The-Go juga, anda boleh memilih barisan filem terbaru dan program terpilih untuk ditonton dengan dasar Pay-Per-View dan ini termasulah filem filem Hollywood dan tempatan yang ditayangakan di pawagam.

Mahu tahu senarai program dan filem yang boleh anda langgan Pay-Per-View? Lihat senarai di laman rasmi Astro On-The-Go.

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...